DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, February 16, 2012

AKIBAT umat ISLAM terlampau suka mengHUKUM orang berLANDASkan FAHAMan POLITIK..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Hari ini sekali lagi umat ISLAM bertelingkah tentang bagaimana seorang PEMIMPIN ISLAM patut menyesuaikan diri untuk HADIR dalam majlis-majlis keAGAMAan atau keRAIan kaum bukan ISLAM.. ISU ini timbul kerana TEGURan Mufti Perak terhadap DS Najib yang mengHADIRkan diri semasa majlis SAMBUTAN Thaipusam di Batu Caves walaupun dia langsung TIDAK masuk ke KUIL atau pun meLAKUkan apa-apa upacara keAGAMAan di sana.. TEGURan Mufti Perak itu telah diJADIkan bahan PROVOKASI oleh Lebai-Lebai PAS yang sememangnya GAGAL mengGUNAkan OTAK.. ->KLIK<-


Malangnya, Lebai-Lebai PAS seperti biasa menunjukkan keDUNGUan mereka yang TIDAK ada BANDINGannya.. Lebai-Lebai PAS begitu DUNGU hingga GAGAL meLIHAT bagaimana Pok Nik 'ALAHISSALAM' jugak TIDAK ada BEZAnya dengan DS Najib apabila dia mengHADIRkan diri ke TOKONG Buddha di Kelantan untuk menerima JEMPUTAN majlis di sana..


Hari ini demi memperLIHATkan betapa DUNGUnya Lebai-Lebai PAS, juruBLOG RBF telah menDEDAHkan GAMBAR aksi terLAMPAU Penasihat PKR yang boleh diKATAkan turut sama meRAIkan THAIPUSAM menyamai perbuatan yang diLAKUkan oleh penganut HINDU.. Anda LIHAT sendiri di sini.. ->KLIK<-


JuruBLOG RBF jugak menCABAR beberapa PEMIMPIN PAS khususnya seorang Naib PRESIDEN PAS yang tak ada sijil SPM supaya mengatakan PERKARA yang SAMA terhadap Penasihat PKR seperti mana dia mengata PERKARA yang merapu terhadap DS Najib.. Alah.. Buat apalah ambik KISAH dengan si BODOH tuh? Dia mana le BELAJAR benda-benda nih SEMUA?

Namun demikian, sudah tentu ianya KETERLALUAN untuk seseorang PEMIMPIN ISLAM untuk memulaukan atau cuma mengHANTAR wakil ke majlis-majlis peRAYAan kaum bukan ISLAM seperti ini.. Sedangkan, mereka sebagai PEMIMPIN seharusnya menjadi PEMIMPIN untuk semua KAUM tanpa mengira apa FAHAMan AGAMA sekali pun? Jadik, IKTIKAD yang mana satu harus diPATUHi oleh PEMIMPIN ISLAM di NEGARA kita dalam KONTEKS sedemikian? Apakah perlu diLAKUkan oleh para PEMIMPIN ISLAM dalam SENARIO begitu?

Kita bukanlah meNAFIkan kata-kata ULAMA seperti Mufti Perak.. Sudah tentu beliau pun ada ALASAN atau NAS untuk meWAJARkan LARANGAN sedemikian.. Namun demikian, ISLAM itu adalah AGAMA yang diKATAkan berTOLERANSI.. Malah, diKATAkan jugak Perlembagaan MADINAH semasa zaman Rasulullah SAW menJAMIN hak semua pihak tanpa mengira AGAMA.. Jadik, dalam KONTEKS sedemikian, bagaimanakah patut kita atau mereka sesuaikan DIRI? Apakah TIDAK ada CONTOH semasa zaman Rasulullah SAW untuk diIKUTi?

Mungkinkah para Mufti, MAJLIS Fatwa Kebangsaan, JAKIM, IKIM dan semua ALIM ULAMA duduk bersama dan pakat buat satu GARIS panduan agar PEMIMPIN ISLAM kita TIDAK meLAKUkan keTERLANJURan semasa memenuhi JEMPUTAN kaum bukan ISLAM? Kita rasa ianya perlu ADA dalam KONTEKS Malaysia sebuah NEGARA yang MAJORITInya beragama ISLAM tetapi memBENARkan kaum bukan ISLAM mengamalkan agama masing-masing.. Malah, PEMIMPIN ISLAM di Palestin jugak mengHADIRi sambutan KRISMAS umat Kristian di sana..

Para Mufti, MAJLIS Fatwa Kebangsaan, JAKIM, IKIM dan semua ALIM ULAMA seharusnya berBINCANG bagaimana untuk memelihara keSUCIan ISLAM tetapi pada masa yang SAMA menunjukkan keTOLERANSIan ISLAM itu sendiri terhadap penganut agama lain.. Ini perlu kerana keHARMONIan adalah ASAS untuk memastikan keSTABILan NEGARA ini TIDAK tergugat oleh perBEZAan AGAMA.. Kita PERCAYA bahawa ISLAM akan lebih diHORMATi jika GARIS panduan yang diMAKSUDkan berjaya diWUJUDkan.. Oleh itu, pakat berBINCANGlah demi keSEJAHTERAan umat ISLAM itu sendiri.. Inilah yang diTUNTUT dalam ISLAM..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS