DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, July 19, 2015

Kenapa PIHAK berKUASA DIAM bila para PenCACAI DS Najib menCIPTA pelbagai TEORI KONSPIRASI untuk mengelirukan SIASATan 1MDB?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
 
Tatkala RAMAI sudah menCONGAK semula BERAPA BANYAK 'FULUS' yang sudah diHABISkan untuk beRAYA dan jugka sudah mula menguyah SERDAK BISKUT RAYA, kita terasa ada keLUCUan pulak dalam perKEMBANGan MUTAKHIR pasal 1MDB kali ini.. Kita amatlah berHARAP agar keJELEKan yang kita PAPARkan ini TIDAKlah menjadik penyebab anda terSEDAK atau anda mungkin termasuk ke HOSPITAL kerana MUNTAH tanpa HENTI..
 
 
 
Kalau IKUTkan KATA para PenCACAI, segala ISU pasal 1MDB ini adalah KONSPIRASI yang berTUJUAN untuk menJATUHkan kePIMPINan DS Najib.. Perghh.. HEBAT sungguh kePIMPINan DS Najib ini sampaikan SEMUAnya 'PERFECT'.. Malah, mungkin PenCACAI mengHARAPkan kePIMPINan DS Najib ini diSAMAkan dengan Kerajaan LANGIT ala-ala AYAH Pin dahulu?
 
KONSPIRASI.. Kita terTARIK dengan perKATAan ini kerana ianya mengINGATkan semula pada TAHUN 1998 apabila seorang MANTAN TPM mengGUNAkan perKATAan ini bagi mengaburi keSALAHannya yang menempatkan DNAnya dalam 'JUBOR' LELAKI dan WANITA lain.. Anda tentunya masih INGAT, bukan?
 
 
Dalam pada dok berTEORI KONSPIRASI itu, SEDAR tak SEDAR dah RM3 BILION diLESAPkan dari MoF ke luar NEGARA melalui perTALIan beBERAPA INDIVIDU yang ada di antaranya kini dah pun menjadik PenCACAI kepada DS Najib dalam ISU 1MDB ini.. Pada TAHUN 1998, anda tentu TAHU betapa BESARnya NILAI RM3 BILION ketika itu.. Sampai sekarang takde siapa pun TAHU apa dah jadik dengan RM3 BILION itu.. Namun begitu, apabila TEORI KOSNPIRASI sekali lagi berKUMANDANG untuk 'COVERLINE'kan DS Najib dalam ISU 1MDB, kita meRASAkan seolah-olah WUJUDnya TAKTIK yang SAMA, jugak di MoF cuma MENTERInya aje yang berBEZA.. HE!HE!HE!
 
 
Apabila Wall Street Journal menDEDAHkan tentang WUJUDnya TRANSAKSI sekitar RM2 BILION ke dalam AKAUN DS Najib di AMBANK, bukan MAIN lagi mereka menuduh TUN DR. Mahathir sebagai PIHAK yang cuba meWUJUDkan KONSPIRASI terhadap DS Najib..
 
 
HAKIKATnya, terBUKTI memang WUJUD pun AKAUN AMBANK dan TRANSAKSI yang diMAKSUDkan.. AIK? Bila DUIT dah MASUK AKAUN sendiri, takde pulak TIMBULnya TEORI KONSPIRASI?
 
 
Tengok? Walaupun SEKOLAH takde TINGGI mana pun tapi MP PAS ini lebih CERDIK daripada para PenCACAI di sekeliling DS Najib yang cuba memPROMOSIkan TEORI KONSPIRASI.. SIA-SIA aje DUIT PMO diSALURkan kepada para PenCACAI ini.. KAH!KAH!KAH!
 
Sebelum ini pun DS Najib dan para PenCACAI dah di'KANTOI'kan dengan pemindahan DANA dari Pulau Cayman ke Singapura.. INGATkan 'CASH is KING' tetapi dah jadik 'UNIT is KING' la pulak..
 
 
Nak lebih menyedapkan lagi JALAN CERITA KONSPIRASI DS Najib ini, diNAFIkan pulak keWUJUDan orang kat bawah ini sebagai INDIVIDU yang meMAINkan PERANAN UTAMA dalam 1MDB.. Punyalah DS Najib NAFIkan tentang PENTINGnya orang ini..
 
 
Dalam pada dok NAFIkan tuh, RUPAnya DS Najib seKELUARGA SIAP pergi MAKAN ANGIN lagi dengan orang ini.. IRONInya, takde siapa pulak nak SIASAT tentang GAMBAR di bawah ini?
 
 
Err.. 1MDB itu bawah MoF bukan? Kalaulah GAMBAR ini hanya meLIBATkan PEGAWAI kat 1MDB aje, memang dah 'CONFIRM' dah HABIS segala RUMAH kena GELEDAH dengan PIHAK berKUASA.. UNTUNGlah takde siapa pun BERANI nak SENTUH mereka dalam GAMBAR ini walaupun HAKIKATnya 1MDB dah berHUTANG berBILION RM tanpa keTAHUan apakah OPERASInya..
 
Mungkin kerana tak TAHAN dengan 'KANTOI' demi 'KANTOI' yang diHADAPi oleh 1MDB, PIHAK pengURUSannya cuba berTINDAK BALAS dengan sekali lagi menyalahkan TUN DR. Mahathir atas MASALAH yang mereka HADAPi kali ini..
 
 
 
Agaknya TUN DR. Mahathirlah kot yang kasi PASANG 'SPY' dalam 1MDB untuk SABOTAJ segala BISNES mereka sampai berHUTANG RM42 BILION tak terBAYAR? Itu HUTANG semasa NILAI RM belum JATUH lagi tuh.. Sekarang dah BERAPA agaknya NILAI HUTANG 1MDB?
 
 
Segala TEORI KONSPIRASI ini TIMBUL apabila seorang EKSEKUTIF PetroSaudi diCEKUP di Thailand kerana diDAKWA cuba meng'BLACK MAIL' semula SYARIKAT terSEBUT berKAITAN URUSNIAGA dengan 1MDB.. Yang PELIKnya, kenapakah hanya KENYATAAN seKERAT-seKERAT aje yang diKELUARkan oleh PIHAK berKUASA Thailand.. Kenapa EKSEKUTIF ini TIDAK diDAKWA pun di MAHKAMAH, ianya masih MISTERI..
 

GEGAK GEMPITAlah seluruh ALAM dengan TEORI KONSPIRASI oleh para PenCACAI SUSULan pengkapan EKSEKUTIF terSEBUT.. Seboleh-bolehnya TEORI KONSPIRASI ini cuba diPROMOSIkan oleh para PenCACAI DS Najib bagi meNAFIkan:-
 
  1. KERUGIAN RM42 BILION 1MDB (SEBELUM NILAI RINGGIT JATUH)
  2. WUJUDNYA TRANSAKSI BERBILION RM KE DALAM AKAUN AMBANK DS NAJIB
  3. KEGAGALAN MENJAWAB APAKAH 'UNIT' YANG DISIMPAN DALAM BANK DI SINGAPURA
  4. PERANAN JHO LOW DALAM URUSAN PERNIAGAAN 1MDB
 
Ada jugaklah SEGELINTIR para PenCACAI yang BANGANG yang seboleh-bolehnya cuba mengaitkan TUN DR. Mahathir atas keKORUPan 1MDB ini.. HABIS duKUTIPnya PENDAPAT 'PARIA' PENGUTIP SAMPAH ini untuk TUJUAN terSEBUT.. KAH!KAH!KAH! ->KLIK<-
 
 
Kita jugak ingin menZAHIRkan kePELIKkan kita dengan mereka yang sedang MENYIASAT SALAH-LAKU 1MDB ketika ini.. Kenapa ada 'DOUBLE-Standard'?
 
 
Kenapakah pelbagai AMARAN diBERIkan kepada RAKYAT dan jugak PIHAK yang menZAHIRkan keKELIRUan mereka berHUBUNG SALAH LAKU 1MDB ini? Sedangkan para PenCACAI DS Najib pulak diBERIkan RUANG seBEBAS-BEBASnya terMASUKlah dalam MEDIA seperti TV3 untuk menyebarkan FITNAH, memBURUKkan TUN DR. Mahathir serta menCIPTA pelbagai TEORI KONSPIRASI untuk mengelirukan PANDANGan UMUM terMASUKlah mengALIHkan TUMPUan SIASATan? Kenapa para PenCACAI DS Najib ada pulak keBEBASan sedemikian?
 
Wallahualam..


32 comments:

Anonymous said...

mereka berdiam sebab ianya memberikan keuntungan kepada bos mereka. lagi keliru bermakna lebih baik untuk bos mereka. hingga ketahap rakyat bosan dan tak nak ikuti lagi kes 1MDB, senanglah bagi mereka melengahkan masa sehingga dapat mereka lakukan secara magic untuk menutup kes 1MDB.

Unknown said...

Pencacai ah jib gor...Tun M dah bukak cabaran...siasat dan tangkap lah Tun M kalau dia betul bersalah...wahahahaha Ah jib gor berani ke cakap macam Tun cakap? Ni dah masuk raya ni bilanya nak saman WSJ ni??? Sembang macam parrrrrrr

Anonymous said...

Pahal pun, wa rasa Pasukan Petugas Khas tak boleh tidak kena siasat sapenuh nye, sedalam dalam nya. Depa pulak ambil nasihat Peguam Negara. Wa rasa Gabenor, KPN dan PN tu no-nonsense orang nya.

Kalo depa kata dah siap siasatan sabelom interrogate Justo, curiga le. Kalo pihak Thai simpan Justo dlm penjara depa banyak tahun, tak kasi Malaysia interrogate, susah le nak goncangkan pokok sampai sebiji buah busuk tu gugur. Nakkan gugur sacepat mungkin sabelom PRU14.

Unknown said...

Pencacai Ah jib gor macam mana Ah jib gor nak menang Pru14 ni cer citer sikit...bagi sebab2 sekali kenapa Ah jib gor perlu kekal...Pru13 dulu pun 47% ja BN dapat kalau macai Ah jib gor boleh bagi aku sebab2 BN boleh menang besar aku akan sokong Ah jib gor...

Anonymous said...

Jangan marah pencacai sekeliling Najib yang ngata teori konspirasi. Depa takut kalau Najib hilang jawatan, depa hilang kerja. Atau jawatan yang di idamkan di PMO. Tapi kita terus tere depa saje le.

Unknown said...

Persoalannya...betul ke orang yang menyokong Ah jib gor ni betul2 orang Umno? Konspirasi2 ni selalunya macai Pkr ja dok konspirasi2 ni...tapi sekarang bila kena kat Ah jib gor tiba2 konspirasi jugak?? Duit di cayman island dari Tunai ke Unit pun konspirasi jugak ke? Sedangkan Ah jib gor memang terang2 menipu tak kan benda macam ni pun macai Ah jib gor tak boleh nampak?

Anonymous said...

Macam mana pencacai Najib nak bising sangat? Mereka sendiri tak tau yang mana betul, yang mana salah. Salah cakap, kena hentam dek khalayak ramai - pernah berlaku tak lama lalu.

Pikir lah, sampai sekarang takda siapa yang kata semua di SR dan WSJ itu tak betul. Cuma kata selective, edit, tamper, dll. Tentu ada yang betul. Sampai Najib pun tak tahu nak cakap. Loyar dia pun tak berani nak saman terus - kena hantar surat, tanya pendirian mereka, mana betul mana tak, gamak nya (saya dah lupa kandungan surat yang telah di beritakan itu).

Editor WSJ di Hong Kong dah kata mereka berpegang kpd laporan mereka. Tak terbaca pulak sama ada WSJ HQ di New York dah jawab surat loyar Najib yang beri tempoh jawapan dlm 2 minggu. Kalau Najib saman, mereka boleh counter-saman. Boleh tuntut beratus, malahan beribu, juta dollar.

Nampak nya lama sabelom kita tahu Najib saman ke tak.

Anonymous said...

Pencacai Yahudi lagi keliru dan bahalol sepanjang masa. Maklumat yahudi diyakini lebih drp segalanya....

Unknown said...

Hah yang ini lagi kelakar dan bahalol dah tahu maklumat yahudi apasal tak saman2 yahudi tu??? Disebabkan kebodohan pemimpin lah yahudi boleh buat sesuka hati sebab bodoh dah tahu kena fitnah kena konspirasi tapi tak saman2 memang BODOH!

Unknown said...

Lagi satu kami ni bukan percaya sangat dengan maklumat yahudi...TETAPI MAKLUMAT DARI AH JIB GOR PUN DAH KELIRU MENIPU PEMBOHONG CELAKA HARAM JADAH MULA2 TUNAI JADI UNIT KAH KAH KAH

Anonymous said...

8:27,

Tengok fakta, beb, tengok fakta. Ada sesiapa yang kata SEMUA maklumat di SR dan WSJ tu tak betul?

Unknown said...

Yup tepat sekali Ah jib gor dan 1Mdb hanya menafikan sahaja dan terus tuduh fitnah...menafikan sahaja mana cukup? Kalau tak betul saman lah? Kalau tak nak saman cerita lah benda yang betul dan tunjuk bukti2 dia kata tak betul. Ni tak tanya lain terua tuduh fitnah dan nafikan pencacai dia pulak bersorak ini konspirasi! Tanpa selidik dulu betul ke tidak kah kah kah

Anonymous said...

Setuju dgn muhamad Danial 8.40

Anonymous said...

Berita ni ok, tapi tak cukup nak tau sapa Pembangkang yang terlibat saja -

Putrajaya wants to send IGP to Bangkok

Putrajaya said inspector-general of police Khalid Abu Bakar has been assigned to talk to Swiss national Xavier Andre Justo in Bangkok over claims that the latter met Malaysian opposition figures.

Mesti nak cuba dapat tau yang mana betui, mana tak betui dalam repot SR dan WSJ tuh. Kena mintak pasukan PDRM "interview" Justo di Malaysia jugak. Justo = 1MDB, dan 1MDB domiciled in Malaysia, man.

Anonymous said...

Anon@8.00pm

Pendapat saya mamat Justo nih soal lain. Pokoknya persoalan Tun wajib dijawabkan dulu. Tanbahan lagi beberapa soalan termasuk akaun banknya. Message yang sudah disampaikan perlu dijawab. Penyampai maklumat boleh disiasat kemudian. Kalau nak tau sesuatu berita itu fitnah siasat dulu mesejnya barulah nessengernya pula disiasat. Janganlah kita sama2 dikelirukan oleh blogger banfang disebelah sana tuh hingga kita terlupa mendapatjan jawapan.

Anonymous said...

Kalau aku Najib, semua pencacai penasihat aku aku pecat..kalau aku kim jong ill , pencacai bidoh kaut makanbmcm babi ni semua dihukum mati..

Bagi gaji nesar makan besar masih bidoh.

Tak habis2 chegu butt, azwan jmn dan azmil parti kita yg bingai tu dijemput ke tv3.

Menteri semua chap ayam dan bodo juga..

Panggila pakar ekonomi..

Anonymous said...

nii pencacai jilake jibmah... tlg celik mate luas2 tgok sape yg di keliling jibmah sbg con-sultan tuuu... brp byk yahudi jilake yg dibela jibmah tuk menipu rakyat mesia... mmg btul2 jilake la lau cai jibmah xnmpk yg sgt terang lg nyata tu... patut la cai2 jilake jibmah takut sgt kehilangan bapak songlap duit tu.... bkn krn umno tp krn wang sematamata... WANG WANG WANG... jilake jelanat larrr kamu wahai cai2 jibmah disumpah rakyat jelata Mesia...

Anonymous said...

Sdr Anon 9:14 PM,

Setuju, soalan Tun Dr Mahathir wajib dijawab dulu. Tapi mereka mengguna helah konon nya Justo "selective, edit, tamper" email PetroSaudi itu, menjadikan nya sebagai alasan yang SR dan WSJ itu bohong dan tak boleh di percayai.

Jadi, kalau tak dapat pengesahan dari Justo yang mana satu email itu betul, mana satu yang di edit/ di tampper nya, tak dapat lah nak menunjukkan bahawa hujah mereka itu tipu helah sahaja.

Setuju bahawa soal akaun AMBanknya, jawab nya senang sahaja - ada terima atau tidak. Tapi sudah di coba belitkan dengan kata kata dia "tak pernah terima wang untuk keuntungan peribadi nya." Tapi tak pulak menjawab so'alan wang yang di terima di ekaun itu untuk kegunaan apa dan tak melanggar undang undang ke.

Saya masih berpendapat bahawa selagi tak di "interrogate" Justo secara siasatan Polis biasa bagi mendapatkan fakta yang berkenaan, selagi itu lah Najib dan pencacai nya akan terus mengelirukan rakyat dengan kata kata SR dan WSJ itu tak boleh di percayai.

Pada hal setakat ini takda siapa pun yang pernah mengata SEMUA yang di tulis di SR dan WSJ itu tidak betul. Ini termasuk General Polis Thai yang berkuasa di atas siasatan Justo itu. Ha nya mereka mengata Justo "selective, edit and tamper" email itu. Jadi, kalau tak siasat Justo, macam mana nak siasat mesej nya fitnah atau tidak.

Anonymous said...

Waaah, kali pertama saya melihat bukti Najib dan Rosmah kenal Jho Lo - gambar mereka bersama yang lain. Terima Kasih SCA. Kalau saya tak masuk blog ini, tak dapat bukti lah saya sampai tak tahu bila - percaya tanpa bukti, berdasarkan berbagai laporan akhbar, penulisan di blog, dll.

Sekarang bukan saja tiada angin manakan daun bergerak - sekarang nyata bukti mereka kenal, maka kemungkinan besar berjuta, malahan berbilion, wang brgerak!

Anonymous said...

Tak munasabah Tun Dr Mahathir dan penyokong nya di masukkan ke dalam conspiracy theory.

Conspiracy di antara puak puak Pembangkang memang ada. Tujuan nya bukan saja nak jatuhkan Najib, juga nak jatuhkan Kerajaan, melalui undi tak percaya di Parlimen. Saperti Anwarul Al Juburi (pangkat Mat Sabu yang beri) cuba jatuhkan kerajaan Tun Dol dengan coup d'etat (rampas kuasa) melalui katak lompat tapi tak berjaya di tahun 2008.

Benar, TDM mahukan Najib letak jawatan atau UMNO gantikan dia. Tapi sampai ke situ saja. Itu bukan conspiracy - itu hal rakyat dalam demokrasi. Gila lah jika sesiapa mengata TDM mahu gulingkan Kerajaan UMNO/NM.

Anonymous said...

Kenapa gomen nak bagi warning orang cakap fasal Najib dan Rosmah dlam kes 1MDB. Kan kita demokrasi. Jawab saja le. Bior rakyat fikir mana yg betul, mana yg tak betul.

Anonymous said...

Dari gambor gambor di pos tuh, nampak banyak bebenor pegawai pegawai Najib. Di PMO, di Kementerian Kewangan.

Banyak juga yang bertugas memberi penerangan. Tapi pahal tak jelas juga penerangan. Cuba le terangkan apa maksud Najib kata dia tak pernah ambil duit "untuk keuntungn peribadi". Dan apasal dia tak jawab ada terima wang dalam ekaun ekaun AmBank dia ke tak.

Anonymous said...


"para PenCACAI DS Najib menCIPTA pelbagai TEORI KONSPIRASI"? Konsultan Bretes dia tak sama mencipta, sebab teori yang melibatkan Tun Mahathir tak masuk akal. TDM terang terang kondem Najib, tak sembunyi mcm puak puak Pmbangkang.

Anonymous said...

Demokrasi, liberal. Itu yang Najib tunjukkan. Warning tak demokratik, tak liberal.

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Wa lau wei......RM2.67 bilion bukan sikit wang, wei.........RM2,670 juta........kalau tatak pakai untuk sengkili untung, pakai untuk apa ciakap lorr............

Anonymous said...

Hahaha itu SITUS MBAH RAWAIRE pun masuk, nak kata RM2.6 billion itu datang dari usaha dia ke......hahaha

Anonymous said...

Sarawak Report website vows to continue publishing 'exposes' despite Malaysia blocking it - ST.

Tak kisah lah. Mana yang dah di tulis dek ramai orang di akhbar, blog, social media dah cukup utk kita dapat gambaran apa yang berlaku.

Ha nya nak tau yang mana betul, yang mana tak. Setakat ini, takda siapa yang kata semua nya bohong.

Dan nak tau RM2.6 bilion masuk ekaun Najib di AmBank itu Najib terima ke tak. Yang itu, Pasukan Petugas Khas dah nyatakan mereka sedang siasat. Kenyataan itu tak bohong punya. Harap ada tindakan Mahkamah berikutan dengan nya.

Anonymous said...

MESTI ADA MUSLIHAT BESOR, BEB. TAK GITU, TAKKAN DUIT DARI CAYMAN ISLAND HANTAR KE SINGAPORE DI KATA ADA DALAM BENTUK WANG TUNAI, PASTU KATA DALAM BENTUK SAHAM, AHIRNYA KATA DALAM BENTUK UNIT APEKEBENDENYA.

TAKKAN LE MENTERI KEWANGAN SALAH JAWAB. KAN JAWAPAN DI SEDIAKAN DEK PEGAWAI KERAJAAN. APA MEREKA PUN DAH KELIRU, TAK NAMPAK BUKTI YANG NYATA, TAK TAU APA NAK JAWAB?

1MADB TAK USAH HARAP LE NAK BERI JAWAPAN. KAN FIRMA ODIT 1MDB DUA KALI DI TUKAR SABELOM SIAP KERJA MEREKA. ADA YANG BARU BERAPA BULAN AJE MMENJALANKAN KERJA ODIT TAPI DI BERHENTIKAN. KOT DEPA TANYA BANYAK SO'ALAN, MINTA BUKTI SUPYA NAK ODIT DENGAN BETUL. KESIAN, KENA BERHENTIKAN.

TU SEMUA CHAIRMAN PAC YANG UMUMKAN SALEPAS DIA PANGGIL WAKIL FIRMA FIRMA ODIT BAGI TAHUN TAHUN AWALAN OPERASI 1MDB.

Anonymous said...

Nampak nya Najib dan kuncu kuncu nya banyak main strategy "play for time" sahaja sekarang ini.

Tak letak jawatan atau tak di gantikan UMNO spt Tun Mahathir mahukan, tak jawab so'alan so'alan yang di majukan atas alasan alasan:

- emails dari Justo itu "selective .. edited .. tampered ..", walau pun setakat ini takda siapa yang kata semua di SR dan WSJ itu bohongan

- Justo mungkin di penjara dek Thailand beberapa tahun, mungkin Malaysia tak dapat "expatriate" dia ke Malaysia dan di siasat sapenuhnya mengikut kepentingan di negara ini sehingga tamat tempoh penjara nya

- Siasatan KPN ke atas Justo di Thailand ha nya bagi mengtahui siapa orang Malaysia yang menemui/ bersubahat dengan Justo, tidak sebut fasal betul tidak malumat di SR dan WSJ

- Siasatan Pasukan Petugas Khas BN, KPN dan SPRM di atas ekaun ekaun di atas nama Najib di AmBank akan makan masa yang lama juga

- Laporan Terakhir Ketua Odit Negara siap paling awal nya di hujung tahun

- Public Accounts Committee pun perlu menunggu Laporan Ketua Odit Negara

- UMNO dah setuju supaya pemilihan parti di tangguhkan selama 18 bulan

Oleh itu, nampak nya senang hati juga lah Najib dan Rosmah. Melainkan ada perkembangan yang mengejutkan atau yang menukar bentuk penyiasatan. Atau jika ada sesuatu yang Tun Dr Mahathir boleh fikirkan di lakukan membikin Majlis Tertinggi dan/atau Ketua Ketua Bahagian UMNO megambil tindakan membikin Najib letak jawatan.

Saya mahukan UMNO/BN menang di PRU14. Saya tak yakin boleh menang di bawah pimpinan Najib.

Anonymous said...

Alamak... kalau Najib sampai ke PRU14, habih le.................

Anonymous said...

Dalam blog dia Tun Mahathir hantam RM2.6 bilion tu masuk ekaun prebet, pastu kasi tau UMNO untuk guna PRU13....... dia tak kata sapa dia tapi kita tau la sapa......dia kata salah tu........

Kalau Najib gunakan utk PRU13 pun, takkan gitu banyak...........aku pun pikir UMNO/BN tak boleh menang PRU13 kalau Najib tak letak jawatan atau di tukarkan.......kena ada tindakan drastik..... supaya boleh menang PRU14.........

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS