DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, November 08, 2014

PR akan berKIRA-KIRA untuk meLETAKkan 'BAPOK' sebagai CALON MB Selangor bagi menCABAR UMNO?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

SEDARkah anda kenapa TEGURan dan KRITIKkan diLEMPARkan terhadap UMNO Selangor sejak keBELAKANGan ini? Apakah ianya sekadar untuk menJATUHkan KETUA-KETUA BAHAGIAN berPERUT BUNCIT tapi MALAS nak beKERJA untuk PARTI aje? TIDAK.. Ada BAHAYA yang lebih BESAR sedang menunggu untuk menJAHANAMkan UMAT Melayu/ISLAM di Selangor.. UMNO Selangor sepatutnya MULA diGERAKkan untuk menangkis BAHAYA yang diMAKSUDkan tetapi sampai sekarang tengah TIDUR.. Apakah BAHAYA terhadap UMAT Melayu/ISLAM di Selangor yang diMAKSUDkan itu? Cuba anda INGAT semula kenyataan MB Selangor berikut..



Kalau diFIKIRkan, apa yang diBELA oleh MB Selangor itu boleh menDATANGkan keMUSNAHan kepada UMAT Melayu/ISLAM di Selangor.. Malah, kenyataan itu jugak seakan memBUKTIkan bahawa MB Selangor terIKAT dengan AGENDA PUAK-PUAK ini..


Kenapa pulak UMNO Selangor kena ambil PEDULI? BETUL.. UMNO Selangor ini memang 'LOSER' di NEGERI terSEBUT dan sepatutnya memperSETANkan aje BAHAYA sedemikian.. Jika UMNO Selangor berNIAT sedemikian, kenalah BUANG segala AGENDA perJUANGan Melayu dan memPERTAHANkan ISLAM dalam PERLEMBAGAAN UMNO sendiri.. Lepas tuh, UMNO Selangor atau UMNO NEGERI mana pun kalau nak jadik LIBERAL ke SEKULAR ke WAHABBI ke tak KISAHlah..

Malangnya, UMNO Selangor masih lagi cuba menagih SIMPATI daripada UMAT Melayu/ISLAM walaupun mereka sendiri lebih SIBUK memperJUANGkan AGENDA memBESARkan SAIZ PERUT mereka.. Lebih BURUK lagi apabila ada PEMIMPIN UMNO PUSAT sendiri turut berSEKONGKOL dengan MB Selangor yang terIKAT oleh AGENDA menJAHANAMkan UMAT Melayu/ISLAM ini.. Habis dah JAHANAM..


Sepatutnya UMNO Selangor memBUANG AGENDA memBESARkan SAIZ PERUT sendiri dan menyusun STRATEGI untuk berHADAPAN dengan ANCAMan begini.. Apabila diTEGUR oleh MANTAN PM TUN DR. Mahathir, 'BOSS' UMNO Selangor CEPAT aje MELENTING dan boleh menyalahkan TUN pulak atas keLEMAHan diri sendiri? Wah.. SERONOKla dok BESARkan PERUT!


Apakah 'BOSS' UMNO Selangor tak TAHU ke bila berMULAnya RASUAH dalam UMNO? Kalau nak TAHU bila UMNO mula diLABELkan dengan RASUAH, ianya berMULA apabila orang ini diNAIKkan ke dalam HIERARKI UMNO tanpa ada sebarang JASA dan SUMBANGan yang SIGNIFIKAN kepada PARTI dan NEGARA.. Memadai dengan meLANGGAR kereta ANAK MANTAN PM ke-5 sebelum jadik MENANTUnya..


Walaupun sebelum ini RAKYAT Selangor PEJAM MATA aje dengan KES TS Mat Taib yang kena CEKUP di Australia dulu, kali ini dengan KES di atas diTAMBAH pulak dengan KES DS Khir Toyo lagi, RAKYAT Selangor dah terKOPAK MATA 90 DARJAH dah.. Maka, BAIK UMNO PUSAT dan UMNO Selangor, SEMUAnya dah diLABELkan dengan RASUAH.. Apakah itu pun SALAH TUN DR. Mahathir jugak walaupun beliau dah PENCEN ketika itu? Agak-agak le 'BOSS' UMNO Selangor..


IRONInya, 'PENYAKIT' UMNO Selangor ini memBUATkan segala MANUSIA di Selangor tak KIRAlah WARGA tempatan atau WARGA NEGERI lain MARAHkan UMNO secara keSELURUHan.. WARGA NEGERI lain pulak apabila PULANG ke NEGERI ASAL untuk mengUNDI akan meLUAHkan pulak keMARAHan mereka kepada UMNO di sana.. Walaupun UMNO di sana takde KAITAN pun dengan UMNO di Selangor atau pun UMNO PUSAT.. Tak pasal-pasal keSEMUA diBENCI oleh pengUNDI.. Tak ke MALANGnya UMNO hanya kerana ANGKARA mereka ini?

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

Langkah mengembalikan Bible Bahasa Melayu adalah masalah besar dan malapetaka kepada Umat Melayu Islam. Apakah tujuan ia diterjemahkan keBahasa Melayu? Adakah ia mendapat kelulusan Ulama, Kerajaan, Akta Penerbitan dan Dewan Bahasa dan Pustaka kita? Jgn jadi mcm diIndonesia orang Melayu tetapi penganut Christian. Kita akan hilang Melayu 100% berugama Islam kelak. Jgn dengan mudah memulangkan bible bahawa melayu ini seolah2 tiada kesan dan dosa yg terjadi. Negara ini Islam adalah Ugama Resminya dan jgn lah bermain dgn keistemewaan itu. Islam telah ditegakan beribu2 tahun dahulu. Perang demi perang dilakukan untuk menegakan Ugama Islam oleh Nabi kita. Hari ini kita senang saja melupakannya dgn senang dikuasi oleh teknologi moden bukan dgn pedang dan senjata lagi. Terjemahan dibuat dgn mudah melalui teknologi percitakan dan lisan yang mudah diterbitkan.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS