DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, December 11, 2010

Since when the 3 STOOGES are hired to talk about 1 Malaysia CONCEPT?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita MARAH jika ada orang bukan ISLAM menggunakan ayat-ayat Al Quran untuk berPOLITIK kerana kita TAHU mereka tidak berIMAN dengannya seperti tuntutan Rukun Iman.. Begitu juga kita patut rasa MARAH jika PESALAH POLITIK WANG bercakap tentang kepimpinan yang BERSIH.. Dengan KATA lain, seseorang patut berasa MARAH jika ada pihak memperKATAkan tentang sesuatu yang mereka sendiri tidak KOTAkannya - KIRAnya macam CAKAP TAK SERUPA BIKIN la! Begitu jugaklah dengan KONSEP 1 Malaysia.. Rakyat BERHAK rasa MARAH jika mereka yang menDABIK dada KONONnya menyokong KONSEP tersebut melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengannya..

Sungguh JELIK apabila ada seorang ANAK Cina mengaku MENYOKONG konsep 1 Malaysia TETAPI pada masa yang SAMA memperLEKEHkan lagu Kebangsaan negara INI, mengHINA suara AZAN, mengHINA guru-guru berBANGSA Melayu dan menunjuk isyarat 'F**K' dalam lagu-lagunya.. Adakah perbuatannya INI adalah selaras dengan KONSEP 1 Malaysia? Adakah KONSEP 1 Malaysia meWAJARkan perbuatan mengHINA orang LAIN secara terbuka dalam 'YOUTUBE' kononnya dengan alasan menolak RASIS? Sedangkan berJUTA lagi kaumnya sendiri yang RASIS terhadap orang Melayu, tetapi TAK ADA pulak dia buat lagu tunjuk ISYARAT 'F**K' terhadap mereka? HINDRAF adalah RASIS.. Begitu jugak dengan DAP.. Adakah ANAK Cina ini mengHINA mereka dengan lagunya seperti mana dia mengHINA seorang guru Melayu?

Sungguh JELIK jugak meLIHAT seorang Menteri Melayu 'The HATCHET Man' yang menyokong ANAK Cina tersebut dan cuba memperBODOHkan rakyat dengan mengatakan KONONnya apa yang ANAK Cina itu lakukan adalah satu bentuk LUAHAN perasaan dan SOKONGan terhadap KONSEP 1 Malaysia!

http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=54931

Begitu sekali 'The HATCHET Man' menyanjung ANAK Cina tersebut hinggakan segala peraturan berPAKAIan di Parlimen diketepikan demi memBERIkan 'pengHORMATan' terhadapnya.. Namun, kita memang MAKLUM 'The HATCHET Man' memang akan memBERIkan setinggi-tinggi pengHORMATan darinya terhadap sesiapa yang memperLEKEHkan atau mengHINA Melayu.. CUMA kita HAIRAN kenapa 'The HATCHET Man' ini mahu 'MELEKAT' dalam Pertubuhan Kebangsaan 'MELAYU' Bersatu? Bukankah ada PPP atau Gerakan yang turut menerima Melayu yang tak ada OTAK sepertinya?

'The HATCHET Man' jugak sering berBANGGA mengatakan DIRInya penyokong no.1 KONSEP 1 Malaysia.. Namun, kita terTANYA-tanya adakah dia dan keluarganya benar-benar mengHAYATi KONSEP tersebut? Jika anda buat carian IMEJ gambar melalui 'GOOGLE.COM' menggunakan kata KUNCI 'Anak N**RI', agak-agak GAMBAR apa yang akan keluar? Apabila anda LIHAT imej-imej GAMBAR tersebut, anda RASA layakkah 'The HATCHET Man' menDAKWA dirinya penyokong tegar KONSEP 1 Malaysia sedangkan anak sendiri pun dah macam 1 X%*^@*??.. Mungkin dia patut terangkan pada anaknya sendiri terlebih DAHULU tentang 'keMULIAan' KONSEP 1 Malaysia!

Seorang lagi yang berKAIT rapat dengan ANAK Cina tadi dan TURUT tidak terKECUALi mengaku dirinya penyokong tegar KONSEP 1 Malaysia ialah Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan 'MELAYU' Bersatu.. CUMA kita agak KELIRU sedikit.. ADAkah seorang pengamal dan juga peSALAH POLITIK WANG layak untuk menyokong KONSEP 1 Malaysia? Mungkinkah dalam KONSEP 1 Malaysia, POLITIK WANG adalah seHABIS mulia perBUATan dan pelakunya akan diSANJUNG setinggi langit ke-7? Setahu kitalah, selama pemerintahan 5 PM terdahulu, segala KONSEP mereka menolak perbuatan yang MUNGKAR lagi KEJI di sisi RAKYAT.. Kot la KONSEP 1 Malaysia terlebih 'ADVANCE' hinggakan orang yang lakukan keMUNGKARan pun akan disanjung tinggi?

Masa zaman REJIM PM ke-5, kita ada KONSEP Islam Hadhari.. KONSEP tersebut akhirnya tersungkur menyembah BUMI apabila gambar PELOPOR konsep tersebut yang terTIDO semasa majlis RASMI dan gambar dia pegang bahu perempuan bukan MUHRIM disebar merata-rata semasa PRU 12.. Ini BUKTI jelas rakyat MENOLAK segala KONSEP yang mereka anggap seperti CAKAP TAK SERUPA BIKIN.. Rakyat jugak akan menilai KREDIBILITI siapa yang meDABIK dada mengaku PENYOKONG tegar sesuatu KONSEP.. Oleh itu, kita SARANkanlah kepada PELOPOR KONSEP 1 Malaysia ini agar kenalah TENGOK-TENGOK jugak siapa yang dok SOKONG konsepnya itu.. Tak ke rakyat MELUAT kalau mereka lihat lebih ramai kategori PENYANGAK dan PENYAMUN yang menyokong KONSEP 1 Malaysia? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS