DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, February 02, 2012

DEBAT antara PengHANTAR PASSPORT Penasihat PKR dengan 'TOKOH LEMBU' PKR di London..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Secara JUJURnya, apakah UMNO sudah TIDAK ada TOKOH muda yang mampu dikeTENGAHkan untuk menerangkan dasar-dasar UMNO/BN sebagai kerajaan secara BIJAK? Apakah UMNO/BN sendiri TIDAK sedar mereka asyik diperBODOHkan oleh puak-puak PR di hadapan RAKYAT dengan mengetengahkan TOKOH-TOKOH yang langsung tak TAHU apa itu perJUANGan UMNO/BN selama ini? Atau apakah UMNO sendiri HILANG KAWALan terhadap TOKOH-TOKOH yang KONONnya meWAKILi parti tetapi sebenarnya NAIF?

Kita katakan sedemikian kerana UMNO/BN hanya memBIARkan beberapa TOKOH yang KONTROVERSI pergi 'MENYALAK' KONONnya meWAKILi parti tetapi HAKIKATnya dia GAGAL memahami ASPIRASI parti berusia lebih 65 tahun ini.. Lebih BURUK lagi, dia mungkin berPAKAT dengan puak-puak PR untuk memBIARkan dasar-dasar dan SUMBANGAN kerajaan UMNO/BN selama ini diKABURi seterusnya memBIARkan puak-puak PR mengHENTAM dasar-dasar kerajaan sepuas-puasnya.. Inilah dia GUNTING dalam LIPATan untuk UMNO/BN!

DiFAHAMkan beberapa pertubuhan PELAJAR Malaysia di UK telah mengANJURkan sesi DEBAT di antara WAKIL PR dan WAKIL BN di London.. DiFAHAMkan yang menjadi WAKIL BN adalah 'BOSS' Pemuda UMNO yang gila 'GLAMOUR' manakalah WAKIL PR pulak adalah 'TOKOH LEMBU' yang bakal diSAMAN oleh Kak Ijat 'BOSS' Wanita UMNO.. ->KLIK<-

Tajuk DEBAT ialah 'Dasar Awam: Wawasan 2020 - Malaysia bergerak ke arah yang betul?'.. KONONnya DEBAT di London adalah ALTERNATIF setelah ianya usaha untuk mengADAkan DEBAT ini TIDAK mendapat RESPON di TANAH AIR..



Pada pandangan pihak yang berPOLITIK sampai tahap meLUNYAIkan NEGARA baik dalam BN atau pun PR, DEBAT ini KONONnya antara WAKIL BN dengan WAKIL PR.. Namun demikian, pada kita pulak, DEBAT ini hanyalah antara 'PengHANTAR PASSPORT Penasihat PKR' dengan 'TOKOH LEMBU yang diGILAP oleh Penasihat PKR'.. Jadik, tak perlulah diJELASkan pun apa ISI perDEBATan kerana pastinya ia hanya berTUJUAN memBERIkan PERSEPSI buruk kepada UMNO/BN oleh kedua-dua penDEBAT.. "So, do we NEED to elaborate MORE?"..

Kalau menurut pemilik BLOG itu pulak, tentunya dia akan BERI 'PINGAT emas' kepada 'TOKOH LEMBU' itu sebagai memBUKTIkan penyokong PAS sepertinya hanyalah tahap penCACAI di dalam PR.. Walaupun kedua-dua penDEBAT dilihat cuba memBERIkan 'FIGURE' EKONOMI yang sebenarnya boleh didapati dengan MUDAH di NEGARA ini, HAKIKATnya, mereka sebenarnya LARI daripada TAJUK dengan TIDAK mengemukakan FAKTA seperti yang diminta.. Lebih TEPAT lagi, TIDAK ada antara mereka yang menJAWAB apa yang diTANYA oleh TAJUK itu..

Kita FAHAM kenapa SENARIO lari dari TAJUK perDEBATan itu berlaku.. Kedua-duanya bukanlah orang yang MAMPU mengHUJAHkan TAJUK sedemikian.. Seorang hanyalah BEKAS budak M#KK yang TAKSUB kepada 'SENIOR'nya iaitu Penasihat PKR.. Seorang lagi pulak ialah INDIVIDU yang TIDAK lahir dan TIDAK memBESAR pun di NEGARA ini.. Dia mula diKENALi hanya kerana SIJIL NIKAHnya tertera nama anak perempuan PM ke-5! Itu aje.. Jadik, anda pun TAHU perSAMAan antara PENYAMUN dan PENYANGAK kan? KAH!KAH!KAH!

Dalam KONTEKS yang berLAINan, BLOG tersebut jugak telah menyatakan bagaimana 'TOKOH LEMBU' PKR dan 'BOSS' Pemuda UMNO seakan saling mengHARGAi 'KeROSAKkan' yang dilakukan di pihak masing-masing terhadap NEGARA.. DiFAHAMkan 'BOSS' Pemuda UMNO berSETUJU perkara-perkara ini..

1) Khairy memuji beberapa langkah Buku Jingga, dan bersetuju dengan pembangkang di atas keperluan perisytiharan aset..

2) Khairy menegaskan bahawa telah ada suara reformasi dalam Umno. Beliau tidak bersetuju dengan "satu aliran" yang dilakukan oleh sekolah-sekolah kita, PERKASA dan Ibrahim Ali..

Sementara 'TOKOH LEMBU' PKR pulak diKATAkan mengemukakan perkara berikut sebagai RESPON kepada 'PUJIan' oleh 'BOSS' Pemuda UMNO di atas..

1) Rafizi memuji populariti Khairy, terutamanya di kalangan pelajar yang ramai di antara mereka ialah ahli-ahli Kelab Umno. Pada satu ketika dia menggelar Khairy 'ASET NEGARA'..

2) Rafizi berharap Khairy akan menjadi Menteri Dalam Negeri dan kemudian mengusik beliau mengenai kemungkinan menjadi Menteri Pelajaran untuk membantu menekan pelbagai pembaharuan yang beliau sebutkan..

Haa... Kan kita dah SEBUT dari AWAL lagi bahawa perDEBATan ini sebenarnya antara 'PengHANTAR PASSPORT Penasihat PKR' dengan 'TOKOH LEMBU yang diGILAP oleh Penasihat PKR'? Kenapa 'TOKOH LEMBU' tak PUJI tentang amalan POLITIK WANG 'BOSS' Pemuda UMNO tuh? TIDAK ada BEZA antara mereka berDUA kerana sebenarnya mereka sudah SEPAKAT sejak lama dulu.. UMNO/BN aje yang BUTA!

Kita PERCAYA apa yang berlaku di London ini TIDAK diketahui pun oleh keBANYAKkan PEMIMPIN UMNO.. Kita jugak meRASAkan 'Ah-JIB-NGOK'..... Eh! SILAP! 'Ah-JIB-GOR' pun tak ambil PEDULI apa yang berlaku.. Mungkin meLAYAN FACEBOOK 'Ah-JIB-GOR'nya untuk menDAPATkan SOKONGan kaum yang TIDAK akan menyokongnya itu lebih PENTING? Mungkin meLAYAN segala macam KOMEN kaum tersebut tentang ANGPAU putih PERKASA itu lebih MUSTAHAK? Biarlah UMNO/BN diRODOK depan-belakang oleh MUSUH pun, tak de apa tu..

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

Sdra Sdra TSCAA

Saya setuju sokong dan puji kesemua ulasan anda di artikel ini.
Ta ada apa nak di tambah.
Right on the nose.
Hit the spot.
Terima kasih daun keladi.
arjuna waspada
changkat lobak.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Terima KASIH En. Arjuna Waspada..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS