ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Kita sering terDENGAR daripada MULUT kePIMPINan MAJLIS SUKAN atau pun dari orang-orang KUAT persatuan SUKAN bahawa jangan bawak ATLET le ACARA-ACARA SUKAN di luar NEGARA sebagai 'PENUMPANG' atau 'TOURIST'.. Ini kerana TIDAK berBALOI langsung apabila kerajaan terpaksa mengeluarkan perBELANJAan untuk ke ACARA-ACARA SUKAN sebegini tetapi penCAPAIan para ATLET ini pulak hanyalah SUAM-SUAM KUKU.. Namun begitu, TAHUN ini kita dah selesai SUKAN KOMANWEL dan kini para ATLET kita berada di SUKAN Asia pulak.. NAMPAKnya, penCAPAIan para ATLET kita masih jugak keTINGGALan..
SALAHkah para ATLET? Kita TIDAK meRASAkan sedemikian.. Yang KURANG hanyalah SEMANGAT atau peRANSANG untuk para ATLET bagi memBUKTIkan bahawa mereka ini berUSAHA demi NEGARA.. Siapakah yang patut KATAkan ini SEMUA kepada para ATLET? Tentulah MENTERI KBS yang terKENAL ANGKUH tu.. Namun begitu, apakah yang dia BUAT setiap kali ke 'VENUE' ACARA SUKAN ini?
Apakah ber'SELFIE' dan berTWITTER akan menambahkan SEMANGAT dan pungutan PINGAT untuk NEGARA? Entahlah.. Belum ada BUKTI lagi.. Apa pun, jika inilah yang mampu diLAKUkan oleh MENTERI KBS, jelas sekali bahawa dialah 'PENUMPANG' atau 'TOURIST' yang memBAZIRkan PERUNTUKAN kerajaan untuk keMAJUan SUKAN..
RAKYAT patut berTANYA kepada 'BOSS' dia DS Najib, berapa BANYAKkah sudah PERUNTUKAN kerajaan untuk keMAJUan SUKAN melalui KBS tetapi HASILnya apa pun TARAK? Dengar CERITA, BANYAK jugak PERUNTUKAN yang diSALURkan hanya untuk mengenyangkan 'KAWAN-KAWAN'nya yang cari MAKAN menerusi KBS yang diKUASAinya ini? Kalau dulu 'KAWAN-KAWAN'nya ini mencari MAKAN kat TINGKAT 4 JPM, kali ini mereka hanya perlu ke KBS atau ke Bukit Jalil aje untuk itu..
Oleh itu, RAKYAT patutlah menyuarakan perkara ini secara TERANG-TERANGan kepada DS Najib sempena pemBENTANGan BAJET 2015 akan datang.. Mustahil DS Najib akan KATA tak TAHU sedangkan dia jugak ialah MENTERI Kewangan?
Yang NYATAnya, 'ZUMBA' dan 'MANDI Ais' bukanlah ACARA SUKAN yang boleh menDATANGkan PINGAT, apatah lagi untuk mengHARUMkan NAMA NEGARA..
Jika 'ZUMBA' dan 'MANDI Ais' ini cuba diPROMOSIkan sebagai SUKAN untuk mengKELENTONG kita sebagai RAKYAT, ada BAIKnya RAKYAT pakat RENDAM DS Najib sebagai 'BOSS' dia dalam sebuah 'SWIMMING Pool' semasa MUSIM SEJUK di Siberia atau Alaska! Jangan cuba diTUTUP pulak keGAGALan MENTERI KBS ini dengan ALASAN yang MERAPU.. Sampai bila nak biar dia KELENTONG kita SEMUA?
Rasanya, dia inilah MENTERI KBS yang paling GAGAL lagi meMALUkan dalam SEJARAH NEGARA sejak keMERDEKAan.. Mungkin DS Najib sendiri boleh TANYA kat MANTAN para MENTERI KBS sebelum ini seperti DS Shabery CHIK, DATUK Azalina OTHMAN, DS Hishamuddin atau pun DS Najib sendiri.. BANDINGkan penCAPAIan atau KPI MENTERI KBS sekarang dengan diri anda SEMUA semasa menJAWATnya dahulu.. Bukankah ianya TIDAK ada peningkatan pun? Jadik? Kenapakah MENTERI KBS yang GAGAL ini masih diSIMPAN lagi? Atau apakah disebabkan dia ini 'BARUA' yang SETIA meLAWAN para pengKRITIK DS Najib?
Orang yang GAGAL seHARUSnya tengok CERMIN dulu sebelum mengKRITIK orang lain.. Mungkin kat OXFORD sana tak diajar kot untuk tengok CERMIN?
Apakah DS Najib terlalu 'DESPERATE' untuk menJAWAB segala KRITIKkan atau TEGURan oleh TUN DR. Mahathir hingga memBIARkan MENTERI KBS yang cuma tahap 'KANYIAQ' ini menJAWAB bagi PIHAKnya? Janganlah meMALUkan diri sendiri.. BANYAK lagi KAEDAH yang ada lagi berHEMAH untuk menJAWAB apa yang diTEGUR.. Malah, ada PEMIMPIN yang lebih 'SENIOR' dah pun berSEMUKA dengan TUN.. Namun, mereka jugak GAGAL menJAWABnya kerana TEGURan oleh TUN itu memang ada ASASnya dan ia perlu dilakukan olehnya.. ->KLIK<-
RAKYAT meLIHAT betapa LEMAHnya DS Najib berHADAPAN dengan KRITIKkan atau TEGURan apabila DS Najib memBIARkan MENTERI KBS yang 'LOSER' ini menJAWAB bagi PIHAKnya.. Apabila sampai satu TAHAP nanti, RAKYAT akan meRASAkan mereka TIDAK perlu lagi memBERIkan PELUANG kepada DS Najib selagi dia menjadik PM dan PRESIDEN UMNO.. Jika SENARIO sedemikian terjadi apakah UMNO masih lagi ada HARAPAN untuk menDAPATkan IHSAN daripada UMAT Melayu/ISLAM yang meRUPAkan PENYOKONG SETIA mereka selama ini? Mungkinkah DS Najib cuba melakukan 'HARAKIRI' dengan mengHERET UMNO?
Wallahualam..