DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, October 26, 2010

Pemuda UMNO patut MALU saranan Ketua Pemudanya nak pinda AUKU semasa Perhimpunan UMNO tidak disenangi RAKYAT!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita terINGIN nak tanya kepada Pemuda UMNO.. TIDAK malukah korang memPUNYAi Ketua Pemuda dan BALACInya yang GAGAL mengetengahkan isu yang sepatutnya semasa Perhimpunan Agung UMNO? Dengan KATA lain, isu yang cuba dikeTENGAHkan oleh PESALAH politik WANG seperti pindaan Akta Universiti dan Kolej(AUKU) ternyata meRUGIkan UMNO kerana semakin RAMAI orang luar MENOLAK sebarang pindaan terhadap AUKU seperti yang diHASRATkan oleh PESALAH POLITIK WANG itu.. Hari ini kita terbaca satu rencana dalam Utusan Malaysia yang diTULIS oleh seseorang yang memBANTAH pindaan AUKU.. Kita PAPARkan rencana tersebut dengan penuh agar semua PIHAK dapat menilainya..

Fikir dahulu sebelum benarkan parti politik masuk kampus

Sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa penghujung 1990-an, teringat penulis bagaimana gerakan pemimpin Pemuda UMNO begitu giat mendekati anak-anak muda di kampus. Bagaimanapun ada pihak yang tidak bersetuju dengan 'label' pro-kerajaan dan pro-pembangkang yang kononnya adalah satu petanda yang tidak sihat kepada suasana kampus, walaupun semua pihak tahu kumpulan mana yang menyokong kerajaan dan kumpulan mana yang menyokong pembangkang. Apa sekali pun gelaran yang digunakan sama ada daripada pro-kerajaan kepada pro-aspirasi atau pro-pembangkang kepada Mahasiswa Idealis (kini Pro-Mahasiswa), misinya tetap sama iaitu untuk memenangkan kumpulan masing-masing.

Persoalannya apakah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sangat mengongkong mereka ketika itu? Walaupun Seksyen 15 dalam AUKU jelas melarang mahasiswa berhubung dengan pihak luar atau parti politik, namun mahasiswa tetap bebas menggunakan label itu tanpa dihukum apa-apa. Malah, amat jelas sekali apabila analisis kerusi pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) setiap IPTA dipaparkan dalam media massa pro- kerajaan dan pro-pembangkang. Cukup berbangga kumpulan ini menceritakan kemenangan mereka.

Masa telah berubah, Akta Universti dan Kolej Universiti telah dipinda pada 2008, daripada tidak dibenarkan menjadi ahli persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang (dalam dan luar negara), diubah kepada membenarkan penglibatan mahasiswa dalam persatuan dan pertubuhan melainkan dikekal syarat kecuali bukan parti politik dan kebenaran Naib Canselor institusi pengajian tinggi (IPT).

Persoalannya, apakah AUKU 1971 atau 2008 (pindaan) telah menyekat kebebasan mahasiswa berpolitik? Ini kerana didapati dalam masa yang sama, dua kumpulan ini secara terang-terangan menyokong parti di luar kampus. Apakah laungan Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-61, mengenai pindaan Akta AUKU mahukan mahasiswa berpolitik adalah suatu pernyataan bahawa wujudnya dua parti sebenar di dalam kampus iaitu antara kelompok BN atau pakatan pembangkang?

Inikah kebebasan berpolitik sebenar dan mendokong aspirasi golongan muda? Jika inilah kehendak Pemuda, maka kita boleh mencadangkan kepada kerajaan agar membenarkan parti politik kampus bertanding dalam pilihan raya MPP, antara kumpulan A atau B atau terus menggunakan parti sekarang iaitu Mahasiswa Pro-Aspirasi dan Pro- Mahasiswa/ Mahasiswa Idealis". Kita uji dan kita akan tahu jawapannya.

Saya berpandangan kerajaan harus lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan mengenai akta AUKU. Janganlah bila 'nasi sudah menjadi bubur' barulah nak menyesali keputusan yang telah dibuat. 'Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'. Sesungguhnya mencegah itu tentulah lebih baik daripada mengubatinya. Lihatlah contoh di Indonesia, apabila mahasiswa dan mahasiswi bermain politik dan dipolitikkan. Mereka sanggup menjatuhkan kerajaan demi kepentingan pihak tertentu tanpa melihat impak dan bencana jika terlalu kerap berdemonstrasi, kerap bertukar pemimpin negara dan parti.

Apakah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membentangkan akta ini di Parlimen pada tahun 1971 semasa menjadi Menteri Pelajaran melakukannya secara suka-suka? Tun Mahathir menyaksikan sendiri bagaimana orang Melayu di kampus memerlukan akta ini untuk mendisiplinkan mahasiswa Melayu menumpukan kepada pelajaran. Hari ini, beribu-ribu mahasiswa Melayu dan bumiputera dilahirkan oleh akta ini. Apa yang tak kena atau salahnya akta ini sedangkan melalui akta ini, ramai mahasiswa Melayu dilahirkan dan Naib Canselor dari kalangan Melayu dilantik di negara ini?

Jika kita mudah menyangka dengan meminda AUKU, maka golongan muda akan menyokong Barisan Nasional (BN)? Tentulah ia sesuatu yang agak keterlaluan. Berapa peratus mahasiswa yang mahu terlibat dengan politik? Apakah cukup pembahagian masa dalam tiga tahun antara belajar di universiti dengan penglibatan politik di kampus? Bagaimana kita hendak melihat keputusan yang cemerlang daripada anak-anak Melayu jika mereka asyik berpolitik tanpa menghiraukan pelajaran? Pada pandangan saya, bukan 'isu kebebasan berpolitik' yang sepatutnya menjadi 'isu' tetapi soal 'bagaimana' pimpinan Pemuda UMNO dapat 'merakyatkan pemuda' dan berdamping dengan golongan muda.

Berapa keratkah pemimpin golongan muda sekarang yang sanggup turun ke kampus mendekati anak muda sebagaimana pada tahun 1999 hingga 2007? Adakah ada anggota Biro Pendidikan Pemuda UMNO yang sanggup turun padang ke kampus sekarang? Fikirlah sejenak dan jangan bertindak mengikut perasaan. Orang muda sekarang lebih bijak menilai dan janganlah salah memberi penilaian kepada golongan orang muda.

Zali Abidin

Ampang, Selangor


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

ITU adalah satu bentuk PENOLAKkan terhadap pindaan AUKU seperti yang diHASRATkan oleh Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG.. Kita jugak PERCAYA apa yang ditulis oleh penulis tersebut diKONGSI oleh ramai MAJORITI ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka menimba sebanyak MUNGKIN ilmu semasa di KAMPUS dan mengHARGAi perngorbanan ibu-bapa yang mahukan mereka BERJAYA.. Bagaimana pulak dengan ANDA? Adakah anda anak-anak anda diLALAIkan dengan POLITIK hingga menjejaskan masa depan mereka seterusnya mengGAGALkan hasrat NEGARA yang mahukan MODAL INSAN yang cemerlang?

Namun demikian, kita MAHU agar penulis tersebut dan jugak semua pihak yang membaca RENCANA ini faham 2 PERKARA di bawah INI..

1) Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG ini bukanlah GRADUAN dari negara ini pun.. Malah, dia TIDAK pernah pun berSEKOLAH dengan SISTEM persekolahan di negara ini.. Oleh itu, keJAHILan dia tentang perkara seperti INI adalah LUMRAH dan segala kenyataannya seperti pindaan AUKU hanyalah untuk menCARI publisiti MURAHAN yang langsung takde kena-mengena pun dengan RAKYAT..

2) Bukan SEMUA lepasan IPT di negara ini 'berUNTUNG' seperti Ketua Pemuda UMNO tersebut.. Nak beli SAHAM ECM Libra, ada orang TOLONG pinjamkan duit berjuta-juta RM.. Dapat KAHWIN anak bekas PM, terus orang kasi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa pertandingan pulak tuh? Lepas tuh DAPAT pulak jawatan Timbalan Presiden FAM walaupun semua MAKLUM dia HARAM takde JASA pun baik untuk UMNO, mahu pun dalam memajukan bola sepak negara! Jadik, jika anda mengHARAPkan pindaan AUKU akan memBOLEHkan anak-anak anda menJADI sepertinya selepas bergelar GRADUAN, silalah FIKIRkan kembali dan solat ISHTIKHARAH mintak petunjuk.. HE!HE!HE!


Oleh itu, FIKIRkan betul-betul apa yang kita NYATAkan di atas.. WAJARkah kita menDENGAR dan menerima pakai SARANAN pihak yang jelas mencadangkannya secara SEMBRONO atau memBUTA-tuli?

Wallahualam..

3 comments:

Wake UP! said...

Kalau setakat guna cara kotor kawin dengan anak bakal PM sebab nak naik dengan cara cepat, boleh blah la.

Melayu Pasir Gudang said...

nie lah gara-gara memilih pemimpin "kurang masak" yang menjadi korban adalah pemuda UMNO kerana makan nasi mentah yang di hidangkan oleh ketuanya.

Tanpa AUKU mahasiswa kita akan sama macam mahasiswa di negara seberang, siap ada kurikulum demonstrasi untuk completekan jam kredit. Makin lama makin jadi liability si kj nie kepada UMNO

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebenarnya, dia tu TAK ada apa-apa keISTIMEWAan pun selain dia adalah menantu PM ke-5.. Apa perlu kita TAKJUB dengan graduan OXFORD? Adakah Facebook, Microsoft, Google, I-Mac dan sebagainya diCIPTA oleh graduan Oxford?

Grad pun bidang SAINS POLITIK aje.. Bidang yang belajar kat mana-mana IPT serata dunia pun silibusnya SAMA aje.. BILA agaknya orang UMNO nak CELIK?

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS