DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, June 03, 2012

MANTAN MB SASAU kata "KeJATUHan PAS di semua PERINGKAT!", Lebai-Lebai DUNGU PAS pakat berTAKBIR..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!
KAH!KAH!KAH!

Bukan KITA yang SEBUT.. Jugak bukan mana-mana juruBLOG pun yang SEBUT.. Ianya diSEBUT sendiri oleh MANTAN MB Perak yang SASAU nih.. Pada MULAnya kita sendiri ingat ini LAWAK di kalangan para juruBLOG pro UMNO/BN sahaja, RUPAnya memang benar-benar MANTAN MB Perak yang SASAU tuh berkata sedemikian.. Anda boleh LIHAT sendiri di dalam KLIP YOUTUBE ini pada 'TIMING' 0:11 hingga ke 0:16.. Punyala dia SYOK dok meMAKI HAMUN orang sampaikan Allah SWT TAKDIRkan ianya terBALIK ke MUKA sendiri? HE!HE!HE!



Yang MANTAN MB SASAU tuh sebut pun memang satu HAL.. Yang Lebai-Lebai DUNGU PAS dok dengar menyahutnya dengan TAKBIR pun satu HAL jugak? Si SASAU dok BODOHkan si DUNGU? Walaupun secara ZAHIRNya mungkin MANTAN MB SASAU nih nampak terSASUL, tetapi bagi umat ISLAM yang PERCAYAkan bahawa setiap perBUATan kita ini Allah SWT Maha MENGETAHUI, ini sebenarnya memBUKTIkan keKUASAan Allah SWT yang TIDAK mengIZINkan perKATAan sedemikian diLONTARkan terhadap UMNO dari MULUT MANTAN MB yang SASAU itu.. Almaklumlah, dia kan lebih AKRAB dengan KAFIR dalam DAP La'anatullah demi meMUSUHi sesama umat ISLAM?

Nampaknya kalau Pok Nik 'ALAIHISSALAM' dapat TERBANG ke LANGIT untuk putarkan MASA sekalipun NESCAYA apa yang diTAKDIRkan tetap TIDAK dapat diUBAH atas keHENDAK-NYA.. Lagi pun Pok Nik sendiri memPUNYAi REKOD terSASUL yang cukup HEBAT sejak dari ZAMAN TUN Dr. Mahathir lagi.. Walaupun TUN Dr. Mahathir bukanlah PEMIDATO yang HEBAT, beliau TIDAK pernah pun terSASUL seperti Pok Nik hingga mengatakan Allah SWT itu 'GEDEBE' atau SAMSENG diIKUTi Allah SWT menCARUT dan meMAKI HAMUN dalam AL-QURAN, Nabi SAW itu diSAMAkan dengan budak KAMPUNG biasa hinggalah kepada segala macam DOA SESATnya terhadap orang ISLAM sendiri..

Oh ye.. Berapa RAMAI agaknya Lebai-Lebai DUNGU PAS yang menyahut SERUAN daripada MANTAN MB SASAU ini dengan TAKBIR semalam? 10 ribu orang? 50 ribu orang? Perghh.. BERKAT tuh.. Lagi RAMAI, lagi CEPATlah PAS jadi HANCUR hingga ke semua PERINGKAT seperti yang diSEBUT dek MANTAN MB SASAU nih semalam.. PAS pun dah lama sangat dah dok SESATkan umat ISLAM.. Sudah sampai MASAnya PAS diGANTIkan atau diLENYAPkan kerana keMUNGKARan mereka di NEGARA ini.. Semakin lama PAS wujud di MUKA BUMI ini, semakin RAMAI umat yang diSESATkan seperti MANTAN MB SASAU nih dan Pok Nik..

IRONInya pulak, tatkala MANTAN MB SASAU nih membuat SERUAN untuk memBINASAkan PARTInya sendiri, hari ini YDP AGONG pulak mengINGATkan RAKYAT supaya lebih berhati-hati agar tidak MUDAH terpengaruh oleh PIHAK yang hanya keluar untuk menyebarkan PROPAGANDA mereka sendiri.. Dalam ucapan DIRAJA sempena kePUTERAan ke 84, Baginda berTITAH,

"Sekalipun atas nama politik atau apa-apa organisasi janganlah sehingga sanggup meletakkan ia melebihi kepentingan negara, hatta mengkucar-kacirkan keharmonian. Ini ternyata suatu perkembangan yang tidak sihat dan sewajibnya dielakkan," ->KLIK<-

YDP AGONG yang sebelum ini diHINA oleh MANTAN MB SASAU ini berhubung ISU pemBIDAan nombor PLET kenderaan telah membuat SERUAN ke arah perPADUan, berBEZA sama sekali dengan SERUAN perMUSUHan oleh Pok Nik, MANTAN MB SASAU ini dan Lebai-Lebai PAS yang seDUNGU dengan mereka.. Mungkin ini jugak PETANDA dari Allah SWT untuk menunjukkan keENGAKARan Lebai-Lebai DUNGU PAS ini yang berpaling dari semangat UKHUWAH ISLAM?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS