DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, October 19, 2011

Lebai-Lebai PAS nak tunggu JEMPUTan 'ISTIMEWA' Pengerusi BERSIH 2.0 untuk menyertai Himpunan SEJUTA Umat?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dengar CERITAnya hari Sabtu ini di Stadium Shah Alam akan diADAkan HIMPUNan SEJUTA Umat yang berTUJUAN untuk mengHIMPUNkan jutaaan umat ISLAM bagi menyuarakan BANTAHan dan meLAHIRkan keBIMBANGan berhubung usaha beberapa PIHAK untuk meMURTADkan umat ISLAM.. Ini sebenarnya USAHA yang bagus dan sekaligus patut diLIHAT sebagai langkah perMULAan untuk menyatukan umat ISLAM sekurang-kurangnya dalam mengHALANG agenda musuh-musuh ISLAM yang ingin meMUSNAHkan umat ini.. Soalnya, sejauh manakah USAHA sebegini disambut?

Kita mendapat KHABAR pulak bahawa Lebai-Lebai PAS yang sepatutnya SENSITIF dengan isu MURTAD ini menolak keHADIRan mereka pada hari berKENAan.. ALASAN mereka KONONnya HIMPUNan SEJUTA Umat ini diperalatkan mana-mana pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan SUASANA tegang di antara KAUM.. ->KLIK<-

AIK? Tidakkah USAHA untuk meMURTADkan umat ISLAM yang diLAKUkan oleh segelintir musuh ISLAM yang jadi sekutu POLITIK kepada PAS itu yang sepatutnya diLIHAT sebagai USAHA menimbulkan keTEGANGan antara KAUM? Sudah tentu umat ISLAM akan MARAH dan berTINDAK balas kerana mereka maklum MURTAD itu sangat besar DOSAnya dan patut diHALANG.. Di manakah SUARA Lebai-Lebai PAS yang sebelum ini TEGAR mengHALANG Forum Memeluk ISLAM beberapa TAHUN dahulu? Ke Lebai-Lebai PAS ni dah bertukar 'TITLE' jadik Rahib-Rahib PAS pulak?

Apa pun, tanpa pengLIBATan Lebai-Lebai PAS ini pun kita HARAP pihak pengANJUR dapat menJAYAkan HIMPUNan SEJUTA Umat ini.. Tindakkan PAS menolak untuk mengHADIRkan diri bersama-sama bagi menunjukkan SOLADIRITI sesama umat ISLAM jelas menunjukkan Lebai-Lebai PAS sebenarnya sudah menolak ISLAM 100%.. Rasanya TIDAK ada seSIAPA pun LUPA bagaimana Lebai-Lebai PAS berSUNGGUH-sungguh menyokong 'PEGUAM Betina' yang mengANJURkan BERSIH 2.0.. Sedangkan umat ISLAM maklum 'PEGUAM Betina' inilah yang berUSAHA memperTAHANkan Lina Joy yang MURTAD dan berUSAHA jugak untuk menurunkan TARAF agama ISLAM sebagai agama RASMI dalam Perlembagaan Negara..

Oleh itu penolakkan Lebai-Lebai PAS untuk menyertai HIMPUNan SEJUTA Umat ini menunjukkan Lebai-Lebai PAS sendiri adalah MUNAFIKUN paling BESAR di abad ini..

اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّهُمْ سَآءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai[1], lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.


ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لاَ يَفْقَهُون


Yang demikian itu adalah karena bahawa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; karena itu mereka tidak dapat mengerti. (Surah Al Munafiqun ayat 2&3) ->KLIK<-

Lebai-Lebai PAS sememangnya tidak boleh dan tidak mahu diLIHAT mengASINGkan diri daripada perkataan 'I-S-L-A-M'.. Mereka sentiasa ingin diLIHAT sebagai lebih ISLAM berbanding umat ISLAM lain tetapi apabila ISLAM terANCAM seperti dalam isu MURTAD ini, Lebai-Lebai PAS inilah yang pertama sekali menolak ajakkan untuk berSATU dan memperTAHANkan UMMAH? Nak tunggu 'PEGUAM Betina' Pengerusi BERSIH 2.0 ajak dulu ke baru nak menyertai?

Sebab itulah sebagai umat ISLAM kita wajar berSYUKUR pada akhir-akhir ini Allah SWT memperLIHATkan satu demi satu keMUNAFIKkan mereka..

- Kita LIHAT bagaimana Lebai-Lebai PAS berSUNGGUH memperTAHANkan Penasihat PKR yang diDAKWA sebagai 'LELAKI Y' dalam RAKAMan video tengah berZINA..

- Lebai-Lebai PAS yang menolak BUKTI DNA yang terdapat dalam JUBOR bekas pembantu peribadinya sendiri sebagai BUKTI dia 'menJUBOR' sedangkan itu adalah perBUATan berDOSA besar..

- Lebai-Lebai PAS jugak memperTAHANkan fahaman PLURALISME yang di'ANUTi' Penasihat PKR dan musuh-musuh ISLAM lain seperti Pengerusi BERSIH 2.0 yang menyama-ratakan ISLAM dengan agama-agama lain..

- Lebai-Lebai PAS jugak yang mengHINA para Sultan sebagai Ketua Agama ISLAM dan para Mufti yang berbeza PENDAPAT dengan mereka khususnya yang menyentuh sekutu PAS seperti DAP La'anatullah..

Apa yang Lebai-Lebai PAS tahu cumalah memecah-belahkan umat ISLAM seterusnya memperALATkan hukum-hukum ISLAM seperti HUDUD demi kePENTINGan mengejar kuasa POLITIK.. Cuma Lebai-Lebai PAS lupa bahawa hukum-hukum ISLAM ini adalah HARAM untuk golongan MUNAFIKUN dan penZALIM seperti mereka untuk meLAKSANAkannya tidak KIRAlah sekuat MANA pun LAUNGan mereka KONONnya mereka lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS