DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, June 14, 2015

'PAHLAWAN BUGIS' tak mampu MENULIS BLOG dengan BAIK - TerPAKSA mengHARAPkan PenCACAInya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Terus TERANG KATAlah, penulisan di dalam BLOG https://najibrazak.com seBENARnya memBUKTIkan bahawa PM DS Najib Razak bukanlah seorang PENULIS yang HEBAT.. Atau mungkin lebih TEPAT lagi untuk kita KATAkan bahawa PenCACAI UPAHan yang menulis bagi PIHAK DS Najib di dalam BLOG tersebut adalah seorang yang DUNGU dan menulis hanya kerana MAHUkan 'FULUS' seMATA-MATA.. KeDUNGUan beBERAPA PIHAK di sebalik penulisan BLOG itu hanya akan memperCEPATkan lagi keJATUHan DS Najib sebagai PM sahaja..


Kenapa kita KATAkan sedemikian? Kita ambil 'POINT' berikut di dalam BLOG DS Najib untuk SAMA-SAMA TELITIkan..

"3.  Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya.

4.  Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya. Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014. Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya

5.  Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah “hilang”. Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu, Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang. Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau. Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif." ->KLIK<-

Kenapa agaknya 'POINT' di atas mengGAMBARkan DS Najib atau pun PenCACAI yang menulis bagi PIHAKnya di dalam BLOG tersebut macam orang yang KELIRU atau terBELIT dengan JAWAPAN mereka sendiri.. Ye la.. Memang SEMUA orang TAHU bahawa RM42 BILION itu adalah HUTANG? Itulah yang menjadik PERTIKAIannya kerana kenapa 1MDB yang TIDAK keTAHUan OPERASInya perlu berHUTANG sebegitu BESAR hanya kerana nak meMILIKki ASET?



IRONInya, UMUM perlu mengakui bahawa TUN DR. Mahathir sendiri lebih PANTAS memintas JAWAPAN DUNGU sedemikian di dalam BLOGnya sendiri.. Malah, lebih meMALUkan ialah  apabila seorang yang dah berUMUR hampir 90 TAHUN seperti beliau lebih memahami dan TAHU pulak untuk memBERIkan keFAHAMan kepada orang lain berHUBUNG dengan HUTANG RM42 BILION 1MDB..

"8. It is not clear whether any Government department or agencies have scrutinised the terms of the loans. But the terms were very unfavourable to 1MDB and the Government.

9. Goldman Sachs which was entrusted with raising the loan was given;
i) Commission of 10%
ii) The interest rate was fixed at 5.9%

10. What this means is that of the RM5 billion borrowed 1MDB would get only RM4.5 billion. Goldman Sachs would get RM500 million as commission, an inordinately large sum.

11. But 1MDB would pay 5.9% interest on the whole of RM5 billion. Since it gets only RM4.5 billion the rate of interest on this amount would be 6.6% plus. Goldman Sachs need not pay interest on the RM500,000,000/- it got as commission.

12. Loans taken by Government or guaranteed by Government would normally carry 3% interest or less. But the 1MDB loan cost almost 7% interest i.e, about RM350 million a year or almost RM1 million per day.

13. Who approved such terrible terms for a loan to a government owned company? We would like to know who. There must be some documents with the signature of the approving authority. If not somebody needs to answer for this stupidity. Or is it abuse of authority.

14. But more loans were raised from local as well as foreign banks. In all RM42 billion were borrowed. It is not clear what the terms are. But interest on RM42 billion must come to almost RM3 billion a year. Unless the investment yield fantastic returns, the interest burden would sink 1MDB. In fact as everyone knows Ananda Krishnan had to make available RM2 billion to pay the interest. Is it a loan or a free gift? Later 1MDB had to sell shares or properties for USD1 billion (RM3.7 billion) in order to settle short term loan from a German bank.

15. 1MDB is effectively headed by the Prime Minister who is also the Minister of Finance. When loans of more than 100 million are raised for investment overseas Bank Negara has to approve. But the final approval must come from the Minister responsible. And the Minister responsible is also the effective head of 1MDB.->KLIK<-

Baiklah, apa yang anda FAHAM? Secara MUDAHnya BLOG DS Najib cuba untuk menyatakan perlunya 1MDB berHUTANG RM42 BILION.. Sedangkan BLOG TUN DR. Mahathir pulak menJELASkan TIDAK ada JAWAPAN daripada PIHAK DS Najib dan 1MDB untuk berHUTANG sebegitu BESAR dan kenapa perlu berHUTANG dengan KADAR 'INTEREST' yang TINGGI.. NAMPAK tak perBEZAan AYAT antara kedua-dua BLOG ini? Menurut AKAL FIKIRan anda, BLOG siapakah yang lebih meYAKINkan?


NYATA sekali ada yang cuba diSEMBUNYIkan oleh PIHAK DS Najib untuk keWAJARan 1MDB berHUTANG sampai RM42 BILION.. Sedangkan dia sebagai MENTERI KEWANGAN seHARUSnya TAHU tentang ALASAN untuk berHUTANG dalam JUMLAH sedemikian? Bukankah sesiapa pun meRASAkan sedemikian apabila memBACA sendiri TULISan BLOG DS Najib itu? BAIKlah, BLOG ini jugak ada SOALAN untuk diTUJUkan kepada DS Najib atau pun mana-mana penCACAInya.. SOALAN kita ialah,

BAGAIMANAKAH ASET 1MDB YANG KONONNYA BERJUMLAH RM51 BILION HENDAK DIGUNAKAN UNTUK MELANGSAIKAN HUTANG 1MDB RM 42 BILION?


HE!HE!HE! HUTANG itu ada TEMPOH pemBAYARannya.. Begitu jugak dengan 'INTEREST' atas PINJAMan itu.. Tak DAPATlah kita BAYANGkan AKIBATnya kalau perkara seperti di atas bakal diLAKUkan oleh DS Najib dan diSOKONG oleh para penCACAInya demi memBAYAR HUTANG 1MDB.. RASAnya orang GILA pun TAHU apakah KESANnya terhadap NEGARA jika ASET-ASET STRATEGIK seperti JANAKUASA IPP dan TANAH-TANAH kerajaan diperLAKUkan sedemikian RUPA demi keRAKUSan DS Najib dan para PenCACAI UPAHannya..  


SEDIH.. Ya.. Kita memang SEDIH.. Kita jugak PERCAYA RAMAI lagi yang turut SEDIH berSAMA-SAMA kita.. TOK NENEK kita dahulu punyalah berJUANG untuk keMERDEKAan agar ANAK CUCU mereka mampu berPIJAK di BUMI MILIK mereka sendiri.. Dapat kat DS Najib yang berMENTALITI LIBERAL dan para penCACAInya yang DUNGU, mungkin SEMUAnya bakal terGADAI kerana nak BAYAR HUTANG?


Sekali lagilah kita TANYA kat DS Najib dan para penCACAInya.. Apakah orang TUA yang berUMUR nak CECAH 90 TAHUN seperti TUN DR. Mahathir itu masih lagi ada 'HASRAT PERIBADI' seperti yang cuba diMOMOKkan oleh DS Najib dan para penCACAInya? Hanya DUNGU aje yang berFIKIRan sedemikian.. Apakah kita sebagai RAKYAT pulak hanya TENGOK aje bagaimana DS Najib, para 'PUNAH-Sihat' dan para penCACAInya memBINASAkan apa yang diBINA oleh PEMIMPIN terdahulu untuk RAKYAT dan NEGARA? Anda TAHU JAWAPANnya..

Wallahualam..

6 comments:

Anonymous said...

Jawapan najib bersifat peribadi dan ada unsur2 drama TV3 agak emosioal (& juga mungkin memperbodoh orang kampong)

Walaupun, ia adalah buah fikiran terhebat pencacai Konsetan, Namun pemikiran manusia dizaman ICT ini sudah melepasi tsandard kebodohan pak menteri ayam, menteri prepaid & menteri GST.

Nasib baik sifat sabar & pemikiran jangka panjang rakyat Melayu, Cina & India di Malaysia.

Jika di denara lain menteri2 bodoh mcm ni dah lama kena telur busuk.
Bodoh lagi memperbodohkan ..

Unknown said...

Aduh soalan ni memang sangat susah aku takut nati macai Najib suruh kita pulak yang bagi bukti.. Hahahaha

Anonymous said...

Dah agak dah..mmg macai yg jawab..bukan pahlawan bugis..

Anonymous said...

Eden ado satu komen jo- kalo dio mengaku dio pahlawan bugis mengapo bilo datang keturunan mamak dio lari? Kalo pahlawan tunggu lah berdopan. jangan lari bori macam helah-keselamatan lah dlln. Kono boo ramai kono boo. Male lah eden mangaku pahlawan bugis tapi takut ket keturunan mamak. he he he........

Anonymous said...

Najib & the gang..dok ingat rakyat rakyat bodoh.depa putaq mcm2..tak pa ..dia tgu pru 14 ni,aku akan pasti semua anak,isteri & adik beradik aku x akan undi BN lg

Pittsburgh Stone Contractors said...

Greeat post thankyou

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS