DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, February 04, 2012

Lebai-Lebai PAS patut ANJURkan sambutan Hari MAULUD 'SPECIAL' untuk Pok Nik sahaja!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apabila USIA semakin meningkat, orang yang di'TITLE'kan sebagai ULAMA sekalipun tak dapat lari daripada MERAPU! Apabila mereka yang di'TITLE'kan sebagai ULAMA merasa diri lebih MULIA daripada Rasulullah SAW, itu TANDA ajaran Rasulullah SAW semakin diPINGGIRkan demi mengejar keKUASAan POLITIK.. Hakikatnya, Rasulullah SAW sendiri TIDAK pernah memperGUNAkan agama ISLAM untuk mengejar keKUASAan POLITIK.. Apatah lagi mengejar KUASA POLITIK yang menyebabkan pemegang KUASA itu makan GAJI BUTA!

Sebelum ini umat ISLAM di NEGARA ini pernah diGEMPARkan dengan kisah seorang Lebai PAS dikenali sebagai 'Ustaz BUDAK' mengatakan Pok Nik 'ALAIHISSALAM' sebagai Nabi kerana terlebih TAKSUB dengan ISTILAH 'ULAMA peWARIS Nabi'.. Ini dah kira macam SESAT jugaklah nih..



DiFAHAMkan Pok Nik 'ALAIHISSALAM' pun ENGGAN mengIKTIRAF 'TITLE' Nabi seperti yang diguna-pakai oleh 'Ustaz BUDAK tersebut.. Namun, kalau kita selalu tengok PERANGAI Pok Nik nih, RASAnya dia sangat 'GUMBIRA' apabila di'TITLE'kan sedemikian rupa.. Cuma mungkin dia tak nak TUNJUK ke'GUMBIRA'annya tuh TAKUT habis Lebai PAS termasuk dia sekali hilang UNDI masa PRU-13 nanti.. Karang meLEPAS lah pulak dia nak makan GAJI BUTA untuk tempoh 5 TAHUN lagi.. Maka, ke'GUMBIRA'annya tak dapat diZAHIRkan..

Kali ini, Pok Nik 'ALAIHISSALAM' telah memPERLEKEHkan umat ISLAM yang menyambut MAULIDURRASUL.. Pok Nik telah menyamakan umat ISLAM yang menyambut MAULIDURRASUL dengan umat KRISTIAN menyambut keLAHIRan JESUS (Hari KRISMAS).. Menurut Pok Nik, KONONnya ini berlaku kerana umat ISLAM zaman Perang SALIB tidak mahu KALAH dari segi SAMBUTAN dengan umat KRISTIAN yang menyambut keLAHIRan JESUS.. BENGONG ke apa dia ni? Ini NAMPAKnya macam dia dah 'DENGKI' sangat dengan Rasulllah SAW nih?



Takkanlah dengan Rasulullah SAW pun Pok Nik nak 'DENGKI'? Biar betul? SALAHkah umat ISLAM meMULIAkan Hari MAULIDURRASUL? Apakah Pok Nik INGAT umat ISLAM menyambut MAULIDURRASUL dengan MENARI, berPESTA atau ber'YAM SENG' macam sekutu Lebai-Lebai PAS iaitu DAP La'anatullah? Malah, entah dari mana Pok Nik KUTIP fakta yang mengatakan KONONnya umat ISLAM menyambut MAULIDURRASUL pasal tak mahu KALAH dengan umat KRISTIAN semasa Perang SALIB? Apa kata Pok Nik rujuk FAKTA di sini.. ->KLIK<-

Agaknya Allah SWT pun nak TUNJUKkan betapa KEJInya orang TUA nih kerana terlampau memPOLITIKkan agama ISLAM? Sebab itulah kita dapat SAKSIkan dalam KLIP YOUTUBE tersebut bagaimana Pok Nik 'ALAHISSALAM' tak MALU memPERLEKEHkan umat ISLAM yang menyambut MAULIDURRASUL seluruh DUNIA.. Atau pun mungkin Pok Nik dah ada SAYAP untuk terbang NAIK ke LANGIT mendapatkan WAHYU? Kot mana sekali pun kenyataan Pok Nik dalam KLIP YOUTUBE tersebut adalah MERAPU.. Agaknya KEMPUNAN nak jadi Nabi kot?

Bagaimana agaknya pemahaman Lebai-Lebai PAS terhadap kenyataan Pok Nik 'ALAIHISSALAM' ini? Bagaimana pulak dengan RESPON para ULAMA seluruh DUNIA terhadap kenyataan Pok Nik ini? Apa kata kalau kenyataan Pok Nik ini di'ALIH-BAHASA'kan di dalam YOUTUBE supaya seluruh umat ISLAM dapat MENILAI tahap pemikiran Pok Nik sebegini? Mungkin akan ada pihak yang akan meWARTAkan Pok Nik nih macam Salman Rushdie yang mengarang BUKU 'The SATANIC Verses'? Main SEDAP dia aje memPERLEKEHkan agama ISLAM?

Kita tak HAIRAN pun kalau Lebai-Lebai PAS cuba memutar-belitkan untuk memBENARkan apa yang Pok Nik 'ALAIIHISSALAM' nih MERAPU.. Untuk itu, apa kata diCADANGkan agar Lebai-Lebai PAS mengANJURkan satu lagi sambutan MAULUD 'SPECIAL' untuk Pok Nik? TerPULANGlah kepada Lebai-Lebai PAS bagaimana nak meRAIkan sambutan tersebut.. Nak berGULING atas jalan raya ke, nak berSELAWAT untuk Pok Nik ke, nak bagi KEK 'BIRTHDAY' ke atau apa sahaja agar sambutan tersebut lebih MERIAH daripada sambutan MAULIDURRASUL setiap tahun.. Nak kasi 'PUBLIC Holiday' untuk semua Lebai-Lebai PAS pun boleh!

Sebagai INGATan untuk semua,

"Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya." - Sahih Muslim. Juga terdapat dalam riwayat Bukhari, Ibnu Majah, Nasa’i, Ahmad, al-Darimi.

Selain itu, Al QURAN juga menyebutkan,

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." - (Surah AL AHZAB : Ayat 21)

Di manakah OTAK Pok Nik 'ALAIHISSALAM' sebagai umat ISLAM untuk mengatakan menyambut MAULIDURRASUL menyamai umat KRISTIAN menyambut Hari KRISMAS?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS