Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
Para Pembaca
HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
DOA KITA SEMUA
Monday, June 18, 2012
"Saya tak SOKONG pun KETUA Umum PKR, saya cuma TOLONG bawakan PASSPORT aje!" ~ YOU know WHO!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
NAMPAKnya di saat-saat akhir menjelang PRU-13 ini, suasana kePANASan sudah makin TERASA.. Suasana kePANASan ini bukan sahaja berlaku di pihak PR sahaja malah dalam UMNO/BN pun TIDAK kurang HEBATnya.. Apa sahaja diGUNAkan oleh para PEMIMPIN dalam UMNO untuk meLOBI atau sekurang-kurangnya memperLIHATkan diri mereka KONONnya LAYAK jadi CALON.. Bermacam cara diGUNAkan untuk menarik PERHATIAN sedangkan sebelum ini mereka BEBAS berMAHARAJALELA mengGUNAkan PLATFORM PARTI untuk menunjukkan betapa ANGKUHnya mereka apabila mendapat KUASA? PELIK tapi itulah REALITInya sekarang..
Antara PEMIMPIN yang menarik PERHATIAN kita dalam UMNO ialah 'BOSS' Pemuda UMNO ini.. Kenapa kita KATAkan sedemikian? Ya.. Semua MAKLUM bagaimana KISAH dia menjadi 'BOSS' Pemuda UMNO pada Pemilihan AGUNG UMNO (PAU) 2009.. Semua jugak MAKLUM bagaimana dia yang DAPAT penCALONan paling SEDIKIT di peringkat CAWANGAN dan BAHAGIAN tiba-tiba pulak MENANG secara 'AJAIB' di PWTC.. INGATkan Lebai-Lebai DUNGU PAS aje BODOH MATEMATIK, ahli-ahli UMNO pun 2X5! Semua jugak MAKLUM dan TIDAK mungkin meLUPAkan bagaimana dia diSABITkan dengan keSALAHan POLITIK WANG dalam PAU tetapi hanya diBERIkan AMARAN aje oleh Lembaga DISIPLIN UMNO!
Selepas MENANG walaupun diSABITkan dengan keSALAHan POLITIK WANG, apakah SUMBANGAN dia yang berKESAN terhadap PARTInya?
- Segala macam SLOGAN yang jelas MERAPU seperti 'PADE Doh' atau 'BN pilihan orang MUDA'?
- AKTIVITI Pemuda UMNO yang TIDAK berKESAN seperti program Jelajah One Malaysia (JOM) yang menyaksikan dia datang untuk KETUK sebatang dua PAKU?
- USAHA secara HALUS dan berterusan untuk meLOBI jawatan MENTERI dalam kabinet DS Najib?
- Menjadi MODEL sambilan untuk beberapa MAJALAH dan perTUNJUKkan FESYEN yang HARAM takde KAITAN dengan Pemuda UMNO?
- BerDEBAT di sana-sini untuk memberi RUANG kepada pihak LAWAN mengHINA sagala JASA UMNO?
Hari ini kita terSENYUM apabila 'BOSS' Pemuda UMNO mengeluarkan kenyataan KONONnya dia tak pernah SOKONG Penasihat PKR.. Err.. ADA ke seSIAPA kisah?
Kenapa agaknya tiba-tiba aje dia berKATA sedemikian? Sejak dia dapat JAWATAN Naib Ketua PEMUDA UMNO hingga jadik 'BOSS' Pemuda UMNO, kenapa sekarang dia baru nak KATA begitu? Anda NAMPAK tak "Something is smelling FISHY here?".. Rasanya semua MAKLUM bagaimana 'BOSS' Pemuda UMNO ini TIDAK diSENANGi oleh TUN Dr. Mahathir sebelum ini.. Dia TIDAK diSENANGi bukan kerana dia MENANTU PM ke-5 sebaliknya kerana IDEOLOGI yang dalam KEPALAnya itu hampir 100% menyerupai IDEOLOGI yang dibawa dek Penasihat PKR! Itulah IDEOLOGI yang sepatutnya diMUSUHi oleh UMNO!
Yang LUCUnya tuh, dalam dia dok KATA yang dia menyokong Penasihat PKR, dia jugak yang dok jadik pembawak PASSPORT kepada Penasihat PKR? Adakah dia pada MASA itu jadik Pegawai IMIGRESEN? Boleh anda TANYA dia? ->KLIK<-
Secara JUJURnya, UMNO hingga hari ini diPALITkan dengan TUDUHan RASUAH dan diMALUkan oleh puak-puak PR kerana masih mengekalkan dia sebagai 'BOSS' Pemuda UMNO.. Pernah tak UMNO diHINA sebegini pada ZAMAN 4 PM terDAHULU? Pernah tak dulu RASUAH diSINONIMkan dengan UMNO di hadapan RAKYAT macam sekarang? Anda LIHAT hari ini UMNO terGAGAP untuk menJAWAB apabila diSERGAH pasal RASUAH atau POLITIK WANG!
Wallahualam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA
KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?
Melayu dikhianati?
Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:
''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?
Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?
-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM
KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.
2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.
3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.
5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.
6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.
7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.
8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.
9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.
Ibrahim Ali
25 April 2009

No comments:
Post a Comment