DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, June 01, 2015

3 CARA bagaimana PM KETURUNAN Bugis ini ambil penDAPATan anda, 1 CARA aje dia mengembalikannya mungin TIDAK untuk anda..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

TAHUkah anda 3 CARA kerajaan KUTIP DUIT daripada RAKYAT macam kita ini?

KUTIP DUIT MENERUSI GST 6%


Yang nih pun SEMUA sedia MAKLUM.. Walaupun KONONnya BANYAK BARANG yang diKATAkan TIDAK diKENAkan GST, tetapi secara keSELURUHannya apabila anda BAYAR di KAUNTER, pasti anda akan PERASAN bahawa HARGA BARANGan itu samada sebelum atau selepas diKENAkan GST adalah SAMA.. Atau dengan KATA lain, anda telah memBAYAR pada HARGA yang lebih untuk BARANG atau perKHIDMATan pada KUALITI yang SAMA sahaja sebelum GST diperKENALkan..

Jadik? Cuba anda TANYA diri anda sendiri.. Untuk apa anda memBAYAR HARGA pada KADAR GST sedangkan KUALITI dan MUTU BARANGan atau perKHIDMATan itu tetap SAMA aje seperti sebelum ini? Apakah anda memBAYAR dengan GST seMATA-MATA untuk berSETUJU dengan PM kita bahawa TARAF HIDUP kita dah meningkat, oleh itu HARGA BARANGan dan perKHIDMATan kita pun mestilah menyamai dengan HARGA BARANGan dan perKHIDMATan di NEGARA-NEGARA MAJU lain walaupun KUALITInya SAMA aje macam kat NEGARA DUNIA ke-3..  

KUTIP DUIT MENERUSI KENAIKAN HARGA MINYAK 


Yang nih pun tak payah FIKIR sangat.. Memang selama ini pun penDAPATan daripada HARGA MINYAK dan GAS ini meRUPAkan penDAPATan UTAMA kerajaan sejak sekian LAMA.. Walaupun 'RESERVE' MINYAK kita tak seBANYAK mana pun, USAHA oleh Petronas yang mempelbagaikan AKTIVITI penCARIan MINYAK di luar NEGARA telah BANYAK memBANTU kerajaan dari SUMBER penDAPATan dan menambah JUMLAH TENAGA MAHIR.. Terlalu BANYAK JASA Petronas nih..

Namun demikian, penarikan SUBSIDI MINYAK memBOLEHkan kerajaan dapat menambah penDAPATan daripada AKTIVITI ini berKALI-KALI GANDA sementara RAKYAT pulak diBEBANkan dengan keNAIKkan KOS jugak berKALI-KALI GANDA.. Minyak pada HARGA yang diAPUNGkan sudah tentu akan menyumbangkan penDAPATan yang lebih kepada kerajaan.. BerBANDING pada MASA lalu, HASIL daripada Petronas ini diJANAkan semula dalam BENTUK pemBANGUNan seperti KLCC, SIC dan jugak Putrajaya untuk memBOLEHkan peluang-peluang peKERJAan diWUJUDkan.. Sekarang, entah ke mana HASIL ini diBELANJAkan, TANYAlah PM!

KUTIP DUIT MENERUSI PENGANGKUTAN AWAM OLEH SPAD 


HE!HE!HE! Ada sebabnya PENGANGKUTAN AWAM ini diKAWAL-SELIA oleh SPAD walaupun sebelum ini sudah BANYAK AGENSI yang mempunyai TUGAS yang SAMA.. Menerusi SPAD, penDAPATan daripada TAMBANG BAS dan TEKSI serta PERMIT-PERMIT berKAITan ini diSALURkan terus kepada kerajaan jugak.. Selain itu, KOMPAUN dan PENALTI jugak sudah tentu diSALURkan secara langsung kepada SPAD.. SPAD jugak ada KUASA untuk menentukan KADAR TAMBANG ini..

Apabila RAKYAT NAIK TEKSI berMETER, anda akan dapati betapa PANTASnya METER terSEBUT berPUTAR pada KADAR 25 SEN untuk setiap KM/MASA.. Kalau anda NAIK TEKSI di KL, lagilah SERONOK MATA anda menyaksikan betapa LAJU METER TEKSI itu berGERAK.. Namun demikian, apakah KADAR TAMBANG ini adalah MILIK PEMANDU TEKSI atau pun SYARIKATnya? TIDAK.. Mungkin TIDAK keSEMUAnya.. Sudah tentu ada 'PORTION' untuk SPAD yang menetapkannya..

----------------------------------------------------------------------------------------------------


Itulah 3 CARA bagaimana kerajaan memerah kita sebagai RAKYAT dan selepas itu meMOMOKkan pulak dalam MEDIA atau menerusi penCACAInya KONONnya kita semakin menjadik NEGARA MAJU.. KELAKAR! Apa yang MAJUnya kalau kita kena cuma BAYAR MAHAL pada BARANGan dan perKHIDMATan yang masih lagi diTAKUK LAMA? Ohh.. LUPA.. PM kita manalah pernah BAYAR untuk SEMUA itu kan? Selain ada ELAUN yang BESAR, SEMUAnya kerajaan yang TANGGUNGkan..

Eh! Eh! Kita tak NAFIkan jugak bahawa kerajaan jugak ada bagi BALIK kepada RAKYAT dalam BENTUK 'FULUS'.. Alah.. Kan kerajaan BARU aje 'BANK-In'kan?


Ya.. Inilah pemBERIan 'IKHLAS' kerajaan yang KONONnya memBUKTIkan kita ini semakin menuju kepada keMAJUan.. Walhal, bukan SEMUA RAKYAT dalam NEGARA ini yang meRASAinya pun? Kita boleh IBARATkan yang TINDAKan ini SAMA seperti meROMPAK daripada yang ada REZEKI lebih untuk diSALURkan kepada yang takde REZEKI atau pun MALAS nak menCARInya.. Itulah pemikiran ala-ala NEGARA MAJU yang mungkin diTERAPkan oleh para 'PUNAH-Sihat'nya..


UNTUNGkah RAKYAT kalau sebegini CARAnya? Entahlah.. Yang NYATA, anda tak perlu pun BELAJAR seTINGGI mungkin pasal AKHIRnya segala USAHA dan ILMU anda itu akan jadik SIA-SIA aje akhirnya.. 


Ye la.. KATAlah anda LAYAK berGELAR IR ata DR. tetapi apa yang anda SUMBANGkan kepada kerajaan JAUH lebih BANYAK daripada apa yang kerajaan BERIkan kepada anda? Siapa tak 'TENSION'? BAIK anda 'GRAD' dari Oxford dengan 'DEGREE' Sains POLITIK lepas tuh menganggur kemudian KAHWIN aje dengan mana-mana ANAK PM.. Terus dapat JAWATAN dalam UMNO dan terus boleh MAIN POLITIK WANG? HE!HE!HE!  

Eh? Takkanlah takde yang memBANTAH atau pun meNASIHATkan PM kita tuh? Uii.. PM kitakan KETURUNAN Bugis yang PANTANG diCABAR? Ada BERANI ke?


HE!HE!HE! Itu dia AMARAN kepada sesiapa yang cuba meLAWAN KATA-KATA KETURUNAN Bugis sepertinya walaupun dia yang terSALAH langkah.. Entah HANTU apa yang meRASUKnya, takde siapa pun yang TAHU.. Namun demikian, ada jugak orang yang terDEKAT dengannya cuba memBANTAH dia walaupun ada TALIan perSAUDARAan dengannya.. Err.. BERANI ke KETURUNAN Turki nih? 


HE!HE!HE! BETUL ke dia BERANI atau sekadar takat TULIS kat 'TWITTER' aje? Atau mungkin yang KETURUNAN Turki nih dah 'TENSION' pasal SEPUPU Bugis dia nih asyik dok KERAH dia aje buat KERJA-KERJA yang meMALUkan diri sendiri? 


Ye la.. Dari TRAGEDI penCEROBOHan di Lahad Datu, TRAGEDI MH370 dan MH17, SEMUAnya asyik dia aje yang kena 'BALUN'? Mungkin dia dah INSAF kot?

Kita terINGIN jugak meLIHAT mereka dalam UMNO ini menyahut CABARan PM yang berKETURUNAN Bugis tuh? Ye la.. Dalam UMNO kan ada macam-macam KETURUNAN, takkanlah SEMUAnya SETUJU dengan CAKAP dia aje? Sebelum ini ada jugak yang 'BERANI-BERANI AYAM' nak jadik 'PENDEKAR' nak 'RESIGN' tapi akhirnya takat jadik 'PANDIR-Kar' aje la bila dah terKANTOI.. KAH!KAH!KAH!


Walaupun begitu, seKURANG-KURANGnya dia dah menunjukkan bahawa dalam KELOMPOK seperti anggota kerajaan yang terDEKAT dengan PM sekalipun belum tentu berSETUJU dengan dia.. TAMBAH pulak penDEDAHan KLIP VIDEO oleh TPM semasa MAJLIS terTUTUP UMNO di Janda Baik pun memBUKTIkan sedemikian.. Mungkin mereka ENGGAN berTINDAK MELULU kerana memikirkan kePENTINGan NEGARA.. Atau pun mungkin jugak mereka MAHUkan RAKYAT yang menyatakan MESEJ JELAS pada PRU-14 nanti? Kot-kot la jadik begitu?

Wallahualam..

5 comments:

Anonymous said...

tq bro. satu artikel yang informative serta menghiburkan.

Anonymous said...

Bukan itu je bro..income tax lg teruk. Tu peg2 lhdn tu tgh aktif..kononnya ada target tu setiap cawangan lhdn.korek selagi boleh...kitorang tak halalkan..

Anonymous said...

lhdn cuma aktif kejar pekerja awam swasta yang berdaftar. taukey taukey peniaga yang lebih jauh banyak income diketepikan dahulu sebab susah nak kejar. hampeh

Anonymous said...

Tolonglah jangan siarkan muka Ahmad Maslan lagi. Aku betul-betul menyampah tengok muka menteri bodoh ni. Pastinya PRU14 BN akan kalah dengan tindakan menteri bodoh ni.

Unknown said...

Betul tu bro....aku TERHIBUR membaca artikel kamu....

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS