DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Thursday, October 20, 2011

Datuk Zul Nordin DEDAhkan betapa berDOSAnya Lebai-Lebai PAS fitnah Tun Mahathir selama ini berhubung HUDUD..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Hari ini MP Kulim - Bandar Baharu Datuk Zul Nordin menDEDAHkan di Parlimen tentang betapa PINCANGnya undang-undang HUDUD yang diGUBAL dek Lebai-Lebai PAS semasa mereka menDAPAT kuasa di Terengganu sekejap pada TAHUN 1999.. KePINCANGan yang diDEDAHkan Datuk Zul Nordin ialah berKENAan Seksyen 14 Enakmen Janayah Syariah, Qisas dan Takzir yang diDAKWAnya mengatakan tidak SALAH untuk seorang SUAMI 'menJUBORi' isterinya.. Menurutnya,

"Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang dari syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah (dalam) Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.

Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki...kita faham lah itu... atau di antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur. Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata 'selain daripada isterinya'. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu (bermakna) tidak liwat dalam hudud PAS ini,
", ->KLIK<-


Dalam KONTEKS perUNDANGan, setiap patah perKATAan harus diTELITI dan diKENAL pasti MAKSUDnya sebelum diGUNAkan sebagai bahasa dalam sesuatu Enakmen atau Akta PerUNDANGan.. Jika terSALAH tulis, tidak mustahil akan ADA keSALAHan yang 'diLEPASkan' atau yang tidak berSALAH pulak akan diHUKUM.. Kalau tak PERCAYA, Lebai-Lebai PAS boleh meRUJUK kepada Pengerusi DAP yang jugak peguam BELA utama Penasihat PKR dalam kes 'menJUBOR'nya kali ini.. Bukankah itu yang menJADIk MODALnya selama ini dalam setiap PROSIDING di mahkamah? Bukankah menCARI keSALAHan dari sudut TEKNIKAL termasuk dalam konteks pengGUNAan bahasa di dalam sesuatu Enakmen atau Akta? HE!HE!HE!

Datuk Zul Nordin sebenarnya berTINDAK betul menDEDAHkan kePINCANGan Lebai-Lebai PAS ini.. Untuk lebih jelas kepada Datuk Zul Nordin, kePINCANGan HUDUD Lebai-Lebai PAS ini sebenarnya pernah tersiar dalam Malaysiakini seperti berikut.. ->KLIK<-

Untuk menambahkan lagi 'kePEDASan' betapa Lebai-Lebai PAS ini sebenarya JAHIL sangat-sangat tentang hukum-hukum ISLAM seperti HUDUD, QISAS dan Ta'azir.. Kita ingin mengINGATkan Datuk Zul Nordin bahawa antara INDIVIDU yang turut sama menambah kePINCANGan tersebut ialah seorang mantan Ketua Hakim NEGARA yang 'KENYANG' dengan duit Ex-Gratia pemBERIan PM ke-5 walaupun dia sebenarnya diPECAT kerana mengHINA YDP Agong..->KLIK<- dan ->KLIK<-

Mungkin Datuk Zul Nordin patut berTANYA kat si TUA yang sebenarnya berOTAK SEKULAR tuh kenapa Enakmen Janayah Syariah, Qisas dan Takzir PINCANG sedemikian rupa! HE!HE!HE!

Seperti yang kita TEGASkan sebelum ini, HUDUD sebenarnya hanyalah MAINAN POLITIK Lebai-Lebai PAS untuk kekal berKUASA seperti Pok Nik 'ALAIHISSALAM'.. Selama ini pun yang berSUNGGUH-sungguh meMAINkan isu HUDUD hanyalah Lebai-Lebai PAS yang amat-amat meMUSUHi Tun Dr. Mahathir seperti mantan Ketua Hakim NEGARA dan Pok Nik semata-mata kerana DENDAM POLITIK mereka.. Sebab itulah Datuk Zul Nordin tidak perlu pun membuat kenyataan sebegini di Parlimen,

"Bila saya check (periksa) balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud PAS. Ada percanggahan jelas, isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi,"

Tun Dr. Mahathir awal-awal lagi dah SEDAR bahawa HUDUD ini diperGUNAkan Lebai-Lebai PAS untuk memBERIkan gambaran KONONnya beliau menolak ISLAM sedangkan beliau awal-awal lagi dah TAHU keTIDAK-upayaan Lebai-Lebai PAS untuk meLAKSANAkan Hukum Allah SWT ini dengan seADIL-adilnya seperti di dalam Al QURAN.. Yang kita KESALkan ialah betapa BANYAKnya DOSA Lebai-Lebai PAS memFITNAH Tun Dr. Mahathir sedemikian RUPA selama ini berhubung isu HUDUD ini? Sedangkan yang nyata berlaku tidak ADIL lagi ZALIM dan tidak LAYAK untuk menjadi peLAKSANA kepada Hukum Allah SWT ini ialah Lebai-Lebai PAS sendiri!

Jika TIDAK, kenapa Lebai-Lebai PAS tidak mengHUDUDkan Timbalan Presiden mereka yang pernah diTANGKAP berKHALWAT di bilik 121 Hotel Perdana KB atau mengHUDUDkan sekutu mereka iaitu Penasihat PKR kerana GAGAL meNAFIkan dirinya sebagai 'LELAKI Y' dalam video SEKS dan jugak 'penJUBOR' yang DNAnya ada dalam JUBOR bekas pembantu PERIBADInya sendiri? Sudah tentu Datuk Zul Nordin yang jugak BEKAS Peguam Penasihat PKR sendiri TAHU kenapa Lebai-Lebai PAS enggan berbuat demikian! Tak gitu? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS