DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, October 03, 2014

RAKYAT TIDAK perlu pun ada CGPA 3.85 dari IPT New Zealand untuk berasa MARAH dengan keSEMPITan EKONOMI mereka..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE! Kita sebenarnya masih teRASA terNGIANG-NGIANG di TELINGA kita pasal Timbalan MENTERI ini yang bagi kita SUKA MERAPU tanpa berSANDARkan keadaan di sekelilingnya.. Kita masih ke'PANAS'an dengan kenyataannya ini,

"Siapakah penerima terbesar subsidi sebanyak RM2 bilion sebulan itu? Data yang ada menunjukkan 70 peratus daripadanya digunakan oleh golongan berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi yang mempunyai kenderaan berkuasa besar berbanding rakyat di kampung dan pinggir bandar yang menggunakan kenderaan dan motosikal berkuasa kecil. Subsidi sepatutnya diberikan kepada mereka yang miskin bukan kepada yang sudah kaya. Subsidi bahan bakar ini sebenarnya sudah lama tersasar, tidak adil dan rasional lagi,"
Ada beberapa 'KATA KUNCI' di dalam kenyataan Timbalan MENTERI ini yang memBUATkan kita ke'PANAS'an kerana seakan cuba memperDUNGUkan orang.. 

1) SIAPAKAH GOLONGAN BERPENDAPATAN TINGGI?

2) SIAPAKAH GOLONGAN BERPENDAPATAN SEDERHANA?

3) SIAPAKAH GOLONGAN SASAR YANG KONONNYA PATUT DAPAT SUBSIDI?

Korang SEMUA nih TAHU ke siapakah golongan yang cuba diDEFINISIkan oleh Timbalan MENTERI ini? BAIKlah, kita apa KATA kita cuba DEFINISIkan keSEMUA GOLONGAN yang diSEBUT oleh Timbalan MENTERI ini dengan SENARIO semasa yang kita SEMUA boleh LIHAT di sekeliling kita pada HARI ini? Sebagai CONTOH


1) SETUJU tak kalau kita KATAkan GOLONGAN BERPENDAPATAN TINGGI itu ialah mereka yang berKERETA BMW, VOLVO, Mercedes, HONDA Accord dan JENAMA seMEWAHnya yang masih mengISI PETROL RON95 di STESEN minyak? Kalau anda SETUJU dengan DEFINISI ini, maka kita jugak SETUJU jika mereka ini TIDAK LAYAK mendapatkan PETROL yang berSUBSIDI seperti diNYATAkan oleh Timbalan MENTERI itu.. Namun begitu, apakah JAMINan bahawa ahli-ahli KELUARGA para MENTERI, TOKOH-TOKOH KORPORAT dan KRONI-KRONI para MENTERI ini TIDAK terGOLONG dalan GOLONGAN BERPENDAPATAN TINGGI ini?

Apa KATA kalau selepas ini mana-mana 'DRIVER' KERETA MEWAH yang didapati mengISI PETROL RON95 di SAMAN di STESEN minyak tersebut? Tak KIRAlah mereka itu MENTERI atau pun KAUM KERABAT atau pun KRONI-KRONI mereka? Kita CUKUP yakin jika penguatKUASAan sedemikian dilakukan oleh kerajaan, mungkin penJIMATan SUBSIDI yang diLAUNGkan selama ini mampu menCECAH ANGKA yang langsung kerajaan sendiri TIDAK pernah BAYANGkan.. Walaupun kita tak MENOLAKlah selepas ini ada MENTERI atau AHLI PARLIMEN yang bakal SESAK NAFAS pasal dah takde KRONI yang sanggup 'SPONSOR' mereka nanti..


2) SETUJU tak kalau kita KATAkan GOLONGAN BERPENDAPATAN SEDERHANA itu ialah peMILIK KERETA VIVA hinggalah kepada HONDA City? Jadik, apakah keLAYAKkan mereka untuk meNIKMATi PETROL berSUBSIDI di STESEN minyak? Apakah patut diBERIkan sePENUHnya atau pun secara berSYARAT? Namun, kita boleh TEGASkan di sini bahawa GOLONGAN inilah yang paling RAMAI di dalam NEGARA ini.. Malah, GOLONGAN inilah yang paling terSEKSA dengan keNAIKkan HARGA PETROL RON95 pada ketika ini.. GOLONGAN ini jugaklah yang menjadik PENENTU samada Timbalan MENTERI tadi masih diPILIH atau tak seMASA PRU..


3) Secara JUJURnya, kita masih terCARI-CARI siapakah GOLONGAN SASAR yang pada PANDANGan Timbalan MENTERI tadi patut diBERIkan SUBSIDI? Apakah mereka yang NAIK MOTOR Kapchai di kampung-kampung? Kalau begitu, kita ingin nak TANYAlah kepada Timbalan MENTERI ini, BERAPAkah 'CONSUMPTION' dalam LITER atau GELEN minyak yang diGUNAkan oleh GOLONGAN ini dalam sesuatu tempoh MASA? BANYAK ke? Ye la.. Manalah TAHU kot ada GOLONGAN ini yang berULANG-ALIK dari Ipoh ke KL untuk KERJA dengan MOTOR Kapchai?

Kita tak NAFIkan pemBERIan SUBSIDI secara PUKAL memang akan meRUGIkan kerajaan.. Namun begitu, apakah BETUL TINDAKan menarik SUBSIDI secara PUKAL tanpa mengambil KIRA keMAMPUan KEWANGAN GOLONGAN-GOLONGAN yang diNYATAkan di atas tadi? Di sinilah WUJUDnya 'LOMPANG' oleh kerajaan..


- GOLONGAN BERPENDAPATAN TINGGI tadi memang tak patutlah dapat sekali SUBSIDI.. Namun begitu, bolehkah diNAFIkan bahawa mereka jugak ialah pemBAYAR CUKAI yang terTINGGI di dalam NEGARA? Kita tak pasti MENTERI ada BAYAR CUKAI atau TIDAK tapi kita CUKUP yakin MENTERI memang PAKAR bab mengHABISkan CUKAI yang diKUTIP.. Jika demikian, apa akan jadik jika GOLONGAN ini mengUNGKIT CUKAI yang diBAYAR mereka TIDAK sePADAN pun dengan apa yang patut mereka dapat? Agaknya kerajaan boleh ke menJAWAB?

- GOLONGAN BERPENDAPATAN SEDERHANA pulak TIDAKlah memBAYAR CUKAI yang TINGGI tetapi merekalah yang paling RAMAI memBAYAR CUKAI.. Mereka inilah paling MALANG dengan DASAR kerajaan sekarang kerana mereka ini boleh diIBARATkan seperti 'TANGAN ingin menCAPAIkan BINTANG tapi tak terDAYA'.. GOLONGAN ini jugaklah yang terTINDAS oleh kerajaan setiap kali kerajaan menarik SUBSIDI minyak.. IRONInya, GOLONGAN inilah yang bakal menentukan samada kerajaan ini boleh jadi KEKAL atau TIDAK pada PRU-14..

- GOLONGAN SASAR BERPENDAPATAN RENDAH pulak boleh diKATAkan langsung TIDAK memBAYAR CUKAI pun kepada kerajaan.. Malah, CUKAI yang diKUTIP oleh kerajaan daripada 2 GOLONGAN tadi diGUNAkan pulak untuk GOLONGAN ini.. Memanglah tak SALAH pun tetapi apakah kerajaan BENAR-BENAR TELUS dalam pengAGIHan ini? Apakah kerajaan boleh menDEFINISIkan siapakah yang boleh diKATEGORIkan terMASUK di dalam GOLONGAN ini dengan begitu TELUS? 


KATAkanlah Mat Maslan (Bukan NAMA seBENAR) mempunyai LADANG 1 EKAR yang mengeluarkan keUNTUNGan sekitar RM2500 sebulan.. Mat Maslan TIDAK perlu pun memBAYAR CUKAI HASIL daripada ladangnya? Kalau ada CUKAI pun mungkin CUKAI TANAH la kot.. Kalau TANAH itu STATUSnya TANAH perTANIan, BERAPA sangat.. Dengan KATA lain, PENDAPATAN Mat Maslan boleh diKATAkan BERSIH seBANYAK RM2500 atau kurang sikit.. TAMBAHan pulak Mat Maslan ini tinggal di kampung dengan segala macam MAKANan lebih MURAH.. RUMAH pun RUMAH sendiri.. ANAK-ANAK pulak dapat BANTUan untuk perSEKOLAHan lagi..

Kak Ros pulak beKERJA sebagai penyelia di syarikat SWASTA di KL.. GAJI Kak Ros jugak sekitar RM2500 jugak.. Kak Ros pakai KERETA MYVI dan menyewa BILIK sekitar RM200.. BELANJA MAKAN Kak Ros sehari MINIMUM pun RM20.. Itu pun MAKAN di KANTIN syarikat atau kat GERAI tepi jalan.. Kak Ros tak BERANI nak berANAK RAMAI jika beKERJA di BANDAR ini kerana KOS MAHAL.. Kak Ros berKAHWIN dengan Abg. Jib pun, mereka kena menyewa RUMAH PPRT paling KURANG pun RM800 sebulan.. Abg. Jib KERJA 'SUPERVISOR' GAJI pun sekitar RM2500.. Dengan penDAPATan mereka RM5000 pun macam takde apa..

Oleh itu, jika kita TANYAkan kepada Timbalan MENTERI tadi antara Mat Maslan dengan Kak Ros, siapakah yang berPENDAPATAN RENDAH? Agak-agak apakah JAWAPAN Timbalan MENTERI tadi yang dapat CGPA 3.85 dari IPT di New Zealand?


Inilah sebabnya kenyataan Timbalan MENTERI itu sebenarnya boleh memBUAT orang NAIK DARAH.. HAKIKATnya, dia sendiri GAGAL memahami DEMOGRAFI dan POLARISASI RAKYAT di NEGARA ini.. Malah, kita CUKUP yakin para 'PUNAH Sihat' DS Najib yang menyeksa RAKYAT dengan DASAR sebegini pun meLIHAT RAKYAT mungkin dari sebalik kenderaan MEWAH masing-masing kot? ->KLIK<-


Sebab itu TIDAK HAIRANlah jika UMNO/BN TIDAK mungkin akan meMENANGi kawasan-kawasan PILIHANRAYA di BANDAR dan sub-URBAN pada PRU-14.. Manakala kawasan-kawasan kampung pulak semakin berKURANGan dengan PROSES URBANISASI yang PESAT demi memenuhi TUNTUTan puak KAPITALIS yang jugak GOLONGAN BERPENDAPATAN TINGGI tadi.. DS Najib TIDAK perlu diTEGUR lagi pasal dia sendiri dah mengGADAIkan kerajaan dan PARTInya itu kepada si Kristian 'EVANGELIST' yang diLANTIKnnya sebagai 'PUNAH-Sihat' itu..

Wallahualam.. 

12 comments:

Anonymous said...

BEST ARTICLE ON SUBSIDY RATIONALIZATION SO FAR!!

CONGRATULATIONS!!1

Anonymous said...

Akupon fkr benda yg sm...
Adekah merrka yg kaya sekalipon x layak utk dpt subsidi sedangkn merekapon byr cukai?
Org miskin..maafla..realitinya mmgla guna minyak yg sikit!pernah tgk petani pakai hummer ka mat madlan cgpa 3.8?

Rakyat marag sb
1. Dekat sgt nk raya,perayaan kaum majoriti..
2. Xde penerangan yg sgt konkrit..zmn tun dulu xdela org mrh sgt,sb fhm,facts tun masih memerintah ms tu..
3. Memperbodohkn rakyat dgn kenyataan yg mengelirukan.makin explain makin teruk...menteri ayam ckp kjaan akan buat pengawasan 24jam!seriyesli??itupon dah pkai duit nk byr gaji staf overtime..xde otak ke?
4. Bila kjaan decide kurang subsidi,jawapan kjaan seolah2 x ambil kira pula external factor..cth kjaan sendiri membazir,dll..mcm seolah2 subsidi minyak sj punca ketirisan ekonomi...
5. Jawapan ketirisan dsebabkn penyeludup adelah paling bangang..sblm kata ade ops titik..apa suda jd?nmpk sgt kjaan xde idea apa punca..

Anonymous said...

Dari sudut gomen, memang la waktu raya ni paling sesuai. Lebih banyak subsidi boleh dijimatkan. Bayangkan berapa juta kenderaan akan bergerak2 hujung minggu ni, long weekend.
Tak kira bangsa kan menjalarkan kereta masing2 di jalanraya dan highway. Kita kena lihat ikut sudut/sisi pembuat dasar jugak, walau pon bagi pihak kita mmg nampak tak logik.
Tapi, kalau ikhlas nak logik mmg blh terima point saya ni, walau gomen tak berani nk cakap direct. Apa pon, ron95 adalah non-renewable resource, cuba jimatkan. Jangan tuang macam tuang air dalam keladi. Nak bergaduh pon, kita fikir secaara logik. Mungkin gomen ada hidden agenda, could also be positive?

Anonymous said...

Golongan kaya entitled to gomen's subsidy juga, as taxpayers. Tapi tak lah sampai blh cover balik tax yg diaorang bayar, ke da terlebih guna.
Setakat sebiji kereta setiap household tu, logik la atau 2. Tapi kalau dah isi bergelen2, berbiji2 kereta, shu sana, shu sini...sepanjang highway. Pastu naikkan lampu kat orang yg sdg overtake kat highway, tade otaak. Macam bapak dia punya highway (opps, tersasaR)...hehe!

Anonymous said...

bagus la hapuskan subsidi orang tak seludup, kerajaan jimat duit tak payah buat operasi pi kejar penyeludup sana sini. duit jimat subsid bole bagi makan free budak2 sekolah, free education , naik taraf public transport, free medical services, naik taraf hospital. satu lagi kita dok pulun antar atlet bertanding oversea ni tak payah la buat dah..kata nak jimat belanja. tamatkan educatiin sponsorship pi oversea by jpa,mara,petronas,tnb, dan sebagainya...kan bole jimat banyak

Anonymous said...

Kat Mlysia ni, kena ada 2 set penerangan berbeza;satu, kpd laymen biasa. Satu lagi dgn golongan yg perasan bagus.
Tu tk termasuk golongan tengah yg kkadang blur, kdg2 cerah.
Politician kena pandai adjust. Tapi kalau mcm penerangan yg pak menteri beri kt atas nih, mmg tak blh belah, dua2 golongan tak leh terima.
Tapi argument Pak Jib semalam, logik harap nya to the normal laymen. Hahh, bagi golongan yg perasan baguih yg ramai dlm pkr, bagi dia penerangan yg real economist bagi, baru tak faham sepatah.

Labu8455 said...

Itu lah yang menjadi masalahnya bilamana masih ramai yang menganggapkan bahawa untuk berlaku adil maka formula "satu untuk engkau satu untuk aku" masih betul jika digunakan.

Anonymous said...

Artikal yg bodo utk mereka yg bodo...

Clear cut 70% utk mereka yg ada duit...

Duit pengurangan subsidi minyak gomen beri pd org susah, daif dan miskin...

Gomen buat tepat....

Artikal bodo ni dari redbin cina tahi....

Anonymous said...

alternatifnya diperbanyakkan stesen NGV, guna NGV jimat dan murah... tapi jangan bawa laju2 jahanam kete hu hu hu

Anonymous said...

Dah tak payah subsidi lagi. Macam gula. Terlebih makan gula pun nanti barang tak boleh naik, sia-sia sahaja hidup.

Anonymous said...

Ayam sekilo rm9.50. 2 ekor ayam dah lebih kurang rm35.00. Isi minyak rm50.00 dah less 2 liter. Gaji naik rm270, kadar inflasi melebihi kadar kenaikan gaji jadi kenaikan tersebut tidak memberi sebarang makna.

Anonymous said...

PM kata minyak tak naik subsidi minyak yang dikurang kan..lepas tu tak sampai 2 minit kata minyak naik sebab nak hindar ketirisan subsidi..apani sat tak naik sat harga naik macam ni le kalau dasar dah penipu cakap pun dah tak betul

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS