DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, September 02, 2010

Malaysia seharusnya melihat Indonesia sebagai 'CERMINAN' masa depan negara jika terus diKOTORi oleh ahli-ahli POLITIK..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dalam SOAL hubungan DIPLOMATIK, rasanya lebih RAMAI rakyat di luar sana yang jauh lebih PAKAR dan ARIF daripada pegawai-pegawai 'PERASAN BAGUS' di Wisma Putra mahu pun dalam agensi-agensi Kerajaan yang ada kaitan dengan hubungan luar.. Kerajaan mungkin patut menyedari bahawa KUALITI para pegawai PTD hari ini kebanyakkan jenis 'CAP AYAM' yang KEKOK dengan teknik-teknik DIPLOMASI dan GAGAL mempamerkan IMEJ negara seperti yang sepatutnya.. Tak HAIRAN kalau dikatakan ramai antara mereka ketika ini lebih berminat 'MAIN POLITIK'.. Mereka bukanlah para pegawai ERA Tun Dr. Mahathir atau PM sebelumnya yang terBUKTI berjaya menaikkan nama NEGARA dan memperTAHANkannya di mata dunia..

Penentangan dan PROVOKASI berterusan oleh segelintir rakyat Indon terhadap NEGARA kita hingga sampai tahap 'MENYERANG' kedutaan dan memBAKAR Jalur Gemilang seharusnya diLIHAT juga sebagai keGAGALan dasar DIPLOMASI negara.. HARI ini kita KECEWA melihat RESPON yang amat PASIF terhadap ISU yang dimaksudkan.. Kerajaan seolah-olah berSERAH 100% kepada kerajaan Indon yang sememangnya terbukti GAGAL mengawal tindakkan PROVOKASI rakyat mereka sendiri.. Adakah INI langkah yang WAJAR sedangkan Kerajaan jugak berperanan untuk memberi penjelasan atau memBELA maruah NEGARA daripada diHINA sedemikian rupa?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Sedangkan ISU yang ditimbulkan oleh Indon-Indon tersebut amatlah REMEH tetapi sengaja diperbesarkan.. Kerja mereka lebih MUDAH apabila Kerajaan kita sendiri amat PASIF dan seolah-olah berharap ISU ini reda dengan sendiri.. Jika inilah tindakkan kerajaan apabila MARUAH negara tercemar, jangan HARAPlah rakyat akan mengundi Kerajaan seperti ini lagi.. Adalah lebih BAIK Kerajaan cuba mengambil langkah-langkah berikut daripada menunggu dan menunggu?

1) Kerajaan harus memastikan hubungan DIPLOMATIK antara negara harus sampai ke peringkat RAKYAT bawahan, bukannya setakat sampai peringkat antara Kerajaan sahaja.. Dengan KATA lain, Kerajaan sepatutnya menaja atau membuat hubungan dengan beberapa kumpulan NGO yang pro-Malaysia di Indon agar mereka dapat 'COUNTER' terhadap pemBOHONGan yang berlaku di sana..

2) Ramai antara rakyat negara ini masih mempunyai hubungan kekeluargaan dengan rakyat Indon khususnya di Sumatera atau Sulawesi.. Malah, PM kita sendiri dikatakan mempunyai hubungan dengan beberapa suku kaum di Sulawesi.. Apa gunanya hubungan INI jika ianya GAGAL memperTAHANkan negara ini daripada menjadi mangsa PROVOKASI?

3) Kerajaan juga sepatutnya BERANI menyenaraikan segala bentuk BANTUAN yang telah disumbangkan oleh negara INI terhadap Indon termasuklah sumbangan PERCUMA USD 1 bilion semasa zaman GAWAT tahun 1997, sumbangan rakyat negara ini terhadap mangsa Tsunami, gempa bumi dan banyak lagi.. Senaraikan juga segala bentuk pelaburan negara di sana yang menyumbang kepada perkembangan EKONOMI mereka.. Senarai sumbangan ini perlulah diTERBITkan menerusi MEDIA antarabangsa seperti Majalah Time, Newsweek dan sebagainya supaya masyarakat antarabangsa dapat menilai betapa KEPARATnya mereka..

4) Kerajaan patut menyekat AKSES kemasukkan tenaga BURUH Indon khususnya dari Jawa sebagai TINDAK-BALAS.. Berikan kelonggaran kepada tenaga BURUH Indon dari Sumatera atau wilayah yang tidak bersikap PROVOKATIF terhadap negara.. Kita terlampau memberi MUKA sehinggakan rakyat Indon pun dah jadi pemandu TEKSI di negara ini.. Mereka sibuk berBOHONG KONONnya tenaga BURUH mereka dianiayai sedangkan RAMAI jugak yang jadi PEROMPAK dan PENYAMUN di sini?

5) Kerajaan juga seharusnya menyekat ALIRAN TUNAI ke Indonesia daripada rakyat Indon yang bekerja di negara ini.. Pastikan setiap penghantaran TUNAI oleh rakyat mereka yang bekerja di sini tidak melebihi AMAUN yang ditetapkan.. Tidakkah terfikirkah bahawa ALIRAN TUNAI inilah yang menyumbang kepada PERLAKUAN BIADAP mereka terhadap negara INI?

6) Kerajaan juga harus menyemai dan memastikan semangat PATROTISME rakyat terhadap negara sentiasa OPTIMUM.. Seharusnya pada usia negara meningkat 53 tahun, TIDAK wujud lagi MALAUN-MALAUN macam Namewee, anak perempuan Penasihat PKR dan jugak PESALAH POLITIK WANG yang tidak mempunyai semangat CINTAkan negara.. Malah, budaya HIBURAN keterlaluan yang memuncak semenjak zaman PM ke-5 telah meROSAKkan nilai-nilai jati diri generasi muda kita..

7) Selepas Tun Dr. Mahathir BERSARA, negara kita sudah TIDAK mempunyai lagi pemimpin yang berpengaruh dan diHORMATi di peringkat GLOBAL.. KeTOKOHan beliaulah yang banyak kali menyelamatkan IMEJ negara dipersada antarabangsa.. Jadi, silalah BELAJAR apa yang patut semasa hayat beliau masih ada..

Sikap LEMBEK Kerajaan hanya akan meMUDARATkan negara ini KELAK.. Jika ada RUANG untuk kita bertegas, maka kita perlu bertegas.. Kerajaan seharusnya FAHAM bahawa semenjak zaman BJ Habibie sebagai Presiden Indon, negara kita sering di'KAMBING HITAM'kan oleh ahli-ahli POLITIK mereka dalam segenap perkara.. "We have to END all of these, once for all".. Malaysia seharusnya melihat Indonesia sebagai 'CERMINAN' terhadap masa depan negara ini jika kita terus membiarkan NEGARA kita diKOTORi oleh ahli-ahli POLITIK yang tidak berETIKA dan mengundang pengaruh ASING untuk mereka berKUASA..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS