DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, September 28, 2010

Balik-balik dok BANGGA dengan orang luar - Tak rasa MALU ke?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau kita perhatikan betul-betul, kita akan dapati kerajaan sekarang begitu GHAIRAH memBENARkan tokoh-tokoh berPERANGAI BURUK datang ke negara ini samada untuk tujuan memberi syarahan tentang EKONOMI, motivasi atau pun wawancara berkenaan sesuatu ISU GLOBAL.. Dengan kata LAIN, kita bersusah-payah menjemput mereka ke negara ini KONONnya untuk dijadikan CONTOH atau rujukan kepada golongan usahawan, pakar-pakar ekonomi atau sosio-budaya walaupun mereka ini belum tentu memahami budaya Timur apatah lagi mendalami budaya tempatan.. Apa HASILnya? Adakah ini menyumbangkan sesuatu perubahan yang diharapkan untuk RAKYAT negara ini?

Sebelum ini, Tony Blair bekas PM Britain yang dikaitkan sebagai individu pencetus perang Iraq dijemput untuk memberi syarahan di negara ini.. Walaupun mendapat BANTAHAN beberapa NGO yang mempertikaikan peranannya sebagai individu pencetus peperangan, kerajaan dan pihak penganjur seolah-olah memekakkan telinga mereka terhadap BANTAHAN tersebut..


http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5i1HJGFtStjMII-CC79AAr-RjgWtA


Apakah yang kerajaan HARAP dapat disumbangkan oleh PENJENAYAH PERANG ini terhadap pemikiran atau idealisme rakyat negara ini? Adakah LAYAK dia ini dijemput dengan tujuan untuk 'diKAGUMi' oleh rakyat negara ini sedangkan tangannya berlumuran dengan DARAH rakyat Iraq dan umat Islam?

Baru semalam, sekali lagi kerajaan memBIARkan pihak-pihak tertentu menJEMPUT seorang lagi tokoh 'SALAH ORANG' untuk memberikan ucapan pada majlis khas forum Invest Asia 2010 anjuran International Herald Tribune di ibu negara.. Walaupun tokoh tersebut mungkin dijemput atas tujuan tertentu, kerajaan seHARUSnya memastikan bahawa dia memahami BUDAYA dan sistem perundangan di negara ini terlebih dahulu.. Apa gunanya menJEMPUT seseorang yang JAHIL tentang NEGARA ini dan menunjukkan pulak keJAHILannya kepada UMUM untuk ditepuk-sorak oleh mereka yang menyaksikannya? BANGGAkah kita dengan menjemput orang seperti ini?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

Apakah tujuan orang seperti ini diJEMPUT hanyalah semata-mata sebagai PUBLISITI untuk 'Event' tersebut tanpa memikirkan SENSITIVITI rakyat negara ini? Apakah sudah tidak ada lagi TOKOH yang setanding atau seHEBATnya dalam dunia BISNES hingga memerlukan INDVIDU yang BERJAYA tetapi berMASALAH MORAL ini dijemput? Adakah ini akan menyumbang kepada percambahan MINDA atau IDEA di kalangan rakyat negara ini? Atau ini sekali lagi satu bentuk 'PROPAGANDA' yang bertujuan KONONnya apa sahaja yang datang dari 'Western' itu semuanya patut diCONTOHi oleh negara ini? Agak-agaklah SIKIT!

Kita asyik menJEMPUT tokoh luar yang entah apa-apa latar belakangnya datang ke negara ini, mengHINA undang-undang negara dan kemudian memperBODOHkan rakyat negara ini kembali.. Apakah kita TIDAK patut berasa BANGGA atau cuba menonjolkan pulak tokoh-tokoh anak WATAN negara ini ke peringkat antarabangsa untuk diCONTOHi pulak oleh negara-negara lain? Inilah 'MIND-SET' buruk sesetengah pemimpin dan juga tokoh-tokoh BISNES di negara ini yang masih berMENTALITI KELAS KETIGA.. Masih sibuk nak BANGGAkan pencapaian orang luar sedangkan pencapaian rakyat negara sendiri tak mahu diTONJOLkan? 'MIND-SET' yang memBANGGAkan KONONnya Oxford itu jauh lebih BIJAK daripada IPT tempatan!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS