Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
Para Pembaca
HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
DOA KITA SEMUA
Thursday, January 29, 2009
Filem seperti 'SIVAJI THE BOSS' patut diharamkan - Elak POLIS jadi mangsa perkauman!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Mungkin LUCU kedengaran di telinga anda, namun itulah yang sepatutnya dilakukan agar keharmonian kaum dan kewibawaan polis dapat dipelihara.. Malah mungkin ada yang akan mengatakan 'Tak dapat tanduk, telinga dipulas'.. Terpulanglah kepada anda sebagai pembaca untuk buat PERSEPI.. Media elektronik seperti TV dan radio sebenarnya pernah dilabelkan sebagai 'IDIOT BOX' atau 'KOTAK BODOH' kerana terlampau berterus-terang walaupun hakikatnya yang dipaparkan adalah pembohongan semata-mata.. Pengaruh media ternyata mampu menggugat undang-undang walaupun sepatutnya media juga tertakluk kepada undang-undang.. Malah bukan keterlaluan kalau dikatakan media elektronik mampu 'MENGUBAH' undang-undang yang wujud..
Semasa musim perayaan Deepavali tahun lepas, filem SIVAJI THE BOSS telah ditayangkan di kaca TV kita.. Secara ringkasnya, filem tersebut memaparkan bagaimana Sivaji, seorang pakar komputer yang baru pulang dari US cuba memperjuangkan kepentingan rakyat di sebuah kawasan di Tamil Nadu.. Sivaji cuba mengusahakan pelbagai projek untuk kepentingan rakyat, namun semuanya disabotaj kerana kepentingan politik seorang tokoh politik.. Malah Sivaji akhirnya ditangkap pihak berkuasa yang KORUP kerana difitnah melakukan jenayah.. Namun, hasil bantuan beberapa rakannya, Sivaji berjaya meloloskan diri dalam percubaan untuk membunuhnya dan dia kembali setelah menukar identiti.. Dengan identiti barunya, Sivaji akhirnya berjaya menebus kembali kekalahannya akibat disabotaj dan berjaya menumpaskan musuh-musuhnya..
Apakah MESEJ yang cuba disampaikan melalui cerita ini? Senang aje.. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.. Namun, dalam KONTEKS masyarakat Malaysia, adakah wajar filem seperti SIVAJI THE BOSS ditayangkan? Rasanya tidak, malah MESEJ yang cuba disampaikan walaupun RINGKAS namun akan diputar-belitkan terutamanya jika penontonnya tidak menggunakan OTAK semasa menonton.. Bukankah pernah berlaku JENAYAH pembakaran sebuah panggung wayang di Klang akibat membatalkan penayangan filem ini? Malah, demonstrasi HINDRAF akhir tahun 2007 juga dikatakan dipengaruhi oleh filem ini.. Jelas sekali kemampuan OTAK untuk berFIKIR telah diabaikan oleh para peminat filem ini..
Para peminat FILEM ini yang tidak menggunakan OTAK dengan mudah akan melabelkan pihak berkuasa atau POLIS sebagai watak 'CROOK' yang KORUP dan suka menindas rakyat.. Malah, mereka akan berbangga sekiranya berjaya menentang pihak berkuasa.. Dengan kata lain, walaupun mereka melakukan JENAYAH seperti tembak POLIS di Gombak atau curi kereta MEWAH, mereka tidak bersalah sebaliknya polis yang bersalah kerana polis dilabelkan sebagai golongan KORUP! Inilah pengaruh NEGATIF yang berjaya diterapkan oleh filem ini.. Kesannya, polis atau pihak berkuasa yang rata-ratanya berbangsa Melayu akan menjadi mangsa walaupun mereka cuba melaksanakan tugas! Kalau gejala ini tidak dibendung, tidak mustahil ini akan membawa kepada KRISIS PERKAUMAN seperti yang dihajati oleh puak-puak Hindraf yang berKIBLATkan LTTE! Nak ke jadi macam tu?
Politik memang KOTOR! Masih segar dalam ingatan kita bagaimana pihak polis dikambing-hitamkan dalam kes wanita 'CINA' dipaksa berbogel dalam lokap oleh polis.. Kita masih ingat bagaimana isu ini dijaja sedemikian rupa oleh seorang MP 'ANDARTU' dari DAP untuk memburuk-burukkan polis.. Malah kalau dituruti sejarah negara, polis jugak jadi mangsa apabila Balai Polis Bukit Kepong dibakar dan ramai polis dibakar hidup-hidup akibat perbuatan pihak komunis dan para penyokongnya! Bukan itu saja, agenda memburukkan pihak polis jugak turut dilakukan oleh seorang bekas pemimpin yang hilang jawatan tertiggi kerajaan.. Beliau masih FOBIA kerana pernah LEBAM BIJIK MATA akibat ditumbuk oleh bekas KPN Negara akibat memanggilnya 'Bapak Anjing'! Amboi! Depan rakyat bukan main lagi dia nih berlakon ALIM ye? HE!HE!HE!
Sebab itulah pihak berkuasa dan Lembaga Penapis Filem Negara seharusnya bertanggung-jawab memastikan agar filem yang diIMPORT dan ditayangkan di negara kita ini memenuhi aspirasi semasa dan perkembangan minda bukan sekadar hiburan semata-mata.. Kita pun MAKLUM bukan semua rakyat di negara ini tahu membuat penilaian apa yang melihat secara RASIONAL dan menggunakan OTAK! HE!HE!HE!
Wallahualam..
Friday, January 23, 2009
UMNOlah yang akan dipersalahkan sekiranya kuasa politik Melayu tergugat!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Pilihanraya kecil Kuala Terengganu sudah pun selesai.. Calon UMNO kalah dan Calon PAS menang selesa.. Strategi-strategi UMNO ternyata GAGAL menawan hati rakyat Kuala Terengganu.. Banyak timbul suara-suara yang mengatakan faktor calon menjadi PUNCA utama UMNO ditolak pengundi.. Sebaliknya calon PAS yang menjadi wakil DUN Wakaf Mempelam selama 5 penggal dipilih sebagai wakil oleh penduduk Kuala Terengganu.. Walaupun sebelum ini UMNO mencanangkan strategi mereka menamakan calon lebih awal agar calon tersebut dapat dikenali pengundi, ternyata sekali STRATEGI ini gagal..
Apa yang sudah tersirat, biarkanlah tersirat.. SAYA MINTAK MAAF kepada rakan-rakan UMNO yang membaca Blog ini kerana mungkin agak KASAR bunyinya tetapi inilah HAKIKAT pahit yang terpaksa UMNO terima.. Nyata sekali, selepas ini UMNO pasti akan menerima keKALAHan demi keKALAHan.. Tak percaya? BUBARkanlah Parlimen dan DUN sekarang, anda akan LIHAT sendiri apa yang diTULIS ini adalah benar.. Ya.. Anda mungkin SERONOK mendengar kata-kata KONTRAKTOR 'LALAT TAIK' KELAS F dalam UMNO yang akan terus berkata-kata sebaliknya.. Almaklumlah, para 'LALAT TAIK' ini akan terus menyokong UMNO sehingga REBAH, ibarat PARASIT yang menumpang badan perumahnya..Namun, KALAH tetap KALAH kerana yang UMNO perlukan bukan LALAT TAIK tetapi pengundi atau lebih tepat lagi, orang Melayu sebagai pengundi UMNO!
Kesempatan mengikuti perjalanan kempen UMNO di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh sebelum ini menyaksikan betapa JELIKnya pandangan terhadap UMNO di mata rakyat.. Tanyalah pengundi tua, muda, lelaki,wanita, ada kerjaya, penganggur, kaya atau miskin tanpa mengira bangsa dan fahaman agama.. Rata-rata mereka sukar hendak memberikan undi kepada UMNO.. Betapa hapraknya United MALAY Nation Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu hinggakan orang Melayu pun menolak mereka? Hinggakan media terpaksa memaparkan bagaimana perayu undi UMNO terpaksa masuk kampung-kampung Cina dan India untuk merayu undi kepada calon UMNO! Bukankah UMNO mempunyai rakan dalam MCA dan MIC dan Gerakan yang boleh buat kerja sedemikian untuk mereka? Dah ke mana dah persefahaman dan persahabatan dalam BN? Mereka dah kurang YAKIN dengan UMNO ke?
Bukan PERKARA baru lagi apabila kita membicarakan bahawa UMNO mengabaikan pengundi Melayu.. Malah, tak keterlaluan kalau kita kata ada segelintir golongan dalam UMNO yang ingin meminggirkan terus kuasa POLITIK Melayu dalam UMNO.. Bukankah sudah timbul suara-suara dalam UMNO yang mengatakan politik ikut bangsa sudah tak RELEVAN atau patut diadakan sistem 2 parti seperti di US? Bukankah itu nada yang disuarakan oleh seorang calon Ketua Pemuda UMNO dalam sebuah Froum di Kelantan dan disokong pulak oleh para 'LALAT TAIK' yang mendampinginya? Mungkin tak lama lagi timbul pula cadangan agar perkataan 'MALAY' atau 'MELAYU' dalam akronim UMNO diubah? Malah selepas itu kalau ada cadangan mereka untuk buang perkataan 'MALAY' dalam 'MALAY'SIA pun kita tak hairan! HE!HE!HE!
UMNO sering mendabik dada ahli mereka berjumlah 3 juta orang.. Samada UMNO sedar atau tidak, angka 3 juta orang sebenarnya dah disebut sejak tahun 1999, zaman Tun Dr Mahathir masih jadik PM lagi! Dah 10 tahun dah angka itu dibanggakan dan dijaja! Walaupun statistik menunjukkan penduduk Malaysia meningkat, jumlah ahli UMNO agaknya masih STATIK dan dok 'maintain' sekitar angka tersebut aje la! Sepatutnya dengan jumlah bangsa Melayu merangkumi sekitar 60% penduduk Malaysia, keahlian UMNO hari ni dah tentulah meningkat jugak.. Tapi? HE!HE!HE!
UMNO seharusnya sedar bangsa Melayu sejak negara ini MERDEKA lagi mengAMANAHkan kuasa POLITIK mereka kepada UMNO.. Kecuali di peringkat negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu, majoriti bangsa Melayu tidak pernah memilih selain dari UMNO.. Malah, walaupun UMNO ditolak di negeri-negeri tersebut, hakikatnya pemimpin PAS yang dipilih adalah dari bangsa Melayu juga! Bukan salah orang Melayu kalau mereka menolak UMNO jika mereka merasakan UMNO mengabaikan dan memencilkan mereka.. Walaupun PAS menjaja nama Islam. namun HAKIKATnya dalam 1.6 bilion umat Islam seluruh dunia, PAS cuma wujud di Malaysia sahaja! Jadik salah SIAPA lagi kalau kuasa POLITIK Melayu tergugat kalau bukan UMNO?
Wallahualam..
Tuesday, January 20, 2009
Daripada sebuah LCCT menjadi sebuah bandar - Kenyang betul 'BROKER' nih?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Nampaknya isu LCCT-East masih belum SELESAI lagi.. Kali ini ada pihak menDAKWA isu LCCT-East cuba diPOLITIKkan oleh sesetengah pihak.. Benar ke? Atau sekadar dakwaan untuk cuba TUTUP keGAGALan menJAWAb persoalan yang dikemukakan? Kalau ikut laporan Agenda Daily, nampanya bukan takat bukak LCCT aje.. Nak buat siap dengan bandar sekali! Kenyang le sapa jadik BROKER tuh? HE!HE!HE!
Jangan politikkan isu LCCT
Cadangan Air Asia untuk membina sebuah lagi Terminal Lapangan Terbang Kos Rendah (LCCT)di Labu, Negeri Sembilan tidak harus dipolitikkan kerana ia bertujuan semata-mata untuk meningkatkan ekonomi negara dan memberi keselesaan kepada rakyat.
Apa yang nak kecoh? Kami bukannya guna duit kerajaan, kami hanya mahukan kebenaran membina satu lagi kemudahan pengangkutan, kata pengerusi Air Asia, Datuk Aziz Bakar apabila diajukan pendapatnya mengenai cadangan syarikat itu dipersoalkan beberapa pihak.
"Kami bukan hanya mahu membina LCCT, tetapi menjadikan Labu sebuah hub pengangkutan dan "Airport City (Bandar Lapangan Terbang) yang serba canggih dan lengkap dengan kawasan perumahan, sekolah, hospital, hotel, sistem pengangkutan yang tersusun serta taman tema yang dapat menarik pelancong," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
"Yang pasti, projek ini akan melahirkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, dan ini secara langsung dapat membantu usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara ini. Ia juga adalah inisiatif kami untuk memenuhi tanggungjawab sebagai syarikat swasta bagi menyokong pakej ransangan yang diumumkan kerajaan," katanya.
Datuk Aziz berkata terminal lapangan terbang di Labu itu dijangka siap pada 2011 sementara projek "Airport City", jika diluluskan akan dibuat secara berperingkat-peringkat dan akan mengambil masa 10 tahun.
Menurutnya kos projek membina terminal di Labu itu dianggarkan RM1.6 billion dan Air Asia telah bersetuju untuk menjadikan Sime Darby sebagai rakan niaganya.
Mengenai cadangan mengadakan satu lagi LCCT di Batu Berendam, Melaka, Aziz berkata pihaknya telahpun berunding dengan Kerajaan Negeri Melaka.- 19/1/2009
Tu dia.. Kami bukan guna DUIT kerajaan kata dia.. Agaknya apa yang dimaksudkan dengan istilah GLC kalau bukan Government Linked Company? Perkataan Government tuh bermaksud 'LEMBU' agaknya? KAH!KAH!KAH!
Kalau buat LCCT kos dianggarkan sekita RM1.6 hingga RM3 bilion.. Kalau lengkap dengan BANDAR sekali maunya melonjak jadi RM10 bilion? Tak gitu? Fuhh.. Banyak benar duit Sime Darby? Seluruh dunia ada masalah ekonomi, Sime Darby aje kaya=raya? Oppss.. SILAP.. Bukan duit Kerajaan.. Walaupun pemegang saham utama Sime Darby adalah Permodalan Nasional Berhad(PNB), maka KONONnya bukan duit kerajaan.. Takpe.. Kami sebagai rakyat bukan tau pun apa itu PNB.. Yang kami tau Skim Amanah Saham seperti ASN dan ASB yang dikendalikan oleh PNB aje.. HE!HE!HE!
Sekitar sejam lebih perjalanan ke sebelah selatan, kita akan jumpa pulak LCCT baru kat Batu Berendam, Melaka.. Banyak gila LCCT? Dah jadik 3 pulak dah termasuk dengan LCCT-East nih.. Hebat betul projek nak kasi kenyang BROKER nih? Ingatkan bila IJN terlepas, dok diam aje? Jarak semua LCCT pulak sekitar 2 jam perjalanan kereta.. Boleh le 'set-up' satu lagi KORIDOR dan namakannya sebagai Koridor Pembangunan LCCT khusus untuk Air Asia! HE!HE!HE!
Wallahualam..
Friday, January 16, 2009
P36 Kuala Terengganu - Kalau CALON XXX itu menang, apa yang akan berlaku?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Tak lama lagi orang Kuala Terengganu akan mengundi.. Tak lama lagi para pengundi Kuala Terengganu akan memilih siapa calon mereka.. Tak lama lagi satu kerusi parlimen akan menjadi rebutan antara BN atau PR.. Siapa yang akan berjaya? Tuhan saja yang akan menentukannya.. Kita kena TERIMA apa saja keputusan yang dibuat oleh pengundi di kawasan terbabit.. Namun apakata kita cuba memperkatakan tentang SENARIO yang akan berlaku sekiranya calon-calon di bawah menang..
Kalau calon BN Datuk Wan Ahmad Farid MENANG
1) PUJIAN melangit sampai langit ke-7 akan diHAMBURkan kepada Pak Lah olehnya.. Sebelum ini pun semasa berKEMPEN keje dia nih dok PUJI Pak Lah aje..
2) Khairy Jamaluddin akan GELAK BESAR kerana bertambah lagi seorang KAWANnya dalam Parlimen dan jadik anggota kabinet pulak tuh? Sedangkan sebelum ini takde sapa pun tahu apa KRITERIA yang dia ada sampai LAYAK jadik Timbalan Menteri?
3) Norza Zakaria, Azeez Rahim dan Reezal Merican boleh le menaruh harapan untuk dipilih jadik calon sekiranya berlaku pilihanraya kecil lagi.. Suara LALAT TAIK dalam UMNO menyokong calon-calon ini akan lebih lantang..
4) Khairy Jamaluddin 'CONFIRM' akan dapat undi perwakilan Kuala Terengganu untuk jawatan Ketua Pemuda semasa pemilihan UMNO pada Mac 2009 nanti..
5) Mungkin SLOGAN 'We have numbers' DS Anwar Ibrahim akan terBANTUT seketika dan kena ganti dengan SLOGAN lain..
6) Pak Lah pulak dengan TAK MALUnya akan berSLOGAN "Rakyat masih SUKAkan saya" atau "Kita masih menang BESAR" seperti mana SLOGAN dia semasa BN diishtiharkan hanya menang 140 Kerusi Parlimen semasa PRU-12..
7) Patrick Badawi akan terSENYUM lebar dan saham Equine Capital akan NAIK balik kerana akan lebih banyak PROJEK merapu ala-ala Monsoon CUP akan dilaksanakan di Terengganu..
Kalau calon PAS Abdul Wahid Endut MENANG
1) DS Hadi Awang akan terSENYUM lebar sampai ke telinga kerana pilihannya menjadi dan suara PAS dalam Pakatan Rakyat akan lebih DOMINAN..
2) Slogan 'We have the NUMBERS' atau 'The Road to Putrajaya' akan terus berKUMANDANG didendangkan oleh Geng ERDOGAN mengalahkan suara azan solat 5 waktu..
3) Kuala Terengganu tak akan ada apa-apa perubahan pasal YB barunya tak payah buat apa-apa pun.. Semuanya jadik tanggung-jawab kerajaan negeri atau Majlis Bandarayanya..
4) Kewibawaan DS Najib menerajui UMNO dan BN sebagai kerajaan selepas Pak Lah bersara akan mula dipertikaikan dan mungkin dibincangkan secara terang-terangan oleh komponen BN sendiri!DS Najib akan jadik 'Kambing Hitam' pemainan POLITIK orang-orang tertentu..
5) Kerusi Parlimen milik BN hanya tinggal 137, UMNO akan hilang satu lagi kerusi dan semakin RANCAKlah parti KOMPONEN BN menyalahkan UMNO sebab kemerosotan undi terhadap parti mereka..
6) Pak Lah akan akan menyalahkan ahli-ahli UMNO sendiri yang KONONnya menSABOTAJ parti dan biasanya DS Najib akan disuruh buat 'post mortem' keKALAHan.. Khairy pulak akan menyalahkan saingannya dalam jawatan Ketua Pemuda KONONnya penyebab UMNO berpecah..
7) Media akan diperalatkan untuk buat kenyataan "Kami dah JANGKA keputusan sebegini" atau "Kami hormati pilihan rakyat" atau "Kami masih menang BESAR" untuk 'COVER" malu..
8) Mungkinkah akan ada PROJEK TERNAKKAN BABI MEGA di Kuala Terengganu pulak? Almaklumlah, nanti akan ada pihak mendakwa KONONnya kemenangan calon PAS atas sebab undi kaum Cina?
Kalau calon BEBAS Azharuddin Mamat menang
1) RAKYAT mungkin kelihatan MATANG dan memahami demokrasi tapi sanggupkah rakyat mengundi sedemikian rupa?
2) Apa yang dia boleh BUAT? Apa yang MAMPU dia BUAT?
HE!HE!HE!
Sekali lagi aku TEGASkan faktor CALON sangat mempengaruhi keputusan pilihanraya kali ini bukannya faktor kePARTIan pasal selera orang pantai timur nih lain sikit.. Namun, itu bergantung kepada ISU semasa dan keMANTAPan jentera parti bergerak melakukan KEMPEN.. Walaupun MEDIA kita banyak kali kata pilihanraya ini SENGIT tapi suasana KEMPEN yang berlangsung agak HAMBAR dan kuang menyerlah.. Seolah-olah menandakan yang para pengundi sudah pun baut pilihan dan cuma tunggu masa aje untuk menZAHIRkannya dalam bentuk undi!
Apa pun kita tengok ajelah keputusannya nanti.. Aku sentiasa ingat kata Tun "The winner didn't win all and the loser didn't loose all".. HE!HE!HE!
Wallahualam..
Wednesday, January 14, 2009
Air Asia dah guna e-mail untuk sebar DAKYAH kewajaran pembinaan LCCT-East?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Aku baru sahaja menerima e-mail iklan daripada Syarikat Penerbangan Air-Asia.. Terperanjat aku apabila Air Asia sanggup menyebarkan DAKYAH mengatakan LCCT-East adalah dibina KONONnya untuk RAKYAT.. Malah penghantaran e-mail ini adalah dilihat seperti usaha terdesak Air Asia untuk matlamat mengHALALkan cara.. Apa yang memeranjatkan, seolah-olah Air Asia cuba 'MEMAKSA' rakyat menerima pembinaan LCT-East di Labu walaupun isu ini masih diperbicangkan dan diperDEBATkan di kalangan rakyat.. Anda BACAlah sendiri kandungan e-mail seperti di bawah..
Dear Valued Guest,
We at AirAsia and AirAsia X appreciate your patronage in choosing us for your travel. As a regular user of the Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) in Sepang, we have heard your concerns and complaints about the cramped facilities at the LCCT. Many of you may not be aware that the terminal is owned, operated and managed NOT by AirAsia but by Malaysia Airport Holdings Bhd., a government-linked company.
To help serve you even better, AirAsia – together with Sime Darby Bhd. – proposed to the government that we be allowed to construct and operate a new terminal to cater to the airline’s exponential growth. The Cabinet approved our request for the new terminal – KLIA-East, or as we like to call it, The Rakyat’s Terminal – to be located just a short distance from the KLIA Main Terminal. The new terminal in Labu, Negeri Sembilan, is scheduled to be in operation early 2011.
In recent days, the proposed KLIA-East terminal has generated a lot of debates and discussions in the media – print, broadcast and online. We appreciate the fact that almost everyone who has voiced their view agrees that AirAsia needs a new terminal. For us, the staff of the airline, the new terminal is very much a matter of the company’s survival given the number of new aircraft joining our ranks – at least two are being delivered every month – and the growth in passengers, estimated to reach 60 million in 2013.
We would like to appeal for your support in helping us deliver on our promises to you and in making The Rakyat’s Terminal a reality. We have set up a designated web site where we will try and clear misconceptions regarding the project and provide answers to questions you may have regarding KLIA-East. Do drop by and have a look. We would also like to appeal to you to voice out your support for the project – and for lower fares, convenience and a comfortable environment – by writing to the print media, appearing on broadcast media, responding in the online media, especially blogs, and contacting your elected representatives.
For more facts and enquiries on KLIA-East, please log on to www.airasia.com or head on over to the blog.
From the 6,500 dedicated and hardworking staff at AirAsia.
Tak tahulah berapa RAMAI antara kita yang BODOH dan tak tahu menggunakan OTAK apabila membaca e-mail seperti di atas.. Rasanya tindakkan sebegini adalah merupakan jalan terakhir oleh Tony Fernandez untuk merayu agar LCCT-East tidak diBATALkan seperti mana cubaan pengambil-alihan IJN oleh Sime Darby yang akhrinya GAGAL akibat bantahan KERAS oleh rakyat.. Adakah Tony Fernandez cuba menggunakan nama RAKYAT demi kepentingan PERIBADInya? SEDAR TAK TONY FERNANDEZ BAHAWA DIA GAGAL MENJELASKAN KEWAJARAN PEMBINAAN LCCT BARU YANG AMAT BERHAMPIRAN DENGAN KLIA? Malah LCCT sedia ada pulak sedang diPERBESARkan oleh pihak Malaysia Airports Holding Berhad (MAB)..
Dengan mengaitkan nama 'RAKYAT' terhadap pertikaian antara Air Asia dengan MAB adalah perbuatan yang sungguh KEJI lagi memalukan.. Tindakkan menghantar e-mail KONONnya untuk memperingatkan rakyat agar SOKONG Air Asia untuk tambang penerbangan murah adalah tindakkan yang BURUK SIKU lagi mengHINA rakyat..
Sedarkah Tony bahawa rakyat bukan BODOH?
Sedarkah Tony bahawa dia GAGAL mengemukakan ALASAN yang BAIK untuk menjelaskan kewajaran pembinaan LCCT baru?
Sedarkah Tony bahawa dia tidak pernah menJAWAB segala soalan tentang sebab-musabab kewajaran LCCT baru dibina berhampiran LCCT sedia ada?
Sedarkah Tony bahawa tidak ada POLISI membina sebuah lapangan terbang hanya untuk sesebuah syarikat penerbangan?
Sedarkah Tony bahawa pemegang saham utama dalam Sime Darby adalah jugak pemegang amanah rakyat yang melaburkan duit mereka menerusi skim ASN. ASB, Amanah Saham Wawasan 2020 dan banyak lagi?
WAJARKAH kita memberi SOKONGAN sedangkan Tony seolah-olah cuba mempermainkan kita sebagai RAKYAT?
Wallahualam..
Monday, January 12, 2009
Abe Sabu The Uk! Uk! kata duit derma Palestin kena bagi kat PAS!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Tidak ada apa yang LEBIH kelakar sepanjang KEMPEN politik di Kuala Terengganu apabila Abe Mat Sabu The Uk! Uk! menyarankan agar derma untuk rakyat Palestin disalurkan melalui PAS kononnya duit derma tersebut akan disalurkan secara TERUS kepada rakyat Palestin yang menderita di Gaza sana.. BAIK punya ayat dia.. KAH!KAH!KAH!
DiPETIK daripada SIASAH Daily:-
Saturday, January 10, 2009
Palestin: Malaysia menyokong siapa sebenarnya?
Sementara dalam isu berkaitan, Mohammad turut mempersoalkan wang derma yang dikutip oleh kerajaan melalui masjid-masjid di seluruh negara atas nama bantuan kepada Palestin akan diagihkan kepada pihak mana.
Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid mengarahkan wang derma dimasjid-masjid pada hari Jumaat selama tiga minggu berturut diserahkan kepada pihaknya untuk tujuan membantu rakyat Palestin.
Bagaimanapun kata Mohammad, Malaysia selama ini dilihat tidak mengiktiraf kerajaan Palestin dipimpin oleh Hamas yang memenangi pilihan raya negara itu sebaliknya lebih dekat dengan kumpulan yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Fatah).
Antaranya sebelum ini Malaysia sebagai tuan rumah persidangan khas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pernah mengiktiraf kehadiran wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai mewakili rakyat Palestin dan mengenepikan wakil Hamas sebagai kerajaan yang sah dinegara itu yang turut hadir dalam persidangan tersebut.
Justeru kata Mohammad, walaupun 10 sen didermakan oleh rakyat ia perlu dibantah jika disalurkan kepada kumpulan Mahmoud Abbas yang didakwa bersekongkol dengan Yahudi.
"Kerajaan perlu jelaskan ke mana wang derma itu akan disalurkan, kalau kepada kumpulan Mahmoud Abbas maknanya wang umat Islam dari Malaysia diberi kepada kumpulan yang tidak berjuang," ujar beliau kepada hampir 1000 penduduk sekitar Losong yang hadir mengikuti ceramahnya itu.
Rasanya masih ramai yang ingat bagaimana Si Abe Mat Sabu The Uk!Uk! ni lah yang pernah dikejar oleh balu-balu tragedi Memali yang marah hingga ke kereta Mercedesnya AKIBAT gagal memberi penjelasan tentang duit derma yang sepatutnya diSALURkan kepada mereka LESAP entah ke mana.. Malah Abe Mat Sabu The Uk!Uk! ini jugak terbukti gagal menjawab baik dalam ceramah mahu pun dalam Parlimen tentang bagaimana duit Kohilal, duit Tabung Serambi Mekah dan duit derma Jihad diuruskan.. Sesungguhnya Abe Mat Sabu The Uk!Uk! ni kalau BAB duit, tak KALAH dengan sesetengah gelagat pemimpin UMNO semasa pemilihan parti! KAH!KAH!KAH!
Dalam minda Lebai PAS, apabila duit disalurkan ke tabung mereka, maka HALAL bagi mereka belanjakan duit tersebut sesuka hati.. Contohnya dulu apabila US menceroboh Iraq, ada 2,3 orang Lebai PAS pakai duit derma JIHAD ke UAE kononnya untuk 'MEMANTAU' perkembangan dari sana.. Akhirnya keluarlah cerita KELENTONG mereka tentang KONONnya apa yang dikatakan 'PERKEMBANGAN TERKINI' sambil makan angin kat Dubai UAE dalam Harakah! KAH!KAH!KAH!
Lebai PAS macam Abe Mat Sabu The Uk!Uk! dan Mahfuz Omar The Trolley Pusher sebenarnya sudah TIDAK relevan dan meMALUkan umat Islam sahaja.. Kita HAIRAN bagaimana orang Islam terutamanya yang berpelajaran TINGGI langsung tak tahu menggunakan OTAK bila melihat gelagat dua orang ini.. Macam mana Lebai PAS nak perjuangkan nasib rakyat kalau gelagat ala-ala SARKAS sebegini pun diorang dok DIAM aje? KAH!KAH!KAH!
Wallahualam..
Wednesday, January 07, 2009
LCCT kat Labu pulak dah.. Kali ni nak KENYANGkan 'BROKER' mana pulak?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Kat Malaysia, MIER dah menurunkan unjuran pertumbuhan negara kepada 2.5%.. Itu kadar yang sama pada tahun 1997/98 dahulu.. Kadar pengangguran dijangka mencecah setengah juta orang.. Kita tak sebut lagi pasal FDI dan kadar BLR yang dijangka tidak menentu pada tahun ini.. Malah dalam berita semalam jugak diLAPORkan cadangan agar kerajaan meningkatkan jumlah duit dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Negara.. Namun semua 'figure' ini langsung tidak melambangkan 'keTAKUTan' kerajaan kita terhadap ketidak-tentuan ekonomi GLOBAL..
Sekarang timbul cerita kerajaan nak bina LCCT baru kat Labu, Negeri Sembilan.. Hanya sekitar 50km aje dari KLIA.. Dengar cerita lagi, ini usaha terbaru Sime Darby selepas 'KEGAGALAN' memilikki Institut Jantung Negara.. Malah, ini jugak dikatakan IKHTIAR terbaru BROKER yang kebulur DUIT memandangkan persaraan Dolah dan tarikh Perhimpunan Agung UMNO semakin dekat.. Takut tak sempat nak 'mengHULOR' karang, KALAH pulak masa pemilihan nanti..
Jom kita tengok faktor LOKASI.. Labu bersempadan dengan Sepang dan berdekatan sangat dengan Nilai dan Batang Benar.. Jarak antara Labu dengan KLIA sekitar 50-60km sahaja.. Kalau ikut KAPASITI penumpang, KLIA dibina khas untuk menampung sehingga 125 ribu penumpang.. Setakat ini, kapasiti KLIA hanyalah sekitar 25-hingga 30 ribu penumpang.. Malah keluasan KLIA memungkinkan 5 lagi landasan terbang mampu dibina untuk pendaratan atau perlepasan 'flight'.. Dengan kata lain, penduduk Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak tak payah bina lapangan terbang dah cukup guna KLIA sahaja..
Air Asia sebelum dipindahkan ke LCCT pernah meminta dengan kerajaan untuk menggunakan Lapangan Terbang Subang.. Masa tu kalau tak silap Menteri Pengangkutan ialah DS Chan Kong Choy.. Namun, kerajaan berKERAS untuk memaksimumkan penggunaan KLIA sebagai HUB penerbangan serantau.. Maka hasrat Tony Fernandes tidak tercapai.. Malah, kita masih ingat lagi bahawa LCCT sedia ada boleh diperbesarkan sekiranya kapasiti penumpang meningkat.. Baru 2,3 tahun berlalu dah jadik cerita lain pulak dah?
Sima Darby diberitakan memiliki bank tanah di kawasan Labu.. KONONnya dengan alasan untuk meMAJUkan tanah terbabit, Sime Darby memintak keizinan kerajaan untuk membuka kawasan tersebut dengan membina LCCT baru KONONnya khusus untuk Air Asia.. Bolehkah pembinaan lapangan terbang di negara ini diKHUSUSkan untuk sesebuah syarikat penerbangan semata-mata? Sebagai sebuah KONGLOMERAT gergasi negara, Sime Darby memang berkemampuan melakukan sedemikian namun apakah RELEVANnya dengan keadaan sekarang? Adakah keperluan penerbangan bagi negara sangat mendesak ketika satu dunia dilanda masalah ekonomi GLOBAL?
Sime Darby pernah dipertanggung-jawabkan untuk memajukan salah sebuah KORIDOR 'keSAYANGan' Pak Lah iaitu NCER di utara tanah air.. Setakat ini, apakah kejayaan yang berjaya dilakukan oleh Sime Darby dalam KORIDOR tersebut? Adakah sekadar SLOGAN dan GIMIK semata-mata? Kisah NCER ini hampir lenyap terutamanya apabila Kedah, Pulau Pinang dan Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.. Apa dah JADI agaknya? Duit habis dah LEBUR kot?
Kenapa GILA sangat kerajaan ketika ini? Adakah RAKYAT mintak semua ini? Adakah RAKYATmengundi UMNO agar mereka diMOMOKkan dengan berita sebegini ketika ekonomi GLOBAL tidak menentu? Adakah ini hanyalah HASRAT segelintir INDIVIDU yang 'memperKUDAkan UMNO' demi kepentingan PERIBADI? Jika itu matlamat tersembunyi, berSEDIAkan UMNO ditolak dan diPUPUSkan semasa pilihanraya berikutnya? Fikir-fikirkanlah..
Bakal Presiden US, Barack Obama pun RISAU dengan ekonomi US sampaikan dia langsung tak berdalih tentang penguncupan ekonomi yang bakal dia hadapi sebagai Presiden US.. Malangnya kita kat Malaysia langsung tak sedar dan masih lagi berMEWAHan sampaikan nak bina Lapangan Terbang baru sedangkan Lapangan Terbang lama pun belum "fully utilised"?
Wallahualam..
Apa yang TERSIRAT dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Menarik benar pilihanraya Kuala Terengganu pada kali ini untuk diperhatikan.. Walaupun kita bersyukur tidak berlaku sebarang keKECOHan seperti di Permatang Pauh, namun terlalu awal untuk menyatakan piliharaya kali ini berlangsung secara AMAN damai dan HARMONI.. Apa yang menariknya kali ini, piliharaya Kuala Terengganu ditandingi secara 3 penjuru melibatkan pertembungan musuh tradisi UMNO VS PAS VS Calon BEBAS.. Setiap calon mendakwa ada sokongan dan ada OBJEKTIF masing-masing kepada pengundi.. Benarkah begitu? Jom kita TENGOK satu-satu..
1) Pemilihan Datuk Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS
Datuk Wahid sebenarnya wakil rakyat PAS bagi DUN Wakaf Mempelam.. Pemilihan beliau menandakan PAS Terengganu tidak mahu terikat dengan calon-calon yang 'diSUKAi' oleh Geng ERDOGAN.. Kalau kita teliti, pemilihan calon oleh PAS Terengganu seolah-olah satu 'keterbalikkan' terhadap apa yang berlaku oleh UMNO semasa piliharaya kecil Permatang Pauh.. UMNO masa tuh memilih Datuk Arif Shah yang jadi wakil rakyat DUN Seberang Jaya sebaga calon menentang DS Anwar Ibrahim..
2) Pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon UMNO
Rasanya tidak perlu diperkatakan lanjut lagi pasal ini.. Anda boleh membaca banyak tentang ini dalam Blog-Blog lain malah dalam Blog ini juga telah pun diperkatakan sebanyak 2 kali.. Malah, dengar cerita pengundi Kuala Terengganu pun sekadar meraikannya ala kadar sahaja.. Yang berlebihan tu cuma orang UMNO aje.. Cuma sekadar ingin menyatakan orang Kuala Terengganu ni bukannya bodoh sangat..
3) Calon BEBAS Azharuddin Mamat
Dalam Interview dengan TV3 semalam. rasanya dia lah calon yang paling JUJUR dan LURUS.. Malangnya, politik Malaysia nih masih belum matang untuk memilih orang yang tidak berparti sebagai calon.. Hakikatnya, ini perkara biasa bagi negara-negara pengamal demokrasi terutamanya di barat..
4) Kemungkinan keHANGATan ceramah oleh PKR dan DAP tidak ada
Ini kerana calon yang dipilih oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat bukannya calon pilihan Geng ERDOGAN mahu pun calon 'yang diSUKAi' oleh pihak PKR dan DAP.. Rasanya PAS Terengganu mahu melihat wakil PAS lebih DOMINAN dalam Pakatan Rakyat agar PAS tidak menjadi PAK TURUT sahaja kepada kehendak PKR dan DAP.. Apa pun pengundi yang akan menentukannya..Oleh itu isu yang nak dibangkitkan semasa ceramah pun SUAM-SUAM KUKU ajela.. Namun ini semua bergantung kepada ISU semasa..
5) KeHAMBARan isu yang nak dimainkan oleh UMNO
Khairy Jamaluddin dijangka mengetuai jentera KEMPEN Pemuda UMNO.. Juak-juaknya dijangka akan menjulang dia untuk mengemukakan isu HUDUD bagi memalukan PAS.. Namun, ini dijangka tidak akan mengubah PERSEPSI umum oleh masyarakat terhadapnya.. Rakyat di bahagian Pantai Timur nih lain sikit pemikiran mereka.. Ini telah pun diBUKTIkan semasa piliharaya umum ke-12 lalu bila Khairy begitu beriya-iya melaungkan SLOGAN 'Pade doh' terhadap pengundi-pengundi di Kelantan.. Akhirnya, "PADE MUKO MU MENATE BEROK! KAH!KAH!KAH!"
6) Propaganda Media MASSA untuk menonjolkan atau memBURUKkan calon
Media masa khususnya RTM dan Media PRIMA akan dipergunakan sebaik mungkin untuk menjaja bahan PROPAGANDA bagi pihak Barisan Nasional.. Semalam (6 Januari 2009)kat TV1 aje pun si Hanafiah Man bukan main lagi nak meMAINkan isu gambar calon BN yang diDAKWAnya menyerang peribadi calon BN.. Sedangkan gambar tuh dikeluarkan oleh pihak ketiga yang takde kaitan pun dengan calon-calon bertanding? LEBIH SUDU DARI KUAH pulak?
7) Mungkin 'VIDEO TERLARANG' dengan 'Coffee BOY' akan keluar di Kuala Terengganu?
Ini hanya SPEKULASI semata-mata.. 'SUSPICIOUS MIND' seperti kata beberapa ahli politik veteran.. POLITIK kita sebenarnya sudah mencapai tahap KOTOR yang amat sukar untuk dibersihkan.. Jadi kalau TAKTIK sebegini dimainkan pun rasanya boleh dijangka.. Namun itu beragantung kepada ISU dan 'SIAPA MULA DULU'.. Kalau tak ada siapa-siapa yang memulakan, rasanya suasana akan jadi biasa aje.. Harapnya begitulah.. KOT! HE!HE!HE!
Ada jugak terDENGAR cerita KONONnya kemenangan DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh ketika itu disengajakan agar DS Anwar Ibrahim dapat masuk Parlimen dan mengHENTAM pentadbiran terdahulu yang menyebabkan beliau diSINGKIRkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dahulu.. Ini membolehkan satu pihak lagi yang berada dalam UMNO menjalankan agenda PERIBADInya untuk mencari PUBLISITI MURAHAN dan memPROMOSIkan dirinya KHUSUS untuk Perhimpunan Agung UMNO pada Mac 2009 nanti.. Sukar meramalkan tindak-tanduk orang politik kebelakangan ini.. Namun kita SERAHkan sahaja kepada keBIJAKSANAan para pengundi di Parlimen Kuala Terengganu menentukan masa depan mereka sendiri..
Wallahualam..
Monday, January 05, 2009
Akibat dibaling dengan kasut, BUSH membiarkan Palestin diLANYAK Israel?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Apabila anda membaca Blog ini, rasanya Semenanjung Gaza sudah hampir hancur diLANYAK oleh bom-bom Israel.. Pak-Pak Arab dalam Liga Arab masih KALUT dan sedang mecari 'AYAT YANG SESUAI' untuk mendraf resolusi untuk dibawa ke PBB.. Rakan-rakan Palestin dalam OIC dan NAM pula hanya mampu sekadar membazir air liur meluahkan SIMPATI dan membuat KECAMAN dari jarak jauh.. Walaupun tunjuk perasaan dilakukan di serata dunia, rasanya tidak akan membawa kesan apa-apa pun.. LANYAK tetap LANYAK..
Ada di antara negara-negara Islam termasuk negara kita mengharapkan negara kuasa besar seperti USA menyuruh Israel memberhentikan keGANASan di bumi Palestin.. Inilah yang seringkali diperdengarkan khususnya oleh Media Prima KONONnya negara kita di bawah pimpinan DS Abdullah Ahmad Badawi masih 'LANTANG' meminta USA mendesak Israel menghentikan keGANASan.. Itu sahajakah yang mampu dilaungkan oleh pemimpin negara kita? Sedarkah kita USA sendiri GELAK TANPA HENTI melihat kepimpinan kita yang 'LEMBIK' cuba menegur mereka.. Berbeza dengan kepimpinan negara sebelum ini yang mengGEGARkan dunia hanya apabila pemimpin tersebut menyebut 'JEWS RULE THE WORLD BY PROXY' di hadapan 51 wakil negara-negara Islam!
Sebenarnya BUANG masa sahaja kita mintak USA melakukan sesuatu untuk menghentikan keGANASan Israel.. Negara-negara Islam begitu BODOH meminta kepada pemimpin yang dibaling KASUT oleh orang Islam sendiri.. Adakah anda tidak TAHU perbuatan sedemikian menimbulkan rasa DENDAM bukan kepalang kepada manusia bernama George W Bush JUNIOR terhadap umat Islam? Untuk meLUNASkan dendamnya, dia biarkan sajalah Israel meLANYAK Palestin yang dia pun MAKLUM seagama dengan pembaling kasut terhadapnya? Tambahan pula, dia bakal berSARA pada hujung Januari ini.. Dah tentu dia tidak perlu bertanggung-jawab sebaliknya Barack Obama lah yang kena JAWAB!
ANDA DIPERBODOHKAN OLEH BUSH TANPA DISEDARI..
Wallahualam..
Subscribe to:
Posts (Atom)
ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA
KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?
Melayu dikhianati?
Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:
''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?
Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?
-Awang Selamat-
Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:
''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?
Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?
-Awang Selamat-
PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM
KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.
2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.
3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.
5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.
6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.
7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.
8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.
9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.
Ibrahim Ali
25 April 2009
1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.
2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.
3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.
5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.
6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.
7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.
8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.
9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.
Ibrahim Ali
25 April 2009