DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, August 25, 2011

Seorang PROFESIONAL yang masuk PAS untuk cari keREDHAan Allah SWT sebaliknya akan jumpa keSESATan dan keTAKSUBan sahaja..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Seseorang yang betul-betul PROFESIONAL dalam BIDANGnya sentiasa akan meLETAKkan PROFESIONALISME dirinya di hadapan.. Jika dia seorang SAINTIS, dia akan meLETAKkan profesionnya sebagai SAINTIS untuk menolak fakta-fakta SAMPAH atau fakta-fakta yang tidak berDASARkan pemBUKTIan secara SAINTIFIK.. Oleh itu, sudah tentu SUKAR untuk seseorang yang berpegang TEGUH dengan PROFESIONALISME dalam sesuatu BIDANG cuba menyembunyikan fakta-fakta SAINTIFIK semata-mata kerana mematuhi penDIRIan parti POLITIKnya..

Mungkin itulah yang berlaku apabila Dr Che Rosli Che Mat, MP PAS Hulu Langat yang jugak seorang SAINTIS Nuklear menDEDAHkan sikap keterlaluan sekutu Lebai-Lebai PAS dalam PKR berhubung isu pemBINAan kilang memPROSEN Nadir Bumi LYNAS di Kuantan.. Dia mengatakan,

"Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya"

Selanjutnya, dia menambah pulak

"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin. Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah." ->KLIK<-

Kenyataan Dr. Che Rosli ini sekaligus memBERIkan MALU besar kepada MP Kuantan dari PKR yang meMAINkan isu pemBINAan kilang LYNAS ini secara keterlaluan.. Ianya jugak sekaligus memBUKTIkan bahawa bagi seseorang yang terPELAJAR dan PROFESIONAL, faktor fahaman POLITIK seharusnya dibakul-SAMPAHkan jika ianya bertentangan dengan ETIKA dan kePAKARan mereka dalam sesuatu bidang.. Kita ingin mengucapkan SYABAS kepada Dr. Che Rosli jika dia benar-benar KONSISTEN berPEGANG dengan kenyataannya ini.. Sememangnya itulah yang harus menjadi pegangan mereka yang terPELAJAR dan PROFESIONAL walaupun mereka menceburkan diri dalam POLITIK..

Kita tidak tahu apakah Lebai-Lebai PAS masih mengANGGAP Dr. Che Rosli sebagai ASET atau LIABILITI kepada parti mereka selepas dia membuat kenyataan berKENAan isu LYNAS ini.. Pada kita, seharusnya Dr. Che Rosli dianggap sebagai ASET walaupun dia mengenepikan fahaman POLITIKnya semata-mata kerana ingin bercakap atas dasar PROFESIONALISME berdasarkan FAKTA.. Soalnya, adakah Lebai-Lebai PAS akan melihat dia sedemikian rupa selepas ini?Sedangkan kalau kita bandingkan dengan NEGARA luar seperti India, mantan Presiden India bernama A.P.J Abdul Kalam pun asalnya adalah seorang SAINTIS Nuklear?

Pada kitalah, Lebai PAS hanya mahukan orang terPELAJAR atau PROFESIONAL sebagai 'CARMOUFLAGE' untuk memperBODOHkan RAKYAT aje.. KONON-KONONnya, PAS bukanlah sebuah parti yang berOREINTASIkan agama ISLAM semata-mata sebaliknya cuba menyeimbangkan faktor AGAMA dengan keMODENan berlandaskan SAINTIFIK.. Sedangkan, kalau diLIHAT hierarki kePIMPINan Lebai PAS sendiri, nampak sangat ianya diDOMINASIkan oleh manusia kategori BAHLOL! Cuba kita lihat HIERARKI kePIMPINan PAS daripada Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.. Ada 2 kategori ULAMA tetapi ada 3 kategori 'FOOL-LA-MAK'?

Presiden PAS dan salah seorang Naib Presidennya adalah kategori ULAMA.. Sebaliknya bagaimana pulak dengan Timbalan Presiden dan baki dua orang Naib Presidennya? Nak kata ULAMA pun bukan, nak kata PROFESIONAL pun tak ada apa pun sumbangan berbentuk ILMIAH yang boleh diRUJUK? Abe Sabu pernah dicekup berKHALWAT dan diKAITkan dengan lesapnya duit derma tragedi Memali? MP Pokok Sena pulak satu DUNIA tahu dia bukannya ada sijil SPM pun? Din Pudu pulak cuma bekas pegawai kewangan di MUI Bank sebelum masuk POLITIK sepenuh masa? Jadik, apa yang nak diKATAkan sebagai PROFESIONAL atau terPELAJARnya mereka nih semua?

Cuma satu aje daya TARIKkan yang ada pada PAS hingga dapat meperDAYAkan golongan PROFESIONAL dan terPELAJAR kepada parti ini iaitu faktor agama.. PAS ternyata berjaya menDAKYAHkan KONONnya mereka 'Lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain' hinggakan berapa RAMAI sudah golongan PROFESIONAL dan terPELAJAR yang kurang menDALAMi agama ISLAM terPERANGKAP hingga menyertai PAS.. Hakikatnya, ISLAM Lebai-Lebai PAS itu tak ada BEZAnya pun dengan orang lain.. Malah mungkin lebih TERUK berbanding Al Arqam kalau pun tak menyamai ajaran Ayah Pin kerana tahap keTAKSUBan mereka kepada para peMAKAN gaji BUTA yang diangkat macam Dewata RAYA langit ke-7 seperti Pok Nik 'ALAIHISSALAM'!

Sebab itulah kita sering terBACA tuntutan untuk menyeIMBANGkan ilmu DUNIA dan AKHIRAT baik dalam AL QURAN mahu pun dalam HADIS.. KeGAGALan menDALAMi kedua-dua ilmu ini hanya akan memBUKA ruang kepada keSESATan melampau hingga ke TAHAP seperti menyertai PAS! HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS