DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, August 26, 2011

Antara nasib umat ISLAM di NEGARA ini dengan nasib umat ISLAM di NEGARA lain ketika Ramadhan..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita SEDIH perTUMPAHan darah sesama umat ISLAM pada bulan Ramadhan tidak jugak berhenti seperti di Libya, Syria, Afghanistan dan jugak di Iraq.. Kita jugak SEDIH di kala sebahagian umat ISLAM berbuka puasa dan membeli-belah untuk Aidilfitri, umat ISLAM di Somalia terpinggir di landa MUSIBAH bencana ALAM hingga menyebabkan krisis kebuluran paling teruk sejak 60 tahun di NEGARA tersebut.. Di Xinjiang, China pulak, kerajaan KOMUNIS China cuba melarang ibadat PUASA umat ISLAM di sana.. Di manakah suara umat ISLAM untuk membela dan melindungi saudara-saudara seAGAMA mereka di serata dunia ini?

DiBERITAkan KORBAN angka perang saudara di Libya sudah mencecah 20 ribu orang.. ->KLIK<-

Ada yang menjadi KORBAN di muncung senjata sesama saudara seAGAMA, ada jugak yang mati KATAK akibat diBOM oleh 'pengGANAS' NATO yang mengAPI-APIkan perang saudara ini.. Yang nyatanya, mengHANCURkan sebuah NEGARA dan mengambil NYAWA sebahagian besar RAKYAT jauh lebih mudah daripada memBANGUNkannya dan meMAKMURkan RAKYAT.. Pemimpin Libya, Muammar Ghadaffi walaupun sebelum ini terKENAL dengan penentangan terhadap rejim ZIONIS di Palestin tetapi diBENCI oleh Pak-Pak Arab negara JIRANnya sendiri.. Jelas sekali Ghadaffi akan menerima nasib seperti Saddam Hussein jugak akhirnya..

Somalia yang mana sebelum ini terkenal kerana kegiatan meLANUN sebahagian kecil RAKYATnya dan tragedi 'Black Hawk Down' pulak diancam kebuluran yang DAHSYAT.. Namun demikian, adakah kita menDENGAR sebarang kempen BANTUAN secara besar-besaran oleh NEGARA-NEGARA Arab berhampiran seperti Arab Saudi, UAE, Kuwait dan lain-lain? Jika ada pun, bantuan yang diSALURkan hanyalah secara individu atau kumpulan-kumpulan KEBAJIKAN yang kecil.. Adakah ianya mampu menampung setiap MULUT yang kebuluran di Somalia? Sedangkan Pak-Pak Arab tu pulak MEWAHnya bukan main lagi bila nak MAKAN?

IRONInya, Somalia yang berHAMPIRan dengan negara-negara Arab yang KAYA di Semenanjung Arab hanya mampu TELAN air LIUR melihat saudara seAGAMA terDEKAT mereka berlumba-lumba memBINA pencakar LANGIT.. Malah, tidak keDENGARan jugak ulama-ulama di sana mengeluarkan FATWA meminta umat ISLAM di negara masing-masing memBANTU RAKYAT Somalia sedangkan kalau bab meMINTA menJATUHkan kerajaan-kerajaan di Libya dan Syria, beREBUT-REBUT ulama-ulama di sana nak berFATWA? Inilah 'TREND' ulama LAPARkan DARAH yang cuba diCONTOHi oleh Pak-Pak Lebai PAS dan para WAHABBI di NEGARA kita!

Bagaimana pulak dengan penindasan terhadap umat ISLAM di Palestin dan Xinjiang, China? Adakah sesiapa di kalangan umat ISLAM tampil membantu? Atau adakah mana-mana kumpulan pembela HAK ASASI manusia di NEGARA ini bangkit berDEMONSTRASI menyuarakan BANTAHan? Bukankah ini yang sepatutnya menjadi agenda kumpulan pembela HAK ASASI manusia di NEGARA kita berbanding berDEMONSTRASI memperTAHANkan pemimpin POLITIK yang 'menJUBOR' dan berZINA? Bukankah HAK ASASI manusia yang diTINDAS inilah yang patut diBELA, bukannya HAK ASASI manusia yang nak MURTAD dari agamanya atau HAK ASASI kumpulan MINORITI yang terGANGGU dek bacaan AL QURAN waktu Subuh semata-mata kerana mereka ini masih nak 'memBUTA'?

NASIB umat ISLAM di negara ini sebenarnya jauh lebih BAIK berbanding di Somalia, Libya, Iraq, Palestin atau pun Xinjiang..

- Ketika anak-anak Libya bimbang tubuh badan mereka diCEDERAkan oleh peluru atau BOM, anak-anak kita pulak sibuk nak menCEDERAkan diri sendiri dengan MERCUN BOLA!

- Ketika penduduk Libya dan Somalia mengosongkan bandar-bandar mereka kerana peperangan dan kebuluran, umat ISLAM di NEGARA ini pulak memenuhi jalan-jalan RAYA hingga larut MALAM semata-mata nak ber'SHOPPING' meraikan Hari Raya hinggakan semalam pukul 11 malam pun jalan masih 'JEM' di KL!

- Ketika umat ISLAM di sana jadik PAPA kedana akibat peperangan dan bencana ALAM, kita pulak menJADIkan alasan tak dapat bantuan ZAKAT untuk 'mengHALALkan' pergi ke gereja KONONnya nak mintak BANTUAN? HE!HE!HE!


Kita tidak pernah berSYUKUR.. Jauh sekali untuk berSYUKUR di atas segala RAHMAT Allah SWT terhadap kita.. Bayangkan kalau suatu hari kelak Allah SWT menguji kita dengan menJADIkan orang yang bijak memperALATkan agama demi POLITIK sebagai pemimpin? Sedangkan tanpa pengeTAHUan kita, orang itulah yang diRAKAM berZINA dengan amoi Cina dan menyepahkan 'air mani berDNAnya' ke dalam dubur budak 'Coffee BOY'nya? Adakah Allah SWT masih akan melimpahkan RAHMAT kepada kita jika masih memilih orang sebegini sebagai pemimpin yang mana kita turut sama 'MENYALAK' bersama-sama para PENYOKONGnya yang KONON-KONONnya 'Lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain'? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS