DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, October 10, 2012

AIK? Takkanlah Dr. Harun DIN baru berKENALan dengan Penasihat PKR? MALU kot?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Datuk Dr. Haron DIN tak USAHlah berLAKON KONONnya baru mengenali Penasihat PKR.. Terlampau banyak BUKTI dan SAKSI yang akan mengatakan sebaliknya.. UMUM mengetahui Datuk Dr. Haron DIN mengenali Penasihat PKR itu semasa dia masih dalam UMNO lagi.. Datuk Dr. Haron DIN jugaklah antara 'BACK-UP' terbesar Penasihat PKR semasa REFORMASI 1998 dahulu.. Jadik, tak USAHlah berLAGAK seolah-olah baru mengenali Penasihat PKR ANAK-berANAK ini.. Datuk Dr. Haron DIN bersama-sama Datuk Hassan ALI dan Datuk Ismail KAMUS yang jugak terKENAL dengan 'TRIO' Forum PERDANA masuk pentas POLITIK kerana Penasihat PKR bukan?

Hari ini entah kenapa TIBA-TIBA aje Datuk Dr. Haron DIN tukar ANGIN dan diLIHAT memBELASAH pulak Penasihat PKR yang sebelum ini meRUPAkan 'GENG KAMCENG'nya.. SEMUAnya kerana TINDAKan Penasihat PKR itu meLANCARkan sebuah buku KARYA bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed AKBARr atau juga dikenali dengan nama M.J AKBAR di Lake Club Kuala Lumpur.. ->KLIK<-

Datuk Dr. Haron DIN diLIHAT 'KePANASan' kerana TINDAKan Penasihat PKR berCEMOLOT dengan orang seperti M.J AKBAR yang LIBERAL dan mengakui beliau ISLAM tetapi "Tidak semestinya sembahyang lima kali sehari,".. Dek kerana telalu 'KePANASan', Datuk Dr. Haron DIN yang jugak Timbalan Mursyidul AM PAS berkata,

"Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri. Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan. Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita," ->KLIK<-

Errr.. Mungkin diSEBABkan 'KePANASan' yang memBAHANG hingga ke OTAK, agaknya Timbalan Mursyidul AM PAS ini terLUPA bahawa orang yang diKATAnya itulah yang diJULANG dek Lebai-Lebai DUNGU PAS sebagai 'BOSS' Pakatan RAKYAT (PR).. SEMUA maklum betapa TAKSUBnya Lebai-Lebai DUNGU PAS terhadap Penasihat PKR yang diLABELkan sebagai 'ANUGERAH Tuhan' ini..

Kita TIDAK seperti sesetengah PIHAK yang mengANGGAP KONONnya Datuk Dr. Haron DIN ini sudah 'SEDAR' atau sebagainya terhadap PERILAKU Penasihat PKR.. Pada kita, sudah terLAMBAT untuk orang seperti Datuk Dr. Haron DIN ini diKATAkan 'SEDAR' atau 'INSAF'.. Sejak TAHUN 1998 lagi dia berCEMOLOT dengan orang seperti Penasihat PKR ini dalam POLITIK.. Apakah dalam TEMPOH yang sebegitu LAMA, dia BUTA ke tak NAMPAK REALITI siapa sebenarnya Penasihat PKR ini? Apakah dia tak NAMPAK pegangan LIBERAL dan PLURALISME berTERASkan ZIONIS Neo-CON Penasihat PKR yang diBANTAH HEBAT oleh para ULAMA di NEGARA ini?

Agaknya apakah SEBABnya Allah SWT mengKABURkan pemandangan Datuk Dr. Haron DIN yang diKATAkan mampu melihat unsur-unsur 'SUPERNATURAL' dalam perUBATan ISLAM? HAKIKATnya, walaupun mampu melihat unsur-unsur seBEGINI, dia masih GAGAL membuka HIJAB untuk meLIHAT PERANGAI sebenar Penasihat PKR baik dari segi ZAHIR mahu pun dari segi BATINIAH.. Sebaliknya, RAMAI para PEMIMPIN UMNO/BN seperti TUN Dr. Mahathir yang diLABELkan berMACAM-MACAM gelaran BURUK pulak mampu melihat segala PERANGAI BURUK Penasihat PKR ini.. Mungkin inilah satu bentuk perUMPAMAan yang Allah SWT mahu perlihatkan kot?

Terlalu AWAL untuk mengatakan Timbalan Mursyidul AM PAS ini bakal menerima NASIB seperti Datuk Hassan ALI atau pun seperti INDIVIDU dalam RAKAMan ini..


Apa pun, sebagai orang yang ALIM dan diHORMATi kerana ilmu AGAMAnya, Datuk Dr. Harun DIN masih memPUNYAi BANYAK PILIHan untuk memperBETULkan keadaan.. Itu pun berGANTUNG samada dia nak BUAT atau TIDAK.. Almaklumlah, ZAMAN sekarang ni keTAKUTan kepada keHILANGan KUASA lebih meNGERIkan pada Lebai-Lebai DUNGU PAS berBANDING keTAKUTan kerana GAGAL memperTAHANkan AKIDAH AGAMA ISLAM.. Tak HERANlah mereka lebih SEKULAR, PLURALisme dan LIBERAL la ni..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS