DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, October 30, 2010

Apa kata Utusan Malaysia uji pulak ahli-ahli POLITIK kita juga kategori BUTA SEJARAH atau TIDAK?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semalam apabila kita memBACA Utusan Malaysia, kita rasa LUCU bercampur SEDIH apabila Utusan Malaysia dengan BERANInya memaparkan betapa ramainya generasi muda NEGARA ini BUTA SEJARAH.. LUCU dan SEDIH kerana perkara yang sepatutnya diketahui UMUM dan mudah didapati sumber RUJUKAN tetapi langsung tidak dapat diHAFAL oleh generasi muda yang diMAKSUDkan.. Budak kena 'DOWN SYNDROME' pun boleh ingat fakta sejarah.. Agaknya apa yang diMUATkan ke dalam kepala generasi muda kita yang semakin DOYAN dengan budaya HEDONISME kebelakangan ini?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Namun, kita TIDAK boleh menyalahkan generasi muda 100%.. Sudah TENTU apa yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia ini ada penyebabnya.. Sebagai CONTOH, jika kita baca BANYAK kes LIWAT berlaku dalam laporan media, sudah tentu ada PUNCA atau INDIVIDU yang menjadi PENYEBAB atau 'IDOLA' hingga menjadi ikutan kepada generasi muda untuk menCONTOHinya.. DiTAMBAH pulak ada pihak yang berLAKON warak atau ALIM membela perlakuan sedemikian, maka sudah tentu ianya semakin menjadi 'TREND' kepada generasi muda.. Itu hanyalah satu CONTOH sahaja tanpa merujuk sesiapa.. HE!HE!HE!

Dalam KONTEKS BUTA SEJARAH ini, sudah TENTU generasi muda jugak hanya MENIRU atau MENGIKUTI pihak-pihak yang sepatutnya menjadi CONTOH kepada mereka.. Siapakah yang sepatutnya menjadi CONTOH? Dah tentulah mereka yang mengGELARkan diri sebagai PEMIMPIN.. Siapakah PEMIMPIN itu? Dah tentulah ahli-ahli POLITIK di negara kita.. Oleh itu, apa KATA jika Utusan Malaysia memBERANIkan diri untuk menguji pulak ahli-ahli POLITIK negara kita samada mereka jugak BUTA SEJARAH atau TIDAK? Jika terBUKTI mereka BUTA SEJARAH, maka KREDIBILITI mereka sebagai pemimpin juga boleh diperSOALkan dan mereka tidak seharusnya menjadi TELADAN kepada sesiapa jua..

Antara ahli-ahli POLITIK masa KINI yang patut diUJI samada mereka BUTA SEJARAH atau TIDAK ialah:-

1) MP POKOK SENA, KEDAH - 'EX'-PENOLAK TROLI KAT 'AIRPORT'

Rasanya satu Malaysia TAHU keLULUSan AKADEMIK dia setakat mana.. Oleh itu, dia sepatutnya menjadi 'BAHAN UJIAN' yang paling sesuai samada ahli-ahli POLITIK kita jugak BUTA SEJARAH atau TIDAK.. Tahap penilaian ujian untuk DIA nih boleh diselaraskan samada nak ambik tahap budak darjah 6 atau budak STPM..

2) MP REMBAU, NEGERI SEMBILAN - KETUA PEMUDA UMNO PESALAH POLITIK WANG

Mungkin rakyat Malaysia yang tak masuk OXFORD sepertinya dianggap BODOH tahap GABAN mengikut pemikiran dia dan BAPAK mertuanya.. Namun, ITU tak berMAKNA dia tidak BUTA SEJARAH.. Kalau nak BANDINGkan keLULUSan AKADEMIK dia dengan MP Pokok Sena, memang JAUHlah bezanya.. Tapi RASAnya kalau bab soalan SEJARAH atau Pengatahuan AM pasal negara ini, diorang berdua nih 2X5 aje! Sebab itulah wajar diUJI! HE!HE!HE!

3) MP KELANA JAYA - B#**# TONYOK

Kita TAK tahu kenapala dia boleh MASUK Parlimen sebagai MP? Cakap Bahasa Malaysia pun tunggang-langgang siap kena AJAR ikut SKRIP lagi? Untuk memBUKTIkan dia layak sebagai MP dan ahli POLITIK, seWAJARnya rakyat patut TAHU setinggi mana pengetahuannya dalam SEJARAH negara INI.. Kalau 'FAIL' ujian, pengundi Kelana Jaya kena mandi AIR BUNGA la tolak SIAL!

4) MP IPOH TIMUR, MP BAGAN dan ADUN KOTA LAKSAMANA - DINASTI LIM ANAK-BERANAK

Ahli keluarga DINASTI LIM ini sangat SENSITIF dengan subjek SEJARAH.. Tak tahu le diorang nih dulu 'FAIL' ke tidak subjek ini.. Mungkin kalau bab SEJARAH Bintang Tiga, diorang berMINAT la KOT? Mungkin jugak dengan sejarah Yap Ah Loy, pemBUKAan Pulau Pinang dan perGADUHan KONGSI Ghee Hin VS Hai San di Perak.. Cuma diorang mungkin buat-buat lupa peranan karakter Melayu dalam sejarah tersebut seperti Raja Mahadi, Sultan Abdul Samad, Sultan Kedah dan Ngah Ibrahim..

5) ADUN CHEMPAKA, KELANTAN - POK NIK 'ALAIHISSALAM'

Eh? Siapa kata Pok Nik BUTA SEJARAH? Salah tuh.. Kalau tak, TAKkanlah Pok Nik berBANGGA dan menJADI penaung kepada keturunan Raja Jembal? Mungkin dia BUTA SEJARAH ISLAM.. Pasal Nabi SAW sampai ketika baginda WAFAT pun mahukan umatnya BERSATU tapi orang tua nih LAIN pulak yang diajarnya.. KeMAMPUan daya INGATAN Pok Nik jugak HEBAT.. Tuh pasallah dikhabarkan dia 'SIGN' kontrak rawatan air Kelantan kepada Syarikat Thames Water dari UK selepas dia baru sudah MAKAN nasi aje! Tak pasal-pasal kena mintak RM600 juta dengan Tun DR. Mahathir buat bayar HUTANG air negeri!

INI adalah senarai 'TOP' ahli-ahli POLITIK yang patut diUJI mereka BUTA SEJARAH atau TIDAK.. Ramai lagi ahli-ahli POLITIK yang patut masuk SENARAI.. Tempat UJIAN boleh dilakukan di Parlimen dengan kerjasama Tuan Speaker.. Kita PERCAYA ramai lagi ahli-ahli POLITIK negara ini patut diUJI seperti INI tetapi karang NAYA pulak Utusan Malaysia kena PELANGKONG dengan diorang semua..

Apa pun, INI hanya pandangan LAWAK dan SINIS.. Hakikatnya, BUTA SEJARAH generasi muda sangatlah berKAIT rapat dengan apa yang dilakukan oleh ahli-ahli POLITIK negara kita.. BONGOK mereka, BONGOKlah jadinya RAKYAT.. Jadik SALAHkan mereka dahulu jika KUALITI pemikiran rakyat semakin hari semakin ROSAK..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS