DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, October 01, 2014

HARGA untuk MENEMBAK KAKI sendiri selepas diPUJI meLAMBUNG oleh KAPITALIS di New York hanyalah 20 SEN sahaja..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE! Tak tau nak KATA apa dah.. Bagi RAKYAT di NEGARA ini, BERITA yang lebih MALANG lagi menakutkan selain TRAGEDI ala-ala MH370 dan MH17 ialah BERITA pasal keNAIKkan HARGA PETROL.. MALANGnya, TIDAK seperti kedua-dua TRAGEDI terSEBUT, keNAIKkan HARGA PETROL pulak lebih MUDAH berlaku terUTAMAnya jika PM kita MUDAH di'BLUR'kan dek 'PUNAH-Sihat'nya..


Wah.. Mentang-mentanglah PM DS Najib diPUJI sakan oleh para KAPITALIS  di SIDANG UNGA New York kerana ingin menjadik 'MODERAT' (LIBERAL).. Balik aje dia ke Malaysia terus diNAIKkan HARGA PETROL seBANYAK 20 sen? HE!HE!HE!


Mungkin ada yang mengatakan itu hanyalah BURUK SANGKA kita aje.. Namun begitu, ianya terlalu DRASTIK untuk mengatakan ini suatu keBETULan.. Apakah keNAIKkan HARGA PETROL seBANYAK 20 sen ini meRUPAkan satu 'WIN-WIN Situation' yang diATUR oleh para 'PUNAH-Sihat' berSAMA-SAMA dengan para KAPITALIS ZIONIS Neo-CON di sana? Entahlah.. Terlalu JAUH untuk kita SEMUA berFIKIRan sebegitu NEGATIF walaupun ianya bukan sesuatu yang MUSTAHIL..

Walau apa pun ALASAN yang diKEMUKAkan oleh PIHAK kerajaan, kita tak RASA yang RAKYAT akan menerimanya seperti mana sebelum ini.. TAMBAHan pulak ada MENTERI 'TRANSFORMASI' DS Najib sendiri yang mengatakan perkara sebegini..



KAH!KAH!KAH! Samada KAJIAN itu dilakukan olehnya sendiri atau pun dia dapat ANGKA-ANGKA itu daripada mana-mana BUDAK dalam PEMANDU, MOF atau pun PTD, yang jelas sekali kenyataan sedemikian TIDAK mungkin mengurangkan keMARAHan RAKYAT ketika HARGA PETROL diNAIKkan sekarang.. 'DAMAGES is already DONE'.. Malah, kita jugak TIDAK menJANGKAkan bahawa DS Najib akan menarik semula keNAIKkan HARGA PETROL ini.. Jadik, PAKAT tahan TELINGAla para PENYOKONG UMNO/BN!

RAKYAT bukanlah BODOH untuk TIDAK PERCAYAkan bahawa 'LIVING Cost' akan KEKAL seLAMA-LAMAnya.. Namun begitu, BANYAK perkara yang boleh dilakukan oleh sesebuah kerajaan bagi menyerap keNAIKkan KOS agar TIDAKlah terlalu DRASTIK.. Antaranya ialah berJIMAT CERMAT dan kerajaan TIDAK berBELANJA seSUKA HATI.. Namun begitu, anda PERCAYA ke kerajaan sudah BUAT begitu?

PEMANDU FEES

1MDB INVESTMENT

'BLOODYFOOL' MINISTER'S EXPENSES

Apakah itu SEMUA langkah penJIMATan kerajaan? Itu kita SERAHkan kepada DS Najib sebagai MENTERI Kewangan untuk menJAWABnya semasa SESI BAJET 2015 minggu depan.. Yang NYATAnya, semakin DS Najib KEMARUKkan PUJIan sebagai PM yang 'MODERAT' (LIBERAL), daripada puak-puak KAPITALIS, itulah HARGA yang perlu diBAYAR oleh kita SEMUA.. SAKIT HATI bukan? Takpe.. DIAM aje la.. 


Apa? Kenapa tak bagi CADANGan kepada DS Najib? Err.. DS Najib nak dengar ke CADANGan kita? Ye la.. Kan dia dah BAYAR kat para 'PUNAH-Sihat' sampai berBILION RM? Takkanlah nak dengar CADANGan kita? OKlah.. Kita bagi SIKIT..

1) TEKNOLOGI ialah satu KAEDAH yang mampu menyerap keNAIKkan KOS sara HIDUP.. Sebagai CONTOH, jika HARGA bahan API meningkat, kerajaan patut meWUJUDkan atau mengGALAKkan pengGUNAan TEKNOLOGI terbaru sebagai ALTERNATIF kepada bahan API sedia ada.. Apakah SALAH jika kerajaan BERIkan INSENTIF kepada PROTON dan PERODUA untuk memBANGUNkan TEKNOLOGI kenderaan ELEKTRIK? Apakah SALAHnya jika TNB diarahkan meWUJUDkan PLAN TENAGA ALTERNATIF yang mengGUNAkan PANEL SOLAR atau 'Green ENERGY'?   

2) Bagaimana NEGARA kita berDAGANG dengan NEGARA luar? MengGUNAkan USD bukan? Apakah SALAH jika kerajaan berUSAHA berSAMA-SAMA dengan NEGARA lain mengGUNAkan MATAWANG lain daripada USD? Euro ada, Yen pun ada.. Kalau dulu TUN DR. Mahathir menCADANGkan pengGUNAan DINAR EMAS seSAMA NEGARA ISLAM.. NAMPAKnya, DS Najib terlalu KEMARUK nak dipanggil 'MODERAT' (LIBERAL), oleh puak-puak KAPITALIS ZIONIS Neo-CON, maka di'JERUK'kan ajelah segala IDEA TUN yang diPUJI oleh DUNIA sebelum ini.. Tengok betapa RUGInya kita?

Apa pun, tak GUNA bagi SEMUA CADANGan yang BERNAS jika DS Najib sendiri langsung TIDAK meLENYAPkan pemBAZIRan seperti yang kita NYATAkan tadi.. Mungkin KAEDAH yang paling sesuai untuk menyelesaikan perkara ini ialah dengan menCARIkan ALTERNATIF kepada DS Najib sendiri sebagai PEMIMPIN untuk NEGARA kita yang terCINTA ini?


Ye la.. Kan DS Najib sendiri KEMARUK nak dipanggil sebagai 'BAPA MODERAT' atau 'BAPAK LIBERAL' menjelang TAHUN 2020 nanti? Jadik takde SALAHnya pun jika RAKYAT dan UMAT Melayu/ISLAM yang menyokongnya selama ini memBERIkan GELARan itu lebih AWAL sebelum TAHUN 2020? TUN Dollah dah RASA dah dulu! HE!HE!HE!

Wallahualam..
  

12 comments:

UndurNajib said...

Kalau kita sayangkan UMNO BN dan Malaysia mulakanlah gerakan undur Najib. Pak Lah terima hukuman apakah Najib dilayan istimewa wlaaupun lebih teruk dan lembik dr Pak Lah? Tak sudah2 menjilat Cina tp majoriti rakyat lain dihukum.

Pemimpin yg bijak dan berjiwa rakyat akan fikir mcm mana kos hidup rakyat dikurangkan. Bukan ambik jalan bodoh mudah dan singkat mcm ini.. siapa punboleh jd PM kalau bab nak naikan itu ini.. ini menandakan Najib memang lemah dan tidak cerdik (bodoh)

Skrg naikkan harga petrol diesel ibarat menaikkan semua perkara.. sbb kedua bahan itu ialah 'ibu' segala kos..dan kenaikan..kesan rantaian.

Kalau takbagi BRIM harga roti canai takkan naik.. tp naik harga petrol diesel confirm harga ikan kembung pun akan mencanak naik.. so Najib ini akalnya sudah berada di alam lain agaknya? Untuk apa beri BRIM jika margin kos sara hidup naik semua orang tak kira orang kaya atau miskin, jadi apa kesannya BRIM atau tak lebih pada tipu helah?

Celakalah Najib!

Anonymous said...

tERIMAK KASEH bLOGGER ULAS PANGJANG..

sedih nyer hati.. remuknya jantung..

sungguh..sungguh aku benar-benar kecewa dgn Kerajaan BN.

Anonymous said...

Mungkin ada consultant dalam PEMANDU yang nak kenakan Najib. Kebodohannya akan membuatkan BN terus terkubur. Kami tak nak BR1M, kami bukan peminta sedekah. Cukuplah kami mampu menyara hidup kami dengan pendapatan kecil yang kami ada.

Anonymous said...

Tak Boleh Kasi Subsidi Tak Payah Jadi Kerajaan Lah..

Menteri Letak Jawatan, Bubar Parlimen..

Amerika pon ada Subsidi, Negara Maju pon ada subsidi..

Kerajaan BN nak Nyahkan subsidi Mari Kita Nyah kan Kerajaan BN

Anonymous said...

bubarkan PEMANDU.cukuplah ada EPU dan pegawai2 tinggi kerajan yang berpengalaman.mansuhkan pelbagai agensi x berkesan atau buat penggabungan.paling penting undurkan pemimpin yang memang tidak tahu bekerja untuk rakyat.sokong najib kena turun..

Anonymous said...

Uikk kat sini pon ada komen redbin yg di copy paste...

Overtime redbin mlm tadi...hehehe...

Padahal naik 20sen tu celah gigi jaa....

Rakyat msia bukan kesah pon.... sedangkan rokok naik 2 ringgit pon x kisah....

Tarif air di pulau pinang naik 100% pon rakyat x kisah....

Cukai pbt di slgor naik 400% pon rakyat x kisahh....

Cuma isu naik 20sen di sensasikan oleh redbin...

Redbin komunis tau otak mlayu ni nilai 20sen jaa....sng kene doktrin...

Anonymous said...

Sekalung tahniah kepada PM Malaysia kerana menaikkan harga minyak dan berjanji menyalurkan pemotongan tersebut kepada kami warga BR1M yang miskin hina ini. Kami hanya tahu makan ikan tetapi tidak tahu ilmu menangkap ikan kerana sebagai rakyat yang pentingkan kesihatan, ikan adalah makanan yang rendah lemak/kolesterol dan kaya dengan Omega 3.

Diharap dalam pembentangan Bajet 2015 nanti, PM akan mengumumkan pula pemotongan semua subsidi ke atas barangan/komoditi dan menyalurkan terus ke akaun kami secara tetap setiap bulan. Kami berjanji akan menjadi warga contoh yang baik dan menjaga kerahsiaan undi kami dalam PRU14 akan datang.

Brim....brim...brim >>>>> slogan baru PETRONAS

Seperti yang diceritakan kepada aku oleh Lubuk Tak Dalam Tapi Ada Buaya

raismazzadam said...

Aku sokong hapuskan BRIM...pemberian yg tidak membantu golongan sasar...bagi RM 600 setahun...tarik beribu setahun...apa yg kerajaan bantu...

lps ni rokok pulak naik....dgn alasan BODOH utk kesihatan...fyi Najib....golongan perokok ramainya dari golongan penerima BRIM...kan senang cakap itula sumber pendapatan negara sebab diMalaysia setiap minit akan bertambah dan tidak akan berkurangan...itula fakta sebenarnya

Minyak naik lagi dan lagi...kera jaan tahu...pembandingan subsidi negara akan di utarakan...kerajaan sedar atau buat2 tak sedar...majoriti gaji di Malaysia skrg ni brp...jgn bangga la dgn RM 1,000...

utk Najib and the gang...jgn sampai rakyat Malaysia berubah penasihat ekonomi...DSAI pls stand by....JGN SAMPAI RAKYAT BOLEH PEJAMKAN MATA DAN PEKAKKAN TELINGA DENGAN KELIWATAN DSAI....

Utk NAJIB & THE GANG KESABARAN KAMI ADA HADNYA..INGAT KENAIKAN ADALAH KEBEBANAN PADA KAMI SI RAKYAT...ITU KENAIKAN KERAJAAN LPS NI KENAIKAN PIHAK SWASTA PULAK...YG TANGGUNG KAMI TAU...LU ORANG MENTERI ADA BAYAR KE ITU KENAIKAN....BUTUH BAYAR....

Anonymous said...

najib wajib ambil ustaz yang neutral sebagai penasihatnya, jgn hanya bergantung kepada idris jala, atau penasihat 25%. gila malaysia jadinya.

Anonymous said...

Bro,

Kita lihat pentadbiran Najib banyak melakukan pembaziran dan tidak cekap. Penjelasan ahmad maslan amat mengecewakan dan satu lagi contoh perjanjian IPP (pembekal tenaga elektrik)
menunjukkan kerajaan Najib tidak memperhalusi perjanjian yg boleh menyebelahi rakyat kemungkinan terdapat pihak penasihat consultant yg mempengaruhi najib yg menguntungkan pihak IPP.

Anonymous said...

Rupa2nya najib ni bodoh...sepatutnya upah perunding konsltan untuk mengurangkan beban rakyat tapi sebaliknya menambahkan derita... bayar konsultan berbillion2 tetapi duit tu pergi ke org kristian dan yahudi.

kalau tun M x sokong Kami rakyat minta Najib letak jawatan aje la, x perlu panggil 190 ketua bahagian untuk beri dan dapat sokongan mereka sebabnya? Kebanyakan mereka hanya nak jaga tembolok masing2 je.

Najib ni bodoh rupanya....x tau nak menyelami masalah rakyat , dia naikkan brim & dia naikkan harga minyak, bodoh ke ape?

Anonymous said...

aku nak tunggu buget 10 hbulan, jangan nanti dapat gaji naik, brim naik, bantuan ni dan itu, puji mlambung-lambung....aku pun tak berapa suka minyak naikk.tapi apa boleh buat...belajar hidup tanpa subsidi

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS