ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Dalam pada kita sibuk berSLOGAN 1 Malaysia dalam semua perkara, persoalan yang patut kita tanyakan kepada diri kita orang Melayu ialah mampukah lagi kita berSLOGAN 1 Malaysia jika kita semua 'DITEWASKAN' oleh ancaman GLOBALISASI atau DUNIA TANPA SEMPADAN seperti yang sering dilaung-luangkan oleh para pemikir dari barat? Apakah kita sudah bersedia dan mampu berdiri teguh untuk menghadapi ancaman ini? Apakah kita semua benar-benar faham dengan apa yang dimaksudkan dengan perkataan GLOBALISASI?
Maksud globalisasi menurut Kamus Dewan boleh didefinisikan sebagai
‘Fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat’. Manakala cendekiawan Barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Dalam KONTEKS sedemikian, baru-baru ini semasa menghadiri Wacana Intelek Ulung anjuran Persatuan Alumni UiTM Malaysia, Tun Dr. Mahathir telah menyuarakan kebimbangan beliau tentang tahap persediaan kita khususnya orang Melayu untuk menghadapi GLOBALISASI..
Beliau kemudian bertanya kepada audien, apakah kita akan terus survive dengan globalisasi ini atau terus hilang di muka bumi ini?
Apa yang beliau katakan di atas itu penuh dengan makna yang tersirat dan tersurat. Apakah kita perlu terlalu bermurah hati? Orang Melayu ialah satu bangsa yang amat bermurah hati, suka memberi.
Singapura hilang, kata Tun, diserahkan kepada pemerintah negara itu sekarang dengan hanya 60,000 ringgit pada masa itu. Atau sekarang hanya bernilai tiga kaki persegi di pulau itu!
"Hanya orang yang lemah akan hilang tanah airnya. Ia mungkin tidak akan berlaku lagi, tapi ia boleh berlaku," nasihat beliau.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1021&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hiveDalam syarahannya yang bertajuk Strategi Memartabatkan Melayu di Dunia Tanpa Sempadan, Dr. Mahathir berkata: ''Kita kena faham betul-betul apa yang dikatakan dunia tanpa sempadan ini, kesan dan kebaikannya kepada negara supaya kita tidak terperangkap.
''Saya percaya ada udang di sebalik batu tentang konsep ini.Kalau kita terima bulat-bulat, mungkin kita boleh hilang kemerdekaan,'' katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya orang Melayu diperkukuhkan dalam semua bidang agar dapat membentuk nilai hidup yang mampu memartabatkan bangsa.
Salah satu daripadanya, jelas beliau, meningkatkan jati diri dengan mengamalkan budaya rajin bekerja supaya tidak mudah dipengaruhi gejala rasuah.
Selain itu, katanya, orang Melayu perlu memastikan kuasa politik tidak lemah supaya tidak hilang hak-hak keistimewaan."Seterusnya orang Melayu perlu berwaspada dengan sebarang idea yang datang dari luar termasuk berupaya menolak perkara-perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada kita," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htmBegitu sekali ingatan Tun Dr. Mahathir terhadap kita khususnya orang Melayu.. Sebagai seorang negarawan yang pernah hidup di bawah penjajahan British, Jepun, zaman pasca kemerdekaan hinggalah era moden, sudah tentu apa yang diucapkan oleh beliau adalah penuh dengan kesedaran dan mahu kita semua menyedari tentang bahaya yang akan dihadapi oleh kita di kemudian hari..
Soalnya, apakah tindakkan kita pada hari ini melambangkan
PERSEDIAAN KITA SEBAGAI ORANG MELAYU DI TANAH AIR INI UNTUK MENGHADAPI GLOBALISASI?- Dengan menghapuskan PPSMI
- Dengan membiarkan pemimpin PERASUAH berleluasa dalam parti milik orang Melayu
- Dengan menghapuskan beberapa kuota seperti biasiswa dan kontrak perniagaan untuk Bumiputera
- Dengan membiarkan saham-saham GLC negara 'dimilikki secara senyap' oleh syarikat-syarikat asing dari luar negara (BERNAS sebagai contoh)sementara ada pihak yang mengaut KOMISEN daripada aktiviti sedemikian?
- Dengan membiarkan individu yang tidak berpengalaman sebaliknya berkepentingan POLITIK menjawat jawatan di GLC yang sangat penting seperti PETRONAS?
1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.. Jangan nanti jika kita ditelan dek GLOBALISASI, orang Melayulah yang didahulukan untuk 'DIROMPAK' dan orang asing yang diutamakan untuk hidup nanti..
Wallahualam..