DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, June 11, 2014

Bolehkah kita masih anggap DS Najib JAGA kePENTINGan UMAT Melayu/ISLAM bila perkara-perkara ini diBIARkannya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

RASAnya dah BANYAK kali kita KEMUKAkan perkara sebegini.. TENGOK kot mana pun memang jelas dan NYATA ada USAHA untuk mengHAPUSkan UMAT Melayu/BUMIPUTRA di BUMI mereka sendiri.. TIDAK CUKUP dek pengorbanan mereka mengIZINkan keRAKYATan diBERIkan kepada KAUM penDATANG 57 TAHUN dulu, kini sudah ada pulak PAKSAan untuk memaksa mereka SERAHkan segala-gala yang menjadi HAK mereka di BUMI ini.. PAKSAan ini lebih MUDAH menerusi pengKHIANATan beberapa PEMIMPIN Melayu/BUMIPUTRA sendiri yang berOTAK LIBERAL di dalam UMNO, PKR dan Lebai-Lebai DUNGU PAS..

Apabila 'National Unity and Integration Commission Bill' (RUU) cuba dijadikkan UNDANG-UNDANG oleh beberapa PEMIMPIN LIBERAL yang diSAYANGi DS Najib, ianya telah menimbulkan BANYAK PERSEPSI BURUK terhadap LAYANan untuk UMAT ISLAM.. PengGUBALan RUU ini diLIHAT cuba meNAFIkan HAK yang diMILIKki oleh UMAT Melayu/ISLAM termasuklah keDUDUKan ISLAM dan HAK-HAK KAUM Melayu/BUMIPUTRA di dalam PERLEMBAGAAN.. Ini berlaku kerana SIKAP DS Najib sendiri yang TIDAK akan memBACA atau mengambil BERAT terhadap perkara sebegini sebaliknya menyerahkan kepada orang lain sahaja untuk URUSkan..


HAKIKATnya, sebagai PM DS Najib sendiri yang perlu meneliti dan meNILAI setiap perkara dalam RUU itu TIDAK menyalahi PERLEMBAGAAN dan TIDAK mengGANGGU HAK ASASI UMAT Melayu/ISLAM sebagai KAUM MAJORITI di NEGARA ini.. HAK ASASI siapa sebenarnya yang nak diJAGA oleh DS Najib? PenDEDAHan oleh seorang PEMIMPIN MuslimUPRo yang selama ini menentang COMANGO tentang 8 perkara dalam RUU yang menCURIGAkan patut diambil BERAT DS Najib yang diPILIH dalam PRU oleh UMAT Melayu/ISLAM.. ->KLIK<-


Apa perlunya DS Najib mengULANGi keSILAPan BODOH sebelum ini seperti peMANSUHan ORDINAN DARURAT, ISA dan AKTA Mesin CETAK? Apakah TIDAK CUKUP lagi keBODOHan yang diPAMERkan oleh DS Najib apabila terpaksa MENYAMAN MALAYSIAKINI kerana FITNAH? Sedangkan SEMUA sedia maklum bahawa DS Najib sendirilah yang mengGALAKkan FITNAH sedemikian oleh MALAYSIAKINI dan lain-lain MEDIA apabila AKTA-AKTA yang diNYATAkan tadi diHAPUSkan seMATA-MATA nak diLIHAT sebagai LIBERAL? Apakah DS Najib belum CUKUP PUAS diMALUkan oleh mereka atas TINDAKan BODOH diri sendiri?

Sekarang HAK ASASI dan pegangan AGAMA ISLAM oleh UMAT Melayu/ISLAM cuba diANCAM menerusi RUU.. Pada MASA yang SAMA, UMAT Melayu/ISLAM diDISKRIMINASI oleh KAUM bukan Melayu/ISLAM di dalam SEKTOR peKERJAan? Ini bukan CALANG-CALANG orang yang DEDAHkan.. Ianya adalah KAJIAN oleh 2 orang PENSYARAH KANAN di UM dalam sebuah SEMINAR.. Menurut mereka,


1) Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat di sini dengan menghantar ‘resume’  kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru lulus universiti kepada syarikat yang mengiklankan kerja kosong.

2) Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 22.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 4.2% pemohon Melayu yang dipanggil.

3) Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah hampir sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui apakah pemilihan berdasarkan bangsa pemohon.
Beliau bagaimana pun mengingatkan media berhati-hati membuat rumusan kerana kajian mereka hanya untuk mengetahui perbedaan pemilihan calon bukannya untuk mengetahui kenapa graduan Cina dipilih.

4) Walau bagaimanapun, beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 24% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 6.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.

5) Kajian mereka juga mendapati syarikat dimiliki Melayu sendiri memilih pemohon Cina di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 6.8 % berbanding hanya 4.8% untuk graduan Melayu.
Dr Lee tidak pula mengatakan apakah itu menunjukkan orang Melayu tidak mendiskriminasi kaum Cina.

6) Bagi syarikat Antarabangsa 22.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.

BLOG ini jugak dah BANYAK kali menDEDAHkan keBURUKan dan keGAGALan penTADBIRan DS Najib dalam ISU di atas.. Malah, ianya JAUH lebih AWAL daripada penDEDAHan oleh 2 orang PENSYARAH KANAN UM tersebut! ->KLIK<- dan ->KLIK<-


Mungkin pada DS Najib, mereka yang seKAUM dengannya TIDAK LAYAK untuk beKERJA di SYARIKAT-SYARIKAT ASING yang berOPERASI di NEGARA ini.. Bagi DS Najib, kita yang seKAUM dengannya ini hanya LAYAK KERJA sebagai GURU, NELAYAN, PETANI dan BURUH aje pasal ini aje yang sesuai kerana TIDAK berOTAK LIBERAL KONONnya.. Malah, GLC-GLC pun mungkin telah diarahkan untuk mengetepikan mana-mana peMOHON Melayu/BUMIPUTRA yang TIDAK berOTAK LIBERAL kerana tak mahu diLIHAT tak 'STANDARD' pada DS Najib? Tuh pasallah GLC-GLC pun asyik dok buat DUIT dengan PERAH RAKYAT aje..


Adakah anda meRASAkan DS Najib akan 'CONCERN' terhadap penDEDAHan ini? TIDAK.. TIDAK SAMA sekali.. Kalau sampai satu TAHAP sekalipun dia hanya akan KERAHkan mana-mana 'MALAUN' yang berOTAK LIBERAL untuk buat 'MAKMAL' bagi mengKAJI penDEDAHan sebegini.. Takdenya DS Najib nih nak GUNAkan OTAKnya untuk berFIKIR sendiri! Tengoklah RUU tadi pun dia SURUH MENTERI berOTAK LIBERAL yang buat? Itu belum lagi dalam PEMANDU dan segala macam BADAN 'PUNAH-Sihat' yang dia sendiri WUJUDkan KONONnya untuk RAKYAT.. Walhal, merekalah yang jadik PENYAMUN kita! BETUL tak?

Wallahualam..

4 comments:

Anonymous said...

Tak boleh sentuh pasal bangsa Melayu rasis!!!!!!, semakin meningkat puak liberal dalam golongan Melayu dan semakin pandai memberi hukum dalam agama, menguntungkan kaum lain, tak payah susah, Melayu sendiri yang hentam Melayu sendiri..

Anonymous said...

Dibawah pemerintahan Najib, Cina di dahulukan Melayu di abaikan. Kita dah lihat banyak kejadian dan fakta menyokong kenyataan ini. Cara terbaik ialah gantikan UMNO dalam PRU akan datang.

berasiam said...

kononnya Najib berani mansuh akta itu dan ini yang didesak oleh golongan tertentu.

tapi Najib takut untuk mansuh sekolah vernakular yang menjadi punca utama polarisasi kaum.

kononnya Najib hebat kerana mewujudkan akta baru yang berwajah liberal

tapi Najib kecut untuk mengetengahkan wasatiyah dalam bentuknya yang sebenar.

kononnya Najib pemurah mengagihkan BR1M kepada tujuh juta penerima

tapi Najib kedekut untuk memperkasakan rantaian ekonomi Bumiputera

kononnya Najib gagah kerana saman Malaysiakini

Tun Mahathir sindir Najib banyak duit untuk bayar peguam

tapi blogger upahan akan terus sanjung Najib dan kutuk sesiapa yang kutuk Najib

Najib anak bangsawan yang tidak akan faham susah payah rakyat bawahan

Najib hanya turut kata konsultan yang dibayar berbilion dan ketepikan kabinet dan perkhidmatan awam.

kalau Najib betul-betul berani, hapuskan sekolah vernakular sekali dan selamanya kerana itulah janji ketika merdeka bersama-sama, janji yang tidak ditepati hingga kini.

Wak karno said...

PEJUANG MELAYU LIBERAL ADALAH MEREKA YANG BAHLOL, TOLOL, BODOH, DUNGU DAN BONGOK.
ORANG JAWA BATU PAHAT KATA MEREKA INI GOBLOG.
PIMPINAN UMNO BANYAK YANG LIBERAL.
BERSEKOLAH DI BARAT, TAK BERIKIR SEMACAM OANG MELAYU TULEN.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS