DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, October 25, 2012

TerCEMARnya AIDILADHA kerana perGESERan sesama golongan ULAMA akibat FAHAMan POLITIK..



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

PERNAH tak anda terDENGAR paderi berBALAH sesama paderi berHUBUNG FAHAMan POLITIK di NEGARA ini? Rasanya begitu jugaklah dengan sami Buddha, Hindu atau apa AGAMA sekali pun! Yang selalu dok berBALAH pasal POLITIK hingga sampai tahap mengKAFIRkan sesama saudara seAGAMA di NEGARA ini cumalah mereka yang berGELAR para ULAMA ISLAM.. Mungkin keterlaluan tetapi itulah REALITI yang WUJUD pada hari ini.. Agaknya kalau tak berBALAH pasal POLITIK, memang mereka TIDAK layak berGELAR ULAMA? REALITInya hampir tiada ULAMA yang ada dalam NEGARA ini pada HARI ini yang tak diKAITkan dengan POLITIK! 

Kita percaya RAMAI yang KECEWA dengan perBALAHan antara dua orang ULAMA seperti yang diNYATAkan dalam portal Agendadaily ini.. ->KLIK<-

Mereka ini KECEWA kerana kedua-dua ULAMA ini berBALAH hanya kerana SOAL hukum-hakam POLITIK! Bukan kerana perMASALAHan umat ISLAM atau pun kerana CABARan yang diHADAPi umat ISLAM pada hari ini.. Alangkah ELOKnya kalau pakat-pakat berMUHASABAH? Terus-terang KATAlah, TIDAK perlu pun untuk mereka ini memakai 'TITLE' ULAMA atau MUFTI atau sebagainya jika cuma TAHU meLABELkan orang lain melalui FAHAMan POLITIK! Lebai-Lebai DUNGU PAS yang tak SEKOLAH tu pun dah LAMA dah buat begitu!

Bukan SEMUA orang LAYAK diPANGGIL ULAMA.. Melainkan jika anda seDUNGU Lebai-Lebai PAS.. Dalam PAS, sesiapa sahaja LAYAK berGELAR ULAMA walaupun pernah diTANGKAP berKHALWAT dengan bini orang atau pun belajar setakat SRP aje.. Malah, PAS telah meLETAKkan KASTA sebegitu TINGGI terhadap seorang TUA yang belajar agama ISLAM di Deoband, India hinggakan apa sahaja yang diUCAPkan olehnya dianggap FATWA meLEBIHi segala macam HADIS Rasulullah SAW.. Kalau orang TUA tuh kata seorang 'PenJUBOR' dan penZINA itu sebagai 'Manusia ANUGERAH Tuhan', SEMUA pakat ANGGUK aje..

Dalam KONTEKS yang diNYATAkan, jika ada ULAMA yang TIDAK berPOLITIK atau mengaitkan segala macam perkara dalam agamanya dengan POLITIK, dia akan diSISIHkan.. Itu sudah menjadi semacam 'SIFIR' atau 'FORMULA' kerana RAMAI di kalangan umat ISLAM sendiri meLETAKkan atau mengakui secara TIDAK langsung bahawa FAHAMan SESAT PAS sebagai 'STANDARD' kepada ajaran ISLAM.. Walhal, ISLAM telah WUJUD lebih LAMA berbanding PAS dan 1.5 bilion umat ISLAM di serata DUNIA bukanlah 'PENGANUT' ajaran PAS? Jelas sekali WUJUDnya keFAHAMan sebegini berPUNCA sikap ULAMA ISLAM sendiri..

PUNCAnya kerana RAMAI di kalangan ibu bapa pada HARI ini yang HANYUT dalam arus perMODENan GAGAL menDIDIK perkara ASAS dalam ISLAM terhadap anak-anak mereka.. Bukannya BANYAK mana pun.. Bermula dengan Rukun ISLAM dan Rukun IMAN sahaja.. BerPUNCA daripada keGAGALan inilah menyebabkan anak-anak mereka menJADI 'LOST' apabila DEWASA untuk menCARI pegangan HIDUP.. Masa tuh pulak jika terJUMPA dengan Lebai-Lebai DUNGU PAS, terus diSESATkan sebegitu MUDAH.. TIDAK ada ULAMA yang mampu memulihkan mereka kerana TIDAK mematuhi 'STANDARD' dalam PAS..

Apabila UMNO jugak meWUJUDkan kelompok ULAMA mereka, ianya jelas menimbulkan keGELISAHan terhadap Lebai-Lebai DUNGU PAS.. Malah kelompok ULAMA UMNO ini jugak meRESAHkan golongan ULAMA yang KONON-KONONnya mahu memperLIHATkan mereka ini NEUTRAL tetapi mudah meLATAH lalu mengaitkan pulak dengan POLITIK.. Walaupun kenyataan berSIFAT UMUM sekalipun ianya tetap diLABELkan sebagai kenyataan POLITIK.. Inilah MALANGnya kelompok ULAMA UMNO ini.. PerJUANGan mereka ini MURNI tetapi dipandang secara PREJUDIS oleh golongan ULAMA yang berLAGAK NEUTRAL..

Yang PELIKnya tuh, golongan ULAMA yang berLAGAK NEUTRAL ini TIDAK pulak MALU kerana keGAGALan mereka mengHALANG umat ISLAM berPECAH disebabkan FAHAMan POLITIK? Mereka ini semacam ingin dilihat INTELEK kerana keTINGGIan ILMU PhD mereka tetapi GAGAL meMANFAATkan ILMU tersebut ke arah penyatuan UMMAH? Sebaliknya, mereka seakan GEMBIRA kerana dapat berLAGAK macam pemain CATUR yang menCATURkan perMAINan! Adakah mereka BANGGA ketika umat ISLAM meRAIkan keDATANGann AIDILADHA ini mereka yang KONONnya berLAGAK NEUTRAL ini cuba menCEMARinya dengan TUDUH-menuduh seSAMA saudara seAGAMA? Pupuklah semangat UKHUWAH di HARI AIDILADHA ini..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS