DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, December 08, 2010

Bila Pesalah POLITIK WANG dah pandai cakap pasal CALON menDAHULUi Presiden UMNO - Tanda UMNO akan KALAH PRU 13...


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

PERTAMA sekali kita INGIN tanya, LAYAKkah seorang Ketua Pemuda UMNO berCAKAP tetang SOAL calon menDAHULUi seorang Presiden PARTI? Atau yang LEBIH kita KHUATIRi, adakah sejarah BURUK sebelum ini yang menyaksikan seorang Presiden UMNO terlampau ASYIK diDODOIkan oleh MENANTUnya dan rakan-rakan 'LEVEL 4 BOYS' berULANG kembali? Atau MUNGKINkah ada fail-fail SULIT milik Presiden UMNO yang berada dalam GENGGAMAN 'MALAUN' ini hinggakan dia BEBAS bercakap melebihi pemimpin terTINGGi UMNO sendiri? KALAU semua yang diNYATAkan tidak BENAR, kita pohon JASA baik UMNO untuk 'KUNCI'kan mulut 'MALAUN' ini atau UMNO akan mengalami nasib lebih BURUK pada PRU 13..

SeMALAM Utusan Malaysia telah menyiarkan kenyataan 'MALAUN' ini yang menyatakan Calon Pergerakan Pemuda UMNO untuk pilihan raya umum akan datang perlu terdiri dalam kalangan mereka yang diterima rakyat serta mempunyai kemahiran, bukan individu yang hanya tahu mengampu..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

"Pemuda kini sedang mengenal pasti calon yang kita boleh ketengahkan dan orang itu bukan hanya tahu mengampu Khairy Jamaluddin sahaja. Kita sedang cari mereka betul-betul bekerja dan mempunyai keperibadian yang boleh diterima rakyat. Antara sifatnya merendah diri, senang bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan ada intelek selain tahu mengaplikasi laman-laman sosial seperti Facebook kerana itu antara cara untuk raih sokongan orang muda," katanya kepada pemberita di sini, hari ini..

GILA ke apa dia nih? ADAkah UMNO yakin calon yang diPILIH atau diREKOMEN olehnya mampu memBAWA keMENANGan kepada parti itu? Sedangkan 'MALAUN' ini pun memperOLEHi penCALONan paling sedikit untuk JAWATAN Ketua Pemuda, LAYAKkah untuk dia bercakap meWAKILi 3 juta ahli UMNO yang LAIN? Dia menDAKWA berjaya mengumpulkan 40 ribu ahli BARU Pemuda UMNO konon-KONONnya.. KITA ingin TAHU apakah JAMINAN yang mampu diberikan oleh JUMLAH tersebut dalam PRU 13 kelak atau itu hanyalah 'FIGURE' di atas KERTAS untuk memperBODOHkan pucuk-pimpinan UMNO seperti mana yang dia lakukan sebelum ini? Kalau dulu Lebai PAS ramai yang bodoh MATEMATIK, adakah keBODOHan itu berpindah kepada para pemimpin UMNO pulak?

Terus-terang KATAlah, semakin BANYAK publisiti atau RUANG untuk bercakap diBERIkan oleh UMNO kepadanya, semakin RAMAI rakyat dan pengundi menJAUHi UMNO kerana mereka berANGGAPan UMNO bersekongkol dengannya untuk memperBODOHkan rakyat.. UMNO sudah LUPA bahawa 11 pilihanraya sebelum ini UMNO tidak pernah hilang SOKONGan orang Melayu.. Hanya PRU-12 kita melihat bagaimana peratusan UNDI ROSAK begitu tinggi dan sebahagian besar pengundi Melayu dan pengundi MUDA telah memBOIKOT UMNO.. Banyak KALI kita beritahu bahawa 'MOOD' pengundi mudah berubah dan TIDAK akan KEKAL untuk sesebuah parti.. UMNO hanya boleh MENANG dengan sokongan orang Melayu sahaja tetapi NAMPAKnya UMNO turut sama memperBODOHkan orang Melayu kali ini..

Kita NAK tanya kepada UMNO:

1) Mampukah UMNO memBERSIHkan Ketua Pemudanya ini setelah dia terBUKTI berSALAH melakukan keSALAHan POLITIK WANG di dalam pemilihan UMNO sendiri?

2) Mampukah UMNO beri penjelasan bagi pihak 'MALAUN' ini bagaimana dia boleh dapat pinjaman berJUTA-juta RM untuk beli saham dalam ECM Libra sedangkan dia tak ada pekerjaan TETAP pun masa tuh?

3) Mampukah UMNO menJAWAB kenapa Ketua Pemudanya terhegeh-hegeh memBAWAkan passport Penasihat PKR semasa dia diBEBASkan dari Jel Sungai Buloh dahulu sedangkan 'MALAUN' tu bukannya pegawai KDN atau pegawai Imigresen pun?

Kalau INI pun UMNO tak mampu jawab depan RAKYAT, adakah UMNO yakin meRAIH sokongan rakyat jika 'MALAUN' ini bermaharajalela dalam parti?

Wallahualam..

2 comments:

santauangin said...

Kepada semua blogger. Sebelum nasi menjadi bubur, kuah menjadi basi, mengapa tidak kita buat hantar MEMO kat DSN agar KJ ini tidak di berikan tempat di dalam barisan kabinet DSN. Dari ini barulah dapat DSN tahu akan kemahuan rakyat untuk memulihkan kembali undi yang akan diberikan kepada BN pada PRU13. Tetapi sekiranya MEMO bantahan ini telah di hantar kat DSN dan DSN masih mahu mencabar kesabaran rakyat bawahan dengan melantik PAK HITAM ini maka masa itu DSN tak boleh menyesal seumur hidupnya.

Apakata para bloger khususnya ketua bloggers. Ingat, jgn pulak nasi menjadi bubur.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dah banyak dah MEMO mahu pun pesanan yang dihantar kepada PM pasal MALAUN tuh.. Kerana itulah MALAUN ni tak berjaya pun masuk KABINET DS Najib selama ini..

Namun, kita TIDAK tahu la pulak ada yang lebih menguasai DS Najib hinggakan timbul ura-ura nak lantik MALAUN ni ke KABINET.. Kalau tidak DS Najib, mungkin ada adik-beradik yang fail mereka disimpan dek MALAUN ni kot.......

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS