DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, September 17, 2010

MenJAWAB tulisan Meng Lun Yong dalam Nanyang Siangpao yang dipetik Utusan Malaysia


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

DS Najib semasa berucap dalam majlis sempena meraikan sambutan Hari Malaysia di Sabah malam tadi telah menyatakan bahawa KONSEP 1 Malaysia yang diPELOPORinya adalah tidak bertentangan mahupun berLAWANan apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara.. Dengan KATA lain, KONSEP 1 Malaysia TIDAK berLAWANan dengan Artikel 152 dan 153 Perlembagaan Negara yang menJAMIN hak-hak keISTIMEWAan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.. Namun demikian, kenapa pada HARI ini kita lihat KONSEP 1 Malaysia dipergunakan oleh puak-puak RASIS bukan Melayu untuk mengHAPUSkan hak-hak keISTIMEWAan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini?

Dalam ruangan Yuan Lun di muka surat A14, terbitan akhbar Nanyang Siangpao pada 13 September 2010, seorang PENULIS bernama Meng Lun Yong telah mengulas keRISAUan Tun Dr. Mahathir tentang jurang perbezaan keKAYAan antara Melayu Bumiputera dan bukan Bumiputera yang akan semakin MELUAS jika DS Najib berterusan meLAYAN tuntutan puak-puak 'RASIS' KIASU ini melalui Model Baru Ekonomi(MBE) yang dikaitkan dengan KONSEP 1 Malaysia.. Tulisan ini telah dipetik tanpa diulas oleh Utusan Malaysia..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Tulisan tersebut menyatakan:-

Dalam tempoh 53 tahun negara ini merdeka, catatan sejarah bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak sehingga Tun Hussien Onn. Cara mereka mentadbir negara ini mengambil jalan tengah, sekarang Mahathir cuba salahkan UMNO, tidak menghormati pemimpin-pemimpin UMNO yang lalu dan tidak berlaku adil terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

Kita dapat RASAkan PENULIS bernama Meng Lun Yong ini seorang yang BUTA SEJARAH atau KANTOI soalan subjek SEJARAH dalam sistem peperiksaan NEGARA ini.. Mungkin dia hanya INGAT sejarah Kuomintang atau Peperangan Candu di BENUA asalnya sahaja GAMAKnya.. Ini kerana semua MAKLUM bahawa puak 'RASIS' KIASU seperti penulis inilah yang LANGSUNG tidak mengHORMATi apa sahaja yang telah dilakukan PM-PM terdahulu untuk NEGARA.. Cuba ingat balik, puak-puak manakah yang mencetuskan TRAGEDI 13 Mei di zaman Tunku? Puak-puak manakah yang menentang DEB oleh Tun Razak? Puak manakah yang menentang penubuhan PNB yang mengendalikan ASN dan ASB? Bukankah SEJARAH memBUKTIkan mereka ini lah yang KUAT menentang?

Selanjutnya, PENULIS ini mengatakan:-

Apa yang tidak dapat kita fahami, ‘orang tua’ ini kenapa takut terhadap apa yang dikemukakan oleh Chua Soi Lek. Chua cadangkan hapuskan 30 peratus kuota ekuiti bumiputera? Kerana itu, Chua dilabel sebagai pengamal perkauman. Mahathir semakin risau kerana dikhuatiri satu masa nanti, orang-orang Melayu miskin akan dipinggirkan oleh orang-orang Cina yang kaya.

Kita boleh sifatkan orang yang semakin tua akalnya seperti kebudak-budakan, cuba kita bayangkan jika akal orang tua balik asal seperti budak-budak. Jika orang-orang muda berkata akal orang-orang tua semakin berfikir seperti kebudak-budakan, bahasa itu sungguh tidak memberangsangkan. Ia mempunyai ciri-ciri menjatuhkan dan mengaibkan seseorang, bermaksud orang-orang tua yang sudah nyanyuk dan kabur pandangan.


PENULIS ini gagal memBUKTIkan secara STATISTIK antara orang Cina dengan orang Melayu siapa yang lebih KAYA.. Antara 10 orang BILIONAIR di negara ini, 8 orang dari kaum mana? Malah, kita rasa PENULIS ini cuba menyembunyikan FAKTA bahawa orang Melayu adalah penduduk MAJORITI negara ini tetapi hanya menguasai sebahagian kecil EKONOMI sedangkan kaumnya bukan sahaja dah LEBIH dari cukup MAKAN, malah kalau PERUT mereka membesar, mereka pasti INGIN mengisinya lagi demi memenuhi sifat TAMAK mereka.. Sifat TAMAK ini biasanya sifat BUDAK-BUDAK.. Jadik, siapakah yang keBUDAK-BUDAKkan kalau bukan PENULIS ini, Chua Soi Lek dan kaumnya?

Selanjutnya,

Bukankah kanak-kanak sekolah rendah pun pandai dan mampu mengira, contohnya 1 kilogram kek diberi makan untuk 10 orang, setiap orang akan dapat makan kek yang banyak, tetapi kek berat yang sama diberi kepada 20 orang, semua orang akan dapat pembahagian kek lebih kecil saiznya. Dengan itu, kenapa tidak buat kek yang lebih besar? Cara yang semudah itu, apa yang dibincangkan oleh Presiden MCA itulah falsafahnya, bukankah sudah lebih jelas? Itulah apa yang dimaksudkan sistem KPI!

Mahathir lebih takut kepada penelitian, takut kepada orang-orang yang hebat dan cerdik pandai, takut kamu semua lebih hebat daripada beliau, sebab itu kita ditekan. Beliau takut jika saya UMNO dan anda adalah orang-orang Melayu. Kemahuan beliau begitu kuat, kenapa letakkan diri sendiri dalam fahaman perkauman? Bukankah itu sudah membelakangi konsep 1Malaysia?


Di sini kita INGIN tanya kepada PENULIS yang BODOH ini.. Sepanjang 22 tahun pemerintahan Tun Dr. Mahathir sebagai PM, pernahkah KAUM kamu atau kamu sendiri KEBULURAN tak dapat MAKAN di negara INI? Di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathirlah kegiatan EKONOMI kaum kamu begitu berkembang hingga ramai menjadi BILIONAIR pada hari ini.. Apakah pulak SUMBANGAN balas daripada BILIONAIR ini kepada NEGARA? Ada? KeKAYAan mereka pun semuanya disimpan di luar negara? Malah cukup meMALUkan kamu meLOLONG mengatakan kaum kamu tidak diBANTU kerajaan sedangkan pendapatan BILIONAIR kaum kamu lebih dari cukup untuk menanggung kaum kamu sehinga berabad lamanya! Hakikat sebenarnya ialah KEK sudah dibahagikan tetapi hanya diLANTAK oleh mereka yang TAMAK HALOBA sahaja!

Tun Dr. Mahathir TIDAK pernah takutkan orang yang HEBAT.. Sebaliknya KAMU yang TAKUT kerana KAUM kamu tidak ada yang mampu menjadi pemimpin sepertinya.. Semua pemimpin KAMU dalam DAP, Gerakan atau MCA semuanya berMASALAH.. DAP adalah pengamal KRONISME tegar - parti ANAK BERANAK ala DINASTI!, MCA diketuai oleh pemimpin yang TIDAK berMORAL 2X5 dengan skandal Bekas Presiden US Bill Clinton - Monica Lewinsky, Gerakan pulak tidak ada JATI DIRI dan tercari-cari arah perjuangan.. Jadik? Sebutkanlah siapa antara pemimpin KAUM kamu yang seHEBAT Tun Dr. Mahathir atau mana-mana PM sebelum beliau? Ada?

Kita ingin memperINGATkan PENULIS bernama Meng Lun Yong INI.. Jangan sesekali kamu ingat kamu sahaja yang PANDAI kerana KONONnya kePANDAIan itu milik KAUM kamu.. Bukan semua orang suka menunjukkan keLEBIHan mereka.. Mungkin kamu boleh memperBODOHkan seekor dua Lebai Melayu PAS tetapi bukan bermakna kamu berjaya BODOHkan semua Melayu!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS