DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, December 26, 2010

Mungkin Pok Nik TERKILAN pasal tak bawa duit berGUNI-GUNI semasa PRK DUN Galas hari tu gamaknya...


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apabila seseorang itu digelar ULAMA atau pun 'mengGELARkan DIRInya' sebagai ULAMA, dah tentu kita akan nampak ciri-ciri seorang ULAMA.. Contohnya, mufti Perak adalah ULAMA yang KONSERVATIF dan TEGAS.. Dr. Asri pula ULAMA yang berfikiran terbuka manakala Prof. Muhd. Uthman El Muhammady pulak seorang ilmuwan Islam yang sangat pakar.. Dengan KATA lain, ciri-ciri ULAMA adalah jelas seperti maksudnya dalam bahasa ARAB iaitu seorang yang berILMU.. Jika seseorang itu berILMU, sudah tentu dia akan berAMAL dan berKONGSI ilmunya.. Jarang SEKALI kita dengar orang yang berILMU pergi buat LAWAK JENAKA hingga meRENDAHkan taraf ULAMAnya macam ULAMA pujaan Lebai PAS iaitu Pok Nik 'ALAIHISSALAM'..

Kita terTARIK dengan kenyataan Pok Nik yang mengatakan DIRInya sudah TIDAK percayakan lagi SISTEM pilihanraya di negara INI.. Menurutnya,

"Saya tidak percaya kepada pilihan raya, nama saja pilihan raya tetapi penuh dengan penipuan.. Kita boleh lihat apa yang berlaku di Galas, duit berguni-guni dibawa untuk membeli undi bagi memastikan calon Barisan Nasional(BN) menang"

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

WALAUpun ada beberapa BLOGGERS terkemuka menempelak kembali Pok Nik dengan membuat perBANDINGan 13 keputusan pilihanraya KECIL dan keputusan PRU 2008, namun KITA rasakan BUKAN itu yang Pok Nik MAKSUDkan bila dia buat kenyataan sebegitu.. CUBA baca balik kenyataan tersebut berkali-kali.. 'KEYWORD'nya ialah 'DUIT BERGUNI-GUNI', 'MEMBELI UNDI' dan 'GALAS'.. BUKANkah Pok Nik telah pun menyatakan dengan lebih SPESIFIK bahawa dia KECEWA dengan keKALAHan PAS di Galas kerana TIDAK bawa DUIT berGUNI-GUNI untuk memBELI undi KONONnya sama seperti yang UMNO/BN lakukan?

Sebenarnya dia 'FRUST' pasal TINDAKkan dia bagi 'ZAKAT' kepada orang asli semasa PRK Galas dulu telah diKANTOIkan.. Malah, hari-hari terakhir PRK menyaksikan sedikit 'keNAKALan' pihak yang berKEMPEN membuat 'BANNER' gambar Pok Nik tersebut untuk diTUNJUKkan kepada para pengundi.. Mungkin SEBAB itu Pok Nik KECEWA atau lebih tepat lagi TERKILAN pasal dia beranggapan KONONnya UMNO/BN buat jugak benda yang SAMA sampai bagi berGUNI-GUNI tapi tak KANTOI macam dia! Nak buat MACAM mana Pok Nik, Lebai PAS keliling pinggang dia tuh BUKANnya CERDIK mana pun! Lain KALI, kalau nak HULURkan 'ZAKAT' masa PRK pun kena tengoklah keliling dulu! HE!HE!HE!

Mungkin Lebai PAS yang lain patut menyarankan agar Pok Nik patut bawa 'DUIT BERGUNI-GUNI' dan TABURkannya dengan mengatakannya sebagai 'ZAKAT' baru tak KANTOI kot? Kalau takat 2,3 helai duit RM50, apalah sangat.. Tuh yang MUDAH sangat KANTOI tuh! Dahlah SIKIT, tak berBALOI pulak.. 2,3 hari belanja, DAH habis! Kalau dikasinya berGUNI-GUNI seperti mana orang UMNO/BN kasi KONON-KONONnya, lambat sikitlah nak HABIS.. Orang pun boleh ingat 'ZAKAT' yang diKASInya itu sampai hari mengundi.. Tak pun cuba belajar dengan Ketua Pemuda UMNO.. Dia lagi PANDAI pasal dia KASI kat 'DOWNLINE' tertentu masa kat PWTC aje.. Mungkin itu TEORI MLM yang dia belajar kat OXFORD gamaknya!

Apa pun, Pok Nik SUDAH hilang KREDIBILITI untuk buat kenyataan sebegini pasal DIA sendiri pun 2X5 jugak! Kita MAKLUM tentang fitrah keHIDUPan bahawasanya apabila UMUR semakin meningkat, tahap pemikiran kita pun mungkin akan 'GOSTAN' ke tahap pemikiran budak-budak.. Jadik, mungkin agaknya Lebai PAS ni sangat ZALIM dan KEJAM pasal terus 'MENYEKSA' minda Pok Nik walaupun tahap pemikirannya menunjukkan dia semakin hilang KREDIBILITI termasuk ke atas TINDAKkannya SENDIRI.. Kalau tok nenek kita macam nih, dah lama dah mereka diminta dok dalam rumah dan anak cucu pakat JAGA.. Takut kalau mereka keluar RUMAH seorang diri kang, tak balik-balik pulak..

Selain itu, kita jugak HAIRAN kenapa TIADA tindakkan diambil ke atas Pok Nik walaupun pihak SPR sudah pun menyatakan perBUATannya seperti dalam GAMBAR semasa PRK DUN Galas adalah SALAH di bawah akta pilihanraya? Nak TUNGGU sampai bila? SPRM dok buat APA? Pejabat Peguam Negara dok TIDOQ lagi ke? Atau Peguam Negara pun macam ahli Lembaga Disiplin UMNO semasa pemilihan parti tahun 2009 ke? -> Dua keSALAHan yang SAMA, satu diHUKUM tak boleh berTANDING tetapi satu lagi diSABITkan keSALAHan namun boleh berTANDING? Apa ingat RAKYAT dan pengundi semua nih KANGGARU macam Lebai PAS gamaknya?

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

Dio ke woli selipor.pahtu penyokong kuak aljuburi.aljuburi lak banyok lagi pemuja2 dio dalam sprm ngan peguam negara.

x tgk ,khir toyo siap di warning jgn membincangkan kes yg sedang berjalan.Tapi aljub@geh tua bebas bagi ceramah,forum,pegi luar negara jaja kes dia,nampak x permainan aljub di sini.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS