DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, November 01, 2014

Antara 'KETUM yang MenJUBOR' dengan kePIMPINan UMNO Selangor, siapa yang lebih MUDAH diSURUH berTAUBAT?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Eh? DS Najib MARAH kat UMNO Selangor? SeIRING pulak dengan keMARAHan DS Najib itu, kita LIHAT pulak BANYAKnya para juruBLOG pro-UMNO/BN turut mengHENTAM UMNO Selangor.. Walhal sebelum ini takde BANYAK mana pun? 

"Kita masih lembap lagi. Saya tengok angka, saya ingin katakan kita masih lembap lagi. Kenapa tak tambah pengundi... tambah ahli UMNO? Prestasi kita tak berapa menggalakkan lagi. Bangkitlah kita daripada keadaan ini. Dengan semangat baharu saya akan bantu UMNO Selangor untuk mencapai kejayaan," ->KLIK<-

Namun begitu, memang ada keWAJARan untuk DS Najib MARAH kat UMNO Selangor.. Kita PERCAYA yang RAMAI masih INGAT bagaimana UMNO Selangor telah menCONTENG ARANG ke MUKA DS Najib yang diLANTIK menjadik KETUA Perhubungan UMNO Selangor semasa PRU-13.. Malah, UMNO Selangor sekali lagi berSAMA-SAMA MCA menCONTENG ARANG semasa PRK DUN Kajang lalu..


Rasanya orang BODOH pun TAHU bahawa Selangor ialah 'CROWN Jewel' untuk mana-mana PARTI di NEGARA ini.. Sebab itulah PKR berIYA-IYA menJAYAkan LANGKAH Kajangnya di Selangor hinggakan KETUA UMUM (KETUM) sanggup menukar ALAMATnya untuk menjadik pengUNDI di Selangor.. HE!HE!HE!


Bukan RAHSIA lagi mana-mana PARTI yang menguasai Selangor hanya perlu memBILANG WAKTU aje untuk menguasai seluruh NEGARA.. Dengan segala macam 'RESOURCES' dan BANYAKnya kawasan PARLIMEN, tak HAIRANlah jika Selangor menarik RAMAI pengHIJRAH dari luar kawasan ke dalam NEGERI ini.. Inilah MALANGnya kerana RAMAI di kalangan mereka ini MARAHkan UMNO/BN di Selangor dan KL kemudian pulang mengUNDI di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu untuk KALAHkan UMNO/BN di sana yang tak TAHU apa-apa pun pasal ISU di Selangor..


Kalau kita SINGKAP semula DETIK di mana UMNO mula keHILANGan PUNCA di Selangor, ianya berMULA semasa DS Khir Toyo menjadik MB.. Antara TINDAKan DS Khir yang TIDAK 'POPULAR' di Selangor ialah KISAH dia mengHAPUSkan penempatan setinggan dan bagaimana dia mengHADIAHkan PENYAPU kepada PBT yang baginya GAGAL menCAPAI KPI.. PerBUATan sebegini seBENARnya amat terKESAN di kalangan penJAWAT AWAM dan RAKYAT dari GOLONGan SEDERHANA dan MISKIN di Selangor.. Sedangkan mereka inilah yang mengUNDI UMNO/BN dalam setiap kali PRU.. Bukan KASTA ATASan yang beRUMAH BESAR..


Anda patut LIHAT bagaimana UMNO/BN di Selangor TIDAK mampu pun untuk MENANG di Gombak, Ampang, PJ, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Serdang hinggalah ke Bangi.. Setiap kawasan meLAMBANGkan MAJORITI penDUDUKnya di sana.. Walaupun KASTA ATASan di kawasan ini TIDAK mengUNDI UMNO/BN, peluang keMENANGan masih ada kerana UNDI daripada RAKYAT GOLONGan SEDERHANA, MISKIN dan para penJAWAT AWAM.. Malangnya, para PRU-12 dulu, UMNO/BN menyaksikan pengUNDI SETIA mereka pun dah LARI.. Maka jadiklah DS Khir sebagai MB terAKHIR UMNO/BN di Selangor untuk CATATan SEJARAH..

SATU lagi PUNCA keKALAHan UMNO/BN di Selangor ialah terlalu BANYAKnya 'KOW-TIM' antara PEMIMPIN UMNO PUSAT dengan PEMIMPIN PR di Selangor..


Maka, tak HAIRANlah ada PEMIMPIN UMNO/BN yang berSEKONGKOL dengan PEMIMPIN UTAMA PR bagi menentukan siapa yang patut jadik PEMIMPIN di Selangor.. Malah, UNDI dari BAHAGIAN di Selangor jugak menjadik penentu kepada mana-mana PEMIMPIN PARTI untuk NAIK ke dalam HIERARKI PARTI masing-masing samada UMNO/BN atau pun PR.. Inilah keUNIKkan Selangor..

HE!HE!HE! Anda INGAT ini keBETULan? TIDAK.. Selangor ialah NEGERI paling MAJU di dalam Malaysia.. Apa yang berLAKU di Selangor pasti akan dijadikkan 'TREND' untuk NEGERI-NEGERI lain.. Inilah yang memBAHAYAkan kerana di Selangorlah terdapat RAMAI peRANTAU hampir dari seluruh NEGARA yang berKERJA di sini.. Setiap kali PRK dan PRU di KAMPUNG halaman masing-masing, mereka ini akan pulang untuk mengUNDI.. Mereka ini MAJORITInya TIDAK memihak kepada UMNO/BN kerana ISU-ISU tertentu di Selangor yang mana mereka beKERJA di sini.. Ada UMNO/BN memantau perKEMBANGan ini? 

  • Jika anda ingin menyaksikan bagaimana UMAT Melayu/ISLAM boleh atau cuba diLIBERALkan, maka di Selangorlah tempatnya..
  • Jika anda mahu meROSAKkan UMAT Melayu/ISLAM pun maka ianya akan berMULA di Selangor..
  • Jika anda mahu meMUSNAHkan perkara seperti yang terMAKTUB di dalam PERLEMBAGAAN NEGARA, Selangor jugak tempat UJIKAJI..

Ya.. SEMUAnya akan berMULA di Selangor.. SEMUA orang POLITIK TAHU pasal ini.. Selangorlah tempat di mana 'MARKAS' SEMUA PARTI POLITIK tertumpu bagi meRANCANG STRATEGI masing-masing sebelum diSEBARkan ke NEGERI-NEGERI lain.. IRONInya, PAS ada MARKAS di Taman Melewar, PKR ada MARKAS di Tropicana PJ dan DAP La'anatullah pun MARKASnya di Kajang dan Serdang..

Bagaimana dengan UMNO? KONVENSYEN UMNO Selangor pun kat PWTC? Apa dah jadik dengan BANGUNAN UMNO Selangor? Tak MUAT ke atau pasal MALU?


Apa pun, keMARAHan sudah diLUAHkan.. Memang terLAMBAT tetapi itulah yang mampu diLAKUkan.. Tinggal bagaimana UMNO Selangor sendiri menafsirkan keMARAHan PRESIDEN PARTI sendiri.. Lagi pun, UMNO Selangor memang ada SEJARAH di mana MBnya TIDAK ada yang 'NORMAL' sejak TS Mat Taib lagi.. Ada aje KONTROVERSI dan KEKAL pulak dalam INGATan RAKYAT Selangor sendiri..

Wallahualam.. 

1 comment:

Anonymous said...

Good analysis, however its a micro-scale. What about at a national level?

Please work on the same arguments that Najib is a baggage to UMNO and there are more detriments from his weaknesses and the worst is still trying to lapped the chinese while the anger within the malay majority kept brewing.

Do you really think Tun Dr M would snapped if things are good as it seems?

Ikhlas

Melayu Luar Negara

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS