DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, January 10, 2010

KDN seharusnya lebih TEGAS dan BERANI mempertahankan ketenteraman NEGARA!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kejadian pembakaran beberapa GEREJA di sekitar ibu kota Kuala Lumpur yang berlaku serentak dengan demonstrasi bantahan umat Islam terhadap isu penggunaan nama Allah SWT oleh sebuah penerbitan Kristian telah mencetuskan suasana yang meRESAHkan ramai penduduk KL dan Petaling Jaya.. Umat Islam sendiri walaupun masih MARAH, namun turut bersama-sama mengutuk serangan ke atas gereja.. Jelas bahawa walaupun dalam kemarahan, sebahagian BESAR antara kita masih RASIONAL dalam isu ini..

Namun, masih berlaku TUDUH-menuduh antara terhadap siapa empunya ANGKARA terhadap kejadian-kejadian tersebut.. Tidak kurang ada pihak-pihak yang menyangka dan melakukan HASUTAN bahawa ini adalah perancangan pihak kerajaan atau UMNO untuk meraih kembali SOKONGAN.. Malah, ada yang berterus-terang bertanyakan sedemikian kepada Perdana Menteri hingga menyebabkan Perdana Menteri memberi teguran KERAS terhadap pihak yang diMAKSUDkan..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0109&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive

SOALnya, setakat manakah pihak Kementerian Dalam Negeri(KDN) peka terhadap perkembangan ini? Sedarkah pihak KDN bahawa bentuk HASUTAN dan FITNAH yang cuba ditaburkan oleh puak-puak ini adalah bertujuan untuk menggugat keHARMONIan negara yang seterusnya akan membuka ruang kepada pihak-pihak asing untuk campur tangan terhadap negara ini? Puak-puak ini BIJAK berselindung disebalik nama 'MALAYSIA' kononnya untuk menampilkan bahawa mereka ini mewakili pandangan rakyat MARHAEN negara ini.. Walhal, puak-puak inilah yang tidak henti-henti cuba menggugat dan menimbulkan ketidak-tenteraman dalam negara ini melalui penulisan berbentuk PROVOKATIF yang menghasut..

KDN sepatutnya sedar jika kegiatan seperti ini dibiarkan tanpa sebarang tindakkan undang-undang, negara ini akan HURU-HARA dan seterusnya akan menyaksikan campur tangan kuasa asing KONONnya atas alasan untuk memelihara keAMANan negara ini.. TIDAKkah pihak KDN cuba belajar dari sejarah terhadap apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan dan negara-negara di Afrika? Apakah kita mahu negara ini menjadi 'MANGSA' seperti negara-negara yang diMAKSUDkan?

Puak-puak ini BIJAK menjalankan AGENDA mereka melalui penulisan berbentuk PROVOKATIS.. Sebut apa sahaja kejadian yang berlaku di negara ini, semuanya ada kaitan dengan puak-puak ini.. Daripada keMATIan saksi SPRM, kematian pencuri kereta, kecurian enjin JET TUDM, tuduhan terhadap para pemimpin negara hinggalah kepada perkara-perkara yang melanggari Perlembagaan Negara dan SENSITIVITI KAUM dan AGAMA, semuanya akan diperSOALkan melalui penulisan PROVOKATIF mereka.. Puak-puak ini sememangnya tidak ada pun keSETIAan terhadap negara ini kerana mereka sudah pun mempunyai tempat di negara LUAR sebagai 'BALASAN' hasil memPORAK-perandakan negara ini.. Bukankah itu yang diterima oleh RPK sekarang ini?

Sampai TAHAP ini pun kita hairan kenapa KDN masih 'KEBERATAN' untuk berTINDAK.. Sedangkan penulisan PROVOKATIF puak-puak ini boleh dibaca hatta di kedai buku mamak sekali pun! Itu belum lagi yang ada dalam Internet.. Dengan KATA lain, puak-puak ini BEBAS menghasut hingga ke peringkat rakyat bawahan tanpa sebarang kawalan atau tindakkan oleh KDN.. Malah, apa yang memeranjatkan ialah penulisan PROVOKATIF puak-puak ini boleh diBUKUkan dan diTERBITkan dengan mendapatkan kelulusan KDN sendiri?

Kalau mereka 'menyerang' TOKOH atau INDIVIDU tertentu, kita sebagai RAKYAT tak kisah pasal kita TAHU sudah tentu TOKOH atau INDIVIDU yang dimaksudkan akan ambil tindakkan mahkamah terhadap puak-puak ini.. Namun, bagaimana pulak sekiranya penulisan PROVOKATIF puak-puak ini menyentuh dan 'MENYERANG' Perlembagaan Negara atau SENSITIVITI sesuatu kaum atau agama? Setakat mana PEMANTAUAN dilakukan oleh pihak KDN sedangkan pihak KDN sendiri yang memberi kebenaran penerbitan bercorak sedemikian?

KeRISAUan ini kita SUARAkan pasal kita tahu Menteri yang jaga KDN ini keupayaannya agak meragukan.. Semasa dia jadik Ketua Pemuda UMNO dahulu, dia dilihat 'MEMBIARKAN' sahaja 'MALAUN' PeSALAH POLITIK WANG bermaharajalela dan mencemari UMNO dengan POLITIK WANG, jadik apakah yang kita boleh harapkan jika orang yang sama ini mengetuai KDN? Sedangkan KDN dan agensi-agensi seperti PDRM dan SPRM hari-hari di'PROVOKE' dijatuhkan MARUAH oleh puak-puak yang diMAKSUDkan melalui penulisan PROVOKATIF mereka tanpa sebarang pembelaan?

Kalau Menteri-Menteri KDN 40 tahun dahulu TEGAS memerangi ancaman KOMUNIS, Menteri KDN sekarang hunus KERIS pun terus MINTAK AMPUN bila 'disergah'? COME'ONla... Menteri KDN kan keturunan pengasas UMNO dan pejuang yang menentang Malayan Union tahun 1946 dahulu?

Wallahualam..

4 comments:

AntiHipokrit said...

Menteri KDN BAPOK

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE!

Tak baik kata dia gitu..

Kita cuma mintak dia lebih BERANI seperti Ayahnya atau Datuknya.. Itu aje..

Wallahualam..

siapalaubeelan? said...

Nampaknya orang Melayu telah alpa dengan kemenangan yang kita capai dengan kemerdekaan dari orang British 50 tahun lalu.

Badan2 Melayu tidak cekap dan tidak berwaspada dan mengharapkan baik budi Melayu di balas dengan kebaikan.

Cara dunia bukan begitu. Sama ada kita memerintah atau kita di jajah.

Dalam kes Lau Bee Lan ini UMNO cuai kerana membenarkan mubaligh Kristian menetapkan kes yang memalukan dan menghina orang Melayu.

Tauhid Allah itu dipermainkan. Hanya dengan mengooglekan nama Lau Bee Lan kita boleh baca perempuan Cina ini adalah penyebar ugama Katholik Kristian! Dia mengambil 15 hari cuti untuk mengajar Bible!

https://satdthinks.blogspot.com/2009/03/

Maka orang PAS Melayu pun memuji-muji keberanian perempuan Cina ini menentang Kerajaan UMNO dan Agung dan memutar belitkan Perlembagaan.

Walhal Lau Bee Lan adalah musuh Islam sebagai penyebar Kristian!

Tak ada sesiapa dalam Kerajaan yang sedar dan peduli? Kalau di US, dia sudah diprofil sebagai pengganas ugama.
Jika Lau Bee Lan ini kenal rapat Pakiam maka isu ini sudah dirancang.
Lau Bee Lan mempunyai kepentingan sebagai penyebar bible untuk meluluskan usul Pakiam menyaman kerajaan sedangkan ia diluar bidang kuasa hakim.

Begitu juga Pakiam dan Lawerence adalah penyokong kuat DAP!

Guna ISA lah dia orang ni subversive.

Siapa Lau Bee Lan? said...

Nampaknya orang Melayu telah alpa dengan kemenangan yang kita capai dengan kemerdekaan dari orang British 50 tahun lalu.

Badan2 Melayu tidak cekap dan tidak berwaspada dan mengharapkan baik budi Melayu di balas dengan kebaikan.

Cara dunia bukan begitu. Sama ada kita memerintah atau kita di jajah.

Dalam kes Lau Bee Lan ini UMNO cuai kerana membenarkan mubaligh Kristian menetapkan kes yang memalukan dan menghina orang Melayu.

Tauhid Allah itu dipermainkan. Hanya dengan mengooglekan nama Lau Bee Lan kita boleh baca perempuan Cina ini adalah penyebar ugama Katholik Kristian! Dia mengambil 15 hari cuti untuk mengajar Bible setiap tahun!

https://satdthinks.blogspot.com/2009/03/

Maka orang PAS Melayu pun memuji-muji keberanian perempuan Cina ini menentang Kerajaan UMNO dan Agung dan memutar belitkan Perlembagaan.

Walhal Lau Bee Lan adalah musuh Islam sebagai penyebar Kristian!

Tak ada sesiapa dalam Kerajaan yang sedar dan peduli? Kalau di US, dia sudah diprofil sebagai pengganas ugama.
Jika Lau Bee Lan ini kenal rapat Pakiam maka isu ini sudah dirancang.
Lau Bee Lan mempunyai kepentingan sebagai penyebar bible untuk meluluskan usul Pakiam menyaman kerajaan sedangkan ia diluar bidang kuasa hakim.

Begitu juga Pakiam dan Lawerence adalah penyokong kuat DAP!

Guna ISA lah diaorang ni subversive.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS