DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, July 21, 2015

KeKORUPan dan penyalahGUNAan KUASA oleh para PenCACAI untuk 'COVERLINE' 1MDB yang MODALnya RM1 JUTA aje..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

RASAnya TIDAK ada orang boleh meNAFIkan bahawa keKORUPan yang NYATA sedang meLANDA NEGARA ini.. Tak CUKUP dengan BALA seperti TRAGEDI MH370, MH17 dan BANJIR BESAR Pantai Timur terBURUK dalam SEJARAH, kePIMPINan NEGARA kita masih belum INSAF untuk menyedari bahawa BALA sedemikian bukan DATANG secara keBETULan.. Mereka masih ingin mengUNDANG BALA lebih BESAR dengan keKORUPan dan pengKHIANATan terhadap NEGARA hanya kerana WANG RINGGIT.. Mereka berANGGAPan bahawa JAWATAN mereka dalam HIERARKI kePIMPINan NEGARA itu JAWATAN PUSAKA untuk KETURUNAN mereka aje..


Kita nak TANYAlah kepada anda SEMUA.. Di manakah LOGIKnya seBUAH ENTITI yang berMODALkan RM1 JUTA seperti 1MDB sampai begitu sekali diBERIkan perLINDUNGan oleh kerajaan di bawah kePIMPINan DS Najib? Apakah ENTITI ini begitu PENTING kepada NEGARA atau ianya untuk menyembunyikan sesuatu keSALAHan hinggakan kerajaan kena berHEMPAS-PULAS?


Apakah ISTIMEWAnya 1MDB yang MODALnya cuma RM1 JUTA berBANDING GLC lain seperti LTH, KWAP, KWSP, PNB, LTAT, Khazanah NASIONAL malah PETRONAS sekalipun sehinggakan,

  • 1MDB DIJADIKAN SEBAGAI SEBUAH ENTITI DI BAWAH MOF?

  • KERAJAAN SANGGUP MENJAMIN 1MDB BERHUTANG PINJAMAN SEHINGGA RM42 BILION BESERTA KADAR 'INTEREST' YANG TINGGI?

  • KERAJAAN SANGGUP MENJUALKAN TANAH-TANAHNYA KEPADA 1MDB PADA KADAR YANG MURAH TETAPI 1MDB PULAK NAK JUAL SEMULA PADA HARGA PASARAN?

  • KERAJAAN MENGERAHKAN SELURUH JENTERANYA UNTUK MEMPERTAHANKAN 1MDB YANG BERMASALAH?

  • JEMAAH MENTERI DAN AHLI PARLIMEN BN JUGAK TURUT DIKERAH UNTUK MEMPERTAHANKAN 1MDB WALAUPUN MEREKA SEDAR MASALAHNYA?

  • MALAH UMNO PUN TURUT DIKERAH MEMPERTAHANKAN 1MDB YANG LANGSUNG TAKDE KAITAN PUN DENGAN PARTI?

Begitu sekali 1MDB cuba diPERTAHANkan oleh DS Najib dan KONCO-KONCOnya.. Seolah-olah NEGARA ini TIDAK WUJUD atau British tak akan kasi MERDEKA tanpa 1MDB ini.. TerBARU, RAMAI yang JELEK dan MUNTAH apabila memperSOALkan 1MDB ini diSAMAkan dengan CUBAan KONSPIRASI untuk mengGULINGkan DS Najib dan kerajaan..


Kerajaan boleh diGULINGkan hanya kerana MASALAH seBUAH GLC yang berMODALkan RM1 JUTA? Itulah dia BUKTI betapa KORUPnya mereka.. Tak CUKUP dengan MANIPULASI sedemikian, punyalah terDESAK sehingga ada di kalangan PenCACAInya cuba meMANIPULASIkan pulak KENYATAAN seseorang yang pernah meMUSUHi Kerajaan UMNO/BN ini..


Sedangkan orang yang SAMA jugak pernah menerbitkan KARIKATUR mengHINA Rasulullah SAW di dalam AKHBAR Sarawak Tribune.. Apakah PenCACAI dalam UMNO sudah LUPA akan siapakah seBENARnya GERANGAN orang ini yang sedamg diJULANG untuk memPERTAHANkan 1MDB?


Sekarang PIHAK MUSUH pulak telah memBUKTIkan pulak PengHINA Rasulullah SAW ini adalah seorang yang diISYTIHARkan BANKRAP sebelum ini..


DiFAHAMkan pulak orang yang berIYA-IYA sungguh di sebalik pemBIKINan VIDEO pengakuan PengHINA Rasulullah SAW ini ialah 'PADIYAPPA' yang 'SeEKOR' ini.. DiFAHAMkan jugak dia cuba mengaitkan pulak VIDEO sedemikian dengan seorang MANTAN PEMIMPIN NEGARA yang LANTANG mengKRITIK DS Najib dalam ISU berKAITAN 1MDB ini.. Siapakah MANTAN PEMIMPIN NEGARA yang diMAKSUDkan? RASAnya anda boleh agak dah..


Entah apa yang dia terHUTANG BUDI sangat dengan DS Najib, kita pun tak TAHU.. Yang JELASnya, dia cuba menonjolkan dirinya antara SALAH seorang 'PenCACAI' DS Najib dalam ISU 1MDB ini hingga MAIN BANTAI aje tanpa menyedari AKIBAT perBUATan BURUKnya itu terhadap KREDIBILITI keSELURUHan Kerajaan UMNO/BN.. SEBUT pasal para PenCACAI kepada DS Najib dalam ISU 1MDB ini, ada jugak CERITA yang mengatakan SALAH seorang daripada mereka telah pun 'SURRENDER' lalu ambil KEPUTUSAN untuk 'RESIGN' daripada JAWATANnya?


KAH!KAH!KAH! Mungkin dia 'TENSION' kot pasal PERUNTUKAN untuk BELI SYAMPU pun kena KEBAS dengan para 'PenCACAI' lain kat dalam PMO kot? Agak-agaklah kalau nak MENGEBAS pun.. TAHUlah selepas PRU-14 nanti SEMUA nak PAKAT LARI ke luar NEGARA dah pasal TAKUT kena TEMBAK MATI ala-ala pengKHIANAT macam kat Korea Utara..


Kita nak TANYAlah, agak-agak dah BERAPA BANYAK dah PMO berHABIS DUIT RAKYAT untuk BELANJA bagi 'COVERLINE'kan KES 1MDB menerusi MEDIA seperti TV3, NSTP dan jugak para 'PenCACAI' mereka? TIDAKkah itu SATU lagi BENTUK keKORUPan terhadap NEGARA hanya kerana nak memBELA 1MDB yang MODALnya hanyalah RM1 JUTA?

Wallahualam..

35 comments:

Anonymous said...

Kalau dah Tun Mahathir kata dlm blog dia, masa bercakap 1-2 cara nak jadi popular, Najib kata "Money is king", tentu banyak le duit keluor, bro.

Tapi ada yang kata popularity dia merudum ke 26% sekarang. Ok lah, kalau katakan itu poll di buat pihak Pembangkang. Kalau kasi 10-20% margin of error pun (poll di Amerika paling tinggi ha nya 5%), popularity dia dah jauh tak sampau 50%. Banding dengan satu masa sabelom skandal 1MDB - 60% lebih.

Anonymous said...

Tak gitu, takkan sampai RM2.6 bilion di laporkan masuk ke ekaun dia di AmBank. Kita kena gesa Pasukan Petugas Khas siapkan sisatan ke atas itu secepat mungkin. PRU14 tak lama lagi. Aku tak mau UMNO/BN kalah, beb.

Anonymous said...

Gamak nya Najib tak kuat sangat nak paut jawatan PM tuh sampai bila bila ...Rosmah yang kuat....jangan memain pompuan tuh......jenis mesti dapat apa yang dia nak........

Anonymous said...

Aku harap pengakhiran hidup najib Dan rosmah dan macai2 beliau sama atau lebih dasyat lagi Dari pengakhiran hidup muammar ghadafi!!!!!

Anonymous said...

Korang ada rasa ke PetroSaudi tu sapa yang mulakan, sapa yang tubuhkan? Tak mungkin Jho Lo ke? Dia yang aturkan orang Arab yang jadi proxy bagi tubuhkan syarikat tuh? Rancangan rahsia nak transfer wang 1MDB kpd .....?

Anonymous said...

Tun Dr Mahathir telah terangkan di blog nya bahawa kalau takda rancangan yang di rahsiakan dan implementasi rancangan itu di buat secara tersembunyi atau surreptitious dan bukan dengan tujuan mnggulingkan Kerajaan, itu bukan konspirasi.

Saya setuju.

Anonymous said...

Saya khuatir kedudukan demokrasi negara ini jika 1MDB tidak boleh di perkatakan langsung. Masakan tak ada gambaran berapa lama boleh selesai perkara yang melibatkan hutang RM42 juta itu.

Anonymous said...

Di England, "A panel has been set up to decide the future of Freedom of Information laws" - MailUK.

Di Malaysia, kita nak cakap fasal 1MDB pun tak bebas.

Anonymous said...

Najib stays mum on use of 1MDB funds for GE13
Malaysiakini

RM2.6 billion from 1MDB funds did go into his private bank account and if the money was used for general election purposes. Approached by journalists at the Hari Raya open house at Parliament, Najib kept silent on the issue

Anonymous said...

Sarawak Report nak saman. Bunyi macam nak provokasi supaya di saman. Kot sebab depa tahu kalau sampai ke Mahkamah akan berborai can of worms.

Anonymous said...

Akhbar the Edge kata “We stand by what we have published.”

“We have also said that we are prepared to go to court to defend what we have published, but till today no one has taken us to court.”

Anonymous said...

Loyar Tan Sri M. Kayveas kata Kerajaan Malaysia boleh "apply for an international warrant to extradite Sarawak Report portal founder Clare Rewcastle Brown to Malaysia .. if there was sufficient proof that SR had tampered with confidential information that it had obtained from Xavier Andre Justo."

Kata dia, lagi satu pilihan ia lah mensaman SR for defamation di UK - undang undang penal code di UK sama dengan di Malaysia.

Anonymous said...

Freezing of 2 bank accounts in Singapore connected with 1MDB case –

Singapore police said in a statement today, “On 15 July 2015, we issued orders under the Criminal Procedure Code to prohibit any dealings in respect of money in two bank accounts that are relevant to the investigation.”

Anonymous said...

Penin pala jugak tuh. Saman salah, tak saman salah. Sebab tak tau mana fakta.

Anonymous said...

Lim Kok Wing quits as Najib's public campaign adviser? What public campaigning has he been doing anyway? He was just a cartoonist at New Straits Times. He got a license to start a commercial advertising college or something, maybe because he had a beautiful wife.

Then he managed to use the name university. After that he divorced his wife.

What good has he done to Najib's image?

Anonymous said...

Tony Pua di beritakan di halang keluar dari negara masa dia nak terbang ke Jokjakarta. Pahal nak ke tempat yang itu - biasa orang pergi ke Jakarta. Nak jumpa Lester ke siapa? Ada muslihat 1MDB ke?

Anonymous said...


Straits Times kata Wall Street Journal tak tukaq pendirian depa ... loyar Najib tengah dok pikiaq apa nak nasihat Najib .....tapi mau ka Najib bawak pi Mahkamah......nanti banyak busuk keluaq....

Anonymous said...

Kalo cakap tak sebunyi sembunyi apa plak konspirasi?

Anonymous said...

Kalo Pembangkang jumpa Justo ke Lester ke senyap senyap, itu konspirasi

Anonymous said...

Gitu ramai yang marahkan Najib sekarang, tak tau berapa lama lagi dia tahan jadi PM. Bekas boss Kumpulan NST A Kadir Jassin kata "the chips are falling in the 1MDB scandal".

Anonymous said...

Dah patut benor Najib tarik diri.....tak jawab pun terima ke tak RM2.6 billion dlm ekaun dia......

Anonymous said...

Bukan nakkan jawapan terima ke tak RM2.6 billion tuh - Pasukan Petugas Khas dah keluarkan kenyataan.

Cuma nak tahu duit tu guna untuk apa? Tun Mahathir kata kalau guna untuk PRU13 pun salah besar.

Bila nak letak jawatan.

Anonymous said...

Ok, tak mahu cakap letak jawatan, cakap berundur saja le. Macam Tun Dol dulu. Pok Jib yg mintak dia berundur di masa dulu tu, ingat tak?

Anonymous said...

Rapid Rail apologises for LRT disruptions - PM calls for a safety audit ...
Paul Tan's Automotive News - ‎2 hours ago‎

How about 1MDB latest audit? Even his brother Nazir some time ago expressed surprise that there was no audit yet for 2014 financial year.

Anonymous said...

Waaa, saya missed berita ni lah -

The special task force probing the 1MDB allegations revealed it is aware of Rosmah Mansor's bank account some time ago.

"The task force knew about this before the (media) expose and an investigation is being conducted," said the joint statement about a week ago.

Jadi, kes bank ekaun peribadi ada dua - satu atas nama Najib RM2.6 bilion, satu atas nama bini dia, RM2 juta.

Kita tunggu aje le laporan siasatan Pasukan Petugas Khas itu. Dan do'a Najib berundur.

Anonymous said...

Kalau tak tahan menunggu, buat sembahayang hajat. Tak salah. PAS dulu buat sembahayang hajat nakkan KO UMNO. Kita mintak Najib undur saja.

Anonymous said...

PAS mintak supaya KO UMNO, UMNO/BN hilang 2/3 majoriti. Kita mintak Najib undur tapi UMNO/BN menang PRU14, boleh makbul kot.

Anonymous said...

The Dow Jones, owner of Wall Street Journal, at about the last minute, replied Najib's lawyer's letter. The reply letter, sighted by Malay Mail Online, pointed out the July 2 piece was a news article reporting facts, which said the source of the money was unknown. It also pointed out that the July 6 article is a commentary on those facts.

"As a result, it is quite clear The News Article is a fair and accurate summary of current events, and The Opinion includes reasonable commentary based on those facts.

"Any suggestion otherwise is misplaced and baseless," Dow Jones lawyer said.

Would Najib sue?

Anonymous said...

The sighting by Malay Mail above was said by Malaysiakini. Mot sure whether correct or not. They both are pro-Opposition. So, take it with reservation.

Anonymous said...

Takkan Najib berani sue.......gitu banyak isu..........WSJ kata penulis dia dah kata punca wang tu tak tau.......cuma sebut apa yang Petugas Khas siasat sekarang.....kalau sue Najib tentu kena tanya di mahkamah pasal tu bertalu talu.........

Anonymous said...

jangan mare le kalo rakyat nak tau.......rm2 bilion masuk ekaun bukan sikit duit.......kalo utk pru13 pun salah kate tun mhathir.........

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

TS Muhyiddin dah bersuara berkenaan 1MDB di media massa, menunjuk jari kpd DS Najib, menasihat ahli ahli UMNO berfikir. UMNO/BN akan kalah PRU14 kalau tak ambil tindakan, kata nya. Saya minat nak tahu perkembangan nya mulai sekarang.

Anonymous said...

Muhyiddin di gugurkan. Najib sekarang ada kuasa. Kita tunggu pandai pandai tupai melompat ....

Anonymous said...

Gani Patail removed from AG post by letter from the Secretary to the Government -

The Federal Constitution

Article 145 (6) states that an A-G shall not be removed except on like grounds and in the like manner as a judge of the Federal Court”.

Article 125 (3) regulates the manner in which a federal court judge may be removed.

If the prime minister recommends the removal of a judge to the Yang di-Pertuan Agong for “breach of any code of ethics or on grounds or inability of body or mind, or any other cause” – the Agong shall appoint a tribunal and remove the judge on the recommendation of the tribunal.

His services cannot simply be terminated just by the Secretary to the Government. Gani Patail has refused to comment beyond saying he was not aware his service as AG was to be terminated. Let’s see what action he and/or concerned others would take.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS