DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, August 07, 2013

Selepas BUKU pasal Pak Lah, 'AGEN Singapork' mana pulak akan menerbitkan BUKU pasal DS Najib selepas ini?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE! Jika ada seorang TOKOH yang TIDAK akan memBACA apa yang diTULIS tentang dirinya dalam sebuah BUKU, TOKOH itu ialah PM ke-5 TUN Abdullah Ahmad BADAWI atau Pak Lah.. Jika ada seorang TOKOH yang terpaksa mengHARAPkan 'AGEN Singapork' untuk mengarang bagi PIHAKnya, sudah tentu ianya adalah PM ke-5 jugak.. Kenapa kena 'AGEN Singapork'? Ke ada yang dah mengGELABAH dekat-dekat pemilihan UMNO nih?


Kita sungguh SEDIH dengan PM ke-5 ini.. Terpaksa mengHARAPkan 'AGEN Singapork' yang dikeTAHUi UMUM RAPAT dengan MENANTU BABAHnya untuk menulis BUKU bagi pihaknya.. Walaupun NEGARA ini MERDEKA 7 TAHUN lebih AWAL berBANDING 'Singapork', rupanya TIDAK ada RAKYAT sendiri yang sanggup menulis untuk MANTAN PM mereka sendiri? Yang lebih TERUK, MANTAN PM ini pun TIDAK mampu untuk menulis sendiri seperti mana TUN Dr. Mahathir?


Kalau dulu MENANTU BABAHnya sendiri diKATAkan pernah menjadi penulis UCAPan untuk dirinya.. NAMPAKnya TENAGA 'IMPORT' dari Singapork pulak lebih berKUALITI untuk diGANDINGkan dengan MENANTU BABAHnya dalam penulisan BUKU ini? Patutlah NAMPAK sangat betapa LIBERALnya OTAK mereka! Err.. Ini bukan PUJIan ye.. Kita tak pernah pun terINGIN nak memuji sesiapa pun yang berOTAK LIBERAL ala-ala ZIONIS KIASU Singapork ini.. Sebab itulah diTULIS di dalam BUKU itu,

"He, however, disagreed with me as he felt the government should continue to spend. But how do we do it when the deficit was at such critical levels? It would be highly irresponsible for me to continue spending.

So we had no choice but to reduce the deficit by postponing some of the mega-projects like double tracking and this made Mahathir furious. I suppose he viewed them as his pet projects.

Can you imagine, if I had succumbed to Mahathir’s continued pressure to spend when the deficit was already so high, how could Malaysia have weathered the oil and financial crisis which subsequently came in 2008?

The deficit which we brought down to 3.2 percent crept up again due to subsidies for oil and essentials and hovered again at the 5 percent level. If we had not been prudent then, continued to spend, I can tell you we would be bankrupt by now." ->KLIK<-

KAH!KAH!KAH! NEGARA ini pernah meLALUi 2 KRISIS EKONOMI semasa ZAMAN TUN Dr. Mahathir.. Pernahkah NEGARA ini MUFLIS dan terpaksa menyembah IMF? Kita TAHU bahawa jika PRASARANA NEGARA ini mampu menyaingi Singapork dan diTAMBAH pulak dengan keLUASan NEGARA ini yang jauh lebih LUAS, apakah Singapork itu LAYAK lagi untuk WUJUD sebagai NEGARA di muka BUMI ini? Sebab itulah AGEN-AGEN Singapork berMATI-MATIan cuba ROSAKkan NEGARA ini melalui PENGARUH terhadap kePIMPINan NEGARA.. MALANG sekali untuk PM ke-5 yang telah 'TerPERANGKAP' oleh AGEN-AGEN Singapork begini..


SALAH rupanya untuk kerajaan bagi SUBSIDI kepada RAKYAT sendiri kalau mengikut AJARAN 'AGEN-AGEN Singapork' dalam BUKU tersebut.. Sebaliknya, kalau DUIT tersebut diLABURkan ke Temasek HOLDINGs, tak apa pulak kot?  Err.. Takkanlah PM ke-5 LUPA kot bagaimana atas NASIHAT 'LEVEL 4 Boys' yang jugak berKIBLATan atau seBAHAGIAN daripada 'AGEN Singapork' dia telah meNAIKkan HARGA PETROL RON 95 ke tahap GILA BABI? Takkan dah LUPA? 

KeBANYAKkan pemBATALan PROJEK PRASARANA yang diLABELkan sebagai 'PET Project' dalam BUKU tersebut ialah PROJEK yang memBERI tambah NILAI kepada pemBANGUNan NEGARA dan mampu mengurangkan perGANTUNGan atau pun peLABURan kepada Singapork yang semakin SEMPIT segala-galanya.. Daripada pemBATALan Jambatan BENGKOK, 'Double TRACK', pemBANGUNan Putrajaya dan bermacam-macam lagi SEMUAnya kerana TIDAK mahu menyaingi Singapork.. Ohh.. Betapa RUGInya NEGARA ketika itu.. ->KLIK<-


Yaa.. BLOG Another BRICK In The WALL telah menyenaraikan dengan BAIK hampir keSEMUA NAMA-NAMA 'AGEN Singapork' yang berMAHARAJALELA pada ZAMAN PM ke-5 ini.. DiSERTAkan sekali PERILAKU mereka yang meMUALkan dan bagaimana KERJASAMA mereka dengan MENANTU BABAH untuk menJAHANAMkan apa yang telah diBINA di NEGARA ini.. Nak SOROKkan lagi?

Sekarang kita nak TANYA pulak kepada kePIMPINan DS Najib.. Apakah HALATUJU kePIMPINannya? Apakah masih berKIBLATkan Singapork seperti PM ke-5? Kalau kita TENGOK pada STRATEGI 'BLUE Ocean' DS Najib, dia masih mengekalkan seBAHAGIAN BESAR 'LEVEL 4 Boys' di dalam GLC-GLC.. Dengan KATA lain, kalau dulu PENYAMUN berMAHARAJALELA di dalam kerajaan, sekarang main SIPI-SIPI aje kat dalam GLC.. Sebab itulah DS Najib macam takde HALATUJU yang JELAS.. Kita terTANYA-TANYA apakah DS Najib jugak akan menerbitkan BUKU sebegini dengan BANTUan 'AGEN Singapork' jugak?

Wallahualam.. 

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS