DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, October 05, 2011

Kenapa pengamal UNDANG-UNDANG memBISU bila dia mengHINA mahkamah?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

LOGIK tak bagaimana seseorang yang diBUKTIkan sebagai 'LELAKI Y' kerana DNAnya sama dengan DNA dalam JUBOR seorang mangsa JUBOR asyik menyalahkan pihak yang sedang memBICARAkan KESnya di mahkamah? Kalau diRASAkan mahkamah di NEGARA ini tidak ADIL, kenapa tak ambik SUAKA POLITIK melalui Yahudi ZIONIS yang jadik KAWAN baiknya dan tinggal di NEGARA seperti US atau di Eropah? Bukankah mereka SUDI menerimanya? Oh ye.. Mungkin di NEGARA-negara sedemikian, dia TIDAK mungkin berPELUANG untuk memperBODOHkan RAKYAT di sana bagi mencapai cita-cita menjadik PM kot?

Kita KATAkan sedemikian kerana Penasihat PKR tak pernah berhenti menyalahkan para HAKIM di NEGARA ini apabila membuat keputusan yang tidak memihak kepadanya.. Soalnya di SINI, kenapakah kenyataan Penasihat PKR yang menuduh WUJUDnya campur-tangan POLITIK apabila mahkamah memBUAT keputusan tidak memihak kepadanya tidak pulak diANGGAP sebagai mengHINA mahkamah? ->KLIK<-

Ini yang PELIK dan bermain di dalam fikiran RAKYAT.. Apakah tidak boleh diambil TINDAKan mengHINA mahkamah terhadap kenyataan Penasihat PKR sedemikian RUPA? Atau adakah Peguam Negara dan Menteri yang jaga undang-undang terlampau LEMBAB untuk berTINDAK kerana sebab-sebab tertentu?

Kita RASAlah, ini bukan kali pertama Penasihat PKR telah melakukan keSALAHan mengHINA mahkamah.. Dah banyak KALI dah.. Usahkan semasa KEMPEN PRK yang lepas-lepas, malahan boleh kata setiap kali ada PELUANG dia berCAKAP atau mengULAS berKENAan kes 'menJUBOR'nya, akan ada ayat-ayat seperti KONSPIRASI POLITIK, campur tangan POLITIK dan sebagainya yang sePATUTnya boleh diTAFSIRkan sebagai kenyataan mengHINA mahkamah.. Soalnya, kenapa TIDAK ada pihak yang berTINDAK khususnya daripada Badan KeHAKIMan sendiri untuk mengambil TINDAKan sewajarnya? Tidakkah ini dilihat menJEJASkan KREDIBILITI sistem keHAKIMan di NEGARA ini apabila orang yang sedang diBICARAkan BEBAS berkata sedemikian?

RAKYAT sering diMOMOKkan KONONnya undang-undang tidak mengenal SIAPA.. Malangnya dalam KES Penasihat PKR ini, nampaknya seakan-akan undang-undang pun KENA 'pilih BULU' jika hendak diLAKSANAkan.. Apakah ISTIMEWAnya Penasihat PKR ini sehingga Badan keHAKIMan di NEGARA ini 'pilih BULU' untuk berTINDAK? Selain berMASALAH kerana DNAnya dijumpai dalam JUBOR orang dan kerana GAGAL memBUKTIkan dia adalah 'LELAKI Y' yang beROMEN dengan amoi Cina dalam sebuah RAKAMan VIDEO milik 'DATUK T', RAKYAT tidak nampak pun apa keISTIMEWAan untuk mengHALANG mahkamah mengambil TINDAKkan terhadapnya? Kot la yang sebenarnya buat campur tangan POLITIK tuh bukan kerajaan sebaliknya dia dan kePIMPINan partinya sendiri?

Dalam KONTEKS yang sama, kita tertanya-tanya apakah RELEVANnya BAR COUNCIL yang langsung tak berFUNGSI apabila berlaku keSALAHan mengHINA mahkamah khususnya oleh Penasihat PKR dan sekutunya? Apakah keWUJUDan BAR COUNCIL itu hanya untuk mengGALAKkan lagi keSALAHan sebegini oleh ahli-ahli POLITIK pihak PKR+PAS+DAP? Sebaliknya mereka PANTAS menJATUHkan HUKUMan tanpa BICARA sekiranya ianya diLAKUkan oleh pihak kerajaan atau mereka yang tidak sehaluan fahaman POLITIK dengan PKR+PAS+DAP? TIDAKkan BAR COUNCIL wajar diBUBARkan jika mereka berTERUSan mengAMALkan 'DOUBLE Standard' yang jelas memperBODOHkan kemampuan RAKYAT untuk berFIKIR soal mencari keADILan?

Siapa sebenarnya yang menCEMARi Badan keHAKIMan NEGARA dengan POLITIK? Adakah kerajaan seperti yang diDAKWA atau Penasihat PKR dan KUNCU-kuncunya? Tanda tanya ini akan terus berMAIN di FIKIRan RAKYAT selagi tidak ada TINDAKkan diambil terhadap pihak yang mengHINA mahkamah seperti Penasihat PKR.. Adakah keENGGANan pihak yang diMAKSUDkan untuk berTINDAK kerana adanya TEKANAN atau 'UGUTAN' mungkin dari pihak LUAR? Jika demikian, apa gunanya diWUJUDkan segala macam KLAUSA undang-undang di NEGARA ini jika perLAKSANAannya terpaksa mengikut keadaan atau kehendak pihak-pihak terTENTU? Apakah GUNAnya memBAZIRkan duit CUKAI daripada RAKYAT untuk memBAHASkan dan mengGUBAL undang-undang di Parlimen jika perLAKSANAannya kena 'pilih BULU'?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS