DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, August 08, 2011

Kenapa AGAKnya ahli-ahli POLITIK Melayu/ISLAM di negara ini suka terBURU-BURU buat keputusan?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita terSENYUM membaca kenyataan TS Muhyiddin dalam Utusan Malaysia hari ini yang menyatakan Malaysia ini banyak DERMAWAN.. ->KLIK<-

Kita jugak terSENYUM apabila membaca keSUDIan Presiden PAS untuk turun berJUMPA pihak gereja bagi menDAPATkan penjelasan berHUBUNG isu serbuan JAIS ke dalam gereja tersebut atas DAKWAan terdapat usaha meMURTADkan umat ISLAM menerusi majlis berbuka PUASA.. ->KLIK<-

LUCU dan sememangnya LUCU.. Dalam keadaan negara kita yang diKATAkan banyak DERMAWAN tetapi masih ada umat ISLAM terpaksa ke gereja untuk berbuka PUASA? Jika atas dasar PRIHATIN sekali pun, apakah perlunya pihak gereja mengajak umat ISLAM yang malang itu gereja? Apakah tidak boleh diTONJOLkan kePRIHATINan tersebut di luar gereja sedangkan umat ISLAM boleh menunjukkan kePRIHATINan yang sama terhadap orang bukan ISLAM tanpa perlu pun mengajak mereka ke MASJID? Itulah yang patut diTANYA oleh Presiden PAS dan rombongannya yang mahu 'MENGADAP' pihak gereja nanti.. Jangan LUPA pulak!

Dalam sebuah NEGARA yang masyarakatnya MAJMUK seperti Malaysia, sikap terBURU-BURU membuat keputusan amat perlu diJAUHi.. Ahli-ahli POLITIK kita cenderung berSIKAP sedemikian terUTAMAnya apabila menyentuh perkara-perkara yang terMAKTUB di dalam Perlembagaan Persekutuan.. Akan sampai suatu MASA nanti apabila mereka meNILAI Perlembagaan Persekutuan secara terBURU-BURU demi menjaga kePENTINGan POLITIK pihak bukan ISLAM, kita akan dapati orang Melayu/ISLAM di negara ini akan menerima NASIB seperti mana orang Uighur di wilayah Xinjiang seperti berikut.. ->KLIK<-

Orang POLITIK kita memang HEBAT dalam bab bermain LIDAH untuk menyejukkan HATI depan RAKYAT.. Hakikatnya, bukan semua RAKYAT mampu diSEJUKkan hati mereka.. RAKYAT pada hari ini bukan lagi kelompok BODOH yang boleh dikerah ke jalan-jalan RAYA seperti mana pada 9 Julai lalu.. RAKYAT yang berDIAM diri dan menilai keadaan semasa jauh lebih RAMAI daripada segelintir BAHLOL yang diMAKSUDkan.. RAKYAT inilah yang akan berTINDAK mengGUNAkan HAK mereka menerusi peti UNDI dan jari berBIOMETRIK masing-masing pada PRU-13 kelak.. Oleh itu, SAYUGIA diINGATkan kepada ahli-ahli POLITIK agar pandai-pandailah menyusun KATA agar tak nampak BODOH di mata RAKYAT..

Ahli-ahli POLITIK Melayu/ISLAM kita sebenarnya sering melakukan TINDAKkan terburu-buru yang AKHIRnya menyebabkan keRUGIan pada diri mereka dan parti mereka sendiri.. CONTOHnya, kita masih ingat lagi bagaimana PPSMI di MANSUHkan tanpa ALASAN kukuh sebaliknya hanya kerana terIKUT-IKUT dengan NAFSU 'Pak JANGGUT Sasterawan NEGARA' yang KONONnya mengaku pejuang BAHASA tetapi terBUKTI sanggup meLACURkan perjuangannya ikut selera POLITIK.. Hari ini pihak yang memBUAT keputusan sedemikian mengAKUi pulak penguasaan Bahasa Inggeris para pelajar masih diTAKUK lama.. ->KLIK<-

Sedangkan kalau PPSMI dilaksanakan dengan BETUL dan TERTIB, kita yakin para pelajar bukan sahaja mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan BAIK, malah BONUSnya mereka jugak dapat meMAHIRkan diri dengan istilah MATEMATIK dan SAINS yang berguna untuk melahirkan MODAL INSAN berdaya SAING kepada NEGARA ini.. Akibat terBURU-BURU ikutkan HASUTAN 'Pak JANGGUT Sasterawan NEGARA', nasihat NEGARAWAN yang 21 tahun lebih memBANGUNkan NEGARA diketepikan begitu sahaja.. RAKYAT jugak yang jadik MANGSA akibat sikap terBURU-BURU ahli POLITIK kita yang dok PERASAN lebih BIJAK setiap masa!

Sepatutnya ahli-ahli POLITIK terUTAMAnya di pihak kerajaan seHARUSnya tidak terBURU-BURU dan berPANDANGan jauh dalam memBUAT keputusan.. ZAMAN PM ke-5 yang menyaksikan bagaimana penTADBIRan NEGARA diTADBIR secara terBURU-BURU dan melalui pemikiran OTAK singkat sudah berlalu.. RAKYAT sentiasa menilai CERDIK atau TIDAK seseorang pemimpin mengeLUARkan kenyataan dalam sesuatu ISU.. Dalam pada pemimpin POLITIK di pihak kerajaan dok sibuk nasihatkan RAKYAT supaya tidak berTINDAK terBURU-BURU, ada BAIKnya mereka jugak mengAMBIL nasihat yang SAMA untuk diri sendiri! Sikap terBURU-BURU dan GELOJOH mereka bukan sahaja memBINASAkan diri mereka sendiri, malah NEGARA jugak tidak terKECUALI!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS