DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, April 18, 2010

SAYA pun Melayu -> Tapi TONGGANG arak, sokong orang menJUBOR dan berSAHABAT dengan orang yang bersekedudukan?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

SAYA PUN MELAYU..

TETAPI,

SAYA MELAYU YANG MINUM ARAK..

SAYA MELAYU YANG MASUK MAHKAMAH KERANA KES 'MENJUBOR' LELAKI

SAYA MELAYU YANG SOKONG YB AMOI YANG JALANG BERSEKEDUDUKAN DENGAN MELAYU..


Apa nak jadik dengan para pemimpin PKR nih? Sebegitu MUDAH mereka mengatakan PERKARA-PERKARA di atas adalah 'RINGAN' dan patut dianggap sebagai ISU PERIBADI sendiri.. Itu pun bila dijadikan CALON untuk mewakili PKR, pandai PULAK nak kata "Saya Melayu, saya Islam, saya berIMAN" dan sebagainya..

Apabila CALON PKR sendiri mengakui bahawa dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama, INI jugak sebenarnya mengHINA dan cuba memperlekehkan orang Melayu yang jadik pengundi di Hulu Selangor.. INI jugak sekaligus menunjukkan bahawa PKR meletakkan MORAL seseorang CALON mereka tidak penting pun.. RAKYAT sebaliknya seolah-olah WAJIB memberikan UNDI mereka kepada calon PKR walaupun PERIBADI mereka begitu BUSUK sekali.. HAKIKATnya, inilah fahaman LIBERALISME yang cuba diTERAPkan oleh ZIONIS dan Yahudi NEO-CON yang menjadi RAKAN KARIB Penasihat PKR menerusi partinya INI!

Apabila calon PKR Parlimen Hulu Selangor mengatakan "Itu cerita lama.. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah.. Saya dah minta maaf dengan ALLAH SWT", NAMPAK sangat dia memperSENDAkan agamanya sendiri(kalau dia masih ISLAMla..)..Apakah DIA yakin ALLAH SWT telah mengAMPUNkan DOSAnya? Apakah dia jugak KONONnya menerima WAHYU macam MB Kelantan, Pok Nik 'Alaihissalam' bahawa DOSA TONGGANG ARAKnya telah diAMPUNkan? Adakah fahaman LIBERALISME sebegini yang menganggap memang keWAJIBan Tuhan untuk mengampunkan hambaNYA cuba diTERAPkan pulak olehnya dalam agama Islam agar menjadi IKUTAN pengikutnya?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm

INI sebenarnya bukan perkara BARU.. Sebelum INI pun kita memang tahu.. Kerja meLIBERALkan dan mengHAPUSkan AKIDAH serta IMAN orang Islam yang dilakukan menerusi PKR ini mudah diJALANkan kerana mendapat BANTUAN Lebai-Lebai SESAT dari PAS! Kita memang TAHU bahawa Lebai-Lebai SESAT jadik ahli PAS bukan kerana Islam pun.. Sebaliknya kerana keJAHILan mereka yang beranggapan bahawa dengan menyertai PAS, mereka akan diLIHAT lebih ISLAM dari orang ISLAM lain.. Memang itulh ajaran PRAKTIKAL yang diterapkan dalam PAS turun-temurun.. Dengan memperKUDAkan PAS, mudahlah PKR menJALANkan agenda LIBERALISASI seperti yang dikehendaki oleh ZIONIS dan Yahudi NEO-CON untuk meLEMAHkan dan mengHAPUSkan ISLAM itu sendiri..

Sebab ITUlah kita LIHAT begitu MUDAH Lebai-Lebai SESAT dalam PAS membela peMINUM arak, 'penJUBOR' jantan dan orang yang bersekedudukan dalam PKR.. Ini kerana keJAHILan diri mereka sendiri yang SUKAR lagi nak diperbetulkan.. Melainkan mereka keluar dari PAS, pisahkan diri dari POLITIK dan kembali mengamalkan ajaran Islam sebenarnya yang berlandaskan AKIDAH, syariat serta KASIH-sayang sesama umat.. Soalnya adakah Lebai-Lebai SESAT dalam PAS tuh mahu melakukan sedemikian? Adakah seorang PENAGIH CANDU atau peMINUM ARAK tegar boleh berubah jika mereka berterusan melakukan perbuatan yang diLARANG oleh ALLAH SWT?

Pengakuan calon PKR ini sebenarnya adalah suatu TRAGEDI kepada orang Melayu Islam di negara INI.. Seorang yang berkeINGINan menjadi Wakil Rakyat seharusnya ada INTEGRITI, berAKHLAK, berIMAN dan ada sifat PENYAYANG terhadap rakyat atau pengundi.. TIDAK kiralah samada mereka dari PARTI mana pun, seharusnya mereka menunjukkan sifat-sifat yang diNYATAkan.. Malangnya, orang Melayu Islam TIDAK diberi PILIHAN yang seMOLEKnya untuk memilih pemimpin.. Parti-parti POLITIK hanya mahukan UNDI Melayu Islam tetapi TIDAK pulak menunjukkan sifat-sifat seorang pemimpin Melayu Islam yang TULEN..

Calon PKR ini jugak diLIHAT cuba memBOHONGi rakyat dengan mengatakan "Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak HIPOKRIT, apa yang silap, silaplah".. Dia tidak HIPOKRIT? Seseorang yang dijulang begitu TINGGI hingga diberi jawatan Menteri dalam kerajaan BN dan kemudiannya berPALING tadah dan diberikan pulak keISTIMEWAAN oleh PKR untuk bertanding di tempat orang boleh pulak MENGAKU kata DIRInya tidak HIPOKRIT? Kalau tidak HIPOKRIT, tarik DIRI ajelah? Pasal semua orang NAMPAK dia nih bertanding nak PANGKAT atau JAWATAN aje!

Sifat HIPOKRIT adalah sifat LAZIM orang POLITIK tak kiralah dalam BN atau PR.. Samalah jugak dengan mengatakan "Saya pun Melayu" tapi pernah TONGGANG ARAK? -> Tak NAK ke sesiapa 'SEBAT' dia sebelum diAMPUNkan? HE!HE!HE!

Wallahualam..

3 comments:

Anonymous said...

JANGAN KERANA PERKARA LAMA MENJADI ISU UNTK KESENANGAN SENDIRI..INGT KITE MANUSIA LAGI2 HAMBA ALLAH MEMANG ADA KEKURANGAN TAPI JGN TINGGALKAN AGAMA,TOLAK AGAMA,HINA AGAMA,TOLAK HUKUM ALLAH,HINA ULAMAK..PATUT PADA ORANG2 YANG BEGITU DITIMBULKAN ISU,RASUAH,ROGOL ANAK DARA ORANG,MENJATUHKAN MARTABAT ORANG MELAYU,BERSEKONGKONG DENGAN ISRAIL(APCO)TENGOK BALIK ISU2 ITU....BUMI MAKIN TUA..KIAMAT MAKIN DEKAT..TAUBAT LAH KAMU..

Anonymous said...

BETUL TU...MANUSIA BOLEH BERTAUBAT..TAUBAT NASUHA

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Begitu SENANG berdalih dengan mengatakan itu PERKARA lama dan sebagainya BILA tepat kena BATANG HIDUNG sendiri..

Begitu senang suruh orang berTAUBAT sedangkan selama INI diri sendiri PAKAR membuat segala macam KEMUNGKARAN?

Siapa yang patut berTAUBAT?

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS