DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, November 28, 2014

MOHON BANTUan kepada WARGA UMNO di PWTC untuk menolong PESAKIT SEL-SEL OTAK yang TIDAK berHUBUNG ini..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Selain menDENGAR sedikit SELINGAN LAWAK semasa perBAHASan PAU 2014 ini, apa KATA kalau kita turut memBACA jugak TULISan berUNSURkan JENAKA di dalam UTUSAN Malaysia di dalam WAWANCARA dengan seseorang yang kita pernah GAMBARkan yang SEL-SEL OTAKnya TIDAK berHUBUNG.. ->KLIK<-


UTUSAN: Ada bertanyakan mengapa barisan Exco dan ketua pemuda negeri tidak 'seghairah' ketuanya (Khairy) yang kelihatan begitu agresif dan lebih terampil?

KHAIRUL AZWAN: Bagi saya, Pemuda mesti melahirkan peneraju pemikiran (opinion leader) seperti mana KJ yang sendiri telah ke depan bergerak ke arah itu. Jadi, apabila kepemimpinan Pemuda berjaya menghasilkan peneraju ini, mereka sekali gus boleh berhujah dan menjadi nilai tambah untuk parti. Itu yang dimaksudkan era politik progresif.Pemuda era dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dikatakan lebih berketrampilan berbanding Pemuda UMNO sekarang. 


Benarkah telahan ini? Pemuda era sekarang berbeza. Sekarang, ramai anak muda lebih tertarik pada pengisian, iaitu idealisme baharu. Andai kalau Pemuda leka dan tidak mampu mendepani perkara ini, maka mereka (orang muda di dalam dan luar parti) akan memilih parti yang boleh menjiwai mereka. Di sini, saya tidak malu untuk akui bahawa lebih ramai pemuda berada di pihak sebelah sana (pembangkang).


UTUSAN: Barangkali barisan Exco dan ketua pemuda negeri tidak boleh 'mengendeng' atau terlalu bergantung setiap masa pada Khairy yang kelihatan dia sendiri secara solo pun boleh melangkah jauh?

KHAIRUL AZWAN: KJ memang sudah popular. Kita sebenarnya boleh melahirkan lebih ramai KJ. Kalau tidak pun, sekurang-kurangnya hampir menyamai KJ. Jadi, kalau nak lahirkan Pemuda sebegini, kesungguhan untuk berbuat demikian perlu datang daripada pucuk pimpinan. Kalau tidak diketengahkan (ditampilkan) Pemuda contohnya sebagai Senator atau beri sesuatu supaya generasi muda nampak mereka dihargai, saya tidak nampak ada anjakan untuk survival parti.


Dalam hal ini, saya suka sebut tentang peluang dan ruang diberikan untuk Pemuda  mengisi barisan pembuat dasar kabinet, jabatan kerajaan, barisan legislatif dan ahli lembaga pengarah GLC (syarikat milik kerajaan). Kelihatannya ketika ini ia didominasi bekas penjawat awam, ahli politik dan lain-lain yang berusia lebih 50-an. Saya kini berusia 38 tahun dan agak-agaknya bila sampai masanya saya 'berpeluang', saya sudah pun menjangkau umur 50 tahun.  

HE!HE!HE! SEL-SEL OTAKnya masih GAGAL lagi untuk berHUBUNG.. Patutlah 2 HARI lepas Pemuda UMNO lepas aje perSIDANGan pakat HISAP ROKOK kat LALUan BILIK MEDIA tuh.. HISAP ROKOK kat kawasan ber'AIR-COND' dalam BANGUNan? Kalau SEL-SEL OTAK mereka nih berHUBUNG, agak-agak ada ke keSEDARan SIVIK untuk menghalang mereka dari berBUAT demikian? 
Kita patut TANYA kat TS Muhyiddin kenapa KRONIK sangat SEL-SEL OTAK TIMBALAN 'BOSS' Pemuda UMNO ini untuk berHUBUNG? Mungkin TS Muhyiddin patut ULANG semula 'JAWAPAN' yang pernah diSEBUT semasa SESI peRASMIan pemBUKAan perSIDANGan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO 2014?


43. Bagi saya, kita perlu membuktikan bahawa UMNO bukannya sebuah parti yang lesu. UMNO bukannya parti yang mempunyai budaya pak turut, budaya nyanyi, budaya puji, budaya lambung, budaya ampu sana ampu sini. UMNO adalah parti yang berwibawa, parti yang ada idealisme, parti yang ada masa depan, parti pilihan anak-anak muda. Ingatlah, orang muda hari ini tidak suka jadi pak turut. Mereka naik geli dengan budaya ampu. Mereka benci budaya sabo. Mereka tolak budaya cah keting. Jika kita boleh buang semua budaya negatif ini jauh-jauh, saya yakin UMNO akan menjadi parti pilihan orang muda.

46. Saya kadang kala terfikir adakah sudah tidak ada keikhlasan dan kejujuran dalam perjuangan? Adakah sudah tidak ada nilai pengorbanan dalam politik? Adakah pengikut menilai pemimpin semata-mata berdasarkan kemampuan mereka untuk tabur kemewahan? Adakah pemimpin mengukur kesetiaan pengikut berdasarkan harga yang mereka bayar? Bagi saya, budaya ugut dan tabur ini amat bahaya kepada parti kita. Budaya ini akan menyebabkan politik wang berleluasa di dalam parti. Pengikut yang terima wang akan suka. Mereka puji pemimpin yang boleh beri sesuatu kepada mereka. Tetapi jangan kita lupa. Rakyat di luar sana tak suka politik wang. Mereka curiga bila lihat orang politik hidup mewah. Tak setimpal dengan pendapatan. Apatah lagi jika ada yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan. Rakyat akan mula menuduh bermacam perkara yang tidak baik terhadap parti kita. Inilah punca masalah trust deficit atau defisit kepercayaan terhadap UMNO. Jadi, ingatlah. Apa guna kita naik dalam hiraki parti, tetapi rakyat menolak parti kita kerana mereka tidak suka dengan imej dan sikap kita. ->KLIK<-

Oleh itu, kita berHARAPlah kepada SEMUA WARGA UMNO yang berKUMPUL di PWTC itu supaya turutlah SAMA memBANTU memperBETULkan SEL-SEL OTAK TIMBALAN 'BOSS' Pemuda UMNO ini supaya ianya dapat kembali berHUBUNG.. Janganlah asyik nak ber'SHOPPING' aje.. Sekali-sekali patut jugak BUAT KHIDMAT MASYARAKAT dengan memBANTU mereka yang menghadapi MASALAH SEL-SEL OTAK seperti dia tadi.. KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

7 comments:

Anonymous said...

BENCInya aku - tak habis-habis nak ambil peluang MEMBODEK/MENGGERTAK-mcm-SAMSENG oleh si PEMUDA UMNO-LIBERAL ni! Namapak sgt. si timbalanBENGAP-LIBERAL ni tak hayati ucapan YAB TS Muhyiddin kita dgn. penuh KEINSAFAN!

Lihatlah betapa KURANG AJAQ dan ANGKUHnya pemimpin MUDA-LIBERAL dlm. PEMUDA UMNO ni; baru setahun jagung; tapi dok ingat sewenangnya nak RAMPAS kuasa dlm. UMNO sesuka hati; seolah pemimpin yg. lebih tua dan matang dah TAK berguna; kolotlah dan tidak perlu dihargai! Itukah cara mereka MELAYAN mak-bapak/tok-nenek depa?!

Kita TAK mahu pemimpin-LIBERAL-PENGKHIANAT/PENIPU/PENYAMAQ dari si TUA atau MUDA - yg. tamak kuasa-kemewahan sampai sanggup MENGGADAI bangsa/agama/negara; BUKAN sewenangnya nak MENGHINA pemimpin yg. lebih TUA hanya kerana umur dan budaya/pemikiran mereka yg. lebih tradisional/konservativ! Dahlah cakap tak serupa bikin selama ni - si golongan BUDAK-MENTAH-LIBERAL Pemuda UMNO yg. terlalu ANGKUH ini!

Dan masa Konvensyenlah, si Pemuda UMNO termasuk si mamat-kari-LIBERAL-si LAWAK-pakai-stokin-PINK-dan-kaki-ZUMBA/BERDRAMA-kalah-BOLLYWOOD (yg. asyik diPUJA BARUA-BARUAnya termasuk si PENDATANG KAPIRDAJAL EvangeliSStar utk. menjadi bakal TPM, kemudian PM); serta si timbalanROMEO-PENGEPIT-BETINA-KIRI-KANANnya, baru nak berlagak menjadi HERO-kalah-BOLLYWOOD; kerana sebenaqnya nak menutup KEGAGALAN Pemuda UMNO-LIBERAL sendiri selama ni, serta mengalih perhatian kita dari pengaruh-makin-meningkat si LIBERAL-PENKHIANAT ni dlm. UMNO!

Sedgkan NGO-NGO Islam/Melayu yg. asyik dituduh si-PEMUDA/LIBERAL ni sbg. ‘radikal/ekstremis/berhaluan kanan’lah - yg. BERSUSAH-PAYAH ke hulu-ke hilir- termasuk-kat sosial media-dgn.-TANGKAS, termasuk pemimpin/individu pertengahan umur/TUA, yg. MEMPERTAHANkan dgn. amat BERANI dan LANTANG, ISLAM/umatnya serta hak BUMIPUTERA selama ni! Sedangkan si puak muda-LIBERAL yg. KONONnya “generasi-proaktif-X/Y-DIGITAL“ terus TIDOQ/BERZUMBA mcm. biasa bila si ejen-ejen si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan TUAN Barat-Zionisnya, terus MENYERANG bertubi-tubi ISLAM/umatnya yg. termasuk Kesultanan Melayu kita serta hak Bumiputera, kat sosial media!

Lihat KEBIADAPAN PENGEPIT-BETINA ni di -
http://www.utusan.com.my/berita/politik/jangan-swastakan-perjuangan-melayu-1.29667 , Jangan swastakan perjuangan Melayu:Pemuda UMNO akan jadi pejuang sampai bila-bila, 27 November 2014:

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Ahli Pergerakan Pemuda UMNO diingatkan supaya tidak ‘menswastakan’ perjuangan untuk membela Melayu dan bumiputera kepada mana-mana pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, pergerakan tersebut perlu berada di barisan hadapan dan menjadi pejuang kepada Melayu serta bumiputera sampai bila-bila.

Beliau bagaimanapun berkata, Pemuda UMNO akan sentiasa berada dalam nilai-nilai kesederhanaan dan menolak anasir radikal serta ekstremis yang boleh menggugat perpaduan rakyat.

"Saya akan bercakap sampai bila-bila mengenai kesederhanaan kerana saya tidak mahu negara kita akhirnya dipimpin oleh golongan hipokrit yang mengelirukan.....

"Kekeliruan ini menyebabkan persepsi yang disebut oleh Timbalan Perdana Menteri semalam apabila UMNO dilihat begitu lemah dan dipayungi oleh NGO radikal yang seolah-olah kita tidak ada langsung peranan dan tanggungjawab, bukankah selama ini kita mempertahankan kesucian agama Islam dan memperjuangkan untung nasib orang Melayu di negara kita.

“Jangan sekali-kali menswastakan perjuangan untung nasib orang Melayu ini kepada mana-mana pihak melainkan hanya Pemuda UMNO, kita akan menjadi pejuang sampai bila-bila,”......peremajaan parti harus bermula dengan perubahan pemikiran ahli-ahli UMNO dan tidak berada di takuk lama.

Katanya, UMNO perlu bergerak seiring dengan gaya hidup digital yang diamalkan oleh generasi muda sejak hampir 10 tahun lalu.

“Peremajaan parti mesti berlaku dalam konteks peremajaan minda, hal ini tak guna kalau kita mempunyai ramai pemimpin pemuda yang kita ketengahkan tetapi pemikiran kita di takuk lama, pemikiran kolot masih kita amalkan," katanya.

Nenek TUA Sambal Belacan.

penmerhati said...

sibuk je lah..pegi la msk pigeyarr or dapig...

Anonymous said...

Rosak Negara jika ramai KJ & ramai Azwan Bro..

Tengok kat Astro tadi..Azwan bro ni mmg budak2 hingusan sahaja, tiada karisma, body language pun mcm senag kena **W*T

Lawan dgn Nasha tantawi pun belum tentu menang, apa lagi dgn Gobin Deo.

mcm ni bongok pelapis habisla..

Kita perlukan Hero yg bijak tegas & tampa masalah politik komisyen projek..UMNO masih tiada kriteria ini, import dari Isma

Anonymous said...

MUKHRIZ MAHATHIR ADA KETOKOHAN JADI PM.
BUDI PERKERTI YANG BAIK, SEORANG BUDIMAN DAN YANG BERIMAN.
CALON TERBAIK UNTUK NEXT PM.

DENGAR DIA TAK PANDAI ZUMBA, TETAPI GILA ZAPIN, SUNGGUHPUN BUKAN ORANG JOHOR.
ITU CARA NAK PANCING UNDI JOHOR.

Anonymous said...

Umno sekarang ni dipenuhi ahli yang cakap pandai berkata2 mcam keldai,kerja zero mcm lembu....kalau dlm keadaan mcm ni korang masih bongkak,tak mustahil next pru korang berniaga pasar malam pulak lepas ni.....

Anonymous said...

Mcm semua yg komen..
Termasuk aku kotm.
Hahaha

Setakat pki nama Anon jer

Anonymous said...

Sokong Nenek Tua. Saya pun tak uka yang liberal konon nya.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS