DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, February 20, 2012

Kau PECAHkan CERMIN kereta aku, aku PECAHkan kau punya pulak - PRU-13 nanti kita pakat PERANG Saudara!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Jika anda meRASAkan PRU-13 akan berlangsung dalam suasana AMAN dan TENANG, anda SILAP.. Malah lebih elok jika kita KATAkan bahawa sudah ada perCATURan yang berpunca dari kuasa ASING untuk menJADIkan suasana PRU-13 kita sama tahap seperti di Pakistan, Iraq atau Afghanistan.. Orang POLITIK kita sudah TIDAK lagi berPOLITIK dengan FAKTA atau LOGIK.. Sebaliknya RAMAI yang sudah berPOLITIK mengikut hawa NAFSU untuk mengHANCURkan NEGARA jika mereka TIDAK puas HATI dengan keputusan PRU-13 nanti..

Kenapa kita KATAkan demikian? Hari ini kita diHIDANGkan dengan DRAMA pecah CERMIN kereta semasa CERAMAH Penasihat PKR di Sembrong.. ->KLIK<-

DiFAHAMkan KONONnya ada ADEGAN baling-membaling semasa dia berCERAMAH di sana.. Malah, ada pulak BALACI PKR di Sembrong pantas menuding JARI kepada UMNO di samping seperti biasa menuduh KONONnya POLIS hanya meLIHAT tanpa mengambil apa-apa TINDAKAN.. Kita PERCAYA PKR memang biasa berBOHONG.. Jadik, perkara KECIL pun pastinya diperBESARkan tambah pulak bila bab nak memBURUKkan MUSUH mereka..

Baiklah, bagaimana pulak dengan keJADIan pecah CERMIN kereta semasa majlis perJUMPAan bersama Timbalan Pengerusi BN Selangor, DS Noh Omar dan mesyuarat JENTERA PRU-13 di Kelana Jaya? ->KLIK<-

Adakah ini pun diLAKUkan oleh puak yang SAMA seperti yang diTUDUH oleh PKR di Sembrong? Wuii.. Takkan begitu CEPAT mereka berGERAK ke Selangor semata-mata untuk PECAHkan CERMIN kereta? Atau pun bolehkah UMNO menuduh pulak ini diLAKUkan oleh puak-puak PKR yang sememangnya kita TAHU memang TAIK SAMSENG? Namun demikian, RESPON mereka yang diPECAHkan CERMIN keretanya di Kelana Jaya TIDAK pulak menuduh seSIAPA macam PKR sebaliknya menyerahkan kepada POLIS untuk membuat SIASATAN?

Kita PERCAYA dua kejadian di atas adalah kejadian berASINGan tetapi saling berKAIT akibat keBENCIan antara satu sama lain.. PKR seperti yang kita TAHU amat memBENCIkan UMNO.. UMNO pulak walaupun sebenarnya memBENCIkan PKR tetapi TIDAKlah menunjukkan keAGRESIFan mereka.. Malah, kejadian di Sembrong sebenarnya memBUKTIkan bahawa Penasihat PKR TIDAK diSUKAi oleh RAKYAT kerana mereka menunjukkan PERASAAN secara berDEPAN.. Sedangkan di kejadian di Kelana Jaya UMPAMA lempar BATU sembunyi TANGAN!

Apa pun, ini BUKANlah BUDAYA POLITIK yang SIHAT atau MATANG.. Ini adalah BIBIT-BIBIT perSENGKETAan yang SENGAJA diTIMBULkan untuk menCETUSkan HURU-HARA pada PRU-13 nanti.. Dengan kata lain, PRU-13 bukan lagi MEDAN untuk memBUKTIkan siapa paling LAYAK untuk berKHIDMAT kepada RAKYAT, sebaliknya bakal menjadi MEDAN PERANG saudara jika kejadian sebegini TIDAK diBENDUNG dari sekarang.. Kita berHARAP agar pihak peRISIKan segera mengambil LANGKAH seWAJARnya agar PRU-13 nanti TIDAK menjadi TERUK..

Pihak yang menJANGKAkan parti mereka akan KALAH akan cuba memBUAT keKACAUan seperti apa yang terjadi di Pakistan atau Iraq dengan BANTUAN pihak ASING.. Bukankah ini 'TREND' yang cuba diLAKUkan KONONnya diNAMAkan sebagai 'SPRING'? Pihak ASING yang diMAKSUDkan berANGGAPan KONONnya RAKYAT di NEGARA ini terlampau BODOH seperti di NEGARA-NEGARA Arab.. Malah, keadaan ini akan cuba 'diHALALkan' KONONnya atas nama HAK ASASI Manusia! Apakah kita RELA NEGARA kita menjadi begitu?

- Apakah terlampau SUKAR untuk pihak berKUASA mengesan dan berTINDAK terhadap AGENDA KOTOR pihak-pihak ASING yang berSUMBERkan ZIONIS Neo-CON atau Yahudi KAI-FENG ini?

- Apakah kita sebagai RAKYAT meRELAkan NEGARA ini diHANCURkan sedemikian rupa semata-mata untuk mengHALALkan penZINA dan penJUBOR berKUASA KONONnya atas nama HAK ASASI Manusia?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS