DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, August 18, 2013

Semakin RAMAI puak berOTAK LIBERAL diSIMPAN DS Najib, semakin PENDEK jangka HAYAT kerajaannya..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita mengKRITIK HEBAT mereka yang berOTAK LIBERAL dalam penTADBIRan kerajaan kerana POLISI yang diCIPTA mereka ini selalunya meRUGIkan NEGARA.. CONTOHnya, bagaimana seorang MENTERI PEMANDU berFIKIR untuk menJUAL syarikat penerbangan NEGARA MAS sebagai jalan MUDAH untuk menyelesaikan masalah.. Ini meWAJARkan untuk kita berTANYA, takat ini aje ke tahap pemikiran seorang MENTERI? JUAL dan JUAL lepas tuh adalah yang akan mengaut KOMISEN? Siapa? CIMB dan Khazanah lagi ke? SeMISKIN-MISKIN NEGARA seperti Bangladesh dan Nepal pun tak de JUAL syarikat penerbangan?


MAS diBINA oleh orang lain tapi nak diJUAL oleh orang lain pulak.. MUDAH bukan menjadi seorang yang berOTAK LIBERAL? Ini mengINGATkan kita semula di zaman REJIM MERTUA-MENANTU 5 TAHUN dulu.. Bagaimana syarikat MOTOR Augusta yang diBELI oleh Proton diJUAL dengan HARGA RM1 kepada GEVI-Spa yang menJUAL pulak hingga mengaut keUNTUNGan berJUTA-JUTA Euro! Begitu jugak dengan ISU penJUALan SAHAM GLC seperti Pantai Holdings dan TELEKOM kepada TEMASEK Holdings Singapore dan kemudiannya terpaksa diBELI balik.. TEMASEK yang memBELI buat DUIT tapi Khazanah yang BELI balik keRUGIan pasal BELI dengan HARGA lebih tinggi?

IRONInya, keBODOHan REJIM MERTUA-MENANTU sebelum ini dan kePIMPINan DS Najib sekarang menyimpan SPESIS berOTAK LIBERAL dalam penTADBIRan kerajaan NYATA telah meROSAKkan NEGARA.. Kalau dulu, atas DESAKan mereka jugaklah yang MAHUkan beberapa AKTA yang diKATAkan LAPUK telah diMANSUHkan.. HARI ini, apabila JENAYAH BUNUH-memBUNUH dah sampai tahap MAFIA dan Yakuza nak bukak cawangan, terKIAL-KIAL pulak nak adakan semula AKTA yang hampir SAMA? Tak ke BODOH NAMAnya? Dok ikut sangat DESAKan para PEGUAM penJAHANAM yang buat DUIT dengan BELA 'CRIMINAL'?


IRONInya lagi, apabila mereka yang berOTAK LIBERAL ini berada di dalam penTADBIRan kerajaan, mereka jugak BEBAS meLANTIK sesiapa pun untuk menJALANkan URUSAN kerajaan.. Tak KISAHlah mereka meLETAK PENYANGAK atau 'GEDEBE' sebagai pembantu menerusi NEPOTIsma dan KRONIsma.. AGENSI kerajaan dah jadik macam HARTA TOK NENEK mereka.. Walhal bukan mereka pun yang memBINA SEMUA ini sejak NEGARA mencapai keMERDEKAan? Akibatnya, golongan MUDA yang SAYANGkan NEGARA dan TAHU SEJARAH telah diPINGGIRkan dari menyertai penTADBIRan NEGARA kerana TIDAK LIBERAL..


Dalam UMNO sebuah PARTI NASIONALIS pun 2X5 jugak.. KeROSAKkan UMNO berMULA apabila MERTUA yang jadik PM memBERIkan MUKA kepada MENANTU untuk JAWATAN Timbalan 'BOSS' Pemuda UMNO.. Walhal, MASA tuh ada beberapa MUKA lain turut menCALONkan diri jugak? Akibat TEKANAN, SATU demi SATU tarik diri.. MENANTU yang PERASAN KONONnya dia aje yang belajar di 'OVERSEA' diKATAkan menCAMPURi URUSAN kerajaan hingga NEGARA ini hampir TIDAK lagi menjadi seperti sebuah NEGARA sebaliknya macam sebuah KONGLOMERAT.. Hingga ke HARI ini keROSAKkan yang SAMA berULANG lagi..

TIDAK ada apa yang berUBAH dalam penTADBIRan DS Najib.. Apabila DS Najib KEKAL memBERIkan MUKA kepada puak berOTAK LIBERAL, maka kita pakat-pakat TUNGGUlah pulak apa yang akan TINGGAL untuk NEGARA ini.. HARI ini, beberapa BLOG meLAPORkan pulak tentang KERENAH seorang S/U AKHBAR kepada MENANTU tadi yang PERASAN dirinya macam SELEBRITI.. ->KLIK<-



Tak siapa TAHU apakah keLAYAKkan seorang 'AH-So' yang diketahui UMUM pro-DAP La'anatullah untuk dijadikkan S/U AKHBAR kepada MENANTU yang kini ialah MENTERI KBS.. Kalau diLIHAT GAMBAR di bawah, ada keSERASIan kot?


Apakah GAMBARan yang nak diBERIkan oleh DS Najib kepada RAKYAT dengan memBIARkan sahaja perLANTIKkan MUSUH dalam SELIMUT sebegini? Lebih terBUKA? Lebih LIBERAL? Apakah UNTUNGnya kepada Kerajaan UMNO/BN dan NEGARA? Sampai sekarang TIDAK ada JAWAPAN untuk ini SEMUA.. Tatkala MENANTU cuba memPROMOSIkan diri dengan mengKRITIK pemilihan CEC DAP La'anatullah, sepatutnya ada PIHAK pergi 'TWEET'kan kat S/U AKHBARnya itu suruh KOMEN.. Kita PAKAT tengok REAKSI 'AH-So' pro DAP La'anatullah itu..


Agak-agak BERANI ke 'AH-So' S/U AKHBAR tuh KOMEN terhadap kenyataan 'BOSS'nya sendiri tetang pemilihan CEC DAP La'anatullah itu? KAH!KAH!KAH!

Kita nak TANYA kat AHLI-AHLI UMNO sendiri.. Kamu SEMUA tak RIMAS ke dek keLAKUan 'MALAUN' berOTAK LIBERAL yang menJAHANAMkan PARTI kamu, AGAMA kamu, BANGSA kamu dan NEGARA kamu? HARI ini keKUATan PARTI kamu pun bukan seKUAT 15 TAHUN dulu pun.. Kalau UMNO keluar BN, dan berGERAK sendirian pulak ada HARAPAN le NEGARA ini jadik macam kat Mesir.. UMAT Melayu/ISLAM yang meRUPAkan MAJORITI RAKYAT berGANTUNG kepada UMNO untuk memPERTAHANkan HAK dan kePENTINGan mereka.. Jadik, AHLI-AHLI UMNO pun kenalah TAHU peranan mereka pada pemilihan PARTI nanti!

Wallahualam..
  

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS