DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, June 03, 2010

Lebai PAS marah kat Israel tapi bila akhbar Israel tabalkan Penasihat PKR jadik PM Malaysia, SOKONG pulak? Adakah PAS = ZIONIS?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semua orang ISLAM marah dengan tindakkan rejim Israel menceroboh dan memBUNUH para AKTIVIS yang ingin menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.. Namun, dalam pada SEMUA pihak dok menzahirkan BANTAHAN melalui kecaman, KUTUKkan dan demonstrasi,ada jugak sesetengan PIHAK seperti Lebai PAS yang masih cuba NAK kaitkan keGANASan Israel dengan kerajaan khususnya dalam isu APCO.. Kita TIDAK nampak apa kaitan antara APCO dengan keGANASan Israel tetapi kita NAMPAK dengan JELAS bagaimana Israel cuba 'MENAJA' Penasihat PKR yang amat diSOKONG oleh Lebai PAS sebagai PM Malaysia..

Lebai PAS kalau bab berkait dengan Israel bukan MAIN lagi suka untuk memBURUKkan kerajaan.. Seolah-olah macam la selama ini Lebai PAS pergi ke Palestin dan berjuang di sana? Kalau IMBAS balik masa Perang Iraq ke 2 dahulu, adala Lebai PAS seperti Mahfuz Omar yang KONON-kononnya nak ke sempadan Iraq untuk memantau perkembangan peperangan.. Sudahnya, diorang semua PAKAT melepak kat Dubai sambil 'memantau' dari sana.. Habis semua DUIT DERMA buat belanja Lebai PAS LEBUR semata-mata nak bagi puak-puak nih MAKAN angin! KAH!KAH!KAH!

Dari situ aje kita DAH nampak bagaimana betapa TIDAK mampunya Lebai PAS untuk menggunakan OTAK dan AKAL yang Allah SWT anugerahkan untuk berFIKIR.. Sebab itu jangan HARAPla Lebai PAS ni tampil berjuang demi umat ISLAM.. Pasal akhirnya, diorang SOKONG jugak orang yang diTONJOLkan oleh ISRAEL sebagai PM Malaysia?

http://www.jpost.com/Home/Article.aspx?id=95655

Kenapa Lebai PAS semacam menyorokkan PERKARA ini sedangkan isu APCO yang sebenarnya tidak pun menggugat pentadbiran NEGARA dikempen bermati-matian? Jerusalem Post adalah akhbar berpengaruh di ISRAEL samalah seperti New York Post untuk US, Straits Times untuk Singapura dan The Guardian untuk UK.. Dengan KATA lain, ISRAEL jelas cuba menonjolkan siapa yang LAYAK jadik PM Malaysia pada MATA mereka dan Lebai PAS yang DUNGU pulak berMATI-matian menyokong ISRAEL?

Kalau diTELITI balik isu APCO, jelas nampak sekali lagi Lebai PAS diperBODOHkan dek Penasihat PKR demi kepentingan POLITIKnya.. Siapakah individu yang dikatakan oleh Penasihat PKR mengusahakan hubungan antara Kerajaan Malaysia dengan APCO? JAWABnya Ketua Pemuda UMNO pesalah POLITIK WANG merangkap menantu PM ke-5 melalui Ethos Consultant..

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_b111a50f-7f000010-1d956ad0-3e5698fa

Apakah pulak HUBUNGAN Ketua Pemuda UMNO pesalah POLITIK WANG dengan Penasihat PKR? Bukankah Ketua Pemuda UMNO pesalah POLITIK WANG inilah yang terhegeh-hegeh menjadi pengHANTAR pasport kepada Penasihat PKR semasa dibebaskan tahun 2005 dahulu? Sedangkan masa tuh dia bukan pegawai KDN atau pun pegawai Imigresen? Dengan KATA lain, hubungan mereka berdua sudah WUJUD sekian LAMA dan dalam isu APCO ini mereka berDUA berLAKON dengan BAIK untuk memperBODOHkan Lebai PAS yang sememangnya BODOH sejak azali lagi..

Jadik kot mana KENCING Lebai PAS ni semua, adalah JELAS mereka sanggup bersekongkol dengan ISRAEL untuk meMUSNAHkan negara Islam satu demi satu.. Apabila Penasihat PKR merangkap PM yang ditaja oleh ISRAEL ingin mewujudkan 2,3 jawatan TPM, ini adalah bertujuan untuk meLEMAHkan sesebuah negara agar terperangkap dengan peREBUTan kuasa tanpa henti.. Apakah PELUANG Malaysia untuk menjadi negara Islam contoh masih wujud jika terperangkap dengan peREBUTan kuasa? Apakah lagi yang tinggal untuk orang Islam? Bukankah itu HAJAT sebenar ISRAEL yang diRELISASIkan oleh Lebai PAS yang BODOH?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS