DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, January 08, 2010

BAHAYA yang akan menimpa umat Islam jika membiarkan PKR melaksanakan agenda NEO-CON Zionis!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Setakat manakah kita SEDAR tentang BAHAYA besar yang akan menimpa umat Islam di negara ini jika mereka MENYOKONG membuta-tuli amalan Islam LIBERAL dalam PKR? Sedarkah kita bahawa Islam LIBERAL dalam PKR sebenarnya 'DITAJA' atau 'DIBANTU' oleh puak-puak Neo-CON ZIONIS yang pernah mengHANCURkan dan memBUNUH umat Islam di Afghanistan, Iraq dan Palestin? Adakah kita mahu apa yang menimpa mereka di sana akibat gagal memahami Islam berlaku pula kepada kita?

Dalam isu penggunaan nama ALLAH SWT oleh pihak gereja, PKR jelas cuba mengelirukan keadaan dan umat Islam dengan mengambil ayat-ayat Al Quran daripada surah AZ-ZUMAR secara 'SEKERAT-SEKERAT' untuk meng'HALAL'kan tuntutan penerbitan Kristian menggunakan nama ALLAH.. Sedangkan apabila kita membaca TAFSIRAN kesuluruhan surah AZ-ZUMAR, kita akan dapati bahawa mereka cuba 'MENIPU' umat Islam agar membenarkan nama ALLAH SWT digunakan oleh penerbitan Kristian tersebut..

MEREKA HANYA MENGAMBIL TAFSIRAN AYAT ke-38 SURAH AZ ZUMAR SEDANGKAN AYAT ke-3 DAN AYAT ke-4 SURAH AZ ZUMAR JELAS MENYATAKAN ALLAH ITU ESA DAN JELAS BERTENTANGAN DENGAN AJARAN KRISTIAN YANG MENGATAKAN TUHAN MEREKA ADA ANAK?

Inilah muslihat JAHAT puak-puak Neo-CON ZIONIS yang menggunakan fahaman Islam LIBERAL dalam PKR untuk mengHANCURkan umat Islam sendiri!! Kenapa puak-puak PAS yang mengaku lebih ISLAM dari orang Islam lain BOLEH berSEKONGKOL untuk menJAHANAMkan agama Islam itu sendiri? Dah DUNGU sangat ke?

Selain isu penggunaan nama ALLAH SWT, PKR juga cuba membawa fahaman Islam LIBERALnya ke dalam tuntutan QAZAF Penasihat PKR dalam kes LIWATnya.. Tuntutan QAZAF ini bukan menuntut keadilan, sebaliknya LEBIH kepada satu usaha untuk 'MELEPASKAN DIRI' atau 'ESCAPE' selepas KANTOI dengan kes menJUBOR orang!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0108&pub=utusan_malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm&arc=hive

Cuba kita fikir BALIK:-

- Penasihat PKR sendiri 'TAKUT' untuk berSUMPAH MUBAHALAH menafikan melakukan perbuatan menJUBOR orang sedangkan pada masa yang sama dia sibuk dok mempertikaikan sumpah MUBAHALAH 'mangsa'nya..

- Penasihat PKR sendiri 'TAKUT' masuk mahkamah untuk dibicarakan atau membersihkan namanya daripada TUDUHAN menJUBOR orang.. Bukankah dia sendiri yang dok asyik menangguhkan tarikh perbicaraan dengan bermacam-macam tuntutan yang TAK MASUK AKAL?

- Penasihat PKR cuba untuk menafikan bahan-bahan BUKTI seperti DNA, pita rakaman atau pun keterangan SOKONGAN dengan 'MEMPERALATKAN' Tuntutan QAZAF.. Dengan kata lain, dia mahu menuntut agar 'MANGSA' yang diJUBORnya mengemukakan SAKSI yang melihat dengan mata masing-masing perlakuan dia 'MENJUBOR'.. Soalnya, kalau anda 'MENJUBOR' orang, adakah anda akan melakukannya di tempat terbuka dan disaksikan orang?

- Kenapa Penasihat PKR bersungguh sangat untuk memohon Tuntutan QAZAF dalam kes menJUBORnya sedangkan kita semua MAKLUM banyak kes ROGOL dan ZINA di negara ini berjaya diBUKTIkan dan diadili berdasarkan bukti DNA, rakaman video atau audio dan bukti-bukti SOKONGAN lain? Adakah perlu kita membicarakan semula semua kes ROGOL dan ZINA lain yang sudah diselesaikan kerana ingin memenuhi Tuntutan QAZAF?

- Cuba anda FIKIRkan SENARIO sebegini -> jika Penasihat PKR KANTOI dalam Tuntutan QAZAF dan ada beberapa SAKSI menyaksikan dia menJUBOR, agak-agak andalah, ada tak dia akan mintak pulak bukti DNA, rakaman atau BUKTI sokongan lain untuk dia 'MELEPASKAN DIRI' atau 'ESCAPE' dari tuduhan tersebut? Fikir...Fikir....

Ini semuanya menDEDAHkan betapa besar BAHAYA dan betapa terancamnya agama Islam yang kita anuti ini kerana cuba diMANIPULASIkan oleh Penasihat PKR dengan mengikut cara JAHAT puak-puak Neo-CON ZIONIS yang menggunakan fahaman Islam LIBERAL.. Mereka bukannya cuba menegakkan keadilan dalam Islam, sebaliknya cuba memperalatkan Islam itu sendiri demi kepentingan mereka..

Sekarang ini, kita dapat lihat banyak BLOG-BLOG dan media alternatif yang diperalatkan untuk 'MENEGAKKAN BENANG BASAH' atau mengalihkan isu daripada menumpukan kepada kes dia 'MENJUBOR' orang.. Semua ini hanyalah 'FAKE' atau TAKTIK sama seperti mana kes CIA menuduh Iraq menyimpan 'Weapon of Mass Destruction' semata-mata untuk mengHALALkan tujuan mereka untuk menaklukki negara itu.. Inilah TAKTIK JAHAT puak-puak Neo-CON ZIONIS yang di'RECYCLE' kembali oleh PKR!

Untuk itu, seharusnya orang Melayu dan umat Islam yang masih berpegang teguh dan berIMAN kepada agamanya patut BERSATU untuk menentang agenda JAHAT puak-puak Neo-CON ZIONIS menerusi PKR yang cuba mengHANCURkan agama Islam kita! UMNO hampir 'dihancurkan' oleh PESALAH POLITIK WANG dan PAS pulak hampir dilupuskan oleh GENG ERDOGAN yang mana kedua-duanya bersekutu dengan PKR.. Oleh itu, janganlah kita mengulangi keSILAPan mereka..

SEMUAnya terletak pada tanggung-jawab kita sendiri sebagai umat Islam di bumi Melayu ini !!

Wallahualam..

1 comment:

Tam Dalyell said...

Apabila yang kena liwat itu anaknya sendiri, tindakannya tentu lain.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS