DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, October 16, 2012

Hasil Dinar EMAS untuk BAJET negeri tiada, ganti pulak WANG atas ANGIN KONONnya dari hasil MINYAK?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sudah sekian LAMA REJIM Pok Nik 'ALAIHISSALAM' memBENTANGkan BAJET DEFISIT untuk NEGERI Kelantan.. Pada kitalah, ini boleh diAGAK kerana sudah berPULUH TAHUN Pok Nik memang GAGAL untuk memBANGUN bersama ISLAM seperti SLOGANnya selama ini.. Apa yang mampu Pok Nik terus LAKUkan hanyalah berLAKON ZUHUD sambil menyalahkan Kerajaan PUSAT walaupun entah berapa BILION RM peruntukan Kerajaan PUSAT telah pun diSALURkan ke Kelantan.. Inilah PENIPUan terBESAR dalam SEJARAH NEGARA oleh sebuah kerajaan NEGERI yang memerintah..

TIDAK cukup pulak dengan PENIPUan sedemikian oleh REJIM Pok Nik, sudah berapa kali RAKYAT Kelantan diperLIHATkan dengan PROJEK-PROJEK berbentuk ILUSI semata-mata oleh seorang EXCO Pok Nik yang dikeTAHUi UMUM berKIBLATkan Penasihat PKR.. Sejak PROJEK Pelabuhan DARAT Kuala Krai, Bandar TUNJONG, Pelabuhan Tok BALI, Jambatan PALEKBANG hinggalah yang terBARU lebuhraya RAKYAT, SEMUAnya GAGAL disempurnakan oleh EXCO itu sebaliknya dia berTERUSan pulak meROMPAK RAKYAT Kelantan dengan SKIM Dinar EMAS dan DERMA KONONnya untuk BINA Lebuhraya RAKYAT dari Kuala Krai ke Kota Bharu..

Hari ini EXCO terbabit sekali lagi diLIHAT cuba meMANIPULASIkan FAKTA untuk  mengelirukan RAKYAT Kelantan dengan menambahkan ANGKA yang TIDAK dipastikan keSAHIHannya semasa pemBENTANGan BAJET NEGERI 2013.. Demi TIDAK mahu memperLIHATkan BAJET tersebut DEFISIT, EXCO tersebut telah menambahkan 'WANG atas ANGIN' yang KONONnya dari HASIL minyak.. ->KLIK<-

EXCO ini cuba buat 'TRICK' selepas SKANDAL Dinar EMAS yang GAGAL diJAWABnya sebelum ini.. PELIKnya kenapa pulak penDAPATan SKIM Dinar EMAS yang KONONnya di bawah SELIAan kerajaan NEGERI TIDAK diMASUKkan dalam BAJET? ->KLIK<-

Atau sememangnya ini satu lagi HELAH EXCO terbabit yang cuba menutup PENIPUannya dengan menCIPTA satu lagi bentuk PENIPUan terhadap RAKYAT? JuruBLOG Kickdafella telah menDEDAHkan PENIPUan EXCO itu secara terperinci tentang bagaimana dia cuba meMASUKkan 'WANG atas ANGIN' ke dalam BAJET Kerajaan NEGERI 2013. Sedangkan belum ada sebarang perSETUJUan atau pun keputusan MAHKAMAH berHUBUNG perTIKAIan yang wujud sebelum ini.. Menurutnya,

"Ini bertujuan melonjakkan lagi harapan kerajaan dan rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak mereka serta meletakkan tiang pacak bahawa Kelantan berhak terhadap pengeluaran gas khususnya di Telaga Kamelia yang memulakan pengeluaran Mac 2013," ->KLIK<-

PerSOALannya, jika tiada lagi KEPUTUSAN berHUBUNG perkara ini bolehkah EXCO tersebut sewenang-wenangnya meMASUKkan 'WANG atas ANGIN' ke dalam BAJET sebuah Kerajaan NEGERI? Kerajaan PUSAT patut segera menyiasat kerana jika ianya TIDAK wujud, Kerajaan PUSAT dan PETRONAS yang akan menJADI sasaran keMARAHan RAKYAT Kelantan bukannya EXCO ini yang telah MENIPU RAKYAT Kelantan dan Lebai-Lebai DUNGU PAS berkali-kali!

Jadik, kot mana EXCO terbabit menDAKWA boleh mendapat 'WANG atas ANGIN' untuk diMASUKkan ke dalam BAJET Kerajaan NEGERI tanpa IHSAN Kerajaan PUSAT? TIDAKkah ini satu lagi bentuk PENIPUan teRANCANG selepas SKANDAL Dinar EMAS? Kelantan seperti mana NEGERI-NEGERI lain dalam Malaysia TIDAK wujud secara sendirian.. TIDAK ada garis SEMPADAN mengikut UNCLOS untuk setiap NEGERI dalam Malaysia.. Ini diperJELASkan lagi oleh Tengku Razaleigh HAMZAH yang terlibat dalam pemBENTUKan PETRONAS dan penyerahan hak minyak kepadanya..


Kita terFIKIR jugak kenapa begitu DANGKAL sekali OTAK JAHANAM EXCO ini? Kalau nak diKIRAkan, sejak pemBENTUKan sebuah NEGARA bernama Malaysia, setiap NEGERI telah menyumbang kepada NEGARA dalam bermacam CARA.. Inilah RUKUN untuk sebuah NEGARA seperti Malaysia.. Apa akan jadi jika Perak menuntut ROYALTI untuk bijih TIMAH yang dikeluarkan selama ini dan Kedah pulak menuntut ROYALTI untuk BERAS? Jika ini berlaku, apakah kita sebagai RAKYAT Melaysia boleh hidup RUKUN damai dalam sebuah NEGARA lagi? Inilah pemikiran JAHAT EXCO tersebut yang wajar diPERANGi habis-habisan oleh RAKYAT di NEGARA ini..

Wallahualam.. 

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS