DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, September 02, 2012

TONTON KLIP YOUTUBE ini dan anda akan FAHAM kenapa Pok Nik mengelak berSEMUKA dengan UFB..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita sebenarnya terTARIK dengan USAHA Ustaz FATHUL Bari (UFB) untuk DUDUK berSEMUKA dan berBINCANG dengan Pok Nik 'ALAIHISSALAM' berhubung perMASALAHan HUDUD dan tentunya lain-lain perkara meLIBATkan umat ISLAM.. Walaupun HASRAT UFB ini di'REJECT' oleh Pok Nik sama seperti KISRA PARSI mengoyak-ngoyakkan SURAT DAKWAH Rasulullah SAW dahulu, UFB tetap berSIKAP terBUKA dan masih mengHARAPkan Pok Nik menyambut USAHAnya itu.. Namun, semua MAKLUM bahawa 'GEDEBE Kedai LALAT' macam Pok Nik nih mananya nak LAYAN benda-benda macam nih.. Jatuhla 'STANDARD'!

RAMAI sedia MAKLUM Ketua PEMUDA PAS, Nasruddin TANTAWI pun akhirnya terSASUL apabila berBAHAS pasal HUDUD dengan UFB hinggakan terSEBUT pulak KONONnya 'GOD-Father' DAP boleh menerima HUDUD.. ->KLIK<-

Memang dah PE'EL BURUK Lebai-Lebai DUNGU PAS, diri sendiri yang terSASUL, bila dah KECOH pandai pulak TUDUH orang lain.. Kita PERCAYA mungkin keINGINan UFB bertemu Pok Nik adalah kesinambungan daripada keGAGALan Ketua PEMUDA PAS yang GAGAL menegakkan penDIRIan PAS dalam ISU ini..

Agak-agak andalah, kenapa Pok Nik 'REJECT' perMOHONan UFB untuk DUDUK berSEMUKA dan berBINCANG? ALASAN yang diBERIkan oleh Pok Nik KONONnya dia TIDAK kenal seterusnya memperLEKEHkan UFB sebenarnya TIDAK lebih macam DALIH seorang BUDAK yang MALAS nak pergi SEKOLAH.. Sebenarnya, jika anda TONTON balik KLIP YOUTUBE di bawah ini, anda akan dapat 'HINT' kenapa Pok Nik 'REJECT' untuk berSEMUKA dengan UFB secara RASMI..



Anda masih INGAT lagi KLIP YOUTUBE ini? Kita pernah SIARkan dalam BLOG ini semasa KEMPEN PRK DUN Galas tengah HANGAT.. ->KLIK<-

KLIP YOUTUBE itu memaparkan perTEMBUNGan antara Pok Nik dengan bekas PROF. Madya USTAZ Mohd. Nor DERIS.. Mereka berDUA dahulunya adalah SEKUTU yang kini berSETERU akibat Pok Nik memperTAHANkan PAS yang berSEKONGKOL dengan DAP La'anatullah.. Di dalam KLIP tersebut anda boleh SAKSIkan sendiri REAKSI Pok Nik yang 'HANGIN' semacam apabila terpaksa berSEMUKA dengan seorang ULAMA yang seTANDING (Mungkin lebih HEBAT pasal USTAZ Mohd. Nor DERIS ini PROFESOR?) dengannya.. Pok Nik terpaksa mengHARAPkan Lebai-Lebai DUNGU PAS 'COVERLINE' untuknya ketika itu..

Itulah 'HINT' yang kita MAKSUDkan.. Pok Nik sebenarnya bukanlah SPESIS ULAMA MUKTABAR yang BERANI berHUJAH secara terBUKA berhubung sebarang FATWA atau AJARAN yang diUCAPkannya sendiri.. Pok Nik hanyalah ULAMA 'MURTABAK' yang berGANTUNG kepada keTAKSUBan Lebai-Lebai DUNGU PAS untuk memperTAHANkan segala macam AYAT yang keluar dari MULUTnya terhadap LAWANnya.. Lebai-Lebai DUNGU PAS yang TAKSUB inilah yang akan memperTAHANkannya setiap kali dia MERAPU tak tentu pasal.. SKRIP mereka untuk 'COVERLINE' tentunya dengan memPERTIKAIkan keISLAMan orang lain!

Jika anda TELITI perTEMBUNGan Pok Nik dengan ULAMA atau ILMUWAN ISLAM sepanjang dia jadik MB Kelantan, anda akan DAPATi Pok Nik lebih BANYAK mengelak untuk berSEMUKA sebaliknya Lebai-Lebai DUNGU PAS yang akan 'COVERLINE' memperSOALkan keISLAMan ULAMA atau ILMUWAN ISLAM tersebut.. Sebab itulah Pok Nik 'HANGIN' dengan ULAMA UMNO/BN seperti arwah TS Hamid OTHMAN, TS Yusof NOR, DS Abdullah Md ZIN, Datuk Mashithah IBRAHIM dan RAMAI lagi.. Pok Nik 'HANGIN' kerana dia pasti 'KANTOI' dan orang akan TAHU setakat mana sangatla TINGGI ILMUnya tuh..

Inilah jugak sebabnya GAMBAR-GAMBAR ZUHUD Pok Nik diSEBARkan setiap masa.. KeZUHUDan Pok Nik dalam GAMBAR akan meNAIKkan lagi tahap keTAKSUBan Lebai-Lebai DUNGU PAS untuk 'COVERLINE' setiap apa yang Pok Nik MERAPU walaupun sering diperSOALkan oleh RAMAI ULAMA lain.. Oleh itu, tak HAIRANlah KREDIBILITI UFB pun turut diperLEKEHkan hanya kerana dia ingin berSEMUKA secara BAIK.. Tahap penDIDIKan orang pun Pok Nik PERTIKAIkan..



Punyalah Pok Nik nak KATA orang TAGHUT hanya kerana orang tuh belajar di Timur Tengah.. Pok Nik LUPA dia BELAJAR kat Deoband, INDIA tuh BETUL sangat ke? KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

4 comments:

tobeng said...

Sorry to saylah,aku dengar kuliah ilmu n.ajis pun aku dah boleh agak tahap keilmuan dia.Bukan nak kata aku lebih bagus dari dia.

Cukuplah dengan fitnah dia yang Allah pun mencarut dan memaki-hamun.Atau nabi masa belum diangkat jadi nabi serupa macam mamat2 kampung biasa.Disini pun kita boleh tahu tahap kelilmuan dia dan betapa dia akan memperalatkan apa saja termasuk Allah dan rasul untuk kepentingan politik dia.

Betullah dia ni cuma 'ulama selebriti' yang diangkat dan dipromosi oleh pas sepanjang masa supaya ditaksubi dan dipatuhi walaupun banyak yang ke laut keluar dr mulutnya.

Pas ni kalau dibiarkan lama2 boleh jadi mazhab songsang macam syiah dan niki boleh jadi imam mazhab pas yang pertama.

Anonymous said...

Mengatakan Nabi sama seeprti mat2 di kg ertinya menghina Allah Ta'ala yg memuliakan Nabi Muhammad sejak kejadian Alam Semesta ini sehinggalah ke Akhirat nnt. Nabi mulia bkn krn datangnya Islam, tapi sebelum Islam datang Nabi telah dimuliakan Allah. tp Islam datang kerana adanya Nabi. Nabi adalah kekasih Allah dan agama itu adalah risalah bawaan Nabi.

Kes ini menunjukan betapa dahsyat sesatnya pemikiran Nik Najis. Beliau menggunakan logikal akal untuk menghalalkan DAP yg menghalang sambutan Maulidurrasul. Nik Najis manusia yg hina dan sesat. Belum lg hisab kes2 mentafsir ayat2 AL-Quran dgn sesuka hati, menjual KEESAAN Allah pd Kristian, ini semua dosa2 berat dan membolehkan tergelincir Islam dan Aqidah seseorg itu wpun seorang tok guru. Nauzubillah!

Awasilah diakhir zaman ini. Kenalilah agama melalui org soleh. PAS sgt banyak merosakkan agama.

Anonymous said...

nik aziz cakap target ialah 'masuk syurga' seolah-olah yang menyokong PAS akan masuk syurga. Dari cara dia cakap nak beritahu yang kalu sokong PAS boleh masuk syurga la..kalu ustaz atau ulamak yg ada ilmu tinggi balik Malaysia, tak sokong PAS masuk neraka la..

kadangkala manusia lupa, syurga dan neraka milik Allah dan bukannya milik nik aziz..dia sendiri belum tahu nasibnya kelak apabila dijemput kembali kepada Allah S.W.T..nik aziz sama-samalah kita muhasabah diri, jangan terlalu angkuh dan sombong..

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sekarang anda dah TAHU siapa sebenarnya Pok Nik ini..

Terlalu RAMAI alim ULAMA dan ILMUWAN ISLAM yang lebih tinggi ILMU berbanding Pok Nik di NEGARA ini tetapi mereka TIDAK mampu menTAKSUBkan PENGIKUT atau memPAMERkan keZUHUDan mereka untuk RAKAMan GAMBAR dan VIDEO sepertinya..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS