DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, April 28, 2010

BN sebenarnya hampir TIADA kawasan SELAMAT yang boleh menang majoriti 10 ribu undi


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Terlebih DAHULU, izinkan BLOG ini melahirkan RASA bangga yang teramat kerana berjaya meRAMALkan dua perkara berikut semasa PRK Hulu Selangor baru-baru ini dan ternyata RAMALAN ini menjadi kenyataan dan selari dengan ANALISA politik tentang keputusan PRK tersebut..

RAMALAN pertama adalah tentang BAHAYA pengundi bukan Melayu KHUSUSnya pengundi Cina yang mengundi ikut SENTIMEN perkauman..

http://sensecredaccountability.blogspot.com/2010/04/amaran-awal-jika-mca-dan-gerakan-kurang.html

RAMALAN kedua adalah tentang jentera PAS akan melakukan upacara 'PENGAMPUNAN DOSA' oleh Pok Nik 'Alaihissalam' terhadap calon PKR di Hulu Selangor..

http://sensecredaccountability.blogspot.com/2010/04/dedahkan-kemungkaran-pas-atau-umat.html

Walaupun mungkin KELIHATAN seperti SYOK SENDIRI, namun jika anda teliti ANALISA tentang PRK Hulu Selangor dalam akhbar-akhbar perdana, ada akan dapati persamaan analisa tersebut dengan apa yang diTULIS terlebih dahulu.. TEPUK!TEPUK!TEPUK!

Namun demikian, ANALISA ini jugak menDEDAHkan tentang BN sebenarnya TIDAKlah terlalu selesa atau sudah kembali KUKUH seperti sebelumnya.. Kemenangan BN menerusi calon MIC dengan majoriti 1725 undi TIDAKlah boleh diBANGGAkan sangat jika kita mengambil KIRA faktor bahawa Parlimen Hulu Selangor adalah KUBU kuat BN sebelum ini.. Malah, TIDAK keterlaluan kalau dikatakan bahawa BN sudah TIADA lagi 'KERUSI SELAMAT' yang mana biasa dimenangi dengan majoriti BESAR sekitar 10 ribu undi..

Cubalah cari kerusi atau kawasan pengundian yang dimaksudkan di negara ini.. Carilah di Sabah, Sarawak atau Johor.. Sukar untuk menemuinya.. INI jugak menandakan bahawa BN tidak boleh terlampau YAKIN untuk PRU ke-13 kelak.. BN wajar mencari STRATEGI yang AMPUH untuk menangani keadaan ini.. Jika calon 'PARACHUTE' PKR yang bukan anak tempatan mampu mendapat hampir separuh undi di Hulu Selangor, apa akan JADI jika PKR menurunkan calon tempatan? Hanya keDUNGUan Penasihat PKR semasa memilih calon SEBENARnya telah menyelamatkan BN di Hulu Selangor..

KeSILAPan BN adalah kerana terlampau memBIARkan MCA, MIC dan Gerakan mengikut rentak isu-isu perKAUMan yang dimainkan oleh PKR dan DAP.. Sementara UMNO pulak sibuk bertanding dengan PAS untuk menunjukkan siapa lebih LIBERAL hingga mengabaikan undi orang Melayu Islam.. INI mewujudkan satu 'keKOSONGan' yang melahirkan satu bentuk pola pengundian yang TIDAK memihak kepada BN atau PKR sebaliknya menjadi faktor penentu kepada pemenang antara BN atau PR di sesuatu kawasan pengundian.. Pola pengundian ini jelas sekali berasaskan tentang siapa yang menjadi CALON di kawasan tersebut.. Seperti dalam PRK Hulu Selangor, oleh kerana calon bukan anak tempatan makan POLA pengundian ini telah memihak kepada BN..

Pola pengundian INI majoritinya diDOMINASI oleh golongan pengundi MUDA yang cenderung untuk menzahirkan satu bentuk perubahan.. Dalam keadaan sekarang, perubahan yang mereka mahukan berdasarkan kepada banyak FAKTOR.. Sentimen, isu perkauman, agama, calon dan isu semasa banyak mempengaruhi mereka.. BN seharusnya PEKA dengan dan selalu berdamping dengan golongan INI jika mahu MENANG besar.. Malangnya, ada SATU FAKTOR yang cukup BESAR membuatkan golongan INI masih menolak BN iaitu faktor POLITIK WANG dalam parti..

Dengan BAHASA MUDAHnya, BN atau lebih tepat lagi UMNO diTOLAK oleh golongan INI kerana masih menyimpan PESALAH POLITIK WANG dalam parti.. INI menyebabkan golongan INI beranggapan mereka diperMAINkan jika pada masa yang sama BN mengatakan mereka menolak POLITIK WANG menerusi media.. BN atau UMNO jangan sesekali cuba memperBODOHkan golongan yang sebahagian BESARnya jauh lebih berpelajaran berbanding sesetengah pemimpin BN sendiri KHUSUSnya dari Pemuda UMNO! Jika tidak, sejarah PRU tahun 2008 pasti berulang..

Wallahualam..

1 comment:

Halim Tuah said...

saksikan ceramah saya di PRK Hulu Selangor di http://www.youtube.com/watch?v=4omw9YYzd6Q

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS