DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, August 17, 2013

Kena sediakan Air KETUM atau GAM untuk diHIDU kasi 'LALOK' dulu BARU boleh TEGUR Kerajaan PAS Kelantan,,


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Minggu lepas semasa kita SEMUA menyambut HARI RAYA, tersebar di MEDIA tentang KISAH Prof. Agus YUSOFF seorang pengANALISIS POLITIK.. Dia telah mengeluarkan kenyataan pasal Kerajaan PAS Kelantan masih GAGAL untuk memBANGUNkan 2 PROJEK MEGA yang diJANJIkan pada PRU-13 lalu.. Malah, masih TIDAK ada pun 'BLUE-Print' untuk PROJEK-PROJEK tersebut.. ->KLIK<-


TerTANYA-TANYA jugak kita apakah Prof. Agus terSANGKUT dalam JEM selama 10 JAM di antara Gua Musang ke Machang semasa pulang berHARI RAYA di Kelantan? Jika BENAR, patutlah kenyataan sedemikian dikeluarkan olehnya..

Apa pun, kenyataan Prof. Agus bukanlah sesuatu yang mengejutkan untuk RAKYAT Kelantan.. Malah, kenyataan Prof. Agus itu telah pun dibalas secara SINIS oleh Timbalan MB Kelantan, DATUK Nik Amar Nik Abdullah seperti ini,

"Dalam 100 hari nak bina bangunan pun takkan boleh siap. Sekarang ini apabila dia kata begitu saya persoalkan balik apa yang dia mahu kerajaan negeri buat dalam masa 100 hari, dia tidak bolehlah tuduh sebarangan," ->KLIK<-


HE!HE!HE! JAWAPAN oleh ahli POLITIK memanglah sambil LEWA dan selalunya menyakitkan HATI.. Nak tak nak, Prof. Agus kenalah 'TELAN' aje KATA-KATA sedemikian.. Namun begitu, kita terTANYA-TANYA jugak kenapa pulak Prof. Agus begitu 'CONCERN' tentang PROJEK-PROJEK sebegini? Sedangkan, ini bukanlah kali PERTAMA PROJEK 'Tak JEJAK BUMI' sebegini diILHAMkan mereka?

Kita rasa PELIK kerana ini bukanlah perkara BARU pun dalam penTADBIRan Kerajaan PAS Kelantan sejak TAHUN 1990 lagi.. Takkanlah Prof. Agus BARU TAHU? Sudah tentu sukar untuk kePIMPINan BARU Kelantan mengUBAH apa yang diAMALkan oleh penTADBIRan Pok Nik 'ALAIHISSALAM' dalam MASA 100 HARI.. Sedangkan DS Najib sendiri GAGAL memBERSIHkan Kerajaan UMNO/BN yang telah diROSAKkan oleh REJIM MERTUA-Menantu sebelum ini? Itu BARU 5 TAHUN REJIM MERTUA-Menantu memperKUDAkan Kerajaan UMNO/BN? Apatah lagi REJIM Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang lebih 2 DEKAD memperBODOHkan orang?

Malah, kita PERCAYA kalau diTAKDIRkan kePIMPINan Kelantan berALIH kepada UMNO/BN pada PRU-13 lalu, sudah tentu RAMAI di kalangan mereka jugak akan mengGELENG kepala tak TAHU nak buat apa.. Terlalu BANYAK PROJEK 'Tak JEJAK BUMI' atau 'KHAYALAN atas KERTAS' yang diCIPTA semacam HASIL KARYA oleh Tukang KARUT Dikir Barat atau pun Tok DALANG wayang KULIT..


Kita PERCAYA lebih SERONOK memBACA KISAH HIKAYAT Malim DEWA atau EPIK Ramayana daripada memBELEK semula segala 'BLUE-Print' PROJEK 'Tak JEJAK BUMI' semasa Pok Nik berMAHARAJALELA di BUMI Kelantan.. SYUKURlah, HARI ini Pok Nik hanya 'DiPUJA' untuk SESI 'BELAH MULUT' bayi BARU LAHIR aje! 

Kerajaan PAS Kelantan HARI ini berDEPAN DILEMA bukan sahaja untuk meMAJUkan NEGERI tersebut.. Kerajaan PAS Kelantan jugak kena berUSAHA untuk memulihkan 'MIND-Set' Lebai-Lebai DUNGU PAS di Kelantan yang masih TAKSUBkan KONONnya Pok Nik itu ada SAYAP mampu TERBANG ke LANGIT! Kiranya, macam 'MIND-Set' ala-ala PENAGIH DADAH yang tengah 'LALOK' la.. Sebab itulah RIBUan RAKYAT Kelantan beKERJA di luar NEGERI sendiri kerana telah diDAKYAHkan sedemikian RUPA oleh Lebai-Lebai DUNGU PAS sehingga ke beberapa GENERASI.. Nak PROJEK aje, Pok Nik akan bawa TURUN dari LANGIT!  


Dalam KONTEKS ini, Prof. Agus jugak sebenarnya boleh meMAINkan PERANAN.. Sebagai AHLI AKADEMIK yang tentunya berPIJAK di BUMI yang NYATA, Prof. Agus tentunya mampu menyedarkan RIBUan RAKYAT Kelantan bahawa Pok Nik itu hanyalah manusia biasa yang BERAK dan KENCING macam orang lain jugak! Oleh itu, sebarang PROJEK pemBANGUNan untuk RAKYAT Kelantan kenalah diUSAHAkan dengan KEDERAT dan TITIK peluh mereka sendiri sambil mereka  ISTIQAMAH.. Bukannya dengan mengHARAPkan orang TUA tuh TERBANG ke LANGIT! Kalau tak, sampai KIAMAT pun mereka dok KHAYAL macam tuh aje la!

Prof. Agus pun tentu TAHU bagaimana NEGARA-NEGARA Eropah Timur yang sebelum ini begitu MUNDUR kerana diPERINTAH oleh DIKTATOR masing-masing akhirnya BANGKIT dari keGELAPan.. Ini berlaku selepas para DIKTATOR itu diGULINGkan atau telah 'BerHIJRAH ke dalam TANAH'.. Itulah jugak SENARIO yang berlaku di Kelantan.. Cumanya, NAMPAK macam DIKTATOR silih berGANTI aje la.. PROJEK pemBANGUNan pun lebih tertumpu kepada KONDOMINIUM MEWAH aje..



Itu 'FLYER' PROJEK KONDOMINIUM yang boleh diPUNGUT di 'AIRPORT' Pengkalan Chepa.. Siap PROMOSI untuk 'Non-BUMI' lagi tuh.. NAMPAKnya, BUMIPUTRA Kelantan kena meREMPAT di NEGERI lain untuk dapatkan KEDIAMAN sebegini.. Yang TINGGAL di NEGERI sendiri pulak kena la dok dalam RUMAH ala-ala kandang KAMBING Jamnapari? 

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS