ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Tersebutlah KISAH sebuah HIKAYAT;
KISAH seKUMPULAN LANUN nan ELIT;
BerLAGAK bukan MAIN depan RAKYAT;
Walhal HIDUP mereka penuh putar BELIT..
HIKAYAT berMULA di zaman PM terDAHULU;
Dek KEMARUK sangat nak berMENANTU;
Tak 'CHECK' habis-habis tak pilih BULU;
Anak dara makin TUA takut tak LAKU..
MENANTU dari OXFORD tempat BIJAK pandai;
Nak BISNES sendiri tak reti bukak KEDAI;
Sebab tu gamaknya SEMUA nak diGADAI;
Tak mahu diLIHAT dirinya bukan KELDAI..
MENANTU datang bersama pemBANTU;
KONONnya di tingkat 4 banyak HANTU;
MERTUA ikut saja kerana OTAK kematu;
Lagipun SAYANGkan MENANTU yang SATU..
RAKAN si MERTUA dah kasi 'WARNING'
RAKYAT dah MELUAT makin buat BISING;
Jangan biarkan ahli PARTI jadi PENING;
Takut nanti RAMAI yang MELENTING..
MENANTU berMAHARAJALELA tak ingat DUNIA;
PERASAN segala-gala dia yang PUNYA;
Tingkat 4 dah jadik macam SARANG BUAYA;
Kalau tak reti 'HULOQ' memang NAYA..
Nak GABUNG Utusan dengan Berita HARIAN;
KELENTONG katanya nak luaskan PASARAN;
Rupanya terSEDIA dipasangkan UMPAN;
Nak balun KOMISEN perlahan-lahan..
Lepas tu KATAnya nak BINA LCCT baru;
Tempatnya tak jauh di pekan Labu;
Nasib baik diBANTAH PM terdahulu;
Nyaris keRUGIan kerana bertindak MELULU..
IJN pulak nak diSWASTAkan mereka;
Dikatakan RAMAI petugasnya yang SUKA;
Syukurlah RAMAI bantah secara terBUKA;
GERAMnya mereka sampai bermasam MUKA..
SAHAM GLC diJUAL kepada Temasek;
KONONnya keUNTUNGan sudah diRISIK;
RAKYAT memBANTAH diBELInya BALIK;
Harga BELI lagi MAHAL RAKYAT pun PELIK..
Jambatan BENGKOK tiba-tiba BATAL;
KONONnya dikatakan KOSnya MAHAL;
RAKYAT Johor SEMUA jadik muka TEBAL;
MENANTU yang SIAL MERTUA pulak BEBAL!
'Double TRACK' pulak dikatakan memBAZIR;
DiTOHMAHnya kata RAKYAT makan PASIR;
KOS sedia ada jadik HANYUT macam AIR;
MENANTU meRAYU lalu MERTUA pun CAIR..
Tingkat 4 dah RAMAI sangat LANUN;
RAKYAT dah mula merasa GERUN;
BANYAK organisasi dah tak terSUSUN;
KeROSAKkan yang berlaku dah tak larat PULUN..
PRU-12 akhirnya datang menJELMA;
RAKYAT merasa sangat dalam DILEMA;
PERKARA begini tak boleh dibiar LAMA;
Nak tak nak RAKYAT kena bagi buku LIMA!
PRU-12 akhirnya 5 NEGERI dah KALAH;
SEMUAnya pakat tak mengaku berSALAH;
MENANTU dan MERTUA saling berBALAH;
NAMA 'GLAMOUR' Pak Lah dan jadik Pak 'LELAH'..
MENANTU masih tak putus ASA;
Rakan LANUNnya pulak masih gila KUASA;
Pemilihan PARTI nak tunjuk diri PERKASA;
Walaupun diTOLAK hampir seluruh NEGARA..
Rakan LANUN pakat tabur FULUS;
Dengan NIAT nakkan MENANTU LULUS;
Tak KISAH langsung PARTInya nak PUPUS;
Berkat FULUS akhirnya MENANTU tidak LUPUS..
Malangnya MERTUA terpaksa diPENCENkan;
MENANTU pulak tak de JAWATAN dalam kerajaan;
LANUN dah GELABAH memBERONTAK sakan;
SEMUAnya berLAKON demi menjaga kePENTINGan..
MENANTU diBENCI seluruh NEGARA;
Tapi PERASAN dirinya masih diPUJA;
LANUN masuk GLC buat HURU-HARA;
KONONnya SOKONG Kerajaan tapi berpura-pura!
Dari GLC ke GLC lain LANUN mengacau;
SEMUAnya dia nak BOLOT dan CEKAU;
AKIBATnya GLC jadik kacau-BILAU;
SERONOK sungguh MENANTU yang memantau..
Dalam KFCH pulak LANUN lepas GERAM;
Bukan kerana AYAM tapi kerana DENDAM;
HASAD dengkinya TIDAK mudah PADAM;
Selagi PM TIDAK jadi dia punya KHADAM!
Ini SEMUAnya kerana UMNO tak CERDIK;
Main angkat PEMIMPIN tak disenarai PENDEK;
PEMIMPIN Pemuda UMNO SEMUAnya LEMBEK;
Kerana POLITIK WANG RAMAI yang jadi 'PUNDEK'!
Wallahualam..