DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, October 22, 2011

GADAFFI's DEATH - Why the non-ARAB Muslim NATIONs should AVOID learning ISLAM & DEMOCRACY from the BLOOD-thirsty ARABs..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sempena HIMPUNan Sejuta Umat yang akan berlangsung beberapa JAM lagi, kita INGIN mengajak anda SEMUA meLIHAT kembali saat-saat keJATUHan beberapa pemimpin ISLAM di Mesir, Tunisia, Yaman dan terbaru di Libya.. Apa yang ingin kita mahu anda FIKIRkan ialah berapa LAMA lagi umat ISLAM mampu berTAHAN dalam memperTAHANkan ajaran agama ISLAM itu sendiri yang semakin diANCAM oleh musuh-musuh ISLAM menerusi apa yang diKATAkan KONON-kononnya seruan DEMOKRASI? Tidakkah kita SEDAR hari ini DEMOKRASI sedang diperGUNAkan oleh musuh-musuh ISLAM untuk memBUNUH ISLAM itu sendiri?

Secara PERIBADI kita hanya mampu mengatakan Muammar Ghadaffi diBENCI oleh RAKYATnya sendiri kerana sikap DIKTATORnya dan terlampau LAMA memerintah Libya.. Mungkin jika Ghadaffi mengambil SIKAP seperti Tun Dr. Mahathir yang bersara bila tiba MASAnya, dia pasti tidak akan diBUNUH secara KEJAM.. Adalah jelas pemBUNUHan Ghadaffi telah menJADI bahan MOMOKkan di media-media pro-Barat mengatakan ISLAM itu agama keGANASan.. Ini kerana seperti yang diLAPORkan, Ghadaffi sendiri sudah terTAWAN dan dalam ISLAM menegaskan TAWANan yang sudah menyerah KALAH tidak wajar diBUNUH seperti amalan Rasulullah SAW sendiri di dalam setiap peperangan yang disertai Baginda..

Walaupun Pak-Pak Arab meRAIkan pemBUNUHan terhadap Ghadaffi tetapi sebenarnya tidak ada APA pun yang harus diBANGGAkan, apatah lagi untuk mengatakan keMATIan Ghadaffi dilihat dapat menyumbangkan sesuatu yang SIGNIFIKAN kepada ISLAM pada hari ini.. Walaupun diBENCI oleh rakyat Libya dan ramai pemimpin BARAT yang berPAKSIkan ZIONIS Neo-CON, Ghadaffi terkenal sebagai penentang KERAS negara HARAM Israel dan turut menyumbangkan BANTUAN kepada penduduk ISLAM di Selatan Filipina, Selatan Thailand dan banyak lagi NEGARA yang mana penduduk ISLAM adalah MINORITI.. Sesuatu yang boleh diKATAkan jarang diLAKUkan oleh Pak-Pak ARAB yang KAYA dengan duit minyak..

Kita bukanlah menolak FAKTOR keDIKTATORan yang menyebabkan Ghadaffi diBENCI.. Namun demikian, keBODOHan Pak-Pak ARAB ini sangat menJELIKkan dan perlu diJAUHi oleh umat ISLAM lain yang bukan berbangsa ARAB.. Kenapakah Pak-Pak ARAB ini memilih perTUMPAHan DARAH untuk menJATUHkan rejim-rejim yang tidak diSUKAi mereka? Dalam KONTEKS Libya, DARAH yang diTUMPAHkan oleh Pak- Pak ARAB ini ialah DARAH saudara mereka yang seAGAMA dan seBANGSA dan dibantu oleh tentera KAFIR seperti NATO dan Perancis.. Tengok kot mana sekalipun jelas sekali TINDAK-tanduk Pak-Pak ARAB ini adalah HARAM di sisi ISLAM.. Tentera KAFIR ini sudah tentu MAHUkan BALASan dala bentuk 'EMAS HITAM'.. Sebab itulah negara ISLAM seperti Libya dan Sudan menJADI sasaran mereka..

Namun, kalau kita SOROTi balik sejarah ISLAM selepas keWAFATan Rasulullah SAW yang menyaksikan pemBUNUHan Sayidina Othman Al Affan, Sayidina Ali bin Abu Talib dan CUCU Baginda Rasulullah SAW iaitu Sayidina Hussin bin Ali, memang tak diNAFIkan Pak-Pak ARAB ini adalah bangsa yang LAPARkan DARAH dan sanggup berbuat apa sahaja asalkan NAFSU mereka dipenuhi.. Bukankah Pak-Pak ARAB ini asalnya bangsa JAHILIYYAH yang sanggup menanam hidup-hidup anak perempuan mereka sebelum keDATANGan ISLAM? Hari ini Pak-Pak ARAB telah kembali kepada zaman JAHILIYYAH hanya kerana inginkan DEMOKRASI yang diSEMAIkan oleh musuh-musuh ISLAM menerusi Facebook, BLOG dan banyak lagi..

Sudah tentu ada 'TANGAN-tangan GHAIB' yang meRENCANAkan SEMUA pertumpahan DARAH di kalangan umat ISLAM ini.. Benazir Bhutto, Rafiq Hariri, Saddam Hussein dan terbaru Ghadaffi adalah MANGSA kepada OBJEKTIF mereka yang lebih besar terhadap umat ISLAM itu sendiri.. Sedangkan dipihak mereka anda meLIHAT bagaimana pemimpin yang tidak diSUKAi diTUMBANGkan dengan cara lebih berTAMADUN tanpa perTUMPAHan DARAH samada melalui undi atau pun REFERENDUM.. Dalam KONTEKS Pak-Pak ARAB hari ini, mereka memBUNUH sesama sendiri kerana perBEZAan fahaman POLITIK walaupun pemimpin tersebut tidak bersekongkol dengan MUSUH sedangkan Yahudi ZIONIS memBUNUH Yitzhak Rabin kerana dia mengGAGALkan matlamat ZIONIS sendiri..

Oleh itu, umat ISLAM di Malaysia wajar berWASPADA dan saling mengINGATi tentang usaha untuk mengHAPUSkan umat ISLAM atas nama DEMOKRASI.. KeWUJUDan agenda 'TANGAN-tangan GHAIB' menerusi kePIMPINan parti-parti POLITIK tertentu di NEGARA ini patut diLIHAT sebagai petanda AWAL untuk meMUSNAHkan umat ISLAM di NEGARA ini.. Selain itu, pengGUNAan Facebook, Twitter dan BLOG harus diperHALUSi dan diUSAHAkan agar ianya menJADI senjata 'COUNTER' kepada musuh-musuh ISLAM tersebut.. Kita jugak sepatutnya mula SEDAR dan menolak untuk mengANGGAP Pak-Pak ARAB lebih faham tentang ISLAM berbanding kita.. Sudah tiba masanya kita pulak jadi umat ISLAM contoh..

Sepatutnya kita MULA mengHENTIkan pengHANTARan pelajar kita ke negara-negara ARAB secara berANSUR-ANSUR kerana kita sendiri memPUNYAi fasiliti yang CUKUP BAIK untuk belajar tentang agama ISLAM di NEGARA ini.. Malah, kita boleh sahaja menJEMPUT guru-guru mereka sebagai TENAGA pengajar? Budaya LAPARkan DARAH Pak-Pak ARAB di sana perlu diJAUHi dari dibawak masuk ke NEGARA ini melalui Lebai-Lebai PAS dan KADER-kadernya.. Kesempatan terBAIK menerusi HIMPUNan Sejuta Umat ini harus menJADI platform bukan sahaja untuk memBERIkan keSEDARan tentang ANCAMAN yang dihadapi oleh umat ISLAM di NEGARA ini dan CABARAN di masa hadapan agar kita menjadi NEGARA ISLAM contoh..

Wallahualam..

3 comments:

Anonymous said...

The comment was well said (written).

Anonymous said...

Everybody will die one day dont celebrate anybodys death. Dont be like the stupid Arabs....behave like an animal...very unislamic behavior!!! Memalukan Islam dan jangan hantar lagi anak2 kita ke negara Arab for further studies...betul kata tuan blog, negara kita apa kurang.....biar mereka belajar dalam malaysia jer jimat kos.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Tengok perangai Pak ARAB kat tempat kita pun dah tau apa..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS