DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, June 25, 2010

ISU Biasiswa JPA dan Biasiswa MARA:- Ini dia si BALACI yang tak faham ISU sebenar..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Adalah LUMRAH melihat BALACI meng'COVER' perilaku 'BOSS'nye.. Terutamanya BALACI yang tahap OTAI dan sanggup meniarap atas LUMPUR agar 'BOSS'nya dapat PIJAK atasnya tanpa memijak LUMPUR.. Bukan senang nak cari BALACI tahap begini.. Hanya orang-orang POLITIK tertentu sahaja yang memPUNYAi BALACI tahap begini.. Terutamanya orang-orang POLITIK yang mampu menyediakan PROJEK atau KONTRAK untuk BALACInya.. Lebih kurang macam 'DOWNLINE' bisnes MLM jugaklah.. HE!HE!HE!

Oleh itu, TAK kira apa ISU pun si BALACI ini tetap akan membela 'BOSS'nya selagi dia merasakan 'BOSS'nya dapat mengUNTUNGkannya dalam mengejar keKUASAan POLITIK.. Isu terbaru tentang pemberian biasiswa JPA menyaksikan 'BOSS'nya cuba membela Ketua Pemuda MCA yang mengaitkan kuota biasiswa JPA dengan biasiswa MARA telah memberikan PELUANG amat berHARGA untuk si BALACI ini TUMPANG SEKAKI..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0625&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm

Walaupun JELAS takde SEBAB pun untuk si BALACI ini TUMPANG SEKAKI, tapi demi memBUKTIkan tahap keBALACIannya tidak perlu diragui oleh 'BOSS'nya, maka dia pun buatlah kenyataan membela 'BOSS'nya itu..

Kita TAK nafikan FAKTA bahawa mungkin 'BOSS'nya antara pihak yang KONONnya mula-mula memperTIKAIkan KUOTA biasiswa JPA, tetapi si BALACI ini mungkin cuba menyembunyikan FAKTA bahawa orang yang mengubah KUOTA biasiswa JPA ini pada Julai 2008 TIDAK lain TIDAK bukan adalah kerajaan BAPAK MERTUA 'BOSS'nya sendiri yang jadik PM masa tuh.. Jadik, tak PAYAHlah berLAKON baik sangat.. MELUAT orang tengok..

Malah pada tahun 2008 tuh 'BOSS' dia tengah GIAT berKEMPEN untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO, jadik TAK HERAN langsung kalau dia mendapat PUBLISITI sedemikian rupa pun oleh MEDIA!


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0713&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm

TETAPI itu kenyataan 'BOSS'nya dua TAHUN dulu.. Sebelum dapat jawatan Ketua Pemuda UMNO walaupun dengan melakukan keSALAHan POLITIK WANG.. Bila DAH dapat jawatan, lain CERITA la!

Apabila Ketua Pemuda MCA membuat kenyataan tentang ADAkah biasiswa MARA akan turut diKURANGkan seperti mana kuota Bumiputera untuk biasiswa JPA, kenyataan ini mengundang keMARAHan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.. Menurut petikan The Star'

Dr Wee also asked whether the Mara scholarship programme for bumiputra students would be scrapped together with the PSD scholarships. "If the Government is only doing away with the PSD scholarships but retain the Mara scholarships, this will not be in line with the 1Malaysia concept that the Government is promoting," he said..

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/16/nation/6480034&sec=nation

BACA kot mana pun adalah jelas kenyataan di atas menyatakan bahawa Biasiswa MARA dikatakan TIDAK selaras dengan KONSEP 1 MALAYSIA.. Patutlah Datuk Ibrahim Ali MARAH sangat..

Yang PELIKnya, si 'BOSS' kepada BALACI ni pulak beriya-iya membela Ketua Pemuda MCA KONONnya atas alasan dia hanya ingin menyatakan bahawa biasiswa JPA itu adalah satu-satunya peluang untuk pelajar bukan bumiputera mendapat biasiswa daripada kerajaan.

"Jadi dia kata, apakah perasaan masyarakat bumiputera sekiranya biasiswa dan pinjaman Mara ini ditarik balik,"

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Jadik, anda NILAIkan sendiri petikan Akhbar The STAR dan UTUSAN di atas.. Adakah si 'BOSS' PESALAH POLITIK WANG ini cuba memperBODOHkan orang atau sememangnya graduan SAINS POLITIK dari OXFORD ini BODOH KAYU dalam Bahasa Inggeris? Patutlah dia ANTI sangat dengan PPSMI! Yang LUCUnya tuh, adakah si BALACI kepada 'BOSS' PESALAH POLITIK WANG ini faham ISU sebenar atau sememangnya dia nih kategori BENGAP pasal KOT la dia FAHAM kenyataan dalam Bahasa URDU?

Samada si 'BOSS' PESALAH POLITIK WANG, si BALACI yang BENGAP atau Ketua Pemuda MCA yang nak saman The STAR pasal diKAITkan dengan PKFZ, rasanya mereka INIlah 'THE DIRTY POLITICIAN' yang jelas menCEMARkan konsep 1 MALAYSIA - Jadik, adakah PM kita INI sedar siapa yang meMUSNAHkan kerajaannya INI dari DALAM?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS