DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, November 11, 2014

NGO yang pernah diSAMAkan dengan BOKO HARAM ini telah meNAIKkan NAMA NEGARA di PERSADA DUNIA ISLAM..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE! Kita dah LAMA jugaklah PERHATIkan perKEMBANGan NGO ISLAM ini.. Pada MULAnya kita SYAK NGO ini SAMA aje seperti ABIM, JIM atau PUM yang akhirnya akan 'MenJILAT PUNGGUNG' samada 'KETUM' PKR atau pun 'KHALIFAH' DAP La'anatullah.. Alhamdulillah, setakat ini NGO ISLAM ini masih belum lagi terSASAR daripada MATLAMATnya.. Kita berDOA agar mereka KEKAL KOMITED tatkala ISLAM di NEGARA ini terANCAM oleh golongan sebegini..


IRONInya, ISMA telah meMAINkan PERANAN yang amat BESAR dalam SOAL memPERTAHANkan keDUDUKan ISLAM di NEGARA ini.. Malangnya, ada pulak PEMIMPIN UMNO yang JAKI dengan perJUANGan ISMA seperti BEKAS peSALAH POLITIK WANG ini..


HE!HE!HE! HARI ini kita terKEJUT apabila memBACA BERITA bahawa ISMA telah berJAYA mengANJURkan KL-SUMMIT 2014 berTUJUAN untuk memBINCANGkan tentang ISU-ISU dan perKEMBANGan semasa DUNIA ISLAM.. Tak sangka pulak seBUAH NGO ISLAM yang diLABELkan SAMA seperti BOKO HARAM oleh 'BOSS' Pemuda UMNO itu mampu pulak mengANJURkan MAJLIS sebegini.. ->KLIK<-


IRONInya tuh.. ISMA berJAYA pulak menJEMPUT RAMAI TOKOH pemikir dan para CENDEKIAWAN DUNIA ISLAM dari Maghribi, Tunisia, Mesir, Sudan, hingga ke kePULAUan Melayu ini.. Secara JUJURnya kita mengatakan bahawa USAHA ISMA ini terBUKTI meNAIKkan IMEJ NEGARA walaupun tanpa SOKONGan oleh kerajaan.. Ini sedikit seBANYAK mengembalikan NOSTALGIA kePIMPINan TUN DR. Mahathir di mana NEGARA kita ini terKENAL kerana kePRIHATINan terhadap NASIB UMAT ISLAM di seluruh DUNIA.. Kerajaan patut memBERIkan pengHARGAan atas SUMBANGan yang diLAKUkan oleh ISMA ini..

Oh ye.. 'BOSS' Pemuda UMNO yang pernah meLABELkan ISMA sebagai BOKO HARAM tuh apa pulak SUMBANGannya? Eh? Bukan ke dia yang sepatutnya memikul TANGGUNG-JAWAB untuk memPERTAHANkan ISLAM di NEGARA ini pasal dalam PERLEMBAGAAN UMNO sendiri TERANG-TERANG menyatakannya? Kalau NGO yang diSAMAkannya dengan BOKO HARAM itu mengANJURkan MAJLIS sedemikian, dia pulak BUAT apa?


HE!HE!HE! Kalau dah 'LOSER' tuh, BUAT apa pun tetap 'LOSER' jugak.. Namun begitu, inilah dia kePIMPINan BURUK yang diSANJUNGi oleh DS Najib sendiri.. 


Ye la.. Dah DS Najib sendiri pun 'HANGGUK' aje terhadap apa yang dia BUAT? PERCAYA aje apa yang dia KELENTONGkan? Patut le dengan DS Najib, dengan UMNO sekali 'TENGGELAM' aje.. Inilah PADAHnya apabila UMNO sendiri yang BANGANG bila meNAIKkan orang yang takde SIFAT kePIMPINan dan tak pernah pun berada di dalam SAF atau PLATFORM kePIMPINan mana-mana ORGANISASI sebelum berTANDING JAWATAN Naib KETUA Pemuda UMNO dulu.. HARAPkan SIJIL KAHWIN dengan keLULUSan SAINS POLITIK dari KOLEJ dalam OXFORD aje la? Patutlah bukan MAIN CEKAP lagi 'MENYAMUN' PERUNTUKAN berSAMA KAWAN-KAWAN di keMENTERIan..

PerJALANan ISMA sebagai seBUAH NGO ISLAM ini masih JAUH.. Kita PERCAYA bahawa selagi ISMA KOMITED dan sentiasa menyediakan SAF kePIMPINan yang BETUL, NGO ini mampu pergi JAUH.. Kita sebagai UMAT Melayu/ISLAM jugak patut memBERIkan SOKONGan kepada USAHA oleh ISMA ini selagi mereka TIDAK memBELAKANGkan kePENTINGan ISLAM dan Melayu seperti yang mereka sendiri JANJIkan.. SYABAS ISMA kerana berJAYA meNAIKkan NAMA NEGARA ini!

Wallahualam..

12 comments:

Anonymous said...

berdasarkan apa yg terjadi & kelakuan KJ , ia membuktikan Oxford bukanlah menghasilkan orang yg pintar..

yg bodo pun banyak juga..

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dia tak BODOH tapi orang yang PERCAYA dan memBERIkan RUANG kepadanya itulah yang BODOH..

Wallahualam..

Anonymous said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH kita ada ISMA, NGO Islam/Melayu-TULEN yg. sungguh MULIA ini; yg. malangnya DIKEJI dgn. amat JIJIK oleh si pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENAKUT/PENGKHIANAT agama, bangsa dan negara!

Sebab itu MENYAMPAH betul aku si mamat-kari-LIBERAL-galak-BERZUMBA-dan-pakai-stokin-'PINK' itu yg. asyik diPUJA si KAPIRDAJAL EvangeliSStar utk. menjadi bakal TPM, kemudian PM - habislah HANCOQ NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang kita ni!

Itulah, tak semestinya lulusan Univ. omputih oxPOT, lebih bijak bahkan ada yg. jadi lebih BANGANG mcm. yg. berlambak kat Barat! Dahlah tu,perangai bukan main LOGLAG - terhegeh-hegeh mcm. si mamat-mamat Barat-Zionis LOGLAG!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

T'kasih di atas artikel yg. sungguh TAJAM dan BERNAS ini, The Sense!

Makcik Sambal Belacan.

jgn jadi bodoh!!! said...

setuju

Anonymous said...

Aku mmg geli dgn khairi ni....

Harap org umno sendiri yg akan buang dia ni jauh2...

Kalahkan dia dimana2...... jgn beri undi pd kp pemuda lg....

Angkat yg berdarah melayu islam sejati...

Bukan mlayu.liberal zumba bucket ais....

Anonymous said...

betul tu...aku setuju ngan tukang dok peghati tu...sangat sangat setuju...memang setuju betul...cuma nak tambah sikit je...bukan setakat bodoh je...tapi bangang teramat sangat...

aku memang kecewa dgn pemuda umno...terutama ketuanya...dah le pilih setiausaha daripada pihak musuh...tentu tentunya dia akan bagi info kat ketuanya(dap)...kalau islam,melayu,raja raja melayu,umno dihina dicaci...mana suara dia??cuba kalau bangsa,agama,parti lain pulak dikutuk...dia le yg lebih sudu dari kuah...senang cerita dia le pembela pembangkang yg berada didalam umno...


azhar

Anonymous said...

Tibalah masanya ISMA didaftarkan sebagai parti politik pro Melayu Islam utk ganti UMNO...
Ya ISMA..ingat!!
bukan PASMA...

Anonymous said...

ramai pemimpin2 umno yang tak cukup sifat. itu pasal umno semakin layu, semakin lembik dan semakin lemau. dari peringkat pemimpin pemuda sendiri, lemau dalam menghayati perlembagaan umno. lebih faham tentang zumba dan mandi ais berbanding perlembagaan umno. sampai ke peringkat bos pentadbiran, lagi la real dia punya liberal. dah la akta2 penting dimansuhkan, yang ada satu sebagai benteng akhirpun sedang diusahakan untuk dimansuhkan. orang melayu dan orang umno kena bertindak bijak. nak Islam melayu hancur atau singkirkan najib dan kj. rasa aku la, tanpa najib dan kj, umno akan lebih Islamik dan melayu.

Anonymous said...

Pasal apa Najib ambil orang-orang seperti KJ ini yang memang menjahanamkan orang Islam dan Melayu , sudah la masa era Pak Lah pun sudah nampak perangai yang bodoh sombong,UMNO serta Najib kena ditukarkan setuju ISMA jadi parti politik. MCA dan Gerakan tuntut hak Cina, UMNO pun ikut, kesederhanaan apa Najib????

Oshin said...

Kat mana nak Like beribu ribu lemon artikel nih?
Utk makluman, KJ bukan kelulusan dari Oxford University yang gah tu. Dia lulus dari University Oxford Brookes, dari daerah Oxford. Level uni Kj nih mcm bih kurang kolej swasta yg berlambak kat KL nih.
Eksyen aje lebih. Dah la amik bidang yg hampeh.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

En. Oshin, MOHON dijelaskan sekali SUMBER pasal Oxford Brookes itu..

En. Oshin boleh aje LIKE ata SHARE di FB ini.. Ada 'FUNCTION' sedemikian kat bawah setiap ARTIKEL..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS