DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, September 16, 2012

Bagi PKR dan GENG ERDOGAN dalam PAS, janji-janji PROJEK hanya LAWAK JENAKA untuk memperBODOHkan RAKYAT..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

TIDAK diNAFIkan orang Kelantan SUKA berSELOROH.. Namun, bukan SEMUA orang Kelantan SUKAkan LAWAK BODOH.. Malah, bukan MUSTAHIL untuk menyaksikan orang Kelantan sanggup berTIKAM kerana LAWAK BODOH yang sukar diTERIMA oleh mereka.. Mungkin orang PENANG patut ambil perINGATan ini kerana Penasihat PKR ialah orang PENANG yang TAK pernah berhenti buat LAWAK BODOH terhadap RAKYAT.. Malangnya, LAWAK BODOH sedemikian sebenarnya semakin diANGGAP cuba memperBODOHkan RAKYAT akhir-akhir ini!

Oleh itu, TIDAK hairanlah semakin RAMAI orang Kelantan MELUAT dengan PENASIHAT PKR dan 'BOSS' atau 'KEPALA Bapak' ERDOGAN di dalam PAS ini.. Sebelum ini beberapa BLOG telah menJADIkan ANGAN-ANGAN 'KEPALA Bapak' ERDOGAN untuk memBINA keretap LAJU di Kelantan sebagai LAWAK JENAKA terbaik ABAD ini.. Oleh kerana terlalu BANYAK BLOG yang menJADIkan KISAH ini sebagai LAWAK JENAKA, maka kita ambillah MAKLUMAT daripada SUMBER yang lebih 'MESRA' dengan 'KEPALA Bapak' ERDOGAN ini.. ->KLIK<-

Ooo.. Ingatkan NAK pakai HASIL Kerajaan NEGERI? Rupanya dia NAK pakai duit ROYALTI yang sebenarnya patut diKATAkan sebagai 'IHSAN' Kerajaan PUSAT.. Oleh kerana bukan DUIT 'KEPALA Bapak' ERDOGAN dia, SERONOKla berANGAN! ANGAN-ANGAN TIDAK keSAMPAIan dia inilah menyebabkan beberapa juruBLOG menJADIkannya sebagai bahan LAWAK.. Antaranya RBF dan tentunya KICKDEFELLA.. ->KLIK<- dan ->KLIK<-

Sepakat pulak mereka berSELOROH mengatakan LEPAS ni 'KEPALA Bapak' ERDOGAN di dalam PAS ini nak bina STESEN Angkasa LEPAS pulak? HE!HE!HE!


Untuk REKODla.. 'KEPALA Bapak' ERDOGAN di dalam PAS ini bagilah PROJEK apa pun, SEMUAnya janji HANGUS! Nasib BAIKlah Pok Nik 'ALAIHISSALAM' nih SPESIS MB yang main bubuh 'SIGNATURE' atas DOKUMEN 'AGREEMENT' sambil 'BerZUHUD' makan nasik! ->KLIK<-

Jadik, RAKYAT Kelantan dan Lebai-Lebai DUNGU PAS yang terPESONA dengan 'KeZUHUDan' Pok Nik makan nasik TIDAK akan memperSOALkan 'SIGNATURE'nya yang dilakukan sedemikian rupa.. Lain KALI kalau orang hulurkan 'AGREEMENT' serahkan satu NEGERI Kelantan kepada ZIONIS atau PETISYEN untuk JATUHkan KeSULTANan Kelantan, Pok Nik pasti akan 'SIGN' asalkan MASA tuh dia tengah memPAMERkan 'KeZUHUDan'nya makan nasik! Sek-sok masa dia masuk ICU nanti pergi la MINTAK 'SIGN'!

Apa pun, kita Kerajaan UMNO/BN jugak patut 'TAKE NOTE' atas ANGAN-ANGAN yang TIDAK realistik ini.. RAKYAT Kelantan sedia maklum servis KTMB antara Tumpat ke KL bukanlah servis 'Good VALUE for the MONEY'.. SeMALAM pada 15 September 2012 tren EKSPRES Sinaran WAU lambat 3 JAM tiba ke Kelantan, HARAM pihak KTMB buat BODOH aje.. PERKARA beginilah yang buat orang SAKIT HATI kerana KTMB adalah GLC Kerajaan PUSAT.. Sepatutnya, LANUN-LANUN KORPORAT yang menerajui lalu meROMPAK GLC dan menyediakan servis macam TAIK seperti KTMB ini patut diHAPUSkan.. Bila lagi NAK berTINDAK oii??

Rasanya semua MAKLUM bahawa GENG ERDOGAN di dalam PAS nih bukannya SETIA kat Pok Nik pun.. KeSETIAan GENG ERDOGAN ni lebih kepada penaja atau SPONSOR mereka iaitu Penasihat PKR! Sebab itulah kita LIHAT 'PENYAKIT' meROYAN 'KEPALA Bapak' ERDOGAN ini menyamai 'PENYAKIT' Penasihat PKR.. Baik dari segi kuat berANGAN, mahu pun dari segi gila SEKS, SEMUAnya hampir SAMA! 'BOSS' sebenar mereka dalam PKR itu MERAPU untuk memBINA jambatan dari pantai Sabah ke Labuan.. ->KLIK<-


Agaknya ZIONIS Neo-CON mana nak BAGI duit untuk pemBINAan jambatan ini? Atau SEMUAnya akan diROMPAK hasil ROYALTI Sabah seperti mana anak BUAHnya iaitu 'KEPALA Bapak' ERDOGAN meROMPAK hasil NEGERI Kelantan untuk SEMUA projek HANGUSnya? Jadik, orang SABAH sila FIKIRkan ini dahulu sebelum diperBODOHkan.. Kalau nak diKIRA, orang SABAH sebenarnya lebih MAJU berBANDING Kelantan dari BANYAK sudut.. Kalau TAK, TAKkanlah PeWARIS TAKHTA UK iaitu Putera William meLAWAT Sabah untuk meLIHAT keMAJUannya? TAK nak TANYA kenapa dia TAK menZIARAHi Pok Nik macam LEE Kuan YEW? 'JIJIK' kot?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS